Friday, July 30, 2010

Siapa Aku di Hadapan TUHAN ku?

 
Alhamdulillah, sekian lama tak menaip di blog ini, akhirnya hari ni ada sedikit ruang waktu untuk
memberi sedikit perkongsian serta menasihati diri sendiri. Entah mengapa hari ini begitu emosional rasanya, apabila di hujani dengan pelbagai masalah demi melaksanakan satu misi DAKWAH ini.

Sesungguhnya begitu berat amanah serta taklifan kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ini,namun sedih sekali apabila ramai di antara pemuda-pemudi Islam khususnya yang tidak mahu malahan segan silu untuk ambil peduli hal-hal agama ni sedangkan membawa agama ini adalah TANGGUNGJAWAB bersama.

Macam-macam alasan yang keluar dari mulut kurniaan Tuhan.. Ada yang berkata…
Siapalah aku? Aku bukannya baik sangat… Nak buat kerja-kerja baik atau lebih sinonim untuk ISLAM, perlu berfikir beribu kali tetapi untuk perkara yang melalaikan mahupun keseronokan diri, seminit pun tak sampai kta fikir…Rasa best, seronok sebab orang lain pun sama…

Ya ALLAH! Mana perginya pemuda-pemudi ISLAM yang akan bangkit membela agamaMU ini?

Dunia semakin tua, kita berada di akhir zaman sekarang ini…Namun, Islam semakin dipandang sepi..
ISLAM hanya pada nama, tercatat di atas kad pengenalan…
Benarlah Sabda Baginda SAW, di mana ISLAM itu datang dalam keadaan asing, pada awal perjuangan baginda menyebarkan risalah dakwah dengan keadaan masyarakat quraisy yang solid dengan agama mereka… Begitu susah payah Baginda SAW membawa cahaya kebenaran kepada mereka walaupun pelbagai rintangan yang dilalui…

Dan kini…..

Dalam keadaan Islam telah tersebar hampir segenap bumi, ia masih dipandang asing..serta dipandang sepi, kerana itu sambung Baginda SAW, ISLAM itu juga akan kembali dalam keadaan asing, maka sesungguhnya beruntunglah mereka yang berada dalam keadaan asing..

ADAKAH KTA TERGOLONG DALAM KALANGAN ASING INI?
TIDAK! Kerana kita malu untuk meletakkan ISLAM sepenuhnya dalam diri kita…
Apakah yang kita rasa bila menyebut nama ALLAH?..Adakah bergetar hati kita?...Sedangkan yang sepatutnya kita ukirkan dalam hati ini adalah ALLAHU RABBI…Tuhan yang MEMELIHARA…
Namun sayangnya,pemilik hati2 suci ini bukan pada ALLAH SWT yang menciptakan kita serta Rasulullah SAW yang memulakan perjuangan dakwah ini, hati kita gagal mencintaiNYA sepenuhnya tetapi kepada seorang yang bernama lelaki ataupun perempuan, begitu mudah melampiaskannya…

SAHABAT-SAHABAT…

Di antara 5 perkara yang ALLAH rahsiakan daripada hamba-NYA adalah…
BILA dan DI MANA kita akan menemui AJAL kita?...Ini semua satu pinjaman, satu masa, ia akan di ambil semula.. Tika sampai waktu itu, mahukah kita menemuiNYA dalam keadaan asing di hadapanNYA?
Pernahkah kita terfikir… Siapa aku di hadapan Tuhanku kelak?
Setidak-tidaknya, jadilah kita antara butir permata yang menyambung rantai perjuangan Rasulullah SAW walaupun pahit serta getir ujian2NYA..
Ataupun jadilah kita di antara mukasurat2 yang akan melengkapkan buku perjuangan ISLAM ini sehingga ke mukasurat akhirnya… Kelak di hadapan ALLAH SWT…. MenemuiNYA sebagai seorang pejuang!

Sesungguhnya semua adalah sama di sisi ALLAH kecuali yang membezakannya adalah TAQWA…
Ku nukilkan nukilan ini untuk peringatan diriku serta sahabat sekalian…Semoga diri ini kekal dalam medan juang, serta sahabat2 sekalian akan turut serta malahan menjadi permata ISLAM yang berkilau demi kebangkitan ISLAM!

Sunday, July 25, 2010

Kolej Islam Sultan Alam Shah

Kolej Islam Sultan Alam Shah

KenanganTerindah...Permata ISLAM!

Saturday, July 24, 2010

Permata ISLAM!

Bismillahirahmanirrahim..
Lama x menulis di blog ni, begtu sempit ruang waktu yg ada. Dengan waktu yang semakin hampir dalam pelaksanaan Karnival Penghayatan IslamNamun alhamdulillah dpat juga saya mncuri sedikit ruang itu utk berkongsi beberapa prkara yang sewajarnya kita sama2 fikirkan...
Sepertimana firman ALLAH SWT mafhumnya :
                " Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu yang terbaik utk org2 Mukmin "

Sama-sama kita hayati...





Sunday, July 18, 2010

KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM coming soon!

Alhamdulillah...setelah beberapa mehnah dan tribulasi, akhirnya....dapat dilaksanakan KPI ini...
InsyaAllah berikut akan di beri pendetailan maklumat untuk Karnival ini..
Semoga kita semua dapat memeriahkannya....
 
 Islam itu syumul...kata-kata hukamak...al-aqlu salim fi jismi salim..
Akal yang baik pada fizikal yang sihat..
SMASH CHALLENGE ini adalah category bergu...
-Muslimin dan Muslimat
-Terbuka pada warga UTeM serta IPT lain dan sek. menengah
LETS JOIN US!

Program ini terbuka kepada semua...student UTeM or not..siapa sahaja can join us!
Penampilan istimewa " Ustaz Pahrol Mohd Juoi " penulis buku " NOTA HATI SEORANG LELAKI "
serta penampilan istimewa "PASANGAN BAHAGIA"...

Lets come and join us!


Siapa yang berbakat dalam seni?
Boleh menyanyi?..melukis kartun islamik?..bersyair?
Sertai Malam Kesenian Siswa
Dianjurkan " Battle of The Nasyid Band "
Pada 2 Ogos 2010.....
Then, for siswi......
Ada pertandingan  nasyid, serta " Red Carpet Contest "....
Pada 1 Ogos 2010...

Siapa cepat dia dapat!....Hadiah Lumayan!


BANYAK LAGI PGRAMDALAM KPI INI....INSYA ALLAH COMING SOON LET U KNOW!!!!


Followers