Monday, January 31, 2011

Umurku Bertambah, Detik Untukku Berkurang

video

SubhanaAllah..

Sedar tidak sedar usia ku mulai bertambah..
Genaplah kini, usiaku 23 tahun pda 31 Januari....

Sesungguhnya daku sangat takut dan sedih memikirkan penambahan usiaku ini...

Maka makin bertambah singkatlah masaku, dan dekatlah kematian denganku...

Teringat antara ucapan sahabt2 tersayang, akan bertambah usia maka satu perhentian untuk muhasabah..

Telah 23 tahun aku diberi peluang bernafas olehNya,

Terlalu sedikit sumbanganku untuk agamaNya...

Ya Allah,

Semoga berkat peningkatan usia ini engkau berkahi..

Dan semoga diriku ini menjadi srikandi Islam yang tidak kenal erti lelah..

Satu doa yang aku mohon agar diri ku tetap dan Istiqamah dalam perjuangan ini tidak kira

di mana jua posisi ku.....

sama ada sebagai seorang pelajar,anak,adik,kakak,cucu... isteri, ibu, nenek sehinggalah nafas terakhirku...

Hanya digunakan untuk MU.... dan semoga daku terus memanfaatkan diri untuk Islam...

Amiin ya Rabbal a'alamin...


Thursday, January 20, 2011

Manusia BIASA

AKU HANYA MANUSIA





Aku hanya seorang manusia,
Manusia yang sangat biasa bertatih-tatih untuk menjadi luar biasa,
Dalam daerah ini terlalu payah untuk ditakluki,
Manusia biasa seperti aku,
Yang belajar jatuh bangun untuk berdiri,
Adakala menjadi sangat resah dalam setiap tindakan.


Aku manusia yang sering mencuba,
Cuba untuk belajar mencintai dan mengejar perhatianNya,
Namun jalan-jalan yang aku lalui,
Menjadi kebiasaan untuk aku disalah erti,
Tatkala keredhaanNya dicari makalah fitnah dikecapi,
Maka aku memujuk diri untuk terus berdiri,
Agar tiba saat aku bisa berlari.


Aku manusia yang kerap berfikir,
Lalu cuba ku tundukkan nafsu dengan panduan akal nurani,
Seringkali tersasar dari landasan,
Tatkala jiwa-jiwa yang lemah datang mengetuk minda,
Kepahitan itu jelas terasa walaupun disulam pelbagai rasa,
Andai itu takdir untuk ku terima,
Maka dengan izinNya akan ku langkah jua.


Biar tiada siapa yang memandang,
Asalkan DIA sudi memandang,
Biar aku jatuh bangun dan berdiri berulang-ulang,
Asalkan kelak larianku seimbang,
Pada landasan yang benar dan luas terbentang,
Di mana akhirnya ke temui sebuah ketenangan yang abadi.



p/s : Tiada manusia sempurna, belajarlah utk menerima kekurangan dan memberi seluruh kebaikan tanpa mengharap balasan.


Tuesday, January 18, 2011

Lirik Lagu Opick Astaghfirullah (Istighfar)

Astaghfirullah (Istighfar) - Opick

* laa ilaha illa anta
  ya hayyu ya qayyum
  subhanallah wabihamdihi
  subhanallah hiladzim

kubuka jendela pagi di udara yg letih
deru geram nyanyian jaman
bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
halalkan segala cara untuk hidup ini

nafsu jiwa yg membuncah
menutupi mata hati
seperti terlupa nafaskan terhenti

astaghfirullah, astaghfirullah, 
astaghfirullah aladzim 
[2x]

repeat *

kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
suara jerit hati kuingkari

laa ilaha illa anta ya
subhanaka inni kuntu
minallahdholimin


p/s : Saya terkesan tatkala m'dengar lagu opick ni, maka dikongsikan utk manfaat bersama.

Wednesday, January 12, 2011

DIALOG 1 : USRAH oh USRAH!

DIALOG 1 : USRAH oh USRAH!


“ Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, masih dberi sedikit ruang dalam kesempitan utk berkongsi sesuatu.

Ramai antara kita yang pada awalnya tidak mahu dan merasakan x layak pun nak pegang usrah ni, lagi-lagi melihatkan pada potensi diri serta besarnya taklifan sebagai seorang Naqib/Naqibah ini. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah akhirnya sedikit demi sedikit perasaan itu dapat di atasi dan kita cuba semampu yang boleh.

Pernah tak kita merasakan apakah sebenarnya yang kita nak dari usrah yang kita bawa? Apakah kesan dari kita yang menyampaikan pengisian serta pada adik2@sahabat2 yang menerima pengisian? Sepertimana yg kita sedia maklum, sesungguhnya hati-hati adalah milik ALLAH SWT, Dia yang mampu utk merubah dalm sekelip mata. Namun, bergantung juga pada usaha ke arahnya.

Bila berkata soal menyentuh hati-hati madu’ ini, saya ingin sekali m’ajak diri saya serta sekalian yang mendengar utk kita renung kembali, sebenarnya mampukah kita menyentuh hati-hati madu’ kita dengan segala usaha daya kita ini?

Pernah tidak kita bertanya, mengapa sukar sekali adik-adik ini dkat denganku, sukar sekali mereka menerima penyampaianku?

Adakalanya kita perlu koreksi diri, mengapa hal ini terjadi, kita ikhlas menyampaikan risalah dakwah ini, hanya bertujuan utk menyentuh hati-hati para madu’ agar bersama-sama dalam satu barisan dengan kita. Namun, mengapa masih sukar dicairkan…

Oh, rupa-rupanya hati kita sendiri si Daie’ yang keras dan ego pada diri sendiri. Apatah lagi pada menjaga hubungan dengan manusia di sekelilingnya sedangkan kita tahu perlunya seiring menjaga hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Kita adakalanya sukar sekali memaafkan sahabat malah sangat sukar memohon maaf sedangkan sangat besar ganjaran bagi org yang meminta maaf dan memaafkan ini.

Kita sebenarnya tidak ikhlas dalam berjuang, kerana sering mengharapkan balasan dari apa yang kita lakukan, cuma kita yang tidak mengakuinya. Adakala apabila kehendak tidak dituruti, kita mudah membiarkan barah-barah perosak ini menjadikan keadaan lebih teruk. Dari hal-hal kecil menjadi besar, lalu bagaimana kita ingin menjadi duta Islam, mnyampaikan risalahnya dalam keadaan kita sendri yang masih besar egonya. Maka, saya mengingatkan diri sendri serta sekalian yang hadir utk kita sama-sama koreksi diri, agar kelak apabila dalam suasana usrah Allah hadirkan ROH nya dan para madu’ terkesan dengan apa yang dsampaikan. InsyaAllah berubahlah dari sekarang. ” Jelas Ustaz Syakir dalam tazkirahnya kepada semua naqib naqibah.

Baihaqi termenung memikirkan setiap apa yang disampaikan oleh Ustaz, dia merasakan kesemua yang disampaikan pada malam ini benar-benar kena pada batang hindungnya.

Ustaz Syakir yang melihat dari jauh keadaan Baihaqi yang termenung panjang merapatinya.

“ Assalamualaikum Syeikh. ” Sapa Ustaz Syakir

“ Wa’alakumsalam Ustaz. “ Jawab Baihaqi

“ Kenapa saya tengok Baihaqi seperti ada masalah je, jauh termenung ” tanya Ustaz Syakir.

“ Entahlah Ustaz, saya rasa sedih sangat, apa yang Ustaz cakap tu memang kena dengan saya, memang saya ada masalah dengan seseorang sekarang ni, dan memang saya rasa bila handle usrah ni, adik-adik susah nak lekat dengan apa yang saya sampaikan, rasa ukhuwwah pun kurang, walaupun saya cuba sedaya upaya saya Ustaz. ” Terang Baihaqi panjang lebar.

“ Hm, ok maksudnya Baihaqi bergaduh dengan seseorang ke? Kemudian x bertegur sapa atau x sedia maafkan dia? ” Tanya Ustaz Syakir dengan sungguh-sungguh.

“ Macm tu lah Ustaz, bukan apa, masalahnya dah banyak kali perkara yang sama berulang, dan saya juga sering disisihkan bila bersama seolah-olah x dperlukan. Saya ni manusia, sabar pun ada kadarnya. Saya cuba juga nak baik semula, tapi dia seolah-olah x mahu lagi berbaik dengan saya, mungkin lebih baik begini saya fikir. Tapi, lepas dengar Ustaz cakap tadi, saya terfikir ada betulnya juga. ” Baihaqi mengadu pada Ustaz Syakir tanpa berselindung.

“ Baiklah, macm nilah Ustaz nasihatkan banyakkan istighfar, sebenarnya itu mainan hati je, Baihaqi kena sedar kita yang seorang ni adakalanya kena banyak mengalah demi kemaslahatan yang ramai. Mungkin banyak yg kita inginkan tidak sama dengan sahabat-sahabat yang lain inginkan, jadi kita kena ada toleransi di situ. Ingatlah, kita adalah mata-mata rantai perjuangan Islam, sepatutnya tidak berlaku hal-hal begini, macm mana Islam nak gemilang kalau sesama pejuang pun kita tidak ada wehdatul fikr. Baihaqi, letakkanlah urusan agama diatas mengatasi semua, pasti enta akan lebih berlapang dada. ” Nasihat Ustaz Syakir sangat tenang pada tutur dan pandangannya.

SubhanaAllah, tanpa disedari air mata ego Baihaqi jatuh menitis mengenangkan sikapnya yang tersilap langkah.

“ Terima kasih Ustaz tegur saya, nasihatkan saya, selama ni saya rasa betul apa yang saya buat. Astaghfirullahala’zim, semoga Allah ampunkan saya dan lpas ni, saya dapat menjadi naqib yang sentiasa mnjaga hubungannya dengan Allah dan manusia.” Baihaqi benar-benar berazam untuk insafi dirinya.

Pulang dari halaqah naqib naqibah bersama Ustaz Syakir, Baihaqi terus ke rumah sahabatnya Haikal, yang mana telah lama dia tidak bertegur kerana terdapat masalah peribadi antara mereka. Haikal juga seorang naqib tetapi hari itu, dia tidak hadir ke Halaqh kerana ada kelas malam.

“ Assalamualaikum ” Baihaqi berikan salam.

“ Wa’laikumsalam wbt ” Jawab Haikal dengan senyuman. Ada sedikit riak terkejut pada wajahnya.

“ Apa khabr ya akhi? ” Baihaqi cuba untuk memulakan perbualan.

“ Alhamdulillah, ana bilkhair, jemput masuk Bai ” Haikal menjemputnya
 masuk ke rumah.

“ Haikal, ana nak minta maaf atas apa yang dah berlaku antara kita. Ana sebenarnya rasa tersisih dan rasa tdak dperlukan bila bersama enta dan sahabat-sahabat lain. Bila ana bercakap, ana rasa x dihargai, astaghfirullahala’zim, hebatkan syaitan mencucuk jarumnya? Sebab tulah, ana mula jauhkan diri dari enta sehingga kita tidak bertegur sapa. Hari ni, dalam kuliyah Ustaz Syakir pada Naqib Naqibah betul-betul menegur ana, bagaimana ana nak mnyentuh hati para madu’ dalam usrah sedangkan ana sendri bermasalah. Sering sekali dan mudah berburuk sangka, sekarang ana insaflah, enta maaf kan ana ya? ” Terang Baihaqi dngan panjang lebar dan dia benar-benar ikhlas memohon maaf.

“ Astaghfirullah, baru ana tahu kenapa enta jauhkan diri, sebab selama ni ana tnya, enta tidak berterus terang, ana minta maaf juga kerana menyebabkan enta timbul perasaan macm tu. InsyaAllah, ana harap kita dapat bersama-sama berjuang utk agamaNya kembali. Enta ni mantap betul, bukan mudah orng nak minta maaf mcm ni, tapi enta, SubhanaAllah! Macm inilah pejuang agama. ” Haikal sungguh terharu dengan sikap Baihaqi yang sudi merendah diri memohon maaf.

Alhamdulillah, semenjak dari hari itu mereka saling ambil berat dan bertolak ansur. Malahan dalam pengisian usrah masing-masing sering berbincang dan bertukar idea untuk mendapatkan usrah yang terbaik.
………………………………………………………………………………………………………………………………

Sedikit pengisian dipetik dari seorang Naqib :

Naqib Naqibah harus mencermati pesanan Hassan Al-Banna dalam mempraktikkan sikap du’at yang betul dalam Ikhwanul Muslimin iaitu menjadikan diri sebagai :

1) Abid dalam urusan ibadah - motivate anak usrah dalam urusan meningkatkan kualiti ibadah.

2) Bapa dalam hubungan kekeluargaan - menjadikan diri sebagai bapa/ibu kepada adik2 usrah.

3) Ketua dalam urusan siasah - memandu pemikiran dan ijtihad adik usrah untuk mereka belajar tools dalam siasah syar'iyyah.

4) Guru dalam bidang keilmuan - mengajar, mentarbiyyah adik2 usrah dengan philosophy yang tepat dalam keilmuan. 

  

Tuesday, January 4, 2011

SeLeMBaR BuLu MaTa

SELEMBAR BULU MATA


Di ceritakan pada Hari Pembalasan kelak..ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah, kerana telah mnyia-nyiakan umurnya di dunia utk berbuat maksiat..Tetapi dia berkeras membantah. 


" Tidak. Demi langit dan bumi, sesungguhnya itu tidak benar. Saya tidak lagi melakukan semua itu." 

" Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau btul-btul telah mnjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa.",jawab malaikat.. 

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Dia benar-benar dalam kesedihan. Apa yang harus dilakukan. Anehnya, dia tidak mnjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri untuk membelanya. Di situ hanya ada dia bersendirian. Makanya dia pun menyanggah. 


" Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tiada siapa kecuali aku dan suaramu.." 

" Inilah saksi-saksi itu."ujar malaikat.. 

Tiba-tiba mata angkat berbicara. 


" Saya yang memandang." 


Disusuli pula dengan telinga.

" Saya yang mendengarkan." 

Hidung pun tidak ketinggalan.

" Saya yang mencium dan menghidu." 

Bibir juga mengaku.

" Saya yang merayu." 

Lidah menambah.

" Saya yang berkata-kata." 

Tangan meneruskan.

" Saya yang mengenggam dan memegang. " 

Kaki menyusul.

" Saya yang berjalan dan berlari. " 


" Nah! Kalau ku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan kejimu itu.." ucap malaikat. 


Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Dia putus asa dan amat berduka, kerana dia tahu pasti sebentar lagi dia bakal dihumbankan ke dalam neraka jahannam. 

Padahal, rasa-rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya.... 



" Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

" Silakan. " kata malaikat.
 
" Terus-terang saya katakan bahawa menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabi pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." 

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu,orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung para penghuni syurga.
 
" Lihatlah, Hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata. 

" Firman Allah SWT, Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh..yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran "

Monday, January 3, 2011

BUAH TANGAN 2011

BUAH TANGAN 2011





Bismillahirrahmanirrahim.


Semoga sahabat-sahabat sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM. InsyaAllah sedikit perkongsian buat kita semua, menulis dengan kapasiti seorang sahabat kepada sahabat serta seorang mu’min kepada mu’min yang lain, mudah-mudahan bersama kita mengambil peringatan.


Membuka tirai 2011 ini, harapnya kita semua telah BERSIAP SEDIA menempuh segala mehnah dan tribulasi yang bakal mendatang. Oleh itu, ana memperingatkan diri sendiri serta sahabat sekalian agar bersama kita memasang strategi diri agar diri kita lebih tersusun atau dalam erti kata lain, berMunazzhomah. Selama ini kita sering mencirikan jemaah yang bermunazzhomah ( tersusun ) tetapi kita sering lupa akan diri kita sendri selaku pendokong jemaah untuk sentiasa tersusun atur.

Pesan Imam Al-Ghazali, siapa yang hari ini lebih teruk dari hari semalam maka CELAKA lah ia.

Maka ambillah peringatan, sesungguhnya peringatan itu yang terbaik utk orang2 beriman.

Pada awal pembukaan SEM, serta permulaan gerak kerja, bentuklah perancangan buat diri secara perancangan masa terdekat mahupun jauh. Sememangnya kita hanya mampu merancang, namun Allah SWT penentu segala-galanya. Setidak-tidaknya kita ada satu vision utk diri.


Jika sebelum ini, kita Qiam seminggu sekali pun susah, mungkin sekarang kita sudah merancang utk menjadikan ia lebih kerap.

Jika sebelum ini, kita sukar utk menghafaz walaupun surah-surah juzu’ 30, mungkin sekarang ini kita telah pun meletakkan amalan ini dalam jadual planner harian kita.

Jika sebelum ini, kita sukar menghabiskan walaupun sebuah buku-buku haraki, mungkin sekarang ini kita sudah senaraikan pun buku-buku yang perlu kita hadamkan untuk bulan ini dan seterusnya.

Jika sebelum ini, kita sukar sekali berUkhuwwah dengan sahabat-sahabat sejemaah mahupun di luar jemaah, mungkin sekarang ini kita telah pun mencari teknik-teknik menyuburkan lagi ukhuwwah kita.

Jika sebelum ini, kita sering melewat-lewatkan serta ala kadar dalam menyiapkan assigenment serta tugasan diberi, mungkin sekarang ini kita telah insaf dan sentiasa alert dengan setiap tugasan.

Jika sebelum ini, kita kurang sekali menghubungi ibu bapa utk bertanya khabar, mungkin sekarang ini kita telah menjadikan ia sebagai satu reminder yang wajib utk kita lakukan kerana ibu dan ayah sebenarnya sangat mendambakan PERHATIAN dari anak-anaknya walaupun sekejap tetapi KERAP.

Jika sebelum ini kita sukar memberikan senyuman dan bermanis muka, maka sekarang ini pasti kita boleh mula berubah dan sentiasalah memberikan sedekah yang mudah ini.

Jika sebelum ini, kita sendirian, mungkin sekarang sudah dalam perancangan fasa ke arah berdua.

Jika sebelum ini, kita berdua, mungkin sekarang sudah dalam perancangan ke arah fasa ketiga.


Begitulah seterusnya, kehidupan ini akan terus berputar, masa akan terus berlalu, umur akan terus meningkat.  Tinggal lagi kita, adakah masih seperti dulu atau ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sebagai seorang SUFARAUL ISLAM ( DUTA ISLAM ), maka sewajarnya kita senantiasa mempunyai perancangan untuk diri agar lebih terarah dan dapat menggunakan masa dengan bijak. Inilah KPI yang perlu kita lakukan untuk diri sendiri, supaya kita dapat melihat sejauh mana nilai diri kita yang mana menjadi checklist buat diri. Apabila sudah cukup sebulan contohnya, maka di akhir bulan kita boleh rujuk kembali berapa percent yang telah kita laksanakn dari apa yang drancang, kemudian kita boleh perbetulkan kembali apa yang silap dilakukan.

Dengan ini, kita akan lebih menghargai masa-masa yang berlalu serta dapat mengecilkan ruang-ruang melakukan perkara-perkara yang LAGHA. InsyaAllah mudah-mudahan kita semua dapat bersama mengambil manfaat dan menjadi seorang mukmin yang mempunyai jadual hidup tersusun untuk maslahah ISLAM juga. TAKBIR!








~ Al-Faqir iLaAllah ~
~ NSM ~
~ Baiti Jannati ~
~ 4.00 pm ~
 ~ Mencari Cahaya ~

Followers