Sunday, December 25, 2011

Benarkah Dia Jodohku? Episod LAST


Sambungan Episod Kedua dari Episod Pertama Benarkah Dia Jodohku?….


-Gambar Dari Alwan Pelangi-

Hamlatul Adni pasrah dan sebulat tawakkal diserahkan kepada yang Maha Esa, dia bukan tidak berusaha bahkan telah dua kali dia menjadi timba yang mencari perigi semata-mata ingin menyelamatkan diri dalam kelangsungan dakwah di bumi Allah ini.

Kini tibalah hari Ta’aruf antara Hamlatul Adni dan Fathul Bari, yang telah dipersetujui sejak awal bulan lagi. Hamlatul sangat risau untuk melalui hari ini, dia risau andai pilihannya untuk menerima ta’aruf ini membawa kepada keputusan negative untuk Fathul Bari.

Dia bukan terlalu memilih,
Dia bukan terlalu cerewet,
Namun dia terlalu harap akan masa depan dirinya,
Dalam kesinambungan dakwah ini,
Tidak terhalang dalam sangkar kebahagiaan…

Hamlatul segera menunaikan solat sunat dua rakaat untuk memperoleh ketenangan, dan seperti rutin biasa, dia akan membuka lembaran yang amat disayanginya iaitu Tafsirnya, lalu pandangan matanya jatuh pada satu ayat cinta Allah yang amat menyentuh hatinya.

“ Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak akan menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. ( Ikutilah ) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, dan (begitu pula)  dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul ( Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, danberpegang teguhlah kepada Allah. Dial ah Pelindungmu, Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. ”
( Surah Al-Hajj:78 )

SubhanaAllah! Terpacul dari bibir Hamlatul, lantas dia berdoa dengan penuh pengharapan.

“ Ya Allah, aku mohon andai benar inilah perjalanan hidupku yang bakal aku tempuhi, aku mohon agar pertolonganMu akan sentiasa bersamaku, sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”

Hamlatul merasa lebih tenang dan dia melangkah dengan penuh keazaman dan keyakinan.

 Di ruang tamu, tetamu khasnya bersama keluarga telah pun hadir, mereka menantikan bunga yang mekar harum dalam taman larangan, yang mana ingin disunting. Namun, sebelum itu perlu untuk di teliti dan dikaji bagaimana keadaan bunganya itu serta kumbang yang ingin menyunting. Hamlatul hadir bersama naqibahnya, membawa air untuk dihidang,

Sebaik mungkin, Hamlatul menghidangkan air tanpa melihat ke arah pemuda yang berada di hadapannya itu. Hamlatul merasakan sangat segan dan malu dengan keadaan itu, tetapi dia sentiasa berselawat memohon kekuatan dan keyakinan daripada Allah. Proses ta’aruf antara Hamlatul dan Fathul Bari di ketuai oleh Ustaz Haiqal, suami kepada naqibahnya, kak Hanisa. Ustaz Haiqal memulakan majlis dengan sesi pengenalan dan tazkirah ringkas berkaitan jodoh dan pertemuan aturan Tuhan. Menjelang azan Isya’ berkumandang, semua yang hadir antaranya kedua ibu bapa Fathul Bari, serta keluarga Hamlatul, masing-masing mengambil tempat di ruang solat yang telah disediakan.

Maka mereka bersolat jemaah bersama-sama dengan berimamkan IMAM yang diharapkan Hamlatul Adni, iaitu Fathul Bari. Sememangnya di awal lagi telah Hamlatul mohon agar diadakan sesi ta’aruf selepas mendengar tazkirah dan solat berjemaah bersama-sama. Usai solat, masing-masing menadah tangan, mengaminkan doa rintihan Fathul Bari,

“ Ya Allah Ya Rahim, hamba memohon agar majlis ini berlangsung dengan keberkatan da keredhaaMU,

Ya Allah, Ya Fattah, kami memohon agar dibukakan pintu hati kami agar mudah menilai serta membuat keputusan.Sesungguhnya tidak ada apa yang kami harapkan selain kerdhaanMU ya Allah,

Ya Rahman Ya Rahim, permudahkanlah urusan kami ini andai benar ini yang telah kau aturkan, jika bukan ya Allah, akhirilah ia dengan sebaik-baik pengakhiran. ”

Fathul Bari berdoa dengan sepenuh pengharapan dalam sendu tangisan yang halus kedengaran. SubhanaAllah! Hamlatul sendiri merasakan sebak dan dia mengaminkan setiap bait-bait doa dengan begitu tenang sekali. Sememangnya Hamlatul ingin merasai sendiri apakah Mujahid yang bakal berta’aruf dengannya ini seorang yang boleh memimpin IBADAH nya, kelak kepada sebuah PERJUANGAN. Alhamdulillah, kini dia bertambah yakin untuk melalui sesi ta’arufnya.

Ustaz Haiqal sebagaimana kebiasaannya akan memberikan pengenalan kepada konsep pembinaan Baitul Muslim dan apakah kepentingannya, kemudian Ustaz minta setiap dari mereka untuk menyatakan ta’aruf diri masing-masing.

Fathul memulakannya dan dinyatakan sifat-sifat dirinya samada negative mahupun positive. Fathul Bari rupanya telah menamatkan pelajaran Tahfiznya selama 3 bulan di Pengajian Al-Quran dalam tempoh persediaan sebelum ke UK meneruskan pengajiannya dalam bidang Farmasi.  Kemudian, tibalah giliran Hamlatul Adni, dia juga melakukan hal yang sama. Setelah itu, Ustaz Haiqal memberi peluang masing-masing untuk bertanyakan apa yang ingin diluahkan.

Hamlatul Adni memulakan persoalan, kerana baginya persoalan ini sangat penting untuk diketahui.

“ Maaf kerana saya menimbulkan persoalan ini,kerana penting untuk saya ketahui, harap saudara tidak salah faham dengan soalan saya ini. Saya bertanya, apakah yang saudara mahu pada seorang zaujah saudara nanti? ”  Lancar sahaja Hamlatul Adni bertanya, dia mahu berterus terang.

Fathul Bari memandangnya sebentar dan kemudian dia seolah-olah berfikir sebentar.

“ Hm, maksud ustazah adakah ciri-cirinya? Bagi saya, seorang yang mana boleh menjadi sayap kiri dalam perjuangan saya dan yang penting boleh menjadi pembantu master mind dalam perjalanan bahtera baitul muslim yang dibina nanti, saya rasa saya faham apa yang ustazah maksudkan. ” Fathul Bari menjawab persoalan Hamlatul dengan tenang, sambil tersenyum.

Hamlatul seolah-olah tidak percaya apa yang didengar, apakah pemuda ini sama tujuan dengannya? Dia tidak sempat mengenali secara terperinci pemuda ini, kerana dirinya yang baru pulang dari examnya, juga keadaan diri Fathul Bari yang dirasakan bukanlah sepertimana muslimin yang dikenalinya dalam persatuan islam nya, yang sentiasa berkopiah dan sering memakai pakaian sunnah. Tetapi, Fathul Bari ini lebih bergaya dan agak metrosexual gayanya. Tetapi, dia menjadi IMAM solat yang sangat baik pembawaannya, dan kini disebut pula tentang perjuangan. Hamlatul bertanya sekali lagi.

“ Er.. Jika selepas berumah tangga, ada panggilan untuk berkhidmat di luar, perlu banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dakwah, bagaimana? Adakah saudara setuju dan membenarkan? Maaf, saya berterus terang, saya benar-benar berharap perkahwinan yang di bina tidak menghalang saya untuk bergiat aktif dengan dakwah yang telah saya jalani selama ini. Itu yang saya harapkan dan saya amat perlukan persetujuan itu. ” Terang Hamlatul betul-betul kerana dia mahu bakal zaujnya itu benar-benar memahami keadaan dirinya.

Sambil tersenyum, Fathul Bari menyatakan sebaris ayat yang melegakan hati Hamlatul Adni.

“ Alhamdulillah memang itulah yang saya harapkan, bersama-sama saya dalam menegakkan agama Allah ini. Semoga kita memperoleh berkat.  “

Setelah itu, masing-masing puas hati dengan pertemuan ini, Fathul Bari langsung tidak memberikan sebarang persoalan kepada Hamlatul Adni seolah-olah telah banyak yang diketahuinya.

Sesi diakhiri dengan masing-masing menyatakan persetujuan untuk proses seterusnya bertunang dan berkahwin sekali langsung kerana Fathul Bari perlu ke Australia atas urusan kerja selama 3 bulan. Selepas dia balik, akan berlangsungnya majlis mereka ini. Naqibah Hamlatul kak Hanisah merapatinya sambil berkata,

“ Alhamdulillah, lain dari yang lain ta’aruf kali ni, muslimin tu tidak seperti gayanya, subhanaAllah! Akk dapat rasakan ada keistimewaan dalam dirinya,tahniah ya ukhti! ” Peluk kak Hanisa sambil menyatakannya.

“ Allahuakbar kak, jauh lagi kak, saya masih tidak berharap apa-apa selain saya mohon Allah beri yang terbaik untuk ini kak,memang saya sendiri ragu-ragu tengok keadaan dirinya. Mungkin, dia sengaja nak tengok saya ni macam mana agaknya kak, pandang paras rupa ke atau iman diri. Yelah, gambar sebelum ni lain sikit kak. ” Ujar Hamlatul Adni sambil tersenyum.

“ Betul juga kamu cakap tu, Alhamdulillah, doa-doalah semuanya baik-baik sehingga majlis. ” Kak Hanisah berkata kepada Hamlatul.

“ Allahuakbar kak, jauh lagi kak, saya masih tidak berharap apa-apa selain saya mohon Allah beri yang terbaik untuk ini kak,memang saya sendiri ragu-ragu tengok keadaan dirinya. Mungkin, dia sengaja nak tengok saya ni macam mana agaknya kak, pandang paras rupa ke atau iman diri. Yelah, gambar sebelum ni lain sikit kak. ” Ujar Hamlatul Adni sambil tersenyum.

“ Betul juga kamu cakap tu, Alhamdulillah, doa-doalah semuanya baik-baik sehingga majlis. ” Kak Hanisah berkata kepada Hamlatul.

Setelah itu, Hamlatul segera bertemu umminya, dia risau jika dia terlebih dalam tindakannya sebentar tadi. Umminya adalah teman terbaiknya, ummi pasti akan mengingatkannya bila dia terlalai.

“ Ibu, ibu setuju kan dengan apa yang kak long buat tadi? ” Tanya Hamlatul dengan sepenuh pandangan pada ibunya.

Ibunya pandang wajah Hamlatul dengan senyuman dengan mata yang berair.

“ Kak long, ibu bangga sangat dengan kak long, kak long berani menegakkan prinsip yang kak long pegang. Kak long, ayah dan ibu tidak memaksa, tetapi  Fathul Bari tu memang baik budaknya, sejuk mata ibu tengok dia. Tapi apa pun,  terpulang pada kak long, ibu yakin Allah akan berikan seorang yang baik dengan pasangan yang baik, bukankah DIA telah berjanji? ” Terang ibu dengan tenang sekali.

Hamlatul Adni berasa tenang mendengar apa yang ibunya kata.

Ya, Allah telah berjanji dalam ayat-ayat cintaNya, surah An-Nur ayat 26 :

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

Hamlatul Adni yakin dengan janjiNya, dia tidak mahu pandang belakang, dia telah pun menyatakan persetujuan sebentar tadi untuk membina Baitul Muslim dengan pemuda itu. Dia yakin Allah akan mempermudahkan urusannya jika segalanya dilakukan hanya keranaNya.

Di akhir pertemuan tersebut juga, masing-masing telah berjanji dengan nama Allah agar tidak akan melakukan perbuatan yang mengundang maksiat dan akan menjauhi dari timbulnya fitnah. Kedua-dua mereka Hamlatul Adni dan Fathul Bari masing-masing faham jika perlu berhubung perlulah melalui ibu bapa masing-masing atau pun naqib naqibah Hamlatul yang menjalankan proses Baitul Muslim ini. Memang ini yang diharapkannya agar ikatan suci terbina dengan permulaan yang berkat sehinggake akhirnya.

Setelah itu, Fathul Bari meneruskan urusannya ke Australia untuk tempoh 3 bulan, manakala Hamlatul meneruskan tugasnya untuk urusan practical nya.



Pada hujung minggu, Hamlatul Adni akan ke kawasan Kuala Pilah yang mana tempat dia minta Fathul Bari untuk memulakan usrah dan menyumbang tenaga kerja. Satu perkara yang tidak di sangka adalah apabila dia ke sana, kebanyakan surau-surau di sana telah hidup kembali, ramai yang turun untuk solat jemaah dan mengadakn aktiviti pada waktu Maghrib dan Isya’. Kebanyakan remaja di sana terlibat dengan kelas-kelas malam mempelajari ilmu fardhu Ain dan Ilmu Tajwid. Hamlatul agak terperanjat melihat perubahan yang berlaku, dia dan teman-temannya selalu ke sana dahulu sebelum sem akhirnya kerana terlibat program dakwah bersama masyarakat yang sering dijalankan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

Hanya dalam sem akhir apabila semakin banyak yang perlu diuruskan, dia dan sahabat-sahabatnya terpaksa tumpukan skop dakwah mereka pada sekitar kawasan mereka sahaja. Alhamdulillah, perancangan Allah itu cantik sekali. Tatkala dia memikirkan lamaran Fathul Bari tempoh hari, dia seolah-olah menyerahkan tugas mereka dahulu kepada Fathul Bari sekali gus niat nya ingin membiarkan Fathul Bari biasa dengan aktiviti dakwah.

Alhamdulillah, hasilnya sangat baik daripada yang disangkakannya. Pernah Hamlatul bertanyakan pada seorang mak cik di situ,

“ Mak cik, Alhamdulillah ya surau ni sekarang, penuh dah setiap malam.” Ujar Hamlatul.

“ Alhamdulillah nak, dah 4 bulan sorang ustaz ni duduk sini, setiap malam pasti dia akan datang dan ajak remaja-remaja ni pergi surau. Lepas tu, setiap malam mesti ada aktviti yang dia buat kat surau ni, esk malam kata IMAM tadi ada aktiviti istimewa katanya. Kami semua suka dengan Ustaz ni.” Terang mak cik dengan wajah yang ceria.

“ Oh, ye ke? Ustaz apa mak cik?” Tanya Hamlatul Adni untuk mohon kepastian.

“ Ustaz Fathul Bari nama dia nak.” Jawab mak cik.

SubhanaAllah! Hamlatul benar-benar merasakan kebesaran kuasa Allah. Dia amat-amat bersyukur, dia berharap semoga apa yang dilakukan Ustaz Fathul Bari yang mak cik tersebut katakana akan istiqamah sehingga ke akhirnya.

Ustaz mereka panggil dia rupanya, monolog Hamlatul Adni.

Esok malamnya, ramai yang hadir memenuhi ruang surau kerana ada aktiviti istimewa malam itu sepertimana yang di sampaikan oleh AJK-AJK surau. Sementara menunggu azan Maghrib berkumandang, terdengar suara seorang pemuda yang meminta semua hadirin untuk berkumpul dalam keadaan bersaff seperti hendak bersolat, dan dia telah mengetuai zikir-zikir sementara mengisi masa lapang. Tatkala masuknya waktu maghrib, mereka semua bersolat jemaah dengan di imam kan ustaz tersebut. Usai solat, Hamlatul merasakan seolah-olah mengenali suara yang mengimamkan mereka sebentar tadi, namun dia buang jauh-jauh apa yang difkirkannya.

Tatkala tirai dibuka untuk mendengar tazkirah, dia melihat seperti dia kenal Ustaz yang sedang bercakap di depan. Hamlatul amati dari tempatnya.

Allahuakbar! Itu adalah Fathul Bari, tetapi dia sangat berbeza dari penampilan yang dia jumpa tempoh hari. Hari ini dia nampak sangat lain, dia seperti seorang ustaz, dengan pemakaian jubah dan serbannya, hampir-hampir Hamlatul Adni tidak kenal. Selagi boleh, Hamlatul tidak mahu Fathul Bari sedar akan kehadirannya, dia rasa sangat bersalah kerana pernah memandang satu ketika dahulu Fathul Bari hanyalah seorang yang biasa seperti kebanyakannya.

Kemudian, dalam program malam itu, dibentangkan kepada semua jemaah yang hadir tentang sejarah bagaimana perkembangan Islam dari kebangkitanya hinggala ke saat kejatuhan Islam, bagaimana Barat berperanan dan mengambil peluang daripada kejatuhan Islam. Rata-rata yang hadir buka mata dan mendapat kesedaran pentingnya memelihara kedaulatan agama Islam. Pengisian yang diselang seli dengan tayangan sangat menarik dan lebih berkesan pada penerimaan.

Hamlatul mula memikirkan, siapakah dia ini sebenarnya? Benar kata kak Hanisah, dia bukan orang biasa. Hamlatul berhasrat untuk mengetahuinya kelak, semoga Allah menunjukkan siapakah dia ini sebenarnya.

Hamlatul dan keluarganya agak sibuk di saat lagi 2 sebulan menjelang tempoh perkahwinan mereka. Tanpa diduga dia mendapat satu tugasan dari jabatannya untuk ke UK kerana design yang di buatnya perlu mendapat penerangan dan pengesahan dengan syarikat sana. Pada awalnya, Hamlatul berat untuk pergi memandangkan majlis perkahwinannya yang hampir tinggal sebulan lagi. Namun, kerana tanggungjawab dia tidak boleh pentingkan diri, prinsipnya seorang daie’ perlu sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

Ibu juga membenarkan Hamlatul menyelesaikan tugasnya. Maka dia bertolak ke UK dengan sahabat sejabatannya ke sana, dia berhasrat untuk selesaikan segera urusan di sana. Hamlatul sampai di sana disambut oleh rakan sekerja di sana. Dia telah ditempatkan di Hotel Jannes, di mana tempat yang sama dengan sahabatnya. Rupanya di kawasan itu juga, tempat ramainya student Malaysia dan digelar penempatan rakyat Malaysia.

Di sekitar tempat Hamlatul dapat melihat,berbagai ragam manusia dan ada ramai juga wanita muslimah berpakaian muslimah sebagaimana dia. SubhanaAllah! Kagum Hamlatul dengan saudara semuslim nya yang boleh mempertahankan penampilan muslimahnya di Negara orang, apatah lagi Eropah. Hamlatul yakin, pasti aktiviti dakwah di sini lebih mencabar, terus dia jatuh hati melihat mereka.

“ Semoga aku dapat berkenalan dengan mereka ini dan dapat sertai aktiviti dakwah mereka dalam tempoh terhad aku di sini.” Hamlatul bermonolog dalaman.

Keesokannya Hamlatul Adni dan sahabatnya ke syarikat Kiswire untuk urusan mereka yang belum selesai. Mereka bertolak awal 1 jam setengah daripada waktu appointment kerana risau tersesat, memandangkan tidak biasa dengan jalan-jalan di sana. Dalam perjalanannya, dia ternampak sekumpulan manusia sedang berhalaqah di sebuah taman. Dengan seorang muslimin menyampaikan sesuatu, dan yang lain mendengar mencatatkan. Hamlatul memandang mereka sehingga menoleh ke belakang, mereka kemudiannya solat di atas padang taman tersebut.

SubhanaAllah! Tarbiyah Allah itu di mana-mana sahaja, tidak kira di bumi mana kita berpijak. Hamlatul benar-benar kagum dengan kebesaran kuasa TUHAN. Dia sangat sayu melhat keadaan itu, mereka yang di Negara bukan Islam agama rasminya ini bebas solat di mana-mana bumi Allah.

Tanpa ada pandangan jelik masyarakat sekeliling,
Tanpa ada umpatan keji yang tidak faham,
Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Menitis air matanya melihat keadaan itu, sehingga disedari sahabatnya itu.

“Kenapa ni Adni? Awak sedih rindu keluarga ke? Hehe” Usik sahabatnya itu.

“Taklah Aisyah, saya nampak tadi sekumpulan manusia yang solat jemaah sama-sama, berhalaqah kat Taman tu.Kalau di Negara kita, buat mcm tu, orang akan pandang pelik.  Kat sini, walaupun bukan Negara Islam, namun alhamdulilah mereka memanfaatkannya boleh beribadah di mana-mana sahaja.” Terang Hamlatul sejujurnya.

Sahabatnya mengangguk setuju, mungkin dia juga terasa keadaan itu.

Sesampai mereka di sana, terus ke department design management untuk bertemu dengan pegawai yang menguruskan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan mereka tertarik dengan persembahan design yang direkanya. Senang hati Hamlatul dan Aisyah apabila kerja mereka diterima oleh pegawai-pegawai sana. Maka mereka ada masa lagi seminggu untuk bercuti di UK, itu antara bonus yang mereka dapat apabila menjalankan kerja-kerja syarikatnya di luar Negara.

Segera Hamlatul mengajak Aisyah untuk berjalan-jalan ke kawasan sekitar, sambil Hamlatul berdoa agar dapat berjumpa mana-mana saudara semuslimah nya di sana. Dia ingin sekali menyertai aktiviti dakwah di sana. Semasa perjalanan mereka ke sebuah taman terdekat, Hamlatul ditegur oleh seorang remaja.

“ Assalamualaikum kak” Tegur remaja itu.

“ Wa’alaikumsalam wbt.” Sahut Hamlatul

“Akk baru kat sini ke? Saya Duha, student sini, tinggal pun sekitar sini je.” Terang remaja itu ramah sekali.
Hamlatul melihat adik tu, pemakaiannya seperti mana muslimat-muslimat yang lain, tutup aurat sepenuhnya dan sopan bicaranya. Sambil tersenyum, Hamlatul menjawab adikitu,

“ Akk Hamlatul, ada kerja seminggu di sini, ini kak Aisyah, kami dari Malayisa. InsyaALLAH Sabtu ni baliklah.” Terang Hamlatul sambil menghulurkan salam.

Lantas mereka berukhuwwah, sambil berkongsi cerita bagaimana keadaan di bumi Eropah ini selari dengan perkembangan dakwah mereka. Alhamdulilah, Hamlatul bersyukur di pilih untuk urusan kerja ke UK, kerana dapat bertemu dengan Permata-permata Islam.

Kemudian, Hamlatul dan Aisyah diajak ke majlis SHARING is CARING yang persatuan mahasiswa Islam UK anjurkan pada malam tersebut. Kata mereka, ini antara program wajib persatuan untuk mengikat ukhuwwah seluruh ikhwan akhawat yang berada di sekitar sana. Selalunya p’isian akan dberi oleh senior atau Presiden.

Pada malam itu, Hamlatul dan Aisyah dapat bertemu ramai sahabat seperjuangan, matlamat dan dasar yang sama tetapi di atas bumi berpijak yang berbeza, tetapi hakikatnya masih bumi Allah. Hamlatul berazam setibanya nanti di Malaysia, dia akan keep in touch dengan akhawat-akhawat sana. Dia akan pastikan dapat membina fikrah bersama.

Majlis pada malam itu bermula dengan ucapan dari Presiden mereka, menyatakan akan kepentingan ISTIQAMAH sebagai khalifah yang wajib menjalankan amanah yang telah kita terima sejak dari azali. Kemudian disusuli dengan sebuah ceramah dari mantan Presiden mereka menurut yang memperkenalkan. Ceramah yang disampaikan berbunyi Bila Hati Tiada Rasa BerTuhan, sangat menyentap mereka yang mendengar. Hamlatul seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, di hadapannya itu adalah Fathul Bari yang sedang berucap. Dia akhirnya dapat merasakan jawapan yang dicari selama ini telah ditemui. Setiap apa yang dikatakan oleh penceramah benar-benar menyedarkannya, bahawasanya setiap orang Daie’ itu bila mana hatinya sunyi dari mengingati DIA, sunyi dari mencintai dan merindui DIA, benar-benar akan menjauhkan dari sifat ikhlas. Seorang Daie’ itu perlu sentiasa bersedia untuk bergerak kerja di mana sahaja dia dicampakkan. Di akhir kalamnya, membuatkan Hamlatul agak malu.

“ InsyaAllah, atas jalan dakwah ini juga ana akan bernikah dengan seorang Srikandi yang mana semoga dengan pernikahan itu nant, dapat melebar luaskan sayap perjuangan dakwah nant. Kad undangan telah pun ana berikan kepada wakil muslimin dan muslimat. Sempena cuti summer hujung bulan ini, moga entm semua mana-mana yang balik, jemputlah hadir. Apa yang penting, doa entum semua ana harapkan semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah.”

Rata-rata para hadirin yang dengar menyahut riang dan meraikannya. Tiba-tiba Hamlatl dsapa oleh seorang adik muslimat.

“ Akak, kak Hamlatul kan?” Tanya seorang muslimat.

“ Ya, akk, kenapa ya dik?” Hamlatul respon segera, dalam keadaan agak terkejut.

“ Akk timbalan presiden persatuan Mahasiswa Islam UTM kan? Ingat akk ada tulis satu artikel tentang Lelaki dan akhir zaman? Then, ada orang yang mohon untk copy artikel tu?” Tanya muslimat tersebut bersungguh-sungguh.

“ Ya, betul artikel tu panjang sangat sampai 4 page lebih kurang? Hm.. ni siapa ya, mcm mana kenal akk?” Tanya Hamlatul lagi.

“ Sebenarnya kak, ketika tu saya yang minta artikel tu sebab saya bahagian unit penerbitan,kemudian artikel tu dapat sambutan hangat dalam kalangan mahasiswa sini, sehinggalah kami dah plan nak adakan forum dengan mengudang akk. Kebetulan akk pun apa yang kami dapat tahu, ada mewakili University ke sini untuk pertandingan sepatutnya pada waktu tu.” Jelas muslimat tu dengan senyuman.

“ Allahuakbar! Yup betul, ada yang contact akk, tapi akk tak dapat pergi sebab ada masalah family. Tak ada rezeki nak jumpa msa tu, Allah ganti masa ni ya.” Balas Hamlatul dengan ramah.

“ Tulah, penceramah tadi tu presiden ketika zaman saya, dia juga adalah pengarah program untk forum nak jemput akk tu. Dia banyak ikuti perkembangan persatuan Mahasiswa tempat akk, coz dia ramai kawan, sebab tulah dapat banyak maklumat. Ini pun tadi, dia bgtahu kami akk yang duduk belakang tu lah penulis artikel tu. Kami sangat terujalah nak jumpa akk.”Ujar adik yang lain dengan ceria.

Hamlatul rasa panas mukanya kerana malu, dia sedar kehadiran dia di belakang ini rupanya. Dan kini dia juga sudah mengerti bagaimana Fathul Bari mengenalinya, dan siapa dia sebenarnya. Hamlatul Adni bersyukur dengan setiap kejadian yang berlaku, semuanya ada hikmahnya.

Benarlah apa yang dikatakan bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untk hamba-hambaNya. Sebaik sahaja selesai program malam tu, Hamlatul Adni ajak sahabatnya Aisyah untuk balik awal kerana dia mahu selesaikan persiapan kahwinnya banyak yang belum selesai.

Pertemuan sekejap Hamlatul dengan adik-adik masih fresh perkenalan itu, membuahkan rasa ukhuwwah Islamiyah. Mereka sempat berusrah di Taman yang dekat dengan Hotelnya sebelum mereka hantar Hamlatul dan Aisyah ke lapangan terbang. Dalam usrah itu, Hamlatul lebih menekankan langkah mujahidah selepas belajar dan dikaitkannya dengan pembinaan Baitul Muslim yang sangat penting, dia menceritakan pngalaman dirinya, biarlah melawan arus selagi mana mendapat manfaat yang besar dan jangan putus asa dengan kegagalan.

Perpisahan mereka ditangisi, dan diakhirnya Hamlatul menghadiahkan mereka sebuah puisi karangannya, dan juga satu kad undangan perkahwinannya. Adik-adik yang hadir semua menangis terharu rupa-rupanya inilah srikandi yang bakal bersama mantan presiden mereka yang sangat mereka kagumi.

Mereka menghantar pemergiannya dengan membaca puisi itu.

“ Kita bertemu dalam keadaan tanpa rancangan,
Melihat dirimu bercinta dalam halaqah dari kejauhan,
Tidak dapat aku nafikan betapa ku mengagumi perjuangan kalian,
Mendaulatkan Islam di mana-mana bumi engkau berpijak,
Biar ukhuwwah yang dibina sekejap Cuma,
Namun atas dasar Aqidah Islam kita saling mencintai,
Kelak moga kita dapat bertemu lagi,
Bersama-sama meneruskan misi para Nabi.”
TAKBIR!
Akak sayang kalian kerana Allah..

Alhamdulillah, itulah kalimah teragung yang sering Hamlatul ucapkan, betapa dia bersyukur dengan setiap perancangan ALLAH. DIA berikan kesedihan kerana di akhirnya inilah KEMANISAN yang membahagiakan. Biarpun berkali-kali sebelum ini dia memberanikan diri melamar muslimin demi menjaga kesinambungan dakwahnya, namun Allah masih belum membenarkan hinggalah akhirnya hikmah ditemui, DIA hadirkan seorang pejuang Islam untuk memimpin dirinya. SubhanaAllah!




“ Akhirnya aku dapat bersama dgn pejuang agama ALLAH, dengan izinNya. Allahuakbar!” Ucap Hamlatul dalam syukurnya.














~ Al-Faqir ilaAllah ~
Nur Syawana Murad








p/s : Sebarang komentar dan pandangan dialu-alukan.. thanks utk semua yang membaca... (^_^)
     : Maaf sangat2 coz take time utk publish ending nya.. dah siap tapi hilang.. ^^








Thursday, December 15, 2011

Buat hati-hati yang dilukai

Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bernafas, semoga setiap langkah adalah langkah yang diatur keranaNya. 

Sesungguhnya kehidupan adalah suatu perjuangan. 
Sudah sangat lama tidak menulis, dan hari ini saya ingin mencuri sedikit masa untuk suatu perkongsian kerana bagiku menulis adalah suatu therapy diri. Adakala hidup dirasakan sangat menyesakkan, tidak mampu digambarkan melalui butir bicara namun ia mampu untuk diluahkan melalui sebuah tulisan. Try it, and you will feel much better...

Bukan mahu berkongsi masalah diri kerana bukan itu tujuan blog ini diselenggara, tetapi mahu berkongsi butir bicara hikmah buat jiwa-jiwa yang memerlukan sekaligus sebagai motivasi buat diri yang fakir ini.

WHY ME?

Pernah kita merasakan kecewa dengan kehidupan? 
Kecewa dengan takdir yang mendatang? 
Kadangkala kita merasakan tidak tertanggung ujian demi ujian yang hadir. 
Sehingga adakala kita merasakan kenapa aku diuji sebegini? Aku dah tak mampu nak tanggung... Ujian ini sangat berat untuk aku hadapi.. dan pelbagai lagi rungutan yang adakalanya kita sendiri tidak sedar apa yang kita tuturkan..

Masalah yang tidak tertanggung lagi
Saat satu demi satu dugaan dan masalah hadir, ingin sekali ku pujuk diri kalian dengan ayat-ayat Allah ini.
" Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar " 
( Al-Baqarah : 155 )
Allah SWT memujuk lagi dalam ayat berikutnya..


" Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya " ( Surah Al-Baqarah : 286 )

YOU ARE THE SPECIAL ONE!



Yakinlah bahawa setiap ujian yang Allah kirimkan buatmu, adalah kerana Dia sangat menyayangimu. Setiap ujian itu adalah mengikut kemampuanmu, Dia tahu sejauh mana kemampuan kita. Mungkin masalah yang hadir ini melukakan hatimu, mungkin masalah yang dikirimkanNya ini menjadikan dirimu lemah dan tak berdaya, mungkin masalah ini dirasakan sangat memilukan. Namun sedarkah kenapa Dia menguji kita?

Kerana dalam lautan hamba-hambaNya yang menumpang di bumi ini, Dia memilih kita untuk menghadapi masalah yang dirasakan sangat berat buat kita. Kerana Dia sayang pada kita, bila diuji barulah manusia kembali ingat kepada Tuhannya. Mungkin sekarang hatimu terluka namun sedarlah bahawa Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Setiap dugaan yang dihidangkan itu, beserta hikmah yang tersembunyi. 

Tahukah apabila setiap masalah yang datang, kita hadapi dengan sabar dan tenang akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosa kita. Kita adalah seorang yang bukan maksum, seorang yang pasti melakukan dosa-dosa. Sifat alpa dan leka sering menjadikan kita lalai dari mengingatiNya. Maka, ketukan-ketukan berbentuk masalah inilah yang akan menyedarkan kita seterusnya kembali dekat padaNya.

Sabda Rasulullah SAW,

" Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan,  dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. " 
( Hadis Riwayat Muslim )


 TREASURE


Satu khazanah bernilai buat diri apabila kita mampu membina dinding immunity dalam diri. Immune yang dimaksudkan adalah menjadikan diri kita immune dengan masalah-masalah yang hadir, bahkan kita memandang setiap satu bala bencana itu dari sisi positive. 

Firman Allah SWT,

" Boleh jadi engkau membenci sesuatu sedangkan ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula  engkau menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tdak mengetahui "( Al-Baqarah : 216 )
Carilah khazanah itu, dan binalah dinding immunity ini kerana sesungguhnya hidup adalah untuk diuji. Gembira juga ujian, sedih adalah ujian, marah juga ujian dariNya. Ujian dari Allah buat menguji bagaimana hamba-hambaNya setiap saat dan waktu. 


Saat diuji, pujuklah diri.. 
Ujian aku ini hanyalah sekelumit berbanding orang lain.
Allah pasti telah persiapkan sesuatu untukku..
Bersangka baiklah pada Allah SWT kerana Dia sepertimana sangkaan hamba-hambaNya..

Ukirkanlah senyuman kerana senyuman walau hatimu menangis hiba,
Kerana yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan mu..
Selagimana engkau merasakannya perlu.   

  


PS : Bila ada masalah, carilah manusia yang bermasalah untuk dibantu meringankan masalahnya. Dengan cara itu juga, kita akan sedar bahawa masalah mereka jauh lagi hebat daripadaku hingga akhirnya kita mampu!

Monday, December 5, 2011

Only You and me


Sometime we use this monologue, just like what stated below...

I do these thing and those thing but why they never appreciate me?
I cannot stand anymore with all these things, no body understand me!
Why not me get the post? Why I keep doing these simple thing? I am not too good, 
I was nothing, useless and bla bla bla... 

We keep think negative and never try to understand from the positive side. Now I wanna ask myself to think like this :- 

“When we do something good, please hope nobody will see because enough only ALLAH and me know. When we do something bad, please hope somebody will see and tell me this wrong and show me the right way. ”

I write this article with all my heart as an advice especially for myself and generally for all of you.


YOU and Me

Maybe it is easy to do something and get some appreciation from somebody. 
Maybe it is normal to do something that we choose because we love it.
But maybe it is too good to do something only because of HIM...

If we choose for anything we do in this world because of Allah, then we will never feel lonely, useless, hopeless, and so on... we will be a better person for every seconds..
No matter who see what i have done for ummah, for islam, for all the kindness as long as YOU know.. Allahuakbar!

We got so many things to do for ummah, so please try to be honest and sincere with ourselves first. Learn to see from positive side and love ourselves. We are the best creation of HIM. From now on, never mind what others think as long as ALLAH knows we are at the right path.

InsyaAllah, we will more appreciate what happened to us after this! 













Followers