Wednesday, March 30, 2011

Apa erti Cinta menurutmu?

PUISI KETIKA CINTA BERTASBIH






Cinta adalah kekuatan,

yang mampu mengubah duri jadi mawar, 

mengubah cuka jadi anggur,

mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Recited by Ayyatul Husna



Sekalipun cinta telah ku uraikan,

dan ku jelaskan panjang lebar,

namun jika cita kudatangi,

aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Recited by Anna AlthaFunnisa



Pandangan dari sisi kecil...


Seringkali dipetik cinta akan dikaitkan cinta itu buta,
Dahulunya saya tidak setuju dengan statement ini, namun setelah melihat ramainya dalam
 kalangan manusia ini,
Yang menjadi layu mahupun kuat kerana kuasa CINTA.
Maka saya akui, memang benar apa yang dikatakan cinta itu buta.
 Tetapi bagi saya di situlah terletaknya sebuah rahsia.
CINTA itu buta, namun bagi siapa yang benar-benar menghayati dan mengenali,
Hanya buta pada pandangan, namun celik pada pandangan nurani.
Di situlah terletakya rahsia, mengapa dan bagaimana kita mencintai PENCIPTA kita lebih
 dari segala-galanya,
Kita akn menjadi buta dengan cinta manusia, namun kita celik pada cinta yang
 MENCIPTAKAN cinta itu.
Rahsia milik Nya dalam khazanah yang Maha Luas.
Pernah kita terlupa mengingatiNya? Banyak kali...
Pernah kita terlupa mengingati kekasih kita? Jarang sekali...
Maka di situlah kita menjadi BUTA...
Yang haram menjadi HALAL asalkan cinta kekasih terlaksana,
Yang MENCIPTA kan cinta tidak lagi dipeduli asalkan kekasih hati dipenuhi hajatnya,
Kita BUTA dengan segala nikmat kurniaanNya dalam kelopak CINTA  palsu manusia.
Selagi DIA masih sudi memberikan CINTA Nya,
Maka lantaskah kita hanya hamba yang hina menolak cintaNya?

video

Aku memohon ampun atas setiap dosa yang dilakukan, seringkali tewas pada cinta yang 
tidak kekal lama.
Bibir mengatakan cinta padaMU ya Allah, namun Hati tidak mengiakan.
Lalu aku menjadi jauh dari prinsip-prinsip seorang kekasih Allah...
Masih adakah secebis cinta untukku?
Moga ada sirna untuk ku terus memiliki dan mencintaiMU sepenuh hatiku...  





~ Al-Faqir ila Rabbi ~

Tuesday, March 22, 2011

Di Bawah SATU Cahaya


Artist : Akhil Hayy Rawa
Title : Di Bawah Satu Cahaya

Kita adalah saudara
Asal dari adam dan hawa
Dibuai oleh gelombang
Dibesarkan zaman

Di bawah satu cahaya
Dulu kita ikrar bersama
Dari kalam dan sirahnya
Kita taat saling percaya
Yakin dalam melangkah
Lewati badai sejarah

Pada arah yang sama kita berdiri
Pada air yang sama kita bersuci
Pada takbir yang sama jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Sebarkanlah…Bersabarlah

Mari kita renungkan
Lalu kita bertanya
Benarkah kita manusia
Benarkah berTuhan
Katakanlah…Dialah tujuan

Pada arah yang sama…kita berdiri
Pada air yang sama…kita bersuci
Pada takbir yang sama…jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Bertekadlah, berdoalah, bersujudlah, bersyukurlah (sebarkanlah…)






p/s: Hari-hari yang sangat memenatkan, namun kerana DIA tujuan utama, akan diteruskan walaupun langkah ini payah..... 

Friday, March 18, 2011

GERIMIS MENGUNDANG

Alhamdulillah masih diberi nikmat bernafas di bumi Allah ini...


Namun saya sering terfikir bagaimana keadaan hamba apabila diberi sesuatu yang tdak dia gemari serta tdak dijangkakan?


Pernah dengar bait-bait lagu ni?

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan...



Siapa boleh meramal apa yang akan berlaku dalam hidup kita, tak siapa tahu esok akan jadi apa.

Melihat matahari terang manyinar, tidak memberi jaminan panas akan berpanjangan...
Melihat awan yang gelap, juga tidak memberi jaminan hujan akan turun...
Kerana KEHIDUPAN ini sangat unik...

Kita boleh berpencak di bumi ini sesuka hati kita, Namun kita perlu ingat esok kita akan kembali kepadaNya...

Andai kita di dalam barisan saff perjuangan,
Hari ini kita melangkah gagah menyebarkan dakwah seruan Nya,
Namun siapa sangka bagaimanakah kita esok lusa?

Sebab itulah, kita perlu sentiasa dalam keadaan beringat-ingat. Sememangnya asal manusia dari kalimah nusia yang bermaksud lupa, maka semestinya kita sentiasa memerlukan peringatan demi peringatan agar tidak lalai dan alpa. 

Sebagaimana firmanNya,

" Maka berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu yang terbaik untuk orang-orang beriman. "
Namun masalahnya kini, kebanyakan kita sukar sekali untuk menerima sepotong nasihat itu. Adakalanya nasihat itu sampai tatkala kita belum bersedia menerimanya, adakalanya sampai bukan pada cara yang kita kehendaki, namun ia masih sepotong nasihat. Susah dan sukar sebenarnya ingin berlaku adil pada jiwa.

Hari ini, saya memberikan nasihat apabila merasakan perlu untuk menyampaikannya...
Kemudian, masa silih berganti dan sebagai seorang daie' terus menerus menghulurkan mutiara hikmah untuk menyahut seruan baginda dalam menyebarkan dakwah...
Namun siapa tahu, sampai bila kita sentiasa betul, dan siapa tahu bila kita akan diperbetulkan?

Sehingga hadir satu saat, kita diterjah dengan satu nasihat yang jarang-jarang kita peroleh, kita susah nak hadamkan, apatah lagi nak terima dengan berlapang dada..

Bukankah sepatutnya kita...

" Bersyukur ada yang sudi menegur kesilapan kita,
Gembira kerana tidak membiarkan kita dalam kelalaian,
Terima setiap kritikan sebagai nasihat dan ikhlas terhadapnya. "

Apapun, kembali padaNya... Langit tak selalunya cerah, tiada siapa yang tahu apa akan berlaku esoknya.. Smg Allah memberikan kita jiwa2 yang ikhlas... 



p/s : Nasihat buat diri, ingin mengetuk pintu hati namun sukar sekali ini agar berlaku adil pada jiwa, namun susah sekali...

Sunday, March 13, 2011

Aku Dah Tak TAHAN Lagi

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini, dan syukur atas nikmat IMAN dan ISLAM kurniaanNya.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita TSUNAMI yang menimpa saudara-saudara kita di JEPUN sana, kemudian dengan ramalan yang mana mengatakan akan berlakunya jarak antara matahari dan bumi menjadi dekat dan hampir.

Melihat, mendengar dan mentafsir isu-isu ini membuatkan saya termenung memikirkan masa yang ada buat diri, apakah itu adalah UJIAN dariNya atau BALA dariNya atas SIKAP kita semua yang meminjam di bumiNya ini.


Apakah MASA DEPAN untukku masih cerah utk ISLAM?


Kemudian saya melihat keadaan di sekeliling saya, rata-rata di mana-mana pun sudah menjadi kebiasaan jika maksiat bermaharajalela.

Cuba bayangkan bagaimana makhluk-makhluk ciptaanNya di seluruh muka bumi ini menyaksikan MAKSIAT yang kita lakukan?

Carilah di mana-mana tempat awam mahupun taman-taman yang segar menghijau, di mana kejadian asalnya adalah untuk menjadi tanda kepada kebesaran Allah SWT yang Maha Mencipta. Namun, alangkah jijiknya sikap ego dan sombong manusia yang tanpa SEGAN dan SILU melakukan perbuatan laranganNya.

                              " Duduk berdua-duaan di Taman bukanlah satu DOSA. "
                                 " Tak apa, apa salahnya pegang-pegang tangan je. "
                                       " Nanti awak akan menjadi milik saya juga "

Pasti banyak lagi dialog-dialog pujuk rayu yang menjadi suatu kebiasaan, ASTAGHFIRULLAH! 
Maruah jauh campak dalam longkang, yang penting nafsu tercapai, dan Si Syaitan gembira ketawa berdedai-dedai!



Seandainya BUMI ini bisa bersuara,
Pasti telah banyak kali BUMI ini menangis takut akan azab dari TUHAN,
BUMI ini tunggul pada penglihatan NAMUN,
Hidup pada tangkal dan asalnya,
Apakah sehingga sampai PERINGATAN dari TUHAN baru akan sedar?

Apakah kita fikir BUMI ini senang dengan segala DOSA sengaja?
Inilah MANUSIA, tidak sampai AMARAN jangan harap datangnya SEDAR,
Hukum TUHAN sekadar mainan dan bacaan bukan AMALAN,
Kelak bila datangnya PERINGATAN dari DIA,
Tak siapa yang akan tertinggal walau satu inci.

Kerana itu kini BUMI berteriak,
Aku Sudah Tidak TAHAN Lagi!
Melihat mereka yang dikurniakan aqal ibarat tiada lagi aqalnya,
Mereka yang ada panduan hidup diberiNya,
Tidak menjadikan ia sebagai satu panduan.

Jika datang seorang GADIS,
Dia malu untuk memakai pakaian TAQWA,
Pakaian garisan TUHAN ketinggalan zaman fikirnya,
Kawan-kawan semua sama macam dia, kenapa mesti dia tentang?
Lalu bagaimana nak tarik perhatian sang JEJAKA impian?
Persetankan semua, itu urusan TUHAN.
Desis hatinya, lalu diturutinya...

Jika datang seorang JEJAKA,
Dia malu andai pakaian sunnah menjadi sebahagian darinya,
Pasti tak stylo jika dia ikut pakaian panduan TUHAN,
Ada apa dengan seorang LELAKI?
Biarlah dia hidup dengan nafsu yang mendatangi,
" Aku ingin dia, dapatkan dia, miliki dia "- rakus si NAFSU.....

Tatkala bersama si GADIS dan si JEJAKA,
Dunia ibarat mereka yang punya,
Walhal sekalian ALAM menyaksikan perbuatan serong dengan hiba tangisan,
Tangis kerana takut akan kedatangan azab dari TUHAN.

Lalu apa lagi yang ditunggu?
Sehingga jatuh tersungkur menyembah BUMI?
Kembalilah pada hakikat kejadian insan,
Yang letakkan KHAUF FILLAH dalam hatinya,
Baginya Allah ada memerhatikan di mana-mana sahaja.

Firman Allah :“ Maka Allah mengazabkan mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan mereka tidak mempunyai perlindungan dengan azab tersebut. ” (Ghafir: 21) 

Kembalilah merasai kehadiran TUHAN dalam diri.......
















Thursday, March 10, 2011

DEBAT PROFESOR ATHEIST DENGAN SEORANG PELAJAR ISLAM

DEBAT PROFESOR ATHEIST DENGAN SEORANG PELAJAR ISLAM



Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…


Prof: Kamu percayakan Tuhan?


Pelajar: Sudah semestinya professor.


Prof: Adakah Tuhan itu baik?


Pelajar: Ya


Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?


Pelajar: Ya


Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?


(Pelajar berdiam diri)


Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?


Pelajar: Ya.


Prof: Adakah syaitan baik?


Pelajar: Tidak.


Prof: Siapa yang mencipta syaitan?


Pelajar: Tuhan.


Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?


Pelajar: Ya.


Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?


Pelajar: Ya.


Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?


(Pelajar tidak menjawab)


Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?


Pelajar: Ya professor.


Prof: Siapa yang menciptanya?


(Pelajar tiada jawapan untuknya)


Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?


Student: Tidak pernah professor.


Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?


Pelajar: Tidak pernah professor.


Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?


Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.


Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?


Pelajar: Ya professor.


Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?


Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.


Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.


(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)


Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?


Prof: Ya.


Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?


Prof: Ya.


Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.


(Semua didalam dewan kuliah terdiam)


Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.


(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)


Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?


Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?


Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?


Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?


Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.


Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?


Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.


Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?


Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.


Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?


(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)


Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?


(Dewan kuliah menjadi gempar)


Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?


(Pelajar lain tertawa)


Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?


(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)


Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.


Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.






P/s : Cerita diambil dari sebuah laman web islamik, utk manfaat bersama.




Moral of the story:


- Kita perlu sentiasa belajar dan mengkaji agar tatkala mana-mana persoalan tentang akidah dan ketuhanan diberikan, tidak menjadikan kita kurang keyakinan padaNya, dan kita perlu meletakkan sepenuhnya keyakinan kpada yang Maha ESA. 


Smg kupasan ini dapat mmbuka minda kita...

Followers