Sunday, March 13, 2011

Aku Dah Tak TAHAN Lagi

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini, dan syukur atas nikmat IMAN dan ISLAM kurniaanNya.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita TSUNAMI yang menimpa saudara-saudara kita di JEPUN sana, kemudian dengan ramalan yang mana mengatakan akan berlakunya jarak antara matahari dan bumi menjadi dekat dan hampir.

Melihat, mendengar dan mentafsir isu-isu ini membuatkan saya termenung memikirkan masa yang ada buat diri, apakah itu adalah UJIAN dariNya atau BALA dariNya atas SIKAP kita semua yang meminjam di bumiNya ini.


Apakah MASA DEPAN untukku masih cerah utk ISLAM?


Kemudian saya melihat keadaan di sekeliling saya, rata-rata di mana-mana pun sudah menjadi kebiasaan jika maksiat bermaharajalela.

Cuba bayangkan bagaimana makhluk-makhluk ciptaanNya di seluruh muka bumi ini menyaksikan MAKSIAT yang kita lakukan?

Carilah di mana-mana tempat awam mahupun taman-taman yang segar menghijau, di mana kejadian asalnya adalah untuk menjadi tanda kepada kebesaran Allah SWT yang Maha Mencipta. Namun, alangkah jijiknya sikap ego dan sombong manusia yang tanpa SEGAN dan SILU melakukan perbuatan laranganNya.

                              " Duduk berdua-duaan di Taman bukanlah satu DOSA. "
                                 " Tak apa, apa salahnya pegang-pegang tangan je. "
                                       " Nanti awak akan menjadi milik saya juga "

Pasti banyak lagi dialog-dialog pujuk rayu yang menjadi suatu kebiasaan, ASTAGHFIRULLAH! 
Maruah jauh campak dalam longkang, yang penting nafsu tercapai, dan Si Syaitan gembira ketawa berdedai-dedai!



Seandainya BUMI ini bisa bersuara,
Pasti telah banyak kali BUMI ini menangis takut akan azab dari TUHAN,
BUMI ini tunggul pada penglihatan NAMUN,
Hidup pada tangkal dan asalnya,
Apakah sehingga sampai PERINGATAN dari TUHAN baru akan sedar?

Apakah kita fikir BUMI ini senang dengan segala DOSA sengaja?
Inilah MANUSIA, tidak sampai AMARAN jangan harap datangnya SEDAR,
Hukum TUHAN sekadar mainan dan bacaan bukan AMALAN,
Kelak bila datangnya PERINGATAN dari DIA,
Tak siapa yang akan tertinggal walau satu inci.

Kerana itu kini BUMI berteriak,
Aku Sudah Tidak TAHAN Lagi!
Melihat mereka yang dikurniakan aqal ibarat tiada lagi aqalnya,
Mereka yang ada panduan hidup diberiNya,
Tidak menjadikan ia sebagai satu panduan.

Jika datang seorang GADIS,
Dia malu untuk memakai pakaian TAQWA,
Pakaian garisan TUHAN ketinggalan zaman fikirnya,
Kawan-kawan semua sama macam dia, kenapa mesti dia tentang?
Lalu bagaimana nak tarik perhatian sang JEJAKA impian?
Persetankan semua, itu urusan TUHAN.
Desis hatinya, lalu diturutinya...

Jika datang seorang JEJAKA,
Dia malu andai pakaian sunnah menjadi sebahagian darinya,
Pasti tak stylo jika dia ikut pakaian panduan TUHAN,
Ada apa dengan seorang LELAKI?
Biarlah dia hidup dengan nafsu yang mendatangi,
" Aku ingin dia, dapatkan dia, miliki dia "- rakus si NAFSU.....

Tatkala bersama si GADIS dan si JEJAKA,
Dunia ibarat mereka yang punya,
Walhal sekalian ALAM menyaksikan perbuatan serong dengan hiba tangisan,
Tangis kerana takut akan kedatangan azab dari TUHAN.

Lalu apa lagi yang ditunggu?
Sehingga jatuh tersungkur menyembah BUMI?
Kembalilah pada hakikat kejadian insan,
Yang letakkan KHAUF FILLAH dalam hatinya,
Baginya Allah ada memerhatikan di mana-mana sahaja.

Firman Allah :“ Maka Allah mengazabkan mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan mereka tidak mempunyai perlindungan dengan azab tersebut. ” (Ghafir: 21) 

Kembalilah merasai kehadiran TUHAN dalam diri.......
















No comments:

Post a Comment

Followers