Semalam saya dan all my housemate Mahligai Mantap telah mengisi masa bersama dengan menonton "WAYANG" di teratak kami, alhamdulillah dalam kesesakan waktu dapat akhirnya kami bersama-sama merehatkan minda sekejap. We chose two story to be watched together, guess what???
KHURAFAT
DAMPING MALAM
First impression saya bila tengok movie pertama di atas iaitu KHURAFAT, saya memberi pujian kepada Syamsul Yusuf selaku pengarah filem ini, kerana filem ini banyak memberikan keinsafan. Di akhir babak filem ini disudahkan dengan baik, bagaimana seorang muslim yang telah meninggal dunia, apabila rohnya kembali melihat bagaimana jasadnya diuruskan, dari mandi sehinggalah dikafankan. Bgaimana dalam filem ini ditunjukkan balasannya bagi mereka yang menduakan Allah.
Kira for this movie, saya rasa baguslah coz jarang dapat melihat dalam filem bergenre seram diselitkan moral of the story. Alhamdulillah, baguslah filem ini, kita dapat lihat bagaimana Johan walaupun telah melakukan amalan khurafat tersebut, namun dia telah kembali insaf daripada dosa besar itu, namun pembalasan tetap di peroleh dan dia mendapat kesedaran itu melalui saat-saat akhir Johan sebelum dia meninggal dunia. Allahuakbar! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia Maha Pengampun. Kita perlu koreksi diri kita apakah nant kesudahan nasib ku kelak? Risau, sedih bercampur baur.. Harap semuanya sama2 dapt muhasabah diri....
Jadi, bagi sesiapa yang belum tonton maka saya ajak semua tontonlah tapi bukan di wayang, hanya di laptop sahajalah ya... (^_^)
Then, for second movie DAMPING MALAM, juga tidak kurang hebatnya, isu2 yang dekat dengan masyarakat terutama isteri-isteri yang terlalu sayang suami sehingga sanggup mengambil pendamping, sehingga sanggup meminta pertolongan selain dariNya. Sepertimana janji Allah itu pasti, kita akan dibalas setiap sesuatu perkara yang kita buat tak kira baik atau buruk.
Maka dalam filem ini digambarkan bagaimana hubungan kekeluargaan itu teruji apabila Ku Lira mengambil pendamping, maka keluarga nya mendapat gangguan terutama anaknya sehingga akhirnya janji dengan SI IBLIS yang akan dituntutnya kepada kehilangan anak kesayangan Ku Lira dan Wadi iaitu Aiza.
Ini lah moral atau pengajaran yang ditunjukkan dalam filem ini, utk mendapatkan sesuatu kita perlu KORBANKAN sesuatu, dan itulah yang terjadi kepada Ku Lira, dia ingin raih kesetiaan suaminya dengan meminta pendamping namun akhirnya dia khilangan anak yang dsayanginya.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya huraikan dari apa yg telah saya tonton, semga kita sama2 dapat keinsafan dan manfaat dari apa yang kita lihat, dengar, rasa dan hayatinya.
p/s : Nantikan review saya tentang filem Dragonzakura yang juga memberikan satu bentuk motivasi yang sangat bagus... Semoga kita semua memperoleh hidayah dariNya.. (^_^)
No comments:
Post a Comment