Monday, May 2, 2011

Buta HATI vs Buta MATA

DULU, KINI, DAN SELAMANYA....

Bagi jiwa-jiwa yang sudi berjuang di jalan SUSAH dan PAYAH

BUTA MATA

Sejenak saya mendengar lagu ini, BUTA MATA yang dinyanyikan oleh kump. Saff One. Mari kita sama2 hayati.

 

Lirik BUTA MATA

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu kemana hendak di tuju
Kehilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalamaan diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat ditangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi kita buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur x2 dengan masa
Tidak ada kawan yang datang membantu

Tiada pengalaman yang memastikanya
Tiada pedoman menunggu kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti 2x 


Bagi mana mata kita buta tetapi hati kita celik, kita masih ada cahaya menyuluh arah ke jalan kebenaran. Apa yang ditakuti adalah apabila kita buta hati, tetapi celik mata. Biar dihidangkan seribu satu pengajaran dan pedoman, kita masih tidak nampak jalan menuju AKHIRAT, jalan kebenaran itu dirasakan jauh sekali.


BUTA HATI

Sedih melihat senario yang berlaku dalam negara kita hari ini, agama dipermain-mainkan ibarat satu boneka yang boleh dipakai buang. 

Jika kita analisis tatkala dunia eropah meraikan kegemilangan perkahwinan Putera William, dunia arab bergolak dengan peristiwa yang melanda negara Syria, Yaman, dan dunia Malaysia pula bergolak dengan isu video seks yang dicanang sana-sini.

Apa yang dikesalkan apabila melibatkan orang Islam sebagai tertuduh, tanpa mengira fahaman politik, sepatutnya diselesaikan dengan cara Syarie' namun menjadi begitu kucar-kacir sekali masalah ini. Adilkah apabila seorang tertuduh dituduh dengan pelbagai tuduhan tanpa ada peluang membela diri?

Analoginya mudah, seorang yang diikat kaki, tangan, dan ditutup mulutnya. Kemudian ditumbuk bertubi-tubi dari pelbagai arah tanpa ada peluang yang bebas untuk bertahan. Adilkah ini?

Saya bukan mnyokong mana-mana pihak, namun menulis atas aqal yang waras dikurniakannya, kelak tatkala disoal, inilah PENDIRIAN saya. ISLAM telah menggariskan dengan begitu cantik peraturannya dalam setiap manual panduannya, TETAPI kita yang beraqal ini langsung tidak mahu rujuk kepada panduannya.

Dalil al-Quran yang berkaitan dengan kewajiban menegakkan Hukum Allah, firman Allah Swt. yang berbunyi:
 
" Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menyampaikan berbagai amanat kepada orang yang berhak menerimanya dan memerintahkan kalian agar—jika kalian menetapkan hukum di antara manusia—membuat ketetapan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. "
(QS an-Nisa [4]: 58). 

Inilah yang dikatakan buta hati, apabila kita tidak mahu merujuk pada HUKUM yang telah PENCIPTA kita tetapkan. Jika seorang engineer menghasilkan sebuah ciptaannya, pasti kita akan beserta buku manualnya, dan bila kita menggunkan mesin itu lari dari panduannya, pasti akan berlaku kepincangan.

Maka sebagai manusia, apakah buku manual yang perlu menjadi panduan kita? Kita dah serba tahu, tetapi kita tetap tidak mahu merujuknya. Ayat seterusnya ALLAH telah berfirman :
" Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul-Nya serta ulil amri di antara kalian. Jika kalian berbeda pendapat dalam suatu perkara, maka kembalikanlah perkara tersebut kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (as-Sunnah), jika kalian memang beriman kepada Allah dan Hari Akhir. Sikap demikian adalah lebih utama dan lebih baik akibatnya. "

( QS an-Nisa' [4] : 59 ). 


SEDAR ATAU BIAR?

Hidup sementara di bumiNya ini, kita akan dihitung dari seluruh aspek, samada DIAM kita, TINDAK TANDUK kita, apa pun ada perhitungannya, sebagaimana firmanNya.

Insaf diri, teringat ayat-ayat cintaNya dari surah Al-A'diyah

" Sesungguhnya setiap amalan buruk itu walaupn sebesar zarah akan mendapat balasan, dan sesungguhnya setiap amalan baik itu walaupun sebesar zarah akan mendapat ganjaran. "
Maka kita lah yang menentukan bagaimana keadaan kita kelak. Jadilah manusia yang celik mata hati, sedar dari jaga yang sia-sia. Carilah kebenaran itu, dan panduan kita hanyalah Al-Quran dan As-Sunnah. 
  
Menjadikan agama sebagai satu cara hidup dengan menggunakan agama untuk hidup adalah 2 perkara berbeza. Berhati-hatilah dalam memilih tindakan. Setiap apa yang kita lakukan tidak akan terlepas dari hisabNya kelak.

 Semoga kita tidak BUTA HATI.





P/s :

- Semoga ISLAM kembali pada tempatnya..
 
 

Followers