Monday, April 23, 2012

Harga sebuah KOMITMEN




Amar memandang skrin laptopnya lama, kelihatan tegun di situ.


Asra menegur Amar,

" Kenapa ni Amar? "


Amar terdiam, sambil menyeka air mata yang menitis dia menunjukkan tulisan yang dibacanya.

Pesan As-syahid Imam Hassan Al-Banna,

" Sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada "


Terngiang-ngiang pengisian Ustaz Halim ketika usrah mereka petang tadi, kerja-kerja mencetak manusia ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi, kerana tanggungjawab kita melebihi masa yang ada. Ini bagi mereka yang benar-benar meletakkan dakwah Islamiyah komitmen tertingginya. Begitu jugalah Allah meletakkan dia dalam kalangan hamba-hamba yang diberi keutamaanNya.

Amar sedih mengenangkan dirinya, apakah aku di kalangan mereka yang meletakkan komitmen yang tertinggi untuk jihad dan berjuang atas dakwah ini? Aku masih banyak berdolak dalih, sehingga menyebabkan sahabat-sahabat lain terkorban untukku.. Allahurabbi..


Rintih Amar di hadapan Asra.. Asra sendiri turut tersentuh dengan luahan hati sahabatnya.

" InsyaAllah Amar, aku pun terpukul apa yang Ustaz kata tadi. Kita hanya datang usrah, itu pun sekali sekala, tak konsisten. Program-program dakwah sangat banyak yang perlu penglibatan kita, dulu aku rasa aku taklah diperlukan sebab ramai lagi yang hebat-hebat. Setakat macam aku ni, rasanya macam tak effect apa pun. Tapi bila tengok Haikal, Azif, yang lain-lain tidur pun tak cukup, kerja-kerja assignment sama banyak dengan kita tapi masih tegar bagi komitmen, dorang tak pernah marah pada kita apatah lagi berkecil hati. Selalu meraikan kita, aku nak berubahlah. " Panjang Amar berkongsi perasaannya.


Amar bertambah sedih mendengar luahan sahabatnya seolah-olah memahami gejolak perasaannya. Alhamdulillah dia ingin memberi KOMITMEN nya kerana dia tahu betapa mahalnya harga sebuah komitmen dalam gerakan dakwah Islam ini. 

" Thanks Asra sebab faham, aku nak berubah juga, aku nak beri yang terbaik dan buat yang terbaik semampu daya yang boleh. Untuk Islam ini, perjuangan kita hari ini untuk generasi akan datang. Besar atau kecil, hebat atau tidak itu bukan ukuran. Yang penting sejauh mana kita sudi bagi komitmen untuk bersama-sama menggerakkan dakwah ini. " Ujar Amar.


Mereka berdua kembali bersemangat dan sedar ISLAM ini bukan tugas seorang atau dua orang tetapi tugas semua orang. Sayangnya, bukan semua yang sudi memberi komitmen ini. 

" Aku tidak kisah akan pandangan manusia kerana yang paling aku kisah pandangan Allah. Kelak bila aku di hadapanNya kelak, Dia mengetahui inilah harga sebuah komitmenku kepada dakwah dan perjuangan ini. Ya Rabb, terimalah hamba menjadi pejuang agamaMu. " Doa Amar di dalam hatinya sambil melangkah dengan semangat!



" Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu juga tentang dakwah. Tentang ummat yang kau cintai.. Lagi-lagi memang seperti itu, dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang-belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. "


(KH.Rahmat Abdullah)







~ Al-Faqir ilaAllah ~
Nur Syawana Bte Murad
11.11
~ Solace





Thursday, April 19, 2012

Rindu Seorang Perindu

Saat saya melangkah masuk ke dalam perkarangan dalam masjid, sudah penuh dengan ummat manusia yang ingin menyaksikan dan mendengar bicara seorang Habib, Habib Umar Bin Hafiz yang hadir sebentar tadi.


Penuh lautan ummat, mahu melihat dan mengambil berkat kehadiran keturunan Rasulullah SAW.
Saya menjadi syahdu dan sayu melihat ramainya ummat manusia yang hadir pada himpunan berkah ini.

Maka saya menjadi sungguh gembira, pasti jiwa-jiwa yang hadir ini amat menyintai Rasulullah SAW.
Dapat berhimpun dengan aman dengan kehadiran Habib ini sungguh merawat jiwa!

Jiwa yang kering dengan lalai dan leka.
Dipenuhi debu-debu dosa.

Setiap bibit-bibit doa yang dibaca sungguh tak dapat saya menahan sendu,

" Ya Allah, tanamkan dalam hati kami.
Kerinduan kepada Rasulullah SAW.
Peliharalah pandangan kami 
daripada sebarang yang tidak baik
agar kami dapat melihat wajah Rasulullah SAW
Jadikanlah kami ummat yang terbaik
Mampu memikul dakwah ini seutuhnya "

Saat itu, saya sudah tidak mampu menahan sendu.
Ya, dakwah ini amanah baginda buat ummatnya. Siapa lagi, jika bukan kita?

Dan apakah saya sudah memikulnya dengan baik?
Adakah saya telah melaksakan tugas seorang kader dakwah dengan bersungguh-sungguh?


Habib Umar menceritakan satu persatu kesungguhan sahabat-sahabat baginda Rasulullah
Memperjuangkan agama ini, dakwah ini...

Khalid Al-Walid yang digelar Saifullah saat waktu akhir nafasnya..
Beliau sakit tenat terlantar di atas katil menanti ajal yang bakal tiba
Namun rintihnya,

" Aku telah menyertai 100 peperangan dan setiap satunya aku mengharapkan syahid "

Betapa indahnya ketinggian iltizam para sahabat dalam perjuangan ini.
Mereka berjuang sepenuh usaha dengan mengharap syahid
Itu hadiah tertinggi, penghargaan teragung

Ya, kerja-kerja mencetak manusia ini sangat memerlukan pengorbanan.
Dan pengorbanan sungguh menuntut keikhlasan.


Apa kata KH.Rahmat Abdullah,

" Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu juga tentang dakwah. Tentang ummat yang kau cintai.. Lagi-lagi memang seperti itu, dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang-belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. "

Lalu SEDARLAH! Abnaul Harakah, para kader dakwah!


Tugas kita sangat berat dan masih panjang. Kita bakal menemui baginda Rasulullah SAW.
Biarlah nanti, saat pertemuan itu kita telah menjadi sebaik-baik penyambung mata rantai perjuangannya.


Persetankan hal-hal hati yang sering melemahkan dan menyesakkan.
Fokuslah pada ayat-ayat Allah yang penuh janji dan bahagia.

InsyaAllah, kelak kita menjadi perindu syurga...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebuah puisi Apabila Didengarkan nama Sang Kekasih,

Kalam Al-Habib Umar Bin Muhammad Al-Hafiz.


Demi Allah, sungguh apabila didengarkan nama Sang Kekasih (Muhammad) di hadapan
pencintanya, pasti akan tersentak gembira mabuk kepayang

Di manakah pencinta Nabi Muhammad yang rela berkorban dengan harta dan jiwa mereka
tanpa peduli apa yang mereka korbankan demi cintanya

Apabila mereka mendengar nama Thoha Al-Mustofa (Muhammad), bangkitlah semangat di hati mereka
dan hilanglah segala penyakit dan kekotoran hati

Maka bergetarlah jiwa mereka dengan penuh kerinduan ingin berjumpa dengan Sang Nabi,
dan penuh dengan kerendahan hati mereka memohon keredhaan Allah.

Begitulah keadaan para pencinta Nabi, maka dengarkanlah kisah-kisah Sang Nabi, 
dan gunakan pendengaranmu

Lalu semaklah dengan baik sifat-sifat Thoha sang pemimpin dan hadirkanlah hatimu dengan penuh kesungguhan

Wahai Tuhan Kami, limpahkanlah selawat dan salam selalu atas kekasihMu yang telah menyeru kami kepadaMu

Ya Allah limpahkanlah selawat dan shalam serta berkahilah atasnya dan atas keluarganya.  


[Petikan bait-bait Syair buku maulud Adh-Dhiya' Al-Lami', karya Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz]






Al-Faqir ilaALLAH,

Nur Syawana Bte Murad.
2.27 am.
Solace ~

Wednesday, April 18, 2012

Aku juga seorang wanita

Tulisan ini saya temui khas buat akhawat, entum fil qalbi ~


Walaupun kita akhawat macam singa,
Walaupun kita bekerja seolah-olah tiada siang dan malamnya,
Dan seolah-olah dunia ini ibarat tiada apanya,
Melainkan dakwah, dakwah, dan dakwah,
Dan yang pasti dakwah kerana Allah.~

Namun,
Kita tetap seorang manusia,
Kita tetap seorang wanita.

Wanita yang mahu dsayangi,
Dibelai
Dicintai
dan dihargai selalu..

samada oleh rakan-rakannya
apatah lagi seorang insan istimewa
bergelar suami...


Walaupun ramai melihat kita gagah
Atau seolah-olah tidak punyai perasaan
atau nampak seolah-olah tidak ambil kisah,

Kita tetap seorang wanita,
penuh dengan perasaan
penuh dengan cinta
penuh dengan sebuah harapan

Dan tentunya saat kita mengenali yang bernama ikhwah,
apatah lagi yang belum berpunya
hebat pula di mata dunia dakwah
Gah dalam berkata-kata
mahupun hebat dalam amal serta penulisannya

Kita pasti akan memasang harapan
kita pasti akan memasang impian
kita pasti akan bermimpi akannya
dan berharap sangat-sangat
agar kita dapat menjadi sayap kiri kepada perjuangannya

kerana kita masih seorang wanita,
sekuat mana pun kita
fitrah kita pasti tetap bersuara
dan kita tetap mahukan

yang menjadi pendamping hidup kita
adalah yang terbaik buat kita

Lelaki yang soleh
dan pastinya seorang Abnaul Harakah!

Harganya seolah-olah mahal sekali!
Kerana begitu kurangnya ikhwah di luar sana!

Kerana itu, tidak hairan ada yang berkata,

" Ana memang tak layak dengan muslimin kita, biarlah dengan orang luar je. "

Title Abnaul Harakah itu terkadang amat mahal pula rasanya..

Sedangkan seorang ikhwah itu
Hanyalah seorang manusia jua
hanya seorang manusia

Ramai yang berkata,

' Tak kisahlah, asalkan ikhwah kita, iAllah yakin akan istiqamah dalam dakwah ini '



SEDARLAH!!!!!!


Kita takkan kenal betul-betul seseorang itu sehingga kita berkahwin dengannya.

Walaupun sangat cair hati melihat kesegakan dia, mahupun kelajuan dalam dakwahnya, mahupun kepetahan dalam butir bicaranya, apatah lagi tulisannya yang gempak gempita, TETAPI yakinlah bahwa mereka itu tetap seorang manusia. 

Seperti kita juga, seorang manusia
yang penuh dengan kelemahan

Jangan letakkan harapan yang menggunung tinggi.
Jangan harap kita akan kuat berkahwin dengan sesama Abnaul Harakah
kerana berkahwin dengan ikhwah itu bukanlah tiket menguatkan diri!

kerana masing-masing perlu super duper hebat
kenal diri sendiri dalam arena dakwah
mempunyai kemahuan dakwah yang serasi
dan itulah yang mensinergikan dakwah

Bagaimana mujtama' muslim bakal terbina
jika baitud dakwah yang dibina 
goyah dan tidak kukuh


Hebat itu bukan pada KEPETAHAN berkata atau KEMANTAPAN tulisannya


Tetapi pada setiap juzuk kehidupannya, walau dia mungkin biasa di pandangan manusia

Luar biasa di pandangan Allah. Seluruh kehidupan dia adalah cerminan Al-Quran. Lambang seorang muslim yang lengkap muwasafat  tarbiyyahnya.

Walaupun dia tak dikenali dan tak ada orang tahu tentangnya.



Dan aku tahu perasaanmu
kerana aku juga seorang perempuan

Aku tahu perasaan kalian,

Siapa tak nak suami seorang Abanul Harakah?
Yang terjaga solat 5 waktunya
Dakwah adalah kehidupannya
Islam cara hidupnya

Terbaik serba serbi
Apatah lagi yang tahu tanggungjawab seorang suami....

Siapa yang tak nak?

Tetapi, bersama kita benar-benar fahami hakikat ini.

Jodoh itu rahsia Allah
Ianya itu ketentuan Allah
Ianya juga rezeki dari Allah


Kita boleh jadi orang yang paling hebat dalam dakwah, tapi mungkin berkahwin dengan orang biasa/bukan Abnaul Harakah..

atau kita boleh jadi orang yang paling biasa sahaja dalam dakwah, tapi berkahwin dengan Abanul Harakah yang hebat...

Kerana Jodoh ini benar-benar rahsia Allah..

Ianya juga adalah ujian dari Allah..
Kita tak tahu siapa yang terbaik buat kita.

Dan kita tak tahu,
Mungkin jodoh kita di dunia
ataupun di akhirat nanti..

Tidak salah berharap apatah lagi berusaha untuk mendapatkannya.

Cuma, jangan jadikan harapan kita untuk berkahwin dengan seorang Abanul Harakah itu, melarutkan diri kita pada sebuah mimpi-mimpi, yang melekakan kita..

Sedangkan, walaupun dia seorang Abnaul Harakah, mungkin dia bukanlah orang yang terbaik untuk kita

Kerana, ALLAH, nak kita betul-betul menyediakan diri kita sebagai seorang isteri, walaupun dengan siapapun kita berkahwin.. 

Kerana di jalan dakwah kita bernikah, kerana Allah bukan sesiapa..



Kahwin dengan Abnaul harakah pun ada ujiannya. Banyak perkara yang kita nampak ideal sebelum kahwin. Rupanya selepas kahwin, amat sukar dilaksanakan...

Begitu juga jika berkahwin dengan yang bukan ikhwah, ada juga ujian tetapi lain pula ujiannya. 

Rasa dah ready nak menjadi pendamping seorang lelaki? 
Betul dah ready?
Betul ni?

Ready dengan segala aspek, ready dengan kesabaran, ready dengan tawakkal, ready dengan niat yang benar, berkahwin sebab dakwah, ready dengan menerima segala kekurangannya..

Jodoh ini, benar-benar kerja Allah..

Kita harus berusaha, berdoa dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah.

Dan saat kita telah berusaha, melebih kebiasaan seorang wanita biasa
Namun tetap tidak berjaya
Kita harus redha dan pasrah menerima
Takdir Allah itu ada nilaiannya..

Janji Allah itu benar!

Tak perlu kita bermimpi untuk memiliki dia, dan ramai tahu siapa dia yang kita sukai itu..

Kerana, jika benarlah jodohnya adalah kita, semua manusia cuba menghalang pun, tetap akan menjadi jodoh kita..

Tetapi, jika dia bukan jodoh kita, kita berusaha bagaimana pun, melalui cara apa pun, kita tetap takkan menjadi milik dia.. 

Lihat sahaja bagaimana Asiah boleh mnjadi isteri Firaun?
Begitu juga Zulaika ketika mendapatkan Yusuf?
Juga kisah Saidina Ali dan Fatimah yang saling memendam?

Bukankah jodoh itu di tangan Allah?

Tidak perlu terlalu sibuk mencari.. 
Sibukkanlah diri dengan berusaha..

Usahakan apa yang telah Allah wajibkan pda kita..
Dakwah dan menjadi hambaNya..

Dan bilamana kita all out sebegitu, adakah Allah akan tinggalkan kita?

Ini janji Allah!

“Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)”

Memang seronok dan semua ingin mendampingi bidadara dunia

Namun sedarlah hidup ini terlalu unik aturannya..

Yakinlah, Allah takkan abaikan kita..

Asalkan kita benar-benar menjaga dan memperjuangkan agamaNya..

Kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita..

Moga selepas ini, kita akan lebih fokus dalam dakwah, lebih banyak menangis, lebih banyak berdoa, lebih banyak bergantung, jodohmu, sepenuhnya kepada Allah.

Jika sudah tersuka pada seseorang, kurangkanlah sedikit-sedikit membaca, melihat fb atau membuat benda-benda yang akan membuakkan lagi perasaan cinta kepada dia.

Memang susah, sangat susah. Namun inilah jalan MUJAHADAH!

Sebab itu, Allah ajarkan kita cintakan Dia, cintakan dakwahNya, dan akhirnya masa itu akan tiba. Bila masa itu hadir, kita boleh mencintai pasangan hidup kita itu, hanya kerana Allah ...





Dari seorang hamba yang lemah,
Saya memetik kebanyakan susunan ayat ini daripada blog..

Demi manfaat bersama, dariku untuk semua..

~ MUJAHADAHLAH, KELAK KAU TEMUI KEMANISAN DARINYA ~



  















Wednesday, April 4, 2012

7 Petala Cinta - What Say You?

Hamka memanggil,

Assalamualaikum Cinta...


Saidah menjawab,


Waalaikumsalam Rindu...


Tertarik mendengar tajuk filem ni, 7 petala cinta. Try pula tengok trailernya, nampak tidak meyakinkan, tetapi saya masih tidak mahu membuat kesimpulan. Hingga akhirnya, mampu spend sedikit masa untuk tonton cerita ni...

7 PETALA CINTA ~


Apa Objektif  7 Petala Cinta?


Saya mencari-cari daripada awal penceritaan sehinggalah akhir cerita, apakah yang ingin disampaikan di sebalik filem ini. 

Adakah ingin sampaikan, indahnya hidup cara Islam?

- Ya, sungguh indah namun bukan seperti yang digambarkan. Terlalu banyak campur aduknya, hanya dengan pemakaian jubah, serban, tudung dan niqab tidak cukup apabila perilaku dan pergaulan pemakainya tidak dijaga sehingga boleh duduk dengan rapat sekali. Malahan saya menjadi sedih apabila memikirkan bagaimana agaknya pandangan saudara-saudaraku di luar sana yang ingin mengenali Islam apabila dipertontonkan dengan suasana sebegini?

Ada style-style usrah yang diterapkan dalam 7 petala cinta ini apabila Hamka beri pengisian pada Saidah dan adiknya Hilma tetapi sayangnya disulami dengan aksi pukul-pukul manja Hamka kepada Saidah tunangnya serta duduk mereka yang sangat rapat... mungkin akan ada yang cakap, buat baik pun salah, oklah tu ada ciri-ciri Islam, pakai tudung dan sebagainya. Bukan nak komen atau condemn tapi ini kritikan untuk kebaikan, untuk bawa imej Islam tidak bolehlah dicampur adukkan Halal dan Haram. Itu yang paling penting dijaga. So.. What say you??

penghargaan buat Syabab Musafir Kasih

Adakah ingin disampaikan, indahnya sandaran cinta pada Tuhan?

- Maha Suci Tuhan, sungguh indah apabila sandaran cinta hanya padaNya. Namun begitu, tidak diadun dengan baik objektif ini. Sang kekasih boleh pula saling melafazkan cinta dan rindu, mungkin saja serban, jubah dan tudung niqab menjadikannya halal. Ada, babak-babak yang mereka meratib memohon pada Tuhan namun ia seolah-olah tiada kolerasi dalam pencintaan mereka. Sekali lagi, serasa cukup kecewa dengan persembahan filem ini. 


Apakah moral value di sebalik 7 Petala Cinta?


Ya, masih ada moral value cuma sangat sedikit dan moral yang diadun tidak cukup untuk membina sebuah karakter muslim kerana dicemari dengan elemen yang bercampur halal dan haram. Saya bukan anak seni, apatah lagi penganalisis filem, cuma saya tidak dapat menafikan betapa kritikalnya situasi perfileman negara kita hari ini. Satu perkara yang saya suka dalam filem ini satu sahaja, iaitu zikir-zikir atau qasidah yang indah alunannya. Bagi saya, itu suatu keunikan dalam filem ini bagi memberikan alternatif baru kepada penggemar muzik dan penyegar telinga untuk mendengar alunan zikir-zikir ini.




Kualiti Perfileman Negara

Sehingga kini saya tidak menjumpai sebuah filem yang bergenrekan cinta Islamik hasil terbitan negara kita yang benar-benar menjaga segala aspek dan batas pergaulan. Bukan mahu mengagungkan terbitan negara Indonesia namun inilah hakikatnya, bagaimana sebuah filem "Ketika Cinta Bertasbih" juga sebuah filem cinta islamik namun diadun dengan sangat baik dan batas-batas pergaulan itu dipelihara. Mungkin ada suatu masa dahulu filem cinta Islamik hasil tempatan iaitu Nur Kasih tetapi masih tidak benar-benar menjaga bab-bab pegang tangan yang bukan muhrim sebagaimana ia dijaga dalam KCB.

Kita menonton sesebuah filem bukan hanya sekadar persembahan hiburan tetapi sebenarnya kita belajar dan menambah ilmu. Oleh sebab itu, sesebuah filem yang dikeluarkan perlulah mampu mendidik minda masyarakat yang menonton. Pun begitu, bukanlah semua filem negara tidak mampu mendidik, ada cuma sedikit dan apa yang saya catatkan lebih khusus pada filem bergenre cinta islamik ini. Bukan saya katakan semua hasil filem Indonesia itu bagus, contoh Ayat-ayat cinta sangat mengecewakan berbanding tulisannya dan juga tidak menjaga namun begitu, ada banyak contoh lain daripada filem-filem Indonesia yang bangkit ciri Islamnya mendidik jiwa.

Sejujurnya filem-filem terbitan Indonesia banyak yang memberi kesan di hati sebagai contoh, Sang Pencerah, Hafalan Solat Delisa, Ketika Cinta Bertasbih, Emak Ingin Naik Haji, Sang Pemimpi, Negeri 5 Menara, Sang Murabbi, dan banyak lagi... Cuba kita bandingkan filem kita mana yang membawa imej Islam itu? Banyak tema cinta, hantu, lawak yang dikeluarkan. Boleh tidak ada salahnya asalkan mesej mendidik itu sampai.

Sekurang-kurangnya DAKWAH itu mampu melekat di hati, selepas habis sahaja menonton filem cinta ini penonton mampu memahami :-

- Ada batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang perlu dijaga
- Wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki, kerana itu wanita perlu memelihara diri daripada menjadi fitnah begitu juga lelaki perlu memelihara agar tidak tercalit fitnah.
- Islam mendidik penganutnya dengan hikmah dan adil.

Satu contoh dialog Khairul Azam dalam KCB ketika Ilyana menawarkan ciuman Perancisnya,

"Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup Saya itu saya dasarkan pada Islam. Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin. Kenapa dalam buku-buku fikih pelajaran pertama pasti tentang thaharah. Tentang bersuci. Adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesuciar lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita. Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Prancis itu bagi saya sudah termasuk kalegori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum pria dan kaum wanita.
"Ketika saya mengatakan bahwa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya. Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori oleh dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori oleh bibir yang tidak halal, kotor yang tidak tampak bagaimana cara membersihkannya. Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. Saya tidak mau melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala."
"Itulah prinsip yang caya yakini. Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan lain sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Mbak Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan bisa menghargai pendapat saya."

Yang paling paling paling penting selepas habis menonton, penonton merasa lebih dekat dengan Islam dan jauh dari maksiat bukannya lebih berkobar-kobar untuk bercinta dan ucap sayang, cinta dan rindu pada pasangan... Maka, secara konklusinya saya kecewa dengan filem ni. Walaubagaimanapun, saya mendoakan semoga bakal lahir filem-filem yang mampu menyuntik roh Islam dalam diri ummat kini.

WaAllahua'alam. ~





~ Nur Syawana Bte Murad ~








ps : Anda berhak untuk beri pandangan samada setuju atau pada sisi yg berbeza.. ^^

Saturday, March 31, 2012

You Are What You Read

" You have BOOKS, but you don't READS " - Prof Toriq Ramadan



Malaysia amat menyedihkan

Senario yang berlaku dalam kalangan mahasiswa atau generasi muda hari ini adalah kurangnya keinginan untuk membaca. Mungkin ada bacaan mereka, namun bukan bacaan ilmiah yang mampu membentuk minda. Kita lebih suka memilih bacaan hiburan atau novel-novel cinta kerana itu lebih mengasyikkan dan tidak memberatkan fikiran. Pun begitu, untunglah kerana ada juga tabiat membaca daripada yang langsung tidak suka membaca. Jika dibandingkan dengan negara-negara membangun, Malaysia jauh ketinggalan dari sudut ini.

Di Jepun sahaja, purata rakyatnya yang akan membaca setahun adalah bersamaan seorang sebanyak 18 buah buku di mana itu bukanlah buku-buku wajib akademik di universiti ataupun sekolah tetapi buka berunsur fiksyen dan non-fiksyen; samada komik, motivasi, business dan lain-lain jenis lagi. Selain itu, buku adalah suatu hobi utama dalam masyarakat Jepun, setiap bulan buku-buku yang dikeluarkan akan habis dan digantikan dengan genre yang seterusnya. 

Namun sayang sekali ini berbeza sama sekali di Malaysia, purata masyarakat Malaysia yang membaca buku selama setahun seorang akan membaca hanya sebuah buku. Kajian ini dijalankan oleh akhbar TIMES, dan secara logiknya ini memang benar! Kita jauh sekali sanggup berlapar, berhabis duit demi buku.. Kita tidak suka memberatkan minda membaca buku-buku yang sarat dengan pengajaran dan membuka minda.


Soal Diri Sendiri

Kita boleh uji diri kita, dengan membuat penilain pada surat-surat khabar. Berapa kali kita membaca surat khabar selama seminggu? Dan berapa banyak jenis surat khabar yang kita baca? Atau kita pegang surat khabar dan terus buka bahagian hiburan mahupun sukan? Bukan tidak boleh baca bahagian tu, namun kita perlu adil dan didik diri utk membaca dan ambil cakna isu-isu negara, dan luar negara. 

Sedarlah bahawa pembentukan diri dan minda kita adalah apa yang kita baca. Setiap tahun, satu demi satu keluaran majalah hiburan yang berbeza-beza dan semuanya mendapat sambutan. Tetapi, buku-buku ilmiah kita pandang tepi. Jadilah kita hamba Allah yang membaca, menilai dan mengambil iktibar daripada setiap sesuatu. Kita akan menjadi sangat rugi jika kita tidak mahu berubah dri sekarang.

Mulalah dari sekarang, ambil sebuah buku dan  baca dan teruskan sehingga ke akhir hayat...


`
~ Nur Syawana Bte Murad ~

Monday, March 19, 2012

Berikan HAK kami


Berikanlah kami HAK untuk bebas bernafas dengan aman..




Apa yang anda faham berdasarkan GAMBAR di atas?

Sungguh post kali ini tak banyak yang ingin saya katakan, sekadar sebuah HARAPAN yang sungguh tinggi menggunung.


Istimewa buat teman-temanku,

" Samada anda seorang doktor, jurutera, guru, arkitek, ahli politik, pendokong dan penyokong gerakan Islam, imam, bilal, penasyid, dan siapa pun anda. Sedarlah anda sungguh budiman dan baik hati jika anda TIDAK merokok, sungguh merokok ini membinasakan diri sendri dan orang lain. "

Anda merokok, bukan anda sahaja menderita tetapi turut menyesakkan orang lain dan makhluk lain, alam sekitar.. Tidak anda rasa anda sungguh pentingkan diri sendiri? 

----------------------------------------------------------------


SEDARLAH MEROKOK ITU HARAM



Hakikatnya, merokok ini sudah difatwakan sebagai haram di sisi umat Islam oleh pelbagai institusi agama, dalam dan luar Negara. Di Malaysia ini, hamper semua jawatankuasa fatwa negeri telah memutuskan bahawa merokok adalah haram. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga memutuskan bahawa merokok adalah haram. Di luar Negara, Persidangan Fiqh Islam Sedunia juga memutuskan bahawa merokok adalah haram. Ulamak seantero dunia, termasuklah di al-Azhar, Mesir dan di Madinah, menyatakan bahawa merokok itu haram.

Dalilnya disandarkan kepada firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 195: dan jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan!

Jika orang itu dengan sengaja mengelar tangannya sehingga boleh menyebabkan kematian, ia dihukumkan haram. Ini kerana, dia telah cuba ‘membunuh dirinya sendiri.’ Maka begitulah juga, dengan asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia beracun yang masuk ke dalam tubuh, maka ia juga boleh membunuh diri secara perlahan-lahan, maka ia juga dihukumkan haram. Maka, amat moleklah jika umat Islam menjauhi amalan ‘membunuh diri’ dengan senyap ini.

Bahkan jika dibandingkan mengelar tangan dan menghisap rokok, jauh lebih merosakkan ialah merokok. Ini kerana, asap rokok akan turut dikongsi oleh orang lain, sama ada anak, isteri, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Sudahlah baunya busuk, ia bahkan menyumbang ‘oksigen beracun’ pula kepada orang lain

------------------------------------------------------------------------------------------

" Jangan kamu campakkan diri kamu dalam kebinasaan " (al-Baqarah, ayat 195)


Kita bicara tentang HAK manusia, tetapi kita sendiri mencemari hak kebebasan manusia bernafas dengan aman.
Kita bicara tentang Islam dan mengawal nafsu, tetapi kita sendiri menurut tuntutan nafsu.
Kita bicara tentang kasih sayang sesama manusia, tetapi kita sendiri saling menyakiti secara diam.


PLEASE.. Sungguh Allah menyayangi hamba-hambaNya yang berjihad dengan jiwanya.



~ Merokok bukan satu keperluan, hanya satu keinginan, bahkan satu kebinasaan ~





Rujukan : Blog Selangor Kini

Saturday, March 17, 2012

Hitam dan Putih

SOMEBODY SUCCESSOR 

Teringat zaman kanak-kanak, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah.. Persoalan-persoalan biasa yang cikgu akan tanya pada anak-anak muridnya,



" Nanti dah besar nak jadi apa ? "

" Cita-cita kamu apa? "

Itulah soalan yang pasti akan disoal oleh guru kepada anak-anak muridnya. Maka semua pelajar akan memberi pelbagai jawapan, 

" nak jadi doktor, nak jadi engineer, nak jadi polis, nak jadi arkitek "

Pendek kata, semua orang pasti nak jadi seseorang yang berjaya, nak jadi somebody successor. Takkan ada yang jawab saya nak jadi tukang sapu sampah, saya nak jadi pengemis. Bukan saya merendah-rendahkan pekerjaan ini, cuma saya katakan itulah hakikat mentaliti semua orang. 

Semua ingin berjaya dalam hidup, definisi berjaya pula pasti dilihat dari konteks kehidupan seseorang itu,

Kerja apakah seseorang tu?
Berapa besar gaji dia?
Besar ke rumah dia?
Kaya ke suami atau isteri dia?

Manusia akan melihat dan memandang dari sudut materialistik walaupun di bibir mengatakan tidak, namun itulah hakikatnya. Sedangkan hidup di dunia ini hanyalah sementara sebagaimana yang disebut dalam hadis,

" Dunia ini ibarat ladang, tuailah tanaman dengan sebaiknya, kerana hasil tuaian itulah kelak yang akan dibawa ke akhirat kelak "
Maka, sebab itu kita perlu kembali koreksi erti sebuah kejayaan dalam diri kita.


Aku seorang yang berjaya jika aku mampu menjadi seorang yang bermanfaat dan ikhlas pada ibu bapanya, adik beradik, guru-guru, sahabat, dan yang mengenali di waktu hidup dan setelah mereka tiada.
Aku seorang yang berjaya jika aku mampu menjadi seorang yang membela agamaNya walaupun ilmu ku amat sedikit.
Aku seorang yang berjaya bilamana mampu menahan amarahku dari menyakiti hati orang sekelilingku.
Aku seorang yang berjaya bilamana mampu membahagi-bahagikan harta ku pada yang berhak.
Aku seorang yang berjaya bilamana saat aku membaca kalam-kalam Al-Quran, aku mampu menangis kerana merasai getaranNya.
Aku seorang yang berjaya bilamana mampu menghasilkan kesinambungan sebagaimana diriku bahkan jauh lebih baik dari aku.


Sungguh saya teringat perbualan Saidina Ali bersama Hassan dan Hussin dalam sebuah hadis,


Saidina Ali : Nanti sudah besar nak jadi apa?
Hassan : Saya nak jadi macam bapa, tinggi ilmu pengetahuan, banyak menjadi rujukan.
Hussin : Saya nak jadi macam bapa, sentiasa baik amalannya.
Saidina Ali : Janganlah jadi macam aku, tetapi jadilah lebih baik dariku.


Maka pilihlah sekarang definisi SUCCESS yang macam mana anda inginkan. Bak kata Hlovate dalam novel Rooftop Rant nya,


" Live Well or Live Hell? You choose it! "  


SUATU YANG PASTI

Apakah perkara yang paling pasti dalam hidup ni? 

MATI! Mati itu pasti, tetapi tidak tahu bila ia akan berlaku kerana itu kita perlu sentiasa mempersiapkan diri. Sesungguhnya banyak mengingati mati itu adalah orang yang paling bijak.  

" Sesungguhnya tidak ada hitam putih dalam hal-hal masa depan "

Maka, jadilah kita seorang yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Terbaik dari sudut siapa? Pastilah dari sudut Allah SWT, bukan dari sudut manusia semata. Hanya apabila kita pasti dan yakin segalanya datang dari Allah dan Allah jua berhak menarik semua kembali, maka kita akan menjalani hidup ini dengan baik. 

Walaupun kita merancang sesuatu, namun sedarlah ALLAH jua merancang sesuatu untuk kita, dan sesungguhnya kita tidak tahu bahkan DIA lebih tahu apa yang terbaik buat kita. DIA lah sebaik-baik perancang.

Tuesday, March 6, 2012

Sudikah Kau membalas cintaku?

Bismillahirrahmanirrahim.


Sungguh sudah 3 bulan saya tidak menulis di sini, saya semakin kehilangan idea dan segala skill untuk menulis semakin tumpul dirasakan. Rindu pada sebuah tulisan, rindu pada sebuah sentuhan jiwa yang mendekatkan diri denganNya.

InsyaALLAH artikel kali ini saya tulis khusus untuk sebuah meditasi persembahan cinta saya pada Sang Khaliq tercinta. Hidup yang sangat unik, takdir yang mendatang perlu kita terima dan semat cintaNya.


Ilahi ya Rabbi,
Sungguh aku kadang tertawa kadang menitis air mata,
Saat menyusun satu persatu perjalanan sisi hidupku,
Apakah penghujung yang akan ku temui kelak di sisiMu?

Sungguh pasca-pasca hidup ini, 
Menyesakkan dan melelahkan dalam nafas seorang hamba,
Sungguh aku pernah mengharap pada sebuah takdir,
Namun aku tahu Kau sedang merancang suatu terindah buat hambaMu.

Kadang aku gelisah dalam penantian,
Kadang aku trauma menyaksikan suatu kesudahan,
Kadang aku sayu mendengar khabar berita dan segala isinya,
Sehingga aku terlupa aku seorang hamba,
Layakkah untuk meminta seolah memaksa-maksa?

Segala apa yang ada di alam ini,
Tiada satu terkecuali dariMu,
Begitu juga isi kecil hatiku,
Aku ingin sekali bercinta,
Bercinta dengan Mu ya Allah,
Sudikah Kau membalas cintaku?

Ilahi anta maqsudi,
Aku serahkan segala urusanku kepadaMu,
Aku hanya seorang hamba,
Tidak miliki apa-apa,
Hanya milikMu jua...




p/s : bukan mudah bernafas dalam jiwa seorang hamba....
  

Wednesday, February 1, 2012

31 Januari..

Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam, masih diberi pinjaman nafas untuk hidup di bumi Allah ini. Sedar atau tidak, masa terus berlalu meninggalkan kita, dari saat ke minit, dari minit ke jam dan begitulah seterusnya.


DOA dari HATI 



Pada tarikh 31 Januari 1988 dahulu lahirlah seorang puteri sulung dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kini usia telah mencecah 24 tahun, terasa masa sangat singkat dan amat pantas berlalu. Saya mengenal perkataan solehah adalah pada usia 15 tahun, dan hingga kini saya masih mencari dan menjejaki erti solehah pada diri. Sungguh, terasa amat jauh sekali!

Apabila semakin meningkat usia, maka semakin dekat diri ini dengan kematian. Sesungguhnya masa yang pergi tidak akan kembali dan yang ada hanya tinggal sesal dan keinsafan. Lama saya merenung apakah sumbangan saya pada Islam sehingga kini? Saya tidak dapat menahan tangisan jika diselak satu persatu rutin kehidupan saya, buah fikir saya, sumbangan tenaga wang ringgit pengorbanan saya untuk Islam.. Sungguh terlalu sedikit.

Ingin sekali saya berkongsi satu puisi yang saya jumpa suatu saat dahulu yang sangat terkesan pada diri saya,

Tetamu istimewa yang bernama usia
bisa menjadikan kau
seorang penghitung yang mahir
dan jurutimbang yang tepat
meskipun pada masa-masa lalu
kau tidak pernah belajar
mengenal angka dan huruf ketakwaan

-Haron A.H, 'Tetamu Istimewa'


Usia akan terus bertambah dan amalan akan terus bercambah samada pahala mahupun dosa, setiap saat dan masa Allah memberikan kita peluang belajar dan menebus kesalahan. Sungguh DIA sangat mencintai hamba-hambaNya. Tetapi bagaimanakah saya membalas seluruh cinta-cintaNya? Astaghfirullahalazhim..

Saya menjumpai tokoh-tokoh Islam yang turut lahir pada bulan yang sama dengan saya..

1. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. Syeikh Ahmad Yassin
3. Dr.Asri Zainal Abidin
4. Lin jooi Soon

dan pemuda yang turut banyak menyumbang dalam usia yang masih muda.

5. Hilal Asyraf

Mereka memanfaatkan batang tubuh mereka untuk Islam dalam kapasiti seluasnya mampu dilakukan. Sedang saya belum tahu apakah dan bagaimanakah kelak saat saya di hadapan Sang Pencipta. Maka saya tidak mengharap sebarang hadiah melainkan sepotong doa ini yang saya petik dari Bidadari dari Timur,


Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
Pengetahuanku pada kemurahan-Mu
Itulah yang memberhentikan aku di pintu-Mu
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku akan hina?
Sedang Kau lah tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkanku dalam lemah dan hina
Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkau yang mencukupkan
Hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu
Matikanlah kami sebagai pejuang agama-Mu
Puaskanlah keluargaku dengan aturan-Mu berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin agama-Mu
Ingatkanlah aku,
bahawa aku hanyalah seorang hamba
Supaya tidak lupa
Ya Allah... Perkenankanlah permintaan ini.




ps : Masa depan sukar ditafsir, namun hari ini dan semalam mengajarku bagaimana untuk melangkah ke hadapan dengan lebih baik. InsyaAllah semoga diberkati usia ini..

Monday, January 30, 2012

Hawa dan Sekeping Hati

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaanNya. Masih diberikan nikmat IMAN dan ISLAM, semoga kekal hingga ke akhir hayat. 

Sudah lama saya tidak menulis kerana kesibukan demi kesibukan yang mendatang. InsyaAllah, antara azam saya bermula selepas ini ingin sekali menajamkan skill tulisan saya agar mampu menyentuh hati-hati madu' yang membaca untuk dekat dengan Islam. Semoga saya mampu menjadi seorang penulis yang baik dan bermanfaat buat ummat manusia.

Artikel ini telah lama ingin saya tulis ,pada saat ini saya hadiahkan khusus buat seluruh muslimat dan mu'minat yang disayangi kerana Allah. Semoga kita menjadi permata yang berharga. Sama-sama kita beristighfar atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan, in sya Allah kita bakal menjadi srikandi Islam yang tegar!

Fitrah seorang Hawa

Seindah perhiasan adalah wanita solehah

" Tercipta dari tulang rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi... "

Saya yakin dan percaya bait-bait lagu Wanita nyanyian Dehearty ini tidak asing lagi pada kedengaran kita semua. Sifat utama seorang Hawa yang perlu kita semua ketahui adalah sensitiviti yang ada pada dirinya. Fitrah seorang Hawa ingin diperhati, ingin dikasihi, ingin dicintai, mudah peka akan situasi, dan mudah beremosi dan lain-lain lagi. 

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan seorang Hawa dengan elemen-elemen sebegini adalah sangat unik dan memperlihatkan akan kebesaran ciptaanNya. Fitrah inilah yang akan menampung kekurangan seorang Adam yang lebih bersifat dominan begitulah juga sebaliknya. Beginilah indahnya percaturanNya terhadap hamba-hambaNya. 

Persoalannya kini bagaimana ingin menampung fitrah ini agar ia di atas landasan yang benar? Sedar atau tidak, fitrah SENSITIVITI yang tinggi dalam diri seorang Hawa ini seringkali gagal ditangani dan menjadikan ia kadangkala rasa terganggu dan perasaan yang tidak sewajarnya. Apabila si Adam terlebih memberikan layanan yang baik, dan si Hawa pula terlebih dalam berperasaan.

Inilah yang akan menjadi virus-virus dalam penyakit hati. Sebagai contoh kes yang saya bawakan.

Kes 1,

Muslimat A dan muslimin B sering berurusan kerana masing-masing ditaklifkan untuk menguruskan suatu program. Dalam berurusan, adakala mereka saling berkongsi masalah sehingga adakalanya melibatkan masalah diri. Muslimin B dengan fitrah seorang gentleman, cuba memberikan perhatian dan penyelasaian yang dirasakan rasional. Pada muslimat A pula merasakan dia diambil berat dan atas SENSITIVITI yang tinggi itu timbul perasaan yang asing dalam diri. 

Kes 2,

Interaksi di antara lelaki dan perempuan seringkali berlaku. Adakalanya pada ayat-ayat yang dituturkan atau pada mesej SMS yang dihantar atau juga pada status FB yang ditulis. Apabila seorang lelaki menghantar mesej yang berbaur gurauan pada anggapannya namun serius pada anggapan seorang wanita. 

" Meeting pada petang ni diawalkan pada jam 2.30 ptg, harap maklum. " Mesej si perempuan.

" Apa? Sekarang dah pkul 2, saya nak pergi makan dulu, saya lambat sikit datang. " Jawab si lelaki.

" Kalau masak awal-awal tadi kan dah senang, oklah jangan lewat sangat datang. " Balas si perempuan.

" Saya tak pandai masak, tak da orang nak masakkan, tunggu orang tu lah masakkan boleh? hehe " Usik si lelaki.

Saat ni, si perempuan akan mula rasa lain dan pasti akan ada berbalas-balas mesej seterusnya... Maka sekali lagi lahirlah virus-virus..

Sebenarnya banyak lagi kes seperti di atas atau dalam bentuk yang berbeza namun akibat yang sama. Sesungguhnya saya menyeru pada diri sendiri dan semua sahabat pembaca agar kita jauhi perkara-perkara sebegini. Apabila kita terperangkap dengan emosi sendiri, ini akan mengganggu gerak kerja. Peganglah hati itu erat-erat agar tidak mudah cair, dan pastikan kita tidak meletakkan diri dalam dilema.


Cahaya Hati


Apabila ada sahabat-sahabat yang berkongsi masalah dalam konteks begini, saya menjadi tidak tegar dan kasihan dengan diri seorang Hawa. Fahamilah bahasa dan tindakan seorang Adam, dan elakkanlah berbincang perkara di luar konteks urusan kerja kerana itulah yang akan membuka ruang-ruang kecacatan atau lebih tepat lagi zina hati itu sendiri.

Jangan salahkan mereka yang memberi harapan atau layanan yang dirasakan caring tetapi salahkan diri sendiri kerana 'Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Masalah yang hadir pada kita sebenarnya berpunca dari kita sendiri. Maka seringkali koreksi diri, dan muhasabah bagaimana akrabnya kita dengan Allah SWT, adakah kita merasai betapa DIA sangat caring pada diri kita?

Terangilah hati kita dengan cahaya iman, banyakkan zikrullah, dan selalu perbetulkan niat kita. Sememangnya kita bukan malaikat dan kita akan melakukan dosa. Namun, kita mampu berusaha untuk mengecilkan ruang-ruang terbitnya dosa itu. Kita seorang hamba yang lemah tetapi terkuat dalam kalangan hamba-hamba ciptaanNya yang lain.  


" Ya Allah, peganglah hati ini agar sentiasa dekat dengan Mu. Ya Ghaffar, ampunilah segala dosa-dosa yang telah Kami lakukan. Ya Allah, pimpinlah kami agar setiap langkah di dalam keredhaanMu. Jangan biarkan kami dalam kelalaian yang tidak kami sedari. Ya Ilahi, jadikanlah kami permata-permata Islam yang berharga dan tidak ternilai harganya dalam meneruskan tugas mata-mata rantai perjuangan baginda ini. Amiin Ya Rabb " 




ps : Ayuh muhasabah diri dalam menjejaki makna solehah pada diri seorang daie'..
  


Tuesday, January 17, 2012

Why WOMAN do crying?

Assalamualaikum, 


May Allah bless all of you always.. May each second passed we do for HIM. Lets say alhamdulillah cause we still alive and in MUSLIM and MU'MIN insyaAllah, syukur. I just want to share something about woman, and we should be thankful person in whatever we are. Man and woman He was created with special character, and these I want to share what are special about woman... Just nice words about woman and our creation.


I got this video from Youtube, credit to this person muslimalatifah for making this video..   




Why do woman cry?

A little boy asked his mother,

" Why are you crying? "

" Because I am a woman. " She answered him.

" I do not understand, " He said.

Mum just hugged him and said :

" And you never will... "

Later that little boy asked his father,

" Why does mother cry for no reason? "

" All woman cry for no reason.. " was all his dad could say...

The little boy grew up and become a man, still wondering why woman cry...

Finally he asked Sheikh,

" Why do woman cry so easily? "

And sheikh answered,

" Allah SWT created woman to be very special: HE made her shoulders strong enough 
to carry the weight of the world...
... yet gentle enough to give comfort for her child...
..Allah gave her an inner strength to endure childbirth and 
the rejection that many times come from her children....
He gave her a hardness that allows her to keep going when everyone gives up,
and take care of her family through sickness..
and fatigue without complaining.. 
Allah gave her strength to carry her husband through his faults..
and created her from his rib to protect his heart..
Allah gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife,
but sometimes tests her strength and her resolve to stand beside him unfalteringly ...

And finally Allah gave her TEARS and the right to shed them whenever it is needed,

" And you my son, should remember, " said Sheikh..

" The beauty of woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries..
the beauty of woman is in her eyes, the doorway to her heart, where love dwells... "




~ Let's know yourself, and love yourself.. because we are the best creation of HIM. 
InsyaAllah, hopefully we will be blessed ~


Thursday, January 12, 2012

Sayap Kiri As-Syahid Hassan Al-Banna



......SAYAP KIRI KEPADA PERJUANGAN AL-BANNA.....

Assalamualaikum, salam perjuangan buat semua sahabat. Sedikit perkongsian bersama, kisah seorang MUJAHIDAH PILIHAN, sayap kiri perjuangan Hassan Al-Banna. Sebelum ini, saya ada berkongsi tentang kisah perjuangan Zainab Al-Ghazali, yang mana agak berbeza PERJUANGAN nya mungkin kerana berbeza pula kisah dakwah dan perjuangan antara suami dan isteri dalam baitul muslim mereka. InsyaAllah, sama-sama kita ambil manfaat dari kisah ini. 


PERANAN SEORANG WANITA

“Perempuan itu separuh daripada sebuah bangsa. Bahkan separuh yang paling mempengaruhi dan memberi peranan yang besar bagi hidupnya sesuatu bangsa,” ungkap  As-Syahid Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimin.
Di sebalik hebatnya seorang pemuda dalam memperjuangkan agama, hadirnya seorang wanita sebagai pendamping, memberi sokongan dan dorongan supaya terus maju mengorak langkah. Tidak dapat dinafikan, liku-liku perjuangan yang dihadapi oleh baginda Rasulullah SAW amat berat sekali. Namun hadirnya Khadijah yang sentiasa menenangkan dan membantu perjuangan baginda, membuatkan langkah-langkah baginda tetap teguh, walaupun dihina dan dicerca kaum sendiri.
Begitu juga dengan Hasan Al-Banna. Tugas beliau bukanlah mudah. Beliau meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, di saat masyarakat sedang lena dengan gelombang jahiliyah. Kehidupan yang penuh dugaaan ini memerlukan kepada peranan seorang isteri yang dapat menghembuskan semangat  suami untuk meneruskan tugas-tugas dakwah. Hebatnya peranan seorang  isteri, sehingga mampu membuatkan si suami tetap tegar berdiri, di kala tiupan dugaan menyapa diri.

Wanita hebat di belakang lelaki yang hebat


Beliau adalah Lathifah Husain Ash Shuli, dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang taat melaksanakan perintah agama. Ayahnya merupakan seorang tokoh agama di Ismailiyah dan terlibat dalam dakwah Ikhwan  Muslimin. Ayahnya banyak mengajarnya tentang dakwah yang dibawa oleh Hasan Al-Banna sejak kecil lagi.
Setelah dinikahkan dengan Hasan Al-Banna, beliau menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan penuh ketaatan. Beliau menyedari bahawa tugas sebagai isteri kepada pejuang agama bukanlah mudah. Beliau juga sangat meyakini bahawa ketaatan kepada suami merupakan sebahagian daripada jihadnya di jalan dakwah ini.

Belajar erti pengorbanan
Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban:
“Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka kelak akan dikatakan padanya, masuklah  dari mana-mana pintu syurga yang engkau inginkan”.
Inilah salah satu prinsip yang sangat dipegang oleh Lathifah. Dalam menjalani kehidupan rumahtangga bersama Hasan Al-Banna, beliau banyak belajar erti pengorbanan yang harus diberikan selaku seorang isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak.
Tahun demi tahun berlalu, bebanan tugas suaminya bertambah apabila dakwah Ikhwan Muslimin semakin berkembang. Pada masa yang sama, Lathifah terpaksa menguruskan keperluan anak-anak di rumah. Jadual si suami yang semakin sibuk dan kerap berada di luar rumah menuntut beliau untuk sentiasa bersabar dalam membesarkan dan mendidik anak-anak supaya mereka turut sama memahami hakikat kehidupan seorang pejuang. Lathifah tetap taat, melaksanakan kewajipan sebagai seorang isteri dengan penuh ikhlas. Beliau menerima perubahan itu dengan hati yang lapang dan keyakinan yang semakin kuat kepada Allah SWT.
Walaupun sibuk dengan urusan dakwah, Hasan Al-Banna tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak di rumah. Al-Banna sangat meyakini kebolehan isterinya dalam mengasuh anak-anak ketika ketiadaannya. Al-Banna juga percaya, isterinya bukan calang-calang orang, bahkan isterinya seorang yang sangat memahami tugasannya dalam dakwah. Dan ini telah dibuktikan apabila Lathifah sendiri sanggup mengorbankan kepentingan diri dan keluarga, demi menempatkan dakwah sebagai prioriti utama.
Sana’, salah seorang puteri Al-Banna pernah menceritakan tentang peribadi ibunya:
“Ibuku adalah seorang tua yang mendahulukan kepentingan dakwah melebihi kepentingan diri dan rumahnya. Ibu mengasuh kami dengan sebaik-baiknya, menyediakan rumah untuk menyambut kedatangan ayah yang pasti membawa amanah berat dari dakwahnya, agar ayah dapat merasai ketenangan, walaupun hanya beberapa jam di rumah, untuk kembali sibuk dalam berdakwah”.
Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam dakwah, kesetiaan Lathifah dalam mendukung cita-cita suaminya merupakan perjuangan yang besar. Beliau menganggap kader-kader dakwah Ikhwan Muslimin sebagai anaknya sendiri. Beliau juga mewakafkan rumahnya dan mengizinkan semua keperluan rumah digunakan untuk dakwah.

Wanita hebat itu setelah pemergian seorang suami
Sangat perit ujian yang terpaksa diharungi Lathifah. Saat si suami pergi menyambut seruan Ilahi, beliau terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan enam orang anak yang masih kecil. Ketika itu, anak sulungnya, Wafa’ baru mencecah 17 tahun dan beliau sedang sarat mengandung. Namun, semua ini tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan dakwah suami tercinta.
Pernah suatu ketika sekitar tahun 1948, Lathifah tetap teguh bersama barisan ikhwah dan akhawat dalam menyambung perjuangan suaminya biarpun sebahagian besar pendokong dakwah Ikhwan Muslimin ditangkap. Lathifah tidak berdiam diri. Beliau mengambil sisa-sisa peninggalan harta yang dimiliki untuk diagihkan pada keluarga Ikhwan yang ditangkap. Beliau tidak tenang melihat keluarga-keluarga Ikhwan meraba-meraba untuk meneruskan kehidupan setelah suami mereka ditangkap.
Begitulah lembaran kehidupan seorang isteri kepada pejuang kebenaran, lembaran kehidupan yang penuh perjuangan dan pengorbanan yang luar biasa. Sejak awal pernikahan, beliau mengatur urusan rumahtangga dengan bijaksana, sehingga suaminya dapat merasakan ketenangan setiap kali pulang dari kerja-kerja dakwah. Beliau juga mengasuh dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran, tanpa pernah mengeluh. Sehingga gugurnya si suami di saat beliau mengandungkan anak terakhir biarpun dalam keadaan yang sakit dan lemah. Kemudian, beliau meneruskan tanggungjawab mendidik anak-anak sehingga mereka benar-benar dapat menghayati dan meneruskan semangat juang seperti ayah mereka.
Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya sukses meraih predikat formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai sekjen advokat di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlemen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai dosen di Universitas Kairo. Kelima Roja, kini menjadi dokter. Dan Halah sebagai dosen kedokteran anak di Universitas Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya.
Semoga kisah Lathifah Husain Ash Shuli ini memberi kekuatan untuk setiap wanita menjadi hebat sepertinya!

PERANAN KITA PULA?

Kita sebagai seorang MUJAHIDAH, didiklah diri agar kita mampu menjadi sayap kiri yang mampu memperkukuhkan lagi Dakwah Islamiyah ini. Bagi sesiapa yang belum membina komitmen dalam sebuah Baitul Haraki, maka gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya untuk membentuk diri dan medium dakwah di luar sana dapat kita sama-sama beri komitmen yang terbaik. Manakala bagi yang telah menjadi sayap kiri ini, maka jadilah seorang pembantu yang terbaik serta mampu mendidik generasi akan datang agar kadir-kadir dakwah dapat terus dijana.



Rujukan : Laman web ISMA Mesir, d-kusumawardhani blogspot.

Followers