Hamka memanggil,
Assalamualaikum Cinta...
Saidah menjawab,
Waalaikumsalam Rindu...
Tertarik mendengar tajuk filem ni, 7 petala cinta. Try pula tengok trailernya, nampak tidak meyakinkan, tetapi saya masih tidak mahu membuat kesimpulan. Hingga akhirnya, mampu spend sedikit masa untuk tonton cerita ni...
7 PETALA CINTA ~
Apa Objektif 7 Petala Cinta?
Adakah ingin disampaikan, indahnya sandaran cinta pada Tuhan?
Apakah moral value di sebalik 7 Petala Cinta?
Kualiti Perfileman Negara
~ Nur Syawana Bte Murad ~
ps : Anda berhak untuk beri pandangan samada setuju atau pada sisi yg berbeza.. ^^
Assalamualaikum Cinta...
Saidah menjawab,
Waalaikumsalam Rindu...
Tertarik mendengar tajuk filem ni, 7 petala cinta. Try pula tengok trailernya, nampak tidak meyakinkan, tetapi saya masih tidak mahu membuat kesimpulan. Hingga akhirnya, mampu spend sedikit masa untuk tonton cerita ni...
7 PETALA CINTA ~
Apa Objektif 7 Petala Cinta?
Saya mencari-cari daripada awal penceritaan sehinggalah akhir cerita, apakah yang ingin disampaikan di sebalik filem ini.
Adakah ingin sampaikan, indahnya hidup cara Islam?
- Ya, sungguh indah namun bukan seperti yang digambarkan. Terlalu banyak campur aduknya, hanya dengan pemakaian jubah, serban, tudung dan niqab tidak cukup apabila perilaku dan pergaulan pemakainya tidak dijaga sehingga boleh duduk dengan rapat sekali. Malahan saya menjadi sedih apabila memikirkan bagaimana agaknya pandangan saudara-saudaraku di luar sana yang ingin mengenali Islam apabila dipertontonkan dengan suasana sebegini?
Ada style-style usrah yang diterapkan dalam 7 petala cinta ini apabila Hamka beri pengisian pada Saidah dan adiknya Hilma tetapi sayangnya disulami dengan aksi pukul-pukul manja Hamka kepada Saidah tunangnya serta duduk mereka yang sangat rapat... mungkin akan ada yang cakap, buat baik pun salah, oklah tu ada ciri-ciri Islam, pakai tudung dan sebagainya. Bukan nak komen atau condemn tapi ini kritikan untuk kebaikan, untuk bawa imej Islam tidak bolehlah dicampur adukkan Halal dan Haram. Itu yang paling penting dijaga. So.. What say you??
Ada style-style usrah yang diterapkan dalam 7 petala cinta ini apabila Hamka beri pengisian pada Saidah dan adiknya Hilma tetapi sayangnya disulami dengan aksi pukul-pukul manja Hamka kepada Saidah tunangnya serta duduk mereka yang sangat rapat... mungkin akan ada yang cakap, buat baik pun salah, oklah tu ada ciri-ciri Islam, pakai tudung dan sebagainya. Bukan nak komen atau condemn tapi ini kritikan untuk kebaikan, untuk bawa imej Islam tidak bolehlah dicampur adukkan Halal dan Haram. Itu yang paling penting dijaga. So.. What say you??
penghargaan buat Syabab Musafir Kasih |
Adakah ingin disampaikan, indahnya sandaran cinta pada Tuhan?
- Maha Suci Tuhan, sungguh indah apabila sandaran cinta hanya padaNya. Namun begitu, tidak diadun dengan baik objektif ini. Sang kekasih boleh pula saling melafazkan cinta dan rindu, mungkin saja serban, jubah dan tudung niqab menjadikannya halal. Ada, babak-babak yang mereka meratib memohon pada Tuhan namun ia seolah-olah tiada kolerasi dalam pencintaan mereka. Sekali lagi, serasa cukup kecewa dengan persembahan filem ini.
Apakah moral value di sebalik 7 Petala Cinta?
Ya, masih ada moral value cuma sangat sedikit dan moral yang diadun tidak cukup untuk membina sebuah karakter muslim kerana dicemari dengan elemen yang bercampur halal dan haram. Saya bukan anak seni, apatah lagi penganalisis filem, cuma saya tidak dapat menafikan betapa kritikalnya situasi perfileman negara kita hari ini. Satu perkara yang saya suka dalam filem ini satu sahaja, iaitu zikir-zikir atau qasidah yang indah alunannya. Bagi saya, itu suatu keunikan dalam filem ini bagi memberikan alternatif baru kepada penggemar muzik dan penyegar telinga untuk mendengar alunan zikir-zikir ini.
Kualiti Perfileman Negara
Sehingga kini saya tidak menjumpai sebuah filem yang bergenrekan cinta Islamik hasil terbitan negara kita yang benar-benar menjaga segala aspek dan batas pergaulan. Bukan mahu mengagungkan terbitan negara Indonesia namun inilah hakikatnya, bagaimana sebuah filem "Ketika Cinta Bertasbih" juga sebuah filem cinta islamik namun diadun dengan sangat baik dan batas-batas pergaulan itu dipelihara. Mungkin ada suatu masa dahulu filem cinta Islamik hasil tempatan iaitu Nur Kasih tetapi masih tidak benar-benar menjaga bab-bab pegang tangan yang bukan muhrim sebagaimana ia dijaga dalam KCB.
Kita menonton sesebuah filem bukan hanya sekadar persembahan hiburan tetapi sebenarnya kita belajar dan menambah ilmu. Oleh sebab itu, sesebuah filem yang dikeluarkan perlulah mampu mendidik minda masyarakat yang menonton. Pun begitu, bukanlah semua filem negara tidak mampu mendidik, ada cuma sedikit dan apa yang saya catatkan lebih khusus pada filem bergenre cinta islamik ini. Bukan saya katakan semua hasil filem Indonesia itu bagus, contoh Ayat-ayat cinta sangat mengecewakan berbanding tulisannya dan juga tidak menjaga namun begitu, ada banyak contoh lain daripada filem-filem Indonesia yang bangkit ciri Islamnya mendidik jiwa.
Sejujurnya filem-filem terbitan Indonesia banyak yang memberi kesan di hati sebagai contoh, Sang Pencerah, Hafalan Solat Delisa, Ketika Cinta Bertasbih, Emak Ingin Naik Haji, Sang Pemimpi, Negeri 5 Menara, Sang Murabbi, dan banyak lagi... Cuba kita bandingkan filem kita mana yang membawa imej Islam itu? Banyak tema cinta, hantu, lawak yang dikeluarkan. Boleh tidak ada salahnya asalkan mesej mendidik itu sampai.
Sekurang-kurangnya DAKWAH itu mampu melekat di hati, selepas habis sahaja menonton filem cinta ini penonton mampu memahami :-
- Ada batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang perlu dijaga
- Wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki, kerana itu wanita perlu memelihara diri daripada menjadi fitnah begitu juga lelaki perlu memelihara agar tidak tercalit fitnah.
- Islam mendidik penganutnya dengan hikmah dan adil.
Satu contoh dialog Khairul Azam dalam KCB ketika Ilyana menawarkan ciuman Perancisnya,
Satu contoh dialog Khairul Azam dalam KCB ketika Ilyana menawarkan ciuman Perancisnya,
"Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup Saya itu saya dasarkan pada Islam. Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin. Kenapa dalam buku-buku fikih pelajaran pertama pasti tentang thaharah. Tentang bersuci. Adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesuciar lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita. Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Prancis itu bagi saya sudah termasuk kalegori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum pria dan kaum wanita.
"Ketika saya mengatakan bahwa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya. Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori oleh dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori oleh bibir yang tidak halal, kotor yang tidak tampak bagaimana cara membersihkannya. Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. Saya tidak mau melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala."
"Itulah prinsip yang caya yakini. Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan lain sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Mbak Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan bisa menghargai pendapat saya."
Yang paling paling paling penting selepas habis menonton, penonton merasa lebih dekat dengan Islam dan jauh dari maksiat bukannya lebih berkobar-kobar untuk bercinta dan ucap sayang, cinta dan rindu pada pasangan... Maka, secara konklusinya saya kecewa dengan filem ni. Walaubagaimanapun, saya mendoakan semoga bakal lahir filem-filem yang mampu menyuntik roh Islam dalam diri ummat kini.
WaAllahua'alam. ~
WaAllahua'alam. ~
~ Nur Syawana Bte Murad ~
ps : Anda berhak untuk beri pandangan samada setuju atau pada sisi yg berbeza.. ^^
setuju dgn feedback dr akak. betul..filem2 islamik arini boleh dikatakn mendapat perhatian dr penonton2 negara kte. (^_^)
ReplyDeleteAlhamdulillah..tp sayangnya 'islamik' yg dismpaikn kpd msyarakat melalui filem ni belum mengikuti cara islam yg sbenar lg..walaupn kelihatan bi'ahnya adalah solehah (baik).. (^_^)
sbelum ni pun kte ad filem 'islamik' negara kte yg brtajuk 'Tahajjud Cinta'. filem ini pn belum memaparkn cara islam yg sebenar..
ya, pakaian adalah salah satunya. tp, cara syariat islam yg betul itu bukan hanya diamalkn pd pakaian shj..ttpi juga merangkumi keseluruhan hidup mnusia..trmasuk cara bergaul..makan..dll.
kerana definisi kpd islam itu sendiri adalah CARA HIDUP. bukan CARA BERPAKAIAN shj.. (^_^)
matlamatnya baik..tapi caranya belum menepati seluruhnya lagi..matlamat yg baik belum tentu dapat menghalalkn cara. tp, cara yg baik pasti bermatlamat baik..jika matlamatnya betul dan tidak melanggar syariat islam..(^_^)
wallahua'lam
Buat adindaku Namirah, syukran atas pandangan, ya betul sangat.. apa yg nami kata,
ReplyDelete" matlamatnya baik..tapi caranya belum menepati seluruhnya lagi..matlamat yg baik belum tentu dapat menghalalkn cara. tp, cara yg baik pasti bermatlamat baik..jika matlamatnya betul dan tidak melanggar syariat islam.. "
Hope adalah kelahiran Habiburrahman Malaysia one day.. ^^
This comment has been removed by the author.
Deleteafwan wa syukran kakanda Syawana ku.. (^_^)
Deletesyukran atas perkongsian akak..
saye ah download citer ni..tp blum tgk lagi..
ReplyDeletebaca byk komen2 camni pasal citer ni..rasa mcm x de mood nk tgk citer tu..
di Malaysia..org Islamnya mmg ramai tp...kefahamannya terlalu sedikit..bila disebut perkatan cinta..yg terbyg hanyalah cinta antara 2 jantina y bkn muhrim...alangkah sempitnya pemikiran kita di sini..
akak dah tegk citer si tudung tweet??
antara salah faham y berlaku pd org malaysia y sy dpt drpd citer tu adalah...
lelaki dan perempuan y bukan mahram x boleh bersentuhan...kalau ade wudhu'..kalau sentuh nanti batal..x der wudhu'...sentuh je lah..
nauzubillahiminzalik...
betul sis, apa yang awak katakan.. well, kakak tak tengok lagi si tudung tweet tu.. Kalau mcm yg awk kata tu, ini akan jadi masalah la nampaknya.. bilamana Islam tidak diterangkan secara benar.
Deleteterbaik la wana..akak dah tgk cite dia..bes 2 bes la tp cm wana ckp la kan..ermmmm....
ReplyDeleteInsyaAllah kak,harap akan ada filem islamik yang mampu mendidik jiwa. Mungkin syukur 21 la setakat ni. ^__^
Deletehttp://penpatah.blogspot.com/2011/12/awek-zaman-sekarang.html
ReplyDeleteSyukran atas link yang diberi, banyak manfaat yg diperolehi.
Delete