Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bernafas, semoga setiap langkah adalah langkah yang diatur keranaNya.
Sesungguhnya kehidupan adalah suatu perjuangan. |
Sudah sangat lama tidak menulis, dan hari ini saya ingin mencuri sedikit masa untuk suatu perkongsian kerana bagiku menulis adalah suatu therapy diri. Adakala hidup dirasakan sangat menyesakkan, tidak mampu digambarkan melalui butir bicara namun ia mampu untuk diluahkan melalui sebuah tulisan. Try it, and you will feel much better...
Bukan mahu berkongsi masalah diri kerana bukan itu tujuan blog ini diselenggara, tetapi mahu berkongsi butir bicara hikmah buat jiwa-jiwa yang memerlukan sekaligus sebagai motivasi buat diri yang fakir ini.
WHY ME?
Pernah kita merasakan kecewa dengan kehidupan?
Kecewa dengan takdir yang mendatang?
Kadangkala kita merasakan tidak tertanggung ujian demi ujian yang hadir.
Sehingga adakala kita merasakan kenapa aku diuji sebegini? Aku dah tak mampu nak tanggung... Ujian ini sangat berat untuk aku hadapi.. dan pelbagai lagi rungutan yang adakalanya kita sendiri tidak sedar apa yang kita tuturkan..
Masalah yang tidak tertanggung lagi |
Saat satu demi satu dugaan dan masalah hadir, ingin sekali ku pujuk diri kalian dengan ayat-ayat Allah ini.
" Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar "
( Al-Baqarah : 155 )Allah SWT memujuk lagi dalam ayat berikutnya..
" Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya " ( Surah Al-Baqarah : 286 )
YOU ARE THE SPECIAL ONE!
Yakinlah bahawa setiap ujian yang Allah kirimkan buatmu, adalah kerana Dia sangat menyayangimu. Setiap ujian itu adalah mengikut kemampuanmu, Dia tahu sejauh mana kemampuan kita. Mungkin masalah yang hadir ini melukakan hatimu, mungkin masalah yang dikirimkanNya ini menjadikan dirimu lemah dan tak berdaya, mungkin masalah ini dirasakan sangat memilukan. Namun sedarkah kenapa Dia menguji kita?
Kerana dalam lautan hamba-hambaNya yang menumpang di bumi ini, Dia memilih kita untuk menghadapi masalah yang dirasakan sangat berat buat kita. Kerana Dia sayang pada kita, bila diuji barulah manusia kembali ingat kepada Tuhannya. Mungkin sekarang hatimu terluka namun sedarlah bahawa Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Setiap dugaan yang dihidangkan itu, beserta hikmah yang tersembunyi.
Tahukah apabila setiap masalah yang datang, kita hadapi dengan sabar dan tenang akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosa kita. Kita adalah seorang yang bukan maksum, seorang yang pasti melakukan dosa-dosa. Sifat alpa dan leka sering menjadikan kita lalai dari mengingatiNya. Maka, ketukan-ketukan berbentuk masalah inilah yang akan menyedarkan kita seterusnya kembali dekat padaNya.
Sabda Rasulullah SAW,
" Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan, dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. "
( Hadis Riwayat Muslim )
TREASURE
Satu khazanah bernilai buat diri apabila kita mampu membina dinding immunity dalam diri. Immune yang dimaksudkan adalah menjadikan diri kita immune dengan masalah-masalah yang hadir, bahkan kita memandang setiap satu bala bencana itu dari sisi positive.
Firman Allah SWT,
" Boleh jadi engkau membenci sesuatu sedangkan ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula engkau menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tdak mengetahui "( Al-Baqarah : 216 )Carilah khazanah itu, dan binalah dinding immunity ini kerana sesungguhnya hidup adalah untuk diuji. Gembira juga ujian, sedih adalah ujian, marah juga ujian dariNya. Ujian dari Allah buat menguji bagaimana hamba-hambaNya setiap saat dan waktu.
Saat diuji, pujuklah diri..
Ujian aku ini hanyalah sekelumit berbanding orang lain.
Allah pasti telah persiapkan sesuatu untukku..
Bersangka baiklah pada Allah SWT kerana Dia sepertimana sangkaan hamba-hambaNya..
Ukirkanlah senyuman kerana senyuman walau hatimu menangis hiba,
Kerana yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan mu..
Selagimana engkau merasakannya perlu.
PS : Bila ada masalah, carilah manusia yang bermasalah untuk dibantu meringankan masalahnya. Dengan cara itu juga, kita akan sedar bahawa masalah mereka jauh lagi hebat daripadaku hingga akhirnya kita mampu!
mekacih kak wana!
ReplyDeleteto nizz: sama-sama kasih adikku ..
ReplyDeletesye ska tgk blog ny..ia buat sy brmuhasabah dri..dan slalu mmpringatkn dri jgn mdah lalai dgn ksronokn dnia..
ReplyDeleteInsyaAllah, sentiasalah kita b'muhasabah selalu. Always put trust on Him...
Delete