Jodoh ku, benarkah dia?
Selesai kuliyah yang disampaikan oleh Ustazah Basyirah yang bertajuk " Peranan Muslimah Dalam Masa Depan Ummah " sebentar tadi, menyebabkan Hamlatul Adni mula memikirkan satu perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk masa ini.
Selama ini, Hamlatul Adni sememangnya telah merangka perjalanan masa dalam kehidupannya. Terutamanya dalam memastikan agar dia tetap dan istiqamah dalam perjuangan dakwahnya. Hamlatul Adni mula mengenali erti sebuah perjuangan Islam adalah ketika dia ditakdirkan berpindah ke sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan. Di situ, dia mengenali erti perjuangan Islam, erti ukhuwwah yang dibina atas dasar aqidah, erti memelihara batasan pergaulan antara lelaki antara dan perempuan. Sehinggalah Hamlatul memasuki alam kampus, semuanya terjaga dan terpelihara, Hamlatul sering menjadikan apa yang dikatakan Saiyidatina Aisyah sebagai benteng dirinya.
" Wanita solehah itu, di bibirnya tiada nama lelaki, di bibir lelaki tiada namanya. Dia tidak suka dipandang, dan dia tidak suka memandang. "
Maka Hamlatul Adni sentiasa cuba menjadikan dirinya semulia namanya, iaitu Pembawa Agama. Pernah hadir padanya cinta dari muslimin untuk menyuntingnya. Namun ditolak kerana mahu menumpukan perhatian dalam dakwahnya. Bagi Hamlatul, dia tidak mahu menjadi fitnah bagi kaum Adam, dan tidak mahu cintanya kepada Allah SWT dicalar. Lagi pula, Hamlatul Adni sangat padat masanya dengan aktiviti-aktiviti dakwah di kampus nya. Tambahan pula, dengan tugasan-tugasan akademiknya yang harus sentiasa diutamakan menjadi faktor pemangkin diri.
Namun begitu, selari dengan peningkatan usianya menyebabkan keluarga mula bertanya tentang jodohnya, imam untuknya kelak. Hamlatul Adni tidak pernah merasa terganggu dengan persoalan dari keluarganya, umur 24 tahun bukanlah tua baginya yang masih suci dari sebarang cinta manusia, malah dia sangat gembira kerana masih terpelihara. Sehinggalah akhirnya setelah mendengar kuliyah daripada Ustazah Basyirah sempena Nisa' Week yang dianjurkan oleh persatuan Islam di kampusnya, iaitu Persatuan Mahasiswa Islam.
Ustazah Basyirah menyentuh tentang Baitul Muslim, kepentingannya bagi seorang wanita dalam melestarikan dakwah dan kelangsungan tarbiyahnya. Ustazah Basyirah meyebutkan dalam kuliyahnya :
" Walaubagaimana aktif pun anak-anak ustazah di kampus dengan dakwah, namun perjuangan sebenar kamu semua adalah di luar sana. Ramainya mereka di luar sana yang memerlukan bimbingan, kita ini di atas jalan perjuangan Islam ini sangat banyak pengorbanan yang diperlukan. Mari kita sama-sama semak apa yang ditulis dalam surah Al-Imran ayat 92. Mengatakan Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Hakikatnya kita sebagai wanita ini besar peranannya, dan bagaimana kita nak korbankan masa, tenaga, wang ringgit kita untuk Islam ini sekiranya rumah tangga yang dibina bukan dengan seorang Mujahid yang mampu memimpin kita malah bersama-sama menegakkan agama Allah. Kita boleh kata memilih yang sama-sama berjuang untuk Islam. Namun, kita tidak tahu sama ada keluarga kita faham atau pun tidak.
Jika sehingga habis anak-anak belajar di kampus, umur dah mencapai 24 tahun, ada yang 25 tahun. Pasti keluarga dah mula bertanya, dan kalau memang tiada, pasti keluarga dah mula mencari pasangan untuk anaknya. Oleh sebab itu, dalam perancangan anak-anak mesti diletakkan Baitul Muslim juga adalah antara yang utama. Ini sangat penting, ingat ni anak-anak ustazah, jika tidak susah kita nak bergerak kerja. Bukanlah ustazah kata ini adalah syarat untuk meneruskan gerak kerja kita, tetapi ini adalah antara medium yang terbaik dalam pembinaan dan pembentukan mujahid mujahidah dalam kesinambungan dakwah dan tarbiyah ummah seterusnya. Jadi, fikir-fikirkan lah tentang ini, anak-anak perlu mulakan langkah jika ingin jadi Srikandi sejati. "
Hamlatul Adni mula termenung memikirkan semula kata-kata ibunya tempoh hari tentang dirinya. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan soalan daripada Ummu Hurayth.
" Assalamualaikum Ustazah, saya sangat bersetuju dengan pengisian Ustazah sebentar tadi. Tetapi timbul persoalan ustazah apabila sekarang ni, kita lihat ramainya muslimat tetapi bilangan muslimin yang agak sedikit. Jadi, boleh dikatakan siapa cepat dia dapat. Soalan saya ustazah, apa pendapat ustazah tentang muslimat melamar muslimin ataupun perigi mencari timba? " Soal Ummu Hurayth, merupakan timbalan pengarah bagi program itu, dengan lantangnya. Kebetulan seisi dewan hanyalah kaum Hawa, membuatkan dia agak berani. Soalannya itu telah menjadikan seisi dewan bising. Ada yang terkejut dan tidak kirang juga, yang agak malu dengan persoalannya.
Namun pada Hamlatul Adni, itu bukanlah jalan yang terbaik baginya, maruah perlu dijaga. Walau bagaimanapun, jawapan Ustazah Basyirah agak menyedarkannya.
" Alhamdulillah, dalam ramai-ramai ni, ada juga anak ustazah yang bertanya hal ini. Sebenarnya, mulia sungguh wanita yang sudi melamar muslimin untuk dirinya. Dia tahu atas niat kesinambungan dakwah dan tarbiyah, maka di majukan niatnya. Amatlah digalakkan, Ibunda kita Sayyidah Khadijah sendiri melakukannya.
Sebenarnya kejadian seperti ini juga pernah terjadi di zaman Nabi Shallallâhu ‘Alaihi wa Sallam, sebagaimana hadits dari Anas Radhiyallâhu ‘Anhu, dia berkata, “Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi wa Sallam dan menawarkan diri kepadanya, dan berkata, “Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepadaku?” Lalu ketika menceritakan hadits ini, maka anak perempuan Anas Radhiyallâhu ‘Anhu mengatakan, “Sungguh sedikit malu perempuan itu dan buruk akhlaknya.” Lalu dijawab oleh Anas Radhiyallâhu ‘Anhu, “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu karena dia mencintai Nabi Shallallâhu ‘Alaihi wa Sallam dan menawar dirinya demi kebaikan.”
(HR. al-Bukhâriy)
Maka dengan ini, sangatlah Ustazah setuju dan galakkan anak-anak untuk maju ke hadapan. InsyaAllah, selagi mana niatmu betul, Allah pasti akan mudahkan urusanmu. Pinanglah ikhwan kerana dakwah "
Jawapan ustazah Basyirah itu sangat tepat dan benar-benar membuatkan seisi dewan mula berfikir. Rata-rata muslimat yang hadir, kini mula memasang niat untuk diri mereka. Hamlatul Adni sendiri berkali-kali istighfar terhadap tindakan nya dahulu yang pernah menolak lamaran seorang muslimin, sedangkan muslimin itu seorang yang aktif dalam aktiviti dakwah, namun dia yang tidak bersedia. Kini Hamlau Adni merasa sedih dan amat-amat diharap agar dirinya dipermudahkan urusan jodohnya selepas ini.
Setelah 4 minggu berturut-turut Hamlatul Adni beristikharah dan solat hajat mohon petunjuk samada tindakannya nanti benar atau pun tidak. Dia merasakan telah bersedia untuk bertemu naqibahnya, Ustazah Farah Huda.
Hamlatul mendekati Ummu Hurayth, iaitu teman baiknya untuk menemaninya berjumpa Ustazah Farah Huda. Hamlatul juga menyatakan kerisauannya.
" Ummu, benar kah apa yang akan ana buat ni? Ummu rasa bagaimana ya? " tanya Hamlatul.
" Adni, ana sangat setuju dengan tindakan enti. Sebenarnya, ana yakin pasti enti dah sedia. Ikhlaskan niat, iAllah pasti Allah permudahkan urusan. Memang enti dah sure kan dia masih kosong? " jawab Ummu menenangkan hatinya.
" Syukran Ummu kerana sentiasa support ana, setakat yang ana risik dari Ustazah sebelum ni, memang kosong katanya. InsyaAllah ana dah bersedia, temankan ana ya. " Jawab Hamlatul Adni sambil tersenyum.
Hanya Allah yang tahu apa yang bakal terjadi, apa yang bergelora di hati Hamlatul Adni. Dia seorang yang sangat pemalu bab-bab ini ingin menyatakan isi hatinya kepada seseorang.
" Apa khabar Hamlatul, lama dah tak jumpa, rindu ustazah nak borak dengan kamu. " Usik Ustazah Anis.
" Alhamdulillah, ana sihat cuma sekarang ni sangat busy dengan assignment dan banyak program Ustazah. Tahu-tahu jelah... hehe... " Jawab Hamlatul Adni dalam gurauan.
" Yelah, orang busy, kalah YB... hehe.. jadi Hamlatul datang dengan Ummu ni nak beritahu apa-apa ke? Nampak macam penting je? " Ustazah Anis mula bertanya.
" Ya, memang pun ustazah, ana temankan je. Ni Hamlatul nak maklumkan sesuatu. " Jawab Ummu.
Hamlatul mula merasakan pipinya kemerah-merahan akibat malu diusik sahabatnya.
" Oh, ok.. kalau pasal Ummu, tunggu tarikh je lah ya..hehe... ada apa tu Hamlatul? " Sakat ustazah pada Ummu sambil memandang Hamlatul.
Ummu tersenyum sambil menggenggam tangan Hamlatul memberikannya kekuatan.
Ustazah Anis sangat mengagumi gadis di hadapannya ini kerana jarang sekali berbicara tentang lelaki. Lamaran pertama yang pernah diajukan dahulu pun Hamlatul tolak kerana dia belum bersedia dan kerana takut cinta kepadaNya akan tergugat. Alhamdulillah, nampaknya kini Hamlatul telah bersedia untuk ke arah dakwah yang lebih besar.
" Begini ustazah, sebenarnya ana telah melakukan isikharah dan solat hajat. InsyaAllah kerana cintaNya, ana ingin menyatakan hasrat ana kepada seorang muslimin ini. Allahuakbar! Ana mohon agar dijalankan dengan rahsia ya ustazah. " Hamlatul mulakan kata-katanya sambil menundukkan muka. Dia sangat malu untuk menyatakannya.
" SubhanaAllah, hebatnya kamu Hamlatul, alhamdulillah baguslah. Hm, iAllah pastilah Ustazah jalankan dengan rahsia. Kami, ustazah dan Ustaz Zamir akan berusaha ya. Tapi siapa pemuda bertuah tu Hamlatul? " Tanya Ustazah Anis.
Inilah yang sangat sukar Hamlatul ingin ucapkan. Benarkah dia jodohku?
" InsyaAllah, dia adalah mas'ul untuk Da'wah dan Islah. Akh Ubaidullah Bin Yahaya. " Hamlatul menangis selepas menyebutnya, kerana merasakan lepaslah apa yang ingin disampaikan selama ini.
" Alhamdulillah, jangan risau ya, iAllah kami akan jalankan dengan sebaik mungkin. " Jawab ustazah menenangkan Hamlatul.
Ummu Hurayth yang melihat juga terharu dengan kesungguhan sahabatnya. Dia mengusap belakang Hamlatul untuk menenangkannya. Alhamdulillah, Hamlatul merasa lebih tenang dan mereka mengundurkan diri.
Setelah 2 minggu lamaran disampaikan, akhirnya Hamlatul mendapat panggilan telefon daripada Ustazah Anis.
" Assalamualaikum Hamlatul, apa khabar? Sihat ya? " Tanya Ustazah.
" Alhamdulillah Ustazah, ana sihat. " Jawab Hamlatul sambil berdebar-debar dirasakannya.
" Begini Hamlatul, ustazah minta kamu sabar ya apa yang ustazah nak maklumkan ni. InsyaAllah pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Hm.. muslimin yang kamu tanyakan dahulu tu, sebenarnya telah berpunya dan dia telah mengikat pertunangan pun dengan muslimat bukan sekampus, namun sama di jalan kita juga. Dia memang merahsiakannya, alhamdulillah dia tidak tahu pun siapa muslimat yang bertanya. Jangan risau ya. " Terang ustazah, namun sangat berat untuk dilontarkan.
" Allahuakbar! Tidak mengapa ustazah, pasti ada yang lebih baik untuk ana. Syukran ustazah. " Jawab Hamlatul, dia ingin segera mengakhiri perbualannya, dia ingin mengadu pada kekasih agungnya.
Hamlatul bersimpuh lama di atas sejadahnya mencari kekuatan, dia berharap agar dia dapat terima hakikatnya. Namun begitu, Hamlatul tidak dapat menahan air matanya dripada menitis, dia bukan menangis kerana muslimin itu menolaknya, namun kerana dia risau akan kesinambungan dia dan dakwah islam selepas ini. Bertambah lagi apabila sebentar tadi juga, dia mendapat panggilan telefon dari ibunya yang menyatakan ada seorang lelaki, anak kawan ayahnya telah bertanyakan dirinya. Ibunya sendiri bersetuju dengan lamaran itu. Hamlatul sangat bersedih, dia risau apakah yang sepatutnya dia lakukan.
Hamlatul tidak memberikan jawapan, dia minta ibu nya memberikan masa kepadanya. Biarlah dia mencari dan berikhtiar lagi. Dengan izin Allah, Hamlatul Adni selang sebulan selepas itu, dia merasa kekuatan untuk memulakan langkahnya, dia ingin menyunting seorang muslimin yang sama-sama aktif dalam persatuan islam di kampusnya. Hamlatul menyatakan hasratnya sekali lagi kepada Ustazah Anis, alhamdulillah Hamlatul lebih yakin dalam keputusannya dan dia sangat berhati-hati dalam tutur katanya. Dalam solatnya, Hamlatul hanya bermohon andai benar Dia Jodoh untuk nya, permudahkanlah urusannya. Namun, jika tidak berilah jalan mudah untuknya agar dia tetap istiqamah di jalan dakwah sehingga ke akhir nafasnya.
Ujian Alllah sering menemaninya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya. Percubaan Hamlatul untuk yang kedua kali ini tetap tidak berjaya, Ustazah Anis berat hati menyampaikannya. Muslimin itu juga telah mengikat janji, dengan muslimat lain. Allahuakbar! Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya perasaan Hamlatul. Dia benar-benar keliru dengan petunjuk ilahi.
Tatkala usaha dicipta untuk menggapai cinta ilahi, namun kesedihan yang diberi.
Hamlatul hanya mampu berdoa dan mohon petunjuk, sehinggalah kemudia Ummu mencadangkannya suatu perkara.
" Adni, ana nak cadangkan sesuatu boleh tak? " soal Ummu serius.
" Ya, Ummu. Tanyalah, sejak bla pula perlu minta izin ni? Serius nampak. " Jawab Hamlatul sambil bergurau.
" Ingat tak lamaran dari seorang muslimin yang ibu enti kata tu? Nama dia Fathul Bari kan? Enti ingat tak pernah bermimpi suatu malam, terdengar suara menyebut nama tu. " tanya Ummu dengan sungguh-sungguh.
" Hm, ya betul... ana rasa ana faham apa yang enti nak sampaikan. Tapi, ana x yakin lah Ummu, ana risau sebab ana tak pernah bekerja dengannya dan ana risau andai dia bukan orang yang sanggup berkorban diri, tenaga untuk mengembangkan dakwah Islam. Dia dari UK, ana risau jika dia bukan berjiwa sama seperti ana ." Jawab Hamlatul sambil termenung.
" Tapi, kan dia pernah sampaikan pada ibu enti untuk ta'aruf dengan enti, tak salah kalau enti cuba dahulu. Dan mungkin juga mimpi itu satu petanda, lagipun ibu enti pun setujukan? Dia mesti seorang yang menjaga juga, dia tak hubungi enti pun walaupun ada nombor enti, semuanya di sampaikan pada parents enti." Pujuk Ummu.
Hamlatul mula memikirkan apa yang Ummu katakan, dia bukan tidak mahu mencuba cuma dia risau adakah benar dia jodoh untuknya. Pernah juga timbul pelik di hatinya, bagaimana muslimin itu mengenalinya, mungkin dari ibu bapanya.
Akhirnya, Hamlatul menyatakan persetujuannya kepada ibunya tetapi dengan satu syarat. Dia mahu muslimin itu membantu menyumbang tenaga terhadap aktviti dakawah di tempatnya, iaitu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia mohon agar muslimin itu membimbing usrah di sekolah lamanya yang kekurangan naqib di sana.
Semuanya dicatatkan dalam sekeping kertas, dan diminta ibunya memberikan kepada muslimin itu. Semuanya kerana dakwah, bukan kerana dia ingin menguji atau apa pun. Tetapi kerana cintanya dia kepada dakwah Islamiyah. Selang seminggu, ibunya memaklumkan kepadanya bahawa semua yang diminta Hamlatul disambut baik oleh muslimin itu, Fathul Bari.
Di bulan akhir pengajiannya, Hamlatul telah merancang untuk pulang ke kampung halamannya. Dia ingin berjumpa dengan ibunya, memandangkan juga ingin berbincang perkara yang penting dalam hidupnya.
Dia akan berta'aruf dengan Fathul Bari.
Bersambung episod kedua...............
salam ..erm, best ar citer ni. Boleh wat panduan utk meminang muslimin [mood happy but so blushing].
ReplyDeletebtw, i'm folo u dear *58 =)
nak share kat blog ana boley?
wassalam wbt.. alhamdulillah, syukran atas komentar...
ReplyDeleteBaru nak bertatith2 ni, mga2 dapat sama2 ambil manfaat...
Boleh copy, ambillah... jgn lupa letak link, spaya ada apa2 masalah, ada first source..
Sekali lagi, thanks... nantikan episod kedua...
salam ukhuwwah dari saya... (^_^)
salam,ana nk episod kedua... :)
ReplyDeletesebab ana mengalami situasi yg sama dlm penceritaan enti ni...
Wassalam wbt.. iAllah ukhti Mahirah...
ReplyDeleteSedang dalam proses mnyiapkan... ana ni baru merangkak2 nak menulis cerpen, harap2 dapatlah manfaat bersama.. insyaAllah.. (^_^)
salam..
ReplyDeleteasif nk tanya..
dah da ka sambungan dy? cari xjumpa pon.. huhu..
Wassalam..
ReplyDeleteAllahuakbar! Asif ukhti, ana x publish pun lagi, sebab tu tak jmpa.. insyaAllah nanti ana publish.. ^^