Monday, January 3, 2011

BUAH TANGAN 2011

BUAH TANGAN 2011





Bismillahirrahmanirrahim.


Semoga sahabat-sahabat sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM. InsyaAllah sedikit perkongsian buat kita semua, menulis dengan kapasiti seorang sahabat kepada sahabat serta seorang mu’min kepada mu’min yang lain, mudah-mudahan bersama kita mengambil peringatan.


Membuka tirai 2011 ini, harapnya kita semua telah BERSIAP SEDIA menempuh segala mehnah dan tribulasi yang bakal mendatang. Oleh itu, ana memperingatkan diri sendiri serta sahabat sekalian agar bersama kita memasang strategi diri agar diri kita lebih tersusun atau dalam erti kata lain, berMunazzhomah. Selama ini kita sering mencirikan jemaah yang bermunazzhomah ( tersusun ) tetapi kita sering lupa akan diri kita sendri selaku pendokong jemaah untuk sentiasa tersusun atur.

Pesan Imam Al-Ghazali, siapa yang hari ini lebih teruk dari hari semalam maka CELAKA lah ia.

Maka ambillah peringatan, sesungguhnya peringatan itu yang terbaik utk orang2 beriman.

Pada awal pembukaan SEM, serta permulaan gerak kerja, bentuklah perancangan buat diri secara perancangan masa terdekat mahupun jauh. Sememangnya kita hanya mampu merancang, namun Allah SWT penentu segala-galanya. Setidak-tidaknya kita ada satu vision utk diri.


Jika sebelum ini, kita Qiam seminggu sekali pun susah, mungkin sekarang kita sudah merancang utk menjadikan ia lebih kerap.

Jika sebelum ini, kita sukar utk menghafaz walaupun surah-surah juzu’ 30, mungkin sekarang ini kita telah pun meletakkan amalan ini dalam jadual planner harian kita.

Jika sebelum ini, kita sukar menghabiskan walaupun sebuah buku-buku haraki, mungkin sekarang ini kita sudah senaraikan pun buku-buku yang perlu kita hadamkan untuk bulan ini dan seterusnya.

Jika sebelum ini, kita sukar sekali berUkhuwwah dengan sahabat-sahabat sejemaah mahupun di luar jemaah, mungkin sekarang ini kita telah pun mencari teknik-teknik menyuburkan lagi ukhuwwah kita.

Jika sebelum ini, kita sering melewat-lewatkan serta ala kadar dalam menyiapkan assigenment serta tugasan diberi, mungkin sekarang ini kita telah insaf dan sentiasa alert dengan setiap tugasan.

Jika sebelum ini, kita kurang sekali menghubungi ibu bapa utk bertanya khabar, mungkin sekarang ini kita telah menjadikan ia sebagai satu reminder yang wajib utk kita lakukan kerana ibu dan ayah sebenarnya sangat mendambakan PERHATIAN dari anak-anaknya walaupun sekejap tetapi KERAP.

Jika sebelum ini kita sukar memberikan senyuman dan bermanis muka, maka sekarang ini pasti kita boleh mula berubah dan sentiasalah memberikan sedekah yang mudah ini.

Jika sebelum ini, kita sendirian, mungkin sekarang sudah dalam perancangan fasa ke arah berdua.

Jika sebelum ini, kita berdua, mungkin sekarang sudah dalam perancangan ke arah fasa ketiga.


Begitulah seterusnya, kehidupan ini akan terus berputar, masa akan terus berlalu, umur akan terus meningkat.  Tinggal lagi kita, adakah masih seperti dulu atau ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sebagai seorang SUFARAUL ISLAM ( DUTA ISLAM ), maka sewajarnya kita senantiasa mempunyai perancangan untuk diri agar lebih terarah dan dapat menggunakan masa dengan bijak. Inilah KPI yang perlu kita lakukan untuk diri sendiri, supaya kita dapat melihat sejauh mana nilai diri kita yang mana menjadi checklist buat diri. Apabila sudah cukup sebulan contohnya, maka di akhir bulan kita boleh rujuk kembali berapa percent yang telah kita laksanakn dari apa yang drancang, kemudian kita boleh perbetulkan kembali apa yang silap dilakukan.

Dengan ini, kita akan lebih menghargai masa-masa yang berlalu serta dapat mengecilkan ruang-ruang melakukan perkara-perkara yang LAGHA. InsyaAllah mudah-mudahan kita semua dapat bersama mengambil manfaat dan menjadi seorang mukmin yang mempunyai jadual hidup tersusun untuk maslahah ISLAM juga. TAKBIR!








~ Al-Faqir iLaAllah ~
~ NSM ~
~ Baiti Jannati ~
~ 4.00 pm ~
 ~ Mencari Cahaya ~

2 comments:

  1. syukran akak..

    p/s: agak teruja ade jugak perkataan 'baiti jannati' kat last tue..hehe ^_~

    ReplyDelete
  2. Afwan adikku, alhamdulillah ya, mudah-mudahan tahun ini lbih baik dari yang sebelum.

    p/s: biasalah kan, x dapat jumpa pun tak palah, asalkan dapat sebut namanya... (^_^)

    ReplyDelete

Followers