Wednesday, January 12, 2011

DIALOG 1 : USRAH oh USRAH!

DIALOG 1 : USRAH oh USRAH!


“ Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, masih dberi sedikit ruang dalam kesempitan utk berkongsi sesuatu.

Ramai antara kita yang pada awalnya tidak mahu dan merasakan x layak pun nak pegang usrah ni, lagi-lagi melihatkan pada potensi diri serta besarnya taklifan sebagai seorang Naqib/Naqibah ini. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah akhirnya sedikit demi sedikit perasaan itu dapat di atasi dan kita cuba semampu yang boleh.

Pernah tak kita merasakan apakah sebenarnya yang kita nak dari usrah yang kita bawa? Apakah kesan dari kita yang menyampaikan pengisian serta pada adik2@sahabat2 yang menerima pengisian? Sepertimana yg kita sedia maklum, sesungguhnya hati-hati adalah milik ALLAH SWT, Dia yang mampu utk merubah dalm sekelip mata. Namun, bergantung juga pada usaha ke arahnya.

Bila berkata soal menyentuh hati-hati madu’ ini, saya ingin sekali m’ajak diri saya serta sekalian yang mendengar utk kita renung kembali, sebenarnya mampukah kita menyentuh hati-hati madu’ kita dengan segala usaha daya kita ini?

Pernah tidak kita bertanya, mengapa sukar sekali adik-adik ini dkat denganku, sukar sekali mereka menerima penyampaianku?

Adakalanya kita perlu koreksi diri, mengapa hal ini terjadi, kita ikhlas menyampaikan risalah dakwah ini, hanya bertujuan utk menyentuh hati-hati para madu’ agar bersama-sama dalam satu barisan dengan kita. Namun, mengapa masih sukar dicairkan…

Oh, rupa-rupanya hati kita sendiri si Daie’ yang keras dan ego pada diri sendiri. Apatah lagi pada menjaga hubungan dengan manusia di sekelilingnya sedangkan kita tahu perlunya seiring menjaga hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Kita adakalanya sukar sekali memaafkan sahabat malah sangat sukar memohon maaf sedangkan sangat besar ganjaran bagi org yang meminta maaf dan memaafkan ini.

Kita sebenarnya tidak ikhlas dalam berjuang, kerana sering mengharapkan balasan dari apa yang kita lakukan, cuma kita yang tidak mengakuinya. Adakala apabila kehendak tidak dituruti, kita mudah membiarkan barah-barah perosak ini menjadikan keadaan lebih teruk. Dari hal-hal kecil menjadi besar, lalu bagaimana kita ingin menjadi duta Islam, mnyampaikan risalahnya dalam keadaan kita sendri yang masih besar egonya. Maka, saya mengingatkan diri sendri serta sekalian yang hadir utk kita sama-sama koreksi diri, agar kelak apabila dalam suasana usrah Allah hadirkan ROH nya dan para madu’ terkesan dengan apa yang dsampaikan. InsyaAllah berubahlah dari sekarang. ” Jelas Ustaz Syakir dalam tazkirahnya kepada semua naqib naqibah.

Baihaqi termenung memikirkan setiap apa yang disampaikan oleh Ustaz, dia merasakan kesemua yang disampaikan pada malam ini benar-benar kena pada batang hindungnya.

Ustaz Syakir yang melihat dari jauh keadaan Baihaqi yang termenung panjang merapatinya.

“ Assalamualaikum Syeikh. ” Sapa Ustaz Syakir

“ Wa’alakumsalam Ustaz. “ Jawab Baihaqi

“ Kenapa saya tengok Baihaqi seperti ada masalah je, jauh termenung ” tanya Ustaz Syakir.

“ Entahlah Ustaz, saya rasa sedih sangat, apa yang Ustaz cakap tu memang kena dengan saya, memang saya ada masalah dengan seseorang sekarang ni, dan memang saya rasa bila handle usrah ni, adik-adik susah nak lekat dengan apa yang saya sampaikan, rasa ukhuwwah pun kurang, walaupun saya cuba sedaya upaya saya Ustaz. ” Terang Baihaqi panjang lebar.

“ Hm, ok maksudnya Baihaqi bergaduh dengan seseorang ke? Kemudian x bertegur sapa atau x sedia maafkan dia? ” Tanya Ustaz Syakir dengan sungguh-sungguh.

“ Macm tu lah Ustaz, bukan apa, masalahnya dah banyak kali perkara yang sama berulang, dan saya juga sering disisihkan bila bersama seolah-olah x dperlukan. Saya ni manusia, sabar pun ada kadarnya. Saya cuba juga nak baik semula, tapi dia seolah-olah x mahu lagi berbaik dengan saya, mungkin lebih baik begini saya fikir. Tapi, lepas dengar Ustaz cakap tadi, saya terfikir ada betulnya juga. ” Baihaqi mengadu pada Ustaz Syakir tanpa berselindung.

“ Baiklah, macm nilah Ustaz nasihatkan banyakkan istighfar, sebenarnya itu mainan hati je, Baihaqi kena sedar kita yang seorang ni adakalanya kena banyak mengalah demi kemaslahatan yang ramai. Mungkin banyak yg kita inginkan tidak sama dengan sahabat-sahabat yang lain inginkan, jadi kita kena ada toleransi di situ. Ingatlah, kita adalah mata-mata rantai perjuangan Islam, sepatutnya tidak berlaku hal-hal begini, macm mana Islam nak gemilang kalau sesama pejuang pun kita tidak ada wehdatul fikr. Baihaqi, letakkanlah urusan agama diatas mengatasi semua, pasti enta akan lebih berlapang dada. ” Nasihat Ustaz Syakir sangat tenang pada tutur dan pandangannya.

SubhanaAllah, tanpa disedari air mata ego Baihaqi jatuh menitis mengenangkan sikapnya yang tersilap langkah.

“ Terima kasih Ustaz tegur saya, nasihatkan saya, selama ni saya rasa betul apa yang saya buat. Astaghfirullahala’zim, semoga Allah ampunkan saya dan lpas ni, saya dapat menjadi naqib yang sentiasa mnjaga hubungannya dengan Allah dan manusia.” Baihaqi benar-benar berazam untuk insafi dirinya.

Pulang dari halaqah naqib naqibah bersama Ustaz Syakir, Baihaqi terus ke rumah sahabatnya Haikal, yang mana telah lama dia tidak bertegur kerana terdapat masalah peribadi antara mereka. Haikal juga seorang naqib tetapi hari itu, dia tidak hadir ke Halaqh kerana ada kelas malam.

“ Assalamualaikum ” Baihaqi berikan salam.

“ Wa’laikumsalam wbt ” Jawab Haikal dengan senyuman. Ada sedikit riak terkejut pada wajahnya.

“ Apa khabr ya akhi? ” Baihaqi cuba untuk memulakan perbualan.

“ Alhamdulillah, ana bilkhair, jemput masuk Bai ” Haikal menjemputnya
 masuk ke rumah.

“ Haikal, ana nak minta maaf atas apa yang dah berlaku antara kita. Ana sebenarnya rasa tersisih dan rasa tdak dperlukan bila bersama enta dan sahabat-sahabat lain. Bila ana bercakap, ana rasa x dihargai, astaghfirullahala’zim, hebatkan syaitan mencucuk jarumnya? Sebab tulah, ana mula jauhkan diri dari enta sehingga kita tidak bertegur sapa. Hari ni, dalam kuliyah Ustaz Syakir pada Naqib Naqibah betul-betul menegur ana, bagaimana ana nak mnyentuh hati para madu’ dalam usrah sedangkan ana sendri bermasalah. Sering sekali dan mudah berburuk sangka, sekarang ana insaflah, enta maaf kan ana ya? ” Terang Baihaqi dngan panjang lebar dan dia benar-benar ikhlas memohon maaf.

“ Astaghfirullah, baru ana tahu kenapa enta jauhkan diri, sebab selama ni ana tnya, enta tidak berterus terang, ana minta maaf juga kerana menyebabkan enta timbul perasaan macm tu. InsyaAllah, ana harap kita dapat bersama-sama berjuang utk agamaNya kembali. Enta ni mantap betul, bukan mudah orng nak minta maaf mcm ni, tapi enta, SubhanaAllah! Macm inilah pejuang agama. ” Haikal sungguh terharu dengan sikap Baihaqi yang sudi merendah diri memohon maaf.

Alhamdulillah, semenjak dari hari itu mereka saling ambil berat dan bertolak ansur. Malahan dalam pengisian usrah masing-masing sering berbincang dan bertukar idea untuk mendapatkan usrah yang terbaik.
………………………………………………………………………………………………………………………………

Sedikit pengisian dipetik dari seorang Naqib :

Naqib Naqibah harus mencermati pesanan Hassan Al-Banna dalam mempraktikkan sikap du’at yang betul dalam Ikhwanul Muslimin iaitu menjadikan diri sebagai :

1) Abid dalam urusan ibadah - motivate anak usrah dalam urusan meningkatkan kualiti ibadah.

2) Bapa dalam hubungan kekeluargaan - menjadikan diri sebagai bapa/ibu kepada adik2 usrah.

3) Ketua dalam urusan siasah - memandu pemikiran dan ijtihad adik usrah untuk mereka belajar tools dalam siasah syar'iyyah.

4) Guru dalam bidang keilmuan - mengajar, mentarbiyyah adik2 usrah dengan philosophy yang tepat dalam keilmuan. 

  

10 comments:

  1. assalamualaikum wbt,,
    kak wana..salam ukhuwah,,lme x jmpe akak^^

    smge Allah mberi kecukupan untuk para murabbi spt kita utk bkhidmat dijalanNya..

    sy nk sharing sket,,bisa?hehe...

    dahulu usrah bg sy amat menyesakkan dada sy,,berat bg sy utk join usrh,,usrah itu bukan ukhuwah,usrah itu bukan utk jd baik, usrah itu bukan utk masa lapang kita..
    elsewhere,,i did find out usrah is not evrythg.
    melainkan,usrah adalah 1 of the methode utk tarbiyah diri..bila kita tarbiyah diri,,kerana Allah atas tujuan hidup kita ('abid n khalif)..kita dpt sume kt atas..^^

    insyaAllah,,slmt bjuang jugak utk akak..dmana2 pun bumi dpijak disitu dkwah dijunjung<3 salam perantauan~

    ReplyDelete
  2. Wassalam, salam ukhwuwwah kembali...

    Alhamdulillah, syukran kathir ats p'isiannya, hope adikku ini letakkan namanya.. di perantauan, faten ke ni? InsyaAllah akk kenal cuma hope dapat cntact..

    USRAH ni, memang besar skopnya, yang pnting adalah tapak tarbiyah diri, cuma sayangnya apabila ada antara Naqib yang menyampaikan usrah sendri, tidak ambil cakna dengan faktor2 luaran yang mnyebabkan tiada kesan dalam pengisian.

    Maka semakin jauh roh tarbiyah itu.. iAllah mudah-mudahan kita dberi Hidayah ALLAH sentiasa dalam setiap urusan. Sykran sis. (^_^)

    ReplyDelete
  3. salam..
    emmm..maaf kalau sy bertnya..
    sy nak tau camne nk join usrah..
    mcmmana nk cri..dah lame nk join tp xtau cmane..

    ReplyDelete
  4. Wassalam wbt...
    Alhamdulillah ada keinginan.
    Boleh join mana2 usrah, saudari yang bertanya ni ada di mana? Kalau andainya ada di uni2 kita, boleh join usrah2 persatuan Islam. Apapun, iAllah boleh nyatakan dari mana, dan ada di mana sekarang, iAllah saya cuba bantu. (^_^)

    ReplyDelete
  5. tq coz blas..:)
    sy dr trg..uni kat dungun trg..:):)
    sy memang dah lame nak join tp sy tak tau nk wat camne..nak join yg kat uni,tp sy xtau ade ke tak..
    trima kasih sudi mmbntu..:)

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, apa salahnya... kita saling membantu.

    Dungun? UiTM ya? Hm... ok saudari cntact saya by email boleh? asdina_88@yahoo.com

    InsyaAllah kalau UiTM dungun, ada persatuan Islam kan? Saudari cari mana-mana sahabat persatuan sana, untuk sertai usrah. (^_^)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum wbt sume..

    kat sini ada ke sape2 yang bleh bantu saya yg sedang dilema ni =(

    petame2nye,mgkin ape yg sy tulis ni tdk btepatan dgn ape yg yg dbincangkan di atas kerana saya baru shj mengikuti blog yg sangat2 bermakna ini. tp sy betul2 dalam dilema sekarang.sedia maklum,di universiti kita diwajibkan mengambil kokurikulum dan pada sem lepas saya telah menyertai satu bdn uniform ini dan didalam persatuan ni kami diwajibkan memasukkan tudung ke dalam baju ketika memakai uniform dan ini amat merunsingkan saya kerana baru sekarang sy timbul kesedaran utk menjaga aurat dgn sempurna.kami diwajibkan mengikuti persatuan ini selama 3 sem dan utk pengetahuan semua sy cuma hanya tinggal 1 sem stengah shj lagi sbelum menamatkannya.apa yg merunsingkan saya sekarang ini,saya betul2 dilema antara terus mengikuti badan uniform ni atau berhenti dan menyertai persatuan lain tp jika saya berhenti dan menyertai persatuan lain,saya dihendaki memulakan semula dari sem pertama dan ini mungkin akan menyebabkan berlakunya pertindihan jadual dan sebagainya pada semester seterusnya.

    saya betul2 berharap sahabat2 semua dpt membantu saya dalam hadapi dilema ini.saya betul2 ingin berubah dan menjaga aurat dgn sempurna.adakah patut saya terus menyertai badan uniform ini atau berhenti dan sertai persatuan lain.hu2 syukran..

    ReplyDelete
  8. Wassalam wbt,

    SubhanaAllah!

    Thanks atas kesudian melawat blog saya ni, dan berkongsi di sini. Hm, alhamdulillah syukur kerana saudari merasai hidayah yg hadir dalam diri.

    Belajarlah untuk terus memahami dan seterusnya dapat m'amalkan segala hukum yang telah ditetapkan. Mengenai masalah yg saudari titipkan, sememangnya sebaiknya keluarlah daripada berterusan terpaksa melakukannya.

    Apa yg dikatakan adalah 1 sem setengah ya? Bermakna lagi 8 bulan bgitu? Hm, memang perlukan mujahdah yg tggi utk berkorban ini. Jika mampu,pilihlah jalan yang terbaik, dan ikhlaskan niat utk benar2 berubah, bimbng jika keluar dari bdan itu mask yg lain, tapi x betul2 istiqmah dan ikhlas dengan perubahan dri, malah boleh jadi lebih buruk.

    Saya doakan urusan saudari dpemudahkan Allah.. (^_^)

    ReplyDelete
  9. thanz atas nsihat yg dberi :-)

    insyaallah sy akan trus istiqmah dgn perubahan diri sy ni.tahniah jgk kpd saudari coz mwujudkan blog yg btol2 bmanfaat ni.

    semoga hdop saudari dan rakan2 sperjuangan yg lain diberkati Allah selalu.truskan usaha murni ni (^_^)

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah, sama2 kita ambil manfaat.. semoga kita dapat membina ukhuwwah, harap saudari dapat add FB saya tu, dan kenal kan dri nant.. mudah-mudahan ini titik permulaan utk kita membina ukhuwwah..
    :-)

    ReplyDelete

Followers