Thursday, June 30, 2011

TUNJUK PERASAAN?

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah syukur tak terhingga kepada PENCIPTA sekalian makhluk, Tuhan Langit dan Bumi, Tuhan sekalian alam, atas segala limpahan nikmatNya yang tidak pernah berpenghujung.

Allahuakbar!

Saya memilih posting tajuk kali ini TUNJUK PERASAAN? Sepertimana yang kita maklum sekarang sangat hangat isu Tunjuk perasaan yang bakal berlangsung di Negara kita pada tarikh keramat, dan nama nya juga agak menarik. BERSIH.


APA YANG KITA FAHAMI DENGAN TUNJUK PERASAAN?


Setiap orang pasti mempunyai pandangan yang tersendiri, dan apa sahaja yang tercatat pada penulisan ini juga hanyalah sekadar pandangan peribadi, semoga dapat saling memberi dan menerima, iAllah.

Satu analogi yang ingin saya berikan, apabila seorang lelaki menyukai atau merasakan ada ketertarikan kepada seorang wanita, bagaimana dia menunjukkan perasaannya? Jika dia seorang yang berpegang pada ajaran Islam dan bertindak secara matang, maka dia akan melalui cara yang terbaik dan aman dengan berjumpa orang tuanya merisik khabar, menunjukkan perasaannya dengan saluran yang betul dan mulia. Namun tidak ramai yang semulia itu, lebih ramai yang melalui jalan songsang, dengan menunjukkan perasaannya terus kepada si wanita lantas terlibat dengan perkara-perkara maksiat, dari kecil hinggalah sebesar-besar perkara.



Lelaki itu telah menunjukkan perasaannya dengan cara yang betul.

Contoh kedua, dan yang paling penting tatkala azan berkumandang, lautan manusia akan menyahut seruan azan dan menunjukkan perasaan cinta kepada Tuhannya, menuju ke masjid, solat di tempatnya berada, ada yang menunaikan secara individu malahan afdhal berjemaah menghadap Tuhan. Itu juga adalah satu tunjuk perasaan, seorang hamba kepada Tuhannya menunaikan kewajipannya sebagai hamba, menunjukkan perasaannya sepenuh hati kepada Tuhannya.

Selagi mana tidak ada sebarang gangguan dari pihak lain tatkala mereka sedang berjemaah, sedang berkumpul menunjukkan perasaan maka aktiviti itu akan berjalan dengan lancar dan aman damai.

Jika sedang berjemaah dilepaskan gas pemedih mata, adakah sekalian yang berkumpul akan duduk diam tanpa berkeliaran selamatkan diri? Kita sama2 fkir dan nilai..

Pasti ada yang jawab pasti tak ada yang akan lepaskan gas kerana tidak menggugat mana-mana pihak jika hanya solat jemaah di surau.



Contoh ketiga, kala seruan haji menggamit, seluruh ummat Islam berduyun-duyun menjadi tetamu agung Allah SWT, menunjukkan perasaan pengabdian serta kecintaan kepada Tuhan. Mereka semua yang berkumpul ini juga tidak akan ditahan mahupun di kenakan apa-apa tindakan kerana apa? Kerana tidak menggugat mana-mana pihak.


BAGAIMANA DENGAN BERSIH?



Seperti yang diwar-warkan satu aktiviti tunjuk perasaan rakyat Malaysia kepada pemerintah yang memerintah Negara. Secara logic akal, jika pemerintah tidak ada apa-apa kesalahan malahan yakin bahawa telah menjalankan tugas dengan sebaiknya, maka mengapa mesti begitu takut sekali? Kerana melibatkan pembangkang dan berkemungkinan digulingkan? Pembangkang juga adalah rakyat Malaysia, dan sedarilah bahawa sebaik-baik manusia adalah yang berani menegur pemimpinnya. Maka sebagai Pemerintah, adalah sebaiknya di ambil segala kritikan dan perbaiki apa yang perlu dalam stuktur pemerintahan yang terkandung 

Setiap hari di kaca-kaca TV melaporkan tentang penangkapan mereka yang memakai baju bersih, tentang ugutan demi ugutan mengenai sesiapa sahaja yang menyertai tunjuk perasaan ini kerana dikatakan akan menggugat ketenteraman awam dan akan membahayakan rakyat Negara ini.

Seandainya mereka yang berhimpun di Dataran ini tidak diganggu dengan kehadiran kumpulan yang bukan atas matlamat yang sama, bahkan simbahan gas-gas berasid di beri, maka sebuah perhimpunan yang aman pasti akan jadi haru biru. Maka siapa yang mengancam rakyat sebenarnya?

Saranan saya bukan mudah meletakkan sesuatu pada tempatnya, maka tatkala ada yang ingin menunjuk jalan maka terimalah dengan sebaiknya. Untuk melihat gelombang rakyat bersatu bukanlah mudah jika bukan kerana inginkan sebuah KEADILAN, maka dengarlah dengan sebaiknya bahkan janganlah diugut dan diganggu hingga akhirnya senjata makan tuan. 

" Setiap yang memimpin bertanggungjawab di atas pimpinannya "- dari riwayat hadis.


SEM0GA KITA MENJADIKAN SETIAP PERCAKAPAN, SETIAP PERKATAAN, SETIAP PENDENGARAN, DAN SETIAP PERBUATAN ADALAH UNTUK MENDAPATKAN REDHANYA, BIARLAH SUSAH DI DUNIA UNTUK KEBAHAGIAAN AKHIRAT SANA, KERANA BUKAN MUDAH BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA.






-Kamar sepi-
-1.48 am-

Friday, June 3, 2011

Latihan Iman

Assalamualaikum...


Salam mahabbah diucapkan, semoga semua sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM.

It takes a long time to write, dah lama tidak menulis, dan kerinduan utk menulis sangat tinggi, kini baru ada peluang utk menulis, smg kita sama-sama dapat manfaat.

Sekarang saya dan seluruh sahabat2 tahun 3 sedang menjalani Latihan Industri di luar universiti, pastinya bertujuan memberikan pendedahan kepada semua bakal2 engineer bagaimana keadaan pekerjaan bidang industri ini. Sebelum ini saya sering mendengar bahawa keadaan ketika ber LI adalah ber Latih Iman, too many shock and unexpected things, and now I believed it.

Selama ini berada di alam belajar, sebenarnya jauh lebih mudah, jauh lebih tersusun, dan kita hnya perlu belajar, siapkan assignment, get ready for test, exam.. dan yang paling penting mengutip segala pengalaman dan ilmu yang bakal digunakan kelak. Maka apabila dalam tempoh LI ku ini, di tempat ini, bairlah rahsia, benar2 memberikan tarbiyah buat kami bertiga, saya, adik2 saya, ayuni dna anita.
Setiap saat itu adalah amat bernilai, 

" if u want to pray, I give u 10 minutes, then, u have to pay back by going back late for 10 minutes." - by my first supervisr.

Because of that, ramai dalam kalangan pekerja tidak menunaikan solat, kerana pentadbirannya tidak membenarkan begitu. MasyaAllah! Banyk lagi yang ingin dkongsikan, namun tidak mampu untuk dihuraikan, apabila dunia hari ini melihat anda yang bertudung labuh adalah sesuatu yang pelik, walaupun seorang Islam. 

Apakah nasib Malaysia kelak tatkala dicanang-canangkan negara Islam?
Selaku rakyat Malaysia, kita perlu risau dan ambil cakna dengan keadaan ini.

Sepanjang sesi LI saya ini, sememangnya sangat penting berada dalam suatu kelompk jemaah, kerana tatkala ditindas bersendirian, mempertahankan hak secara individu dengan secara kumpulan, pastinya jauh berbeza impaknya. Apabila kafir ramai yang berkuasa, bahkan keseluruhan, maka sewenang-wenangnya hak-hak Islam ditindas, masyaAllah pasti ada hikmahnya kami LI di sini, dan kami masih mencari dan terus membina kekuatan itu.

Semga setiap usaha dan langkah kami ini Allah berkati. Salam sayang fillah buat semua.... semoga kita senantiasa istiqamah dalam setiap perkara.



Orang yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup seperti orang yang kerdil dan mati sebagai seorang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagi orang yang 'besar' dan mati sebagai orang yang besar juga... 
~ Sayyid Qutb ~




Followers