CORETAN BUAT SAHABAT
Wahai Sahabat..
kalau dalam perjalanan ku ini, aku sesat, kau tariklah tangan ku, kearah jalan yang benar..
kalau aku leka, walau seketika, dengan ni'mat dunia, kau sedarkanlah aku..
kalau langkah ku terhenti, was-was menyelubungi diri, kau kuatkanlah aku, yakinkan aku tentang-Nya..
Wahai Sahabat..
ku tahu, perjuangan kita ni, perjuangan yang payah, mungkin aku kecundang nanti..
jika ia berlaku, kau teruskanlah perjuangan ini..
walau aku tiada disisi..
ku tahu, tiap masa, kita diperhatikan oleh busur-busur tajam musuh-Nya, tapi, janganlah kita takut..
kerana, kita ade panahan yang lebih berbisa, ya'ni hadza ad-din, dengan Allah disisi..
yakinilah, kita kebal, kebal dengan iman, kebal dengan taqwa, kuffar la'natullah takut akan iman kita, takut pada taqwa kita..
jadi, bersamalah aku, menjaga iman & taqwa itu, kerana ia bukan hanya hak kita, malah ummah seluruhnya..
Wahai Sahabat..
pesan ku untukmu sahabat..
jangan kau mati bersama ku, kerana, takdirnya aku mati, kau masih ada untuk agama ini..
dan jangan juga kau takut mati untuk agama yang kita cintai ini, kerana, ingatlah, walau kau mati, sahabatmu akan mengganti..
biar nanti, gugurnya kita, diganti oleh Allah..dengan bilangan yang lebih ramai..
ya'ni, sahabat-sahabat ku dan kamu..
Wahai Sahabat..
aku tahu, kau pun tahu, dalam keadaan ummah sekarang, sukar untuk kita perolehi seorang sahabat, yang bersahabat kerana Allah..
jadi, marilah kita jadi seorang darinya, aku bersahabat denganmu, kerana Allah, bersahabatlah dengan aku, juga kerana Allah..
jangan malu untuk bersahabat, kerana, hakikatnya, asal kita sama-sama hina, ya'ni, dari setitis mani..
Oh Sahabat!
jangan kau hentikan perjuangan ini! selagi dua telapak kakimu tidak berpijak di pintu syurga Allah!
jangan kau berpatah balik, kerana yakinilah, dihadapanmu syurga!
yang Allah telah sediakan untuk insan-insan yang berjuang dijalannya..
dan sahabat..impianku, aku ingin diakhirat kelak, aku bersamamu, dalam satu golongan, ya'ni golongan insan yang mendapat rahmat Allah, golongan yang terdiri dari insan-insan yang beriman & bertaqwa kepada Allah..
ku harap, kita kelak ditempatkan dalam satu syurga yang sama, supaya disana, kita dapat terus bersahabat, bersama, Allah disisi, merahmati persahabtan ini..amin, amin, amin!..insyaAllah..
No comments:
Post a Comment