Setelah mendengar perkongsian dari Ketua Muslimat tentang peranan seorang wanita dalam sebuah gerakan Islam, Nuha, Syaqira, dan Insyirah bergegas menemui Kak Su, ketua Muslimat dari Persatuan Islam yang dijemput untuk berikan pegisian.
" Terima kasih kak Su atas perkongsian akk, benar-benar membuka mata kami, saya seringkali rasa muslimat ini sukar nak melangkah lebih jauh dalam gerak kerja ni, pasti banyak yang akan terbatas. " Luah Insyirah.
Kedua-dua sahabatnya yang lain hanya mengangguk setuju.
" Tak apa dik, sekurang-kurangnya sekarang dah faham kan? Kita sangat penting dalam sebuah gerakan Islam, sementara masih muda ni, sementara belum ada komitmen dengan suami, anak dan sebagainya ini, kita lakukanlah sehabis daya untuk bantu perjuangan Islam ni. " Jelas kak Su dengan seikhlas hatinya.
" Awak nak tahu siapa tokoh akk? Akk sangat suka kepada Zainab Al-Ghazali, awak bacalah kisahnya dan bagaimana perjuangannya, akan memberikan satu spiritual yang sangat hebat. " Kak Su menerangkan dengan bersungguh-sungguh.
Lantas seorang daripada mereka berazam untuk mengkaji kisah Zainab Al-Ghazali. Insya Allah!
.............................................................................................................
Di sebuah restoran, Insyirah, Nuha, dan Syaqirah menikmati hidangan malamnya. Kemudian siapa sangka malam itu menjadi medan merancang masa depan buat mereka.
" Syaqirah, saya nak tanya sikit soalan, terpulanglah Sya nak jawab atau tidak. Tak paksa pun. " Ujar Nuha sambil tersenyum kepada Syaqirah.
" Hm.. Ada apa Nuha? Tanyalah, insyaAllah kita jawab. " Balas Syaqirah bersahaja.
Insyirah hanya tersenyum sambil memerhati gelagat sahabat-sahabatnya itu.
" Sekarang ni Syaqirah dah tahun akhir kan? Kira umur dah 23, lepas ni dah nak grade, kira saya nak tanya, kalau ikut planning, bila Sya plan nak settle down ? " Nuha utarakan soalan dengan serius sekali.
Kedua-dua Insyirah dan Syaqirah memandangnya dengan pelik, sambil tersenyum geli hati dengan soalan dari Nuha. Jarang sekali Nuha serius dalam hal-hal dewasa ni.
" Saya seriuslah, tak salahkan tanya, kita semua mestilah dah ada planning.. " Ujar Nuha sambil senyum.
" Hm.. Ok, Nuha. InsyaAllah ikut planning pada umur 25 tahun at least, kira time tu dah habis belajar, dan insyaAllah dah boleh betul-betul aktif dengan kawasan. " Jawab Syaqirah sejujurnya.
" Kalau tak settle time tu macam mana? Mestilah Sya nak dengan sama fikrah dengan kita kan? Macam mana kalau tak ikut plan? " Soal Nuha begitu berminat.
" Kalau tak, kita nak fokus pada gerak kerja islam ni, then soal jodoh tu, kita serahkan pada family, rasa dah penat fikir tentang ni, serasa kita muslimat akan tiba masa fikirkan tentang ini, tetapi kita mampu setakat ini sahaja. Pernah juga kita fikir, ketepikan isu BH ni, just fokus gerak kerja ni, boleh ke? " Soal Syaqirah dalam keadaan muram.
Insyirah memandangnya dengan senyuman, dia amat memahami sahabatnya ini telah begitu berusaha, dia sentiasa mendoakan yang terbaik.
" Hm.. entahlah Sya, kadang-kadang saya pun rasa macam tu, macam saya rancang, sehingga umur saya 25 juga, jika tiada saya akan teruskan dengan plan nak apply job aversea. InsyaAllah, peluang dakwah pun masih ada di sana. Insyirah, macam mana? " Terang Nuha.
" Saya pun ada plan, iAllah dalam usia 26 paling lewat. Jika tidak, saya serahkan pada family, biarlah sesiapa sahaja yang mereka rasakan baik, yang penting gerak kerja Islam saya sumbangkan selagi ada masa dan ruang. Biarlah, kita hanya merancang, DIA lah sebaik-baik perancang. " Jawab Insyirah.
.............................................................................................................
Siapa yang tidak merancang dalam kehidupannya?
Seorang pejuang yang bagus adalah seorang yang sering merancang dalam hidupnya. Namun adalah menjadi suatu perkara yang agak biasa apabila muslimat-muslimat yang aktif di kampus, medan dan sebagainya akan terkandas apabila step kedua dalam kehidupannya tidak berjaya melalui peringkat khusus harakah islamiyah.
" Keluarga Muslim bukan jaminan kesinambungan dakwah namun ia adalah jambatan dakwah "
Zero to Hero @ Hero to Zero ?
Seorang mujahidah boleh menjadi dua keadaan setelah melalui step kedua fasa hidupnya, sama ada bertambah maju dalam gerakan dakwahnya tatkala menjadi sayap kiri kepada seorang mujahid. ATAU menjadi seorang yang berbahagia dalam sangkar bahagia, dahulunya tangkas di medan dakwah kemudian menjadi seorang yang jinak dan terkurung dalam sangkarnya.
Kita melihat, apabila seorang mujahid menyebarkan dakwahnya, aktif gerakannya, maka akan ada yang melihat siapakah mujahidahnya? Kemudian, luaslah medan dakwah utk mujahidah itu kerana telah tersedia jalan untuk nya. InsyaAllah, namun adakalanya masih ada yang ragu-ragu untuk berjuang kerana BERJUANG tidak menjanjikan kemanisan.
Namun, bagi seorang mujahidah yang tidak melalui jalan ke arah HERO, tidak bersama seorang MUJAHID yang tangkas gerakan dakwahnya, anggaplah kekosongan itu ALLAH berikan sebuah TARBIYAH untuk menenpah tempat di syurganya.
Kenalkah Zainab Al-Ghazali?
Beliau seorang srikandi Islam yang sangat kental semangat juangnya, jihad fisabilillah mengalir dalam darahnya. Sehingga pada saat beliau dilamar oleh bakal suaminya, Zainab mengenakan syarat buat bakal suaminya demi Harakah Islamiyah.
" Katanya Zainab Al-Ghazali
"Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidah di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."
Beliau memperingatkan suaminya lagi,
"Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.".
Suaminya bukanlah seorang ahli gerakan Islam, tetapi setelah mengahwini Zainab Al-Ghazali, suaminya daripada seorang yang biasa sahaja menjadi sangat luar biasa bahkan sangat merestui perjuangannya.
Kesibukan Zainab menyebabkan seringkali saudara Abdul Fattah Ismail dan bberapa pemuda kader dari pemuda muslimin mundar-mandir ke rumahnya, sehingga suaminya bertanya.
Salim : Apakah ini merupakan kegiatan Ikhawanul Muslimin?
Zainab : Ya
Salim : Sampai mana kegiatan itu dan apa tujuannya?
Setelah Salim memanjangkan hal itu, Zainab menjawab.
Zainab : Ketika kita sepakat menikah dahulu,ingatkah dikau apa yang saya katakan padamu?
Salim : Pasti ku ingat, cuma sekarang ku khuatir keselamatanmu kerana sekarang kau sedang di serang oleh penguasa.
Kemudian Zainab diam, dan Salim tundukkan kepalanya, dan Zainab berkata lagi.
" Saya masih ingat saya berkata hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidah di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya. Kerana dikau sudah setuju mengahwiniku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kedudukanku di hadapanmu dengan harapan tidak akan ditanya lagi tentan hal itu. Yang aku bebani sekarang adalah taklifanku sebagai Ketua Umum Jamaah Assayidat Al-Muslimat. Saya yakin sekali misi ikhawanul muslimin. Hubungan saya dengan Mustafa An-Nhhas Basya hanyala persahabatan peribadi saja. Namun dengan Hassan Al-Banna saya sudah menyatakan baiat untuk rela mati di jalan Allah, dan saya tetap tidak akan melangkah keluar dari garisan ni. Saya yakin suatu masa saya akan jauh melangkah sehingga aka terasa bertentangan dengan kepentingan kehidupan suami isteri.
Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.".
Pada waktu itu, Salim tertunduk dan ada genang air mata di kelopak matanya. Lalu dia berkata ; " Mintalah apa sahaja yang kau mahu. "
Zainab tidak minta apa pun sepertimana isteri2 lain yang meminta mas kahwin. Hanya minta suaminya berjanji TIDAK kan melarangnya menunaikan tugas di jalan Allah.
Salim : Maafkan aku, bekerjalah dengan berkat Allah. Sayang, sekiranya usiaku panjang,tentunya aku bisa melihat tercapaina cita-cita ikhwan dan negara Islam berhasil didirikan. Kalau saja usiaku masih muda, aku akan berjuang bersama-sama kalian.
Kerja yang semakin banyak menyebabkan semakin kerap kedatangan pemuda ke rumahnya, tatkala pintu diketuk, suaminya akan bangun dari tidurnya dan bukakan pintunya. Lalu dia kan kejutkan ibunya untuk siapkan makan minum buat tamu, kemudian akan mengejutkan Zainab seraya berkata.
" Sebahagian 'anak-anak'mu ada di kamar pejabatmu. Wajah mereka nampak letih akibat jalan yang jauh. Tatkala subuh menjelma, kejutkan daku utk solat jemaah bersama kalian. "
Begitu sekali kefahaman Muhamad Salim, suami Zainab akan perjuangannya. SubhanaAllah!
ANDAI JALAN INI YANG BAKAL KITA LALUI..
JADILAH SEMAMPU DAYA UNTUK BERJIHAD DI ATAS JALAN ALLAH.
p/s : Dalam persiapan perang, saya rasa ingin menulis... ^^
p/s : Dalam persiapan perang, saya rasa ingin menulis... ^^