Thursday, April 7, 2011

RINDU AKHIRAT


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih berpijak di bumi TUHAN,

Masih diberi nikmat ISLAM, semoga nikmat IMAN terus subur...

Lama saya tidak mengupdate blog, 

Terlalu banyak yang ingin ditulis sehingga tak tertulis apa-apa,

Saya menjadi gentar dengan diri sendiri, tatkala memikirkan AMANAH sepanjang hayat yang 

di anugerahkan PENCIPTA.


Lalu flash back kembali dari mula saya berkenalan dengan erti perjuangan ini,

Ketika itu di KISAS, subhanaAllah suatu bia'ah yang tidak lagi saya temui,

Saya mula belajar MEMBINA jalan menuju akhirat,

Saya mula belajar bagaimana memenjarakan HATI agar tidak dikotori noda,

Lalu saya menginjak dewasa dalam perjuangan ini di alam MATRIKULASI,

Di situlah medan pertama ke dunia realiti dari sebuah fantasi,

Keterikatan menyerah diri dalam sebuah perjuangan suci ini sering

menjadikan suatu MOTIVASI yang terbaik buat saya.

Dan di sini juga saya belajar mengikat diri dan hati.

Bisikan-bisikan itu pasti...

'Ah! Dikau masih baru, banyak yang kau belum tahu, tengoklah nant' , datang bisikan.

Tekad tidak akan sama sekali saya berpaling!



Melangkah ke alam manusia yang berakal kiranya,

Saya melihat pelbagai manusia yang sibuk dengan pelbagai kesibukan dengan pelbagai urusan,

Sehingga seringkali AKHIRAT dan DUNIA ini menjadi asing,

Namun syukur masih ada sebahagian, segolongan yang sudi menyuntik kesedaran,

Namun golongan itu tidak ramai, untuk nisbah kepada lautan buih-buih manusia,


Dalam golongan yang sedikit itu pula, pejuang Islam kiranya...

Masih ramai yang tersungkur dengan kehendak diri, kaku dengan keiginan hati, kaya dengan 1001 alasan,

Lalu siapa saja yang tinggal?

Dan di sini saya belajar sesuatu yang berharga,

Hebat mana pun manusia itu, selagi dia tidak mampu korbankan jiwanya, dia tiada apa-apa.

Tinggi mana pun ilmunya, tetapi andai tidak digunakan utk kemaslahatan jemaah, dia biasa-biasa sahaja,

Seorang perindu akhirat tidak akan mencipta alasan bahkan mencari jalan,

Seorang perindu akhirat akan sentiasa melapangkan urusan teman-temannya,

 "Sebagaimana hadis Baginda, cintailah saudaramu sebagaimana engkau mencintai dirimu "

Semakin lama, saya mula menangisi kehilangan kerinduan ini,

Jangan ia pergi, kerana jalan AKHIRAT ini akan terus saya bina,

Walaupun dengan hanya seorang diri.

Sisipan PEARL oF WAQAFAN

Atas KANVAS kerinduan pada sinar akhirat,

Aku akan teruskan langkah ini walaupun semakin ramai melangkah pergi,

Aku ingin menjadi antara ansarullah yang tercatat namanya di halaman-halaman,

Tatkala ISLAM berjaya di tegakkan kelak,

Jika hari ini aku mengelak dari Tugas yang diamanahkan TUHAN,

Kelak pasti aku akan MENERIMA persoalan dariNya yang tidak terjawab olehku,

Ya Allah, semoga KETETAPAN untuk ku berada di jalan ini kekal ke akhirnya.


" Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok(ada yang beruntung, ada yang celaka), utk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya. Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah,nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, miscaya dia akan melihat (balasannya) . "

( Surah Az-Zalzalah, 99 : Ayat 6 - 8 )


" Sungguh, manusia itu sangat ingkar, ( tidak bersyukur ) kepada Tuhannya. Dan sesungguhnya dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya, Dan sesungguhnya cintanya harta benar-benar berlebihan. Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang di dalam kubur dikeluarkan, Dan apa yang tersimpan di dalam dada dilahirkan? Sungguh, Tuhan mereka pada hari itu Mahateliti terhadap keadaan mereka. "

( Surah Al-A'diyat, 100 : Ayat 6 - 11 )







Peringatan buat diri:

- Always ikhlaskan diri, ingat RINDU akhirat sentiasa akan menggetarkan jiwa pada Pencipta.
- Ingat! Balasan Allah itu pasti.


No comments:

Post a Comment

Followers