Tuesday, August 23, 2011

Antara Semalam Dan Hari Ini


" Hari ini mestilah lebih baik daripada semalam "

Alhamdulillah, kita telah menjalani 22 hari berpuasa. 
Terasa terlalu singkat masa yang dilalui, Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita.

Ramadhan Kareem, 
~Kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi~

Apakah kita telah memanfaatkan sebaiknya Bulan Barakah ini?
Teringat akan kata-kata Dr.Yusuf Al-Qardhawi,

" Janganlah kita menjadi hamba Ramadhan, tetapi jadilah hamba Tuhan "

Bagaimana kualiti ibadah kita dalam bulan puasa ini?

Antara tanda amalan yang diterima oleh Allah SWT itu,
Apabila kita melakukannya ia berkekalan dan istiqamah malah lebih baik dari sebelumnya.
Namun jika kita teliti semula prestasi kita sepanjang Ramadhan ini,
Adakah mampu memberi jaminan untuk berterusan bahkan menjadi trigger terbaik?
Ada juga dalam kalangan kita berpuasa, beribadah kerana apa?
Kerana ini bulan pesta ibadah, suasana mempengaruhi kita.
Habis bulan Ramadhan, habislah amalan-amalan yang telah dilakukan.

Ada beberapa persoalan dari seorang teman non-muslim.

Awak selalu kata Ramadhan ini bulan special untuk orang Islam.
And u said puasa maksudnya menahan diri dari makan minum
dan perkara yang dilarang agama.
Setahu saya wanita Islam tidak dibenarkan bersentuhan dengan lelaki,
begitu juga sebaliknya. TETAPI..
Saya lihat ramai pasangan kekasih berpegangan tangan walaupun berpuasa,
SO, what a different?

Awak kata ISLAM menyuruh menutup aurat, 
Apa yang saya faham menutup rambut dan bentuk badan kalian. TETAPI..
Saya lihat ramai wanita Islam tidak bertudung, berpakaian seksi..
SO, what a different?

Dan banyak lagi soalan demi soalan yang menimbulkan keraguan,
pada benak pemikiran mereka.
Persoalan yang timbul akibat perbuatan kita sendiri selaku ummat Islam,
Langsung menjadi fitnah kepada agama!

Sesungguhnya mereka menilai melalui apa yang mereka lihat,
dan ISLAM bukanlah agama yang asing di Malaysia ini khususnya.
Saya sedih tatkala mengenangkan persoalan mereka.
Kerana memang tidak dapat dinafikan ia berlaku di mana-mana.

Apa bezanya antara kita dan orang yang telah mati?
Kita sebenarnya mati, hanya apabila kita sambut seruanNya,
Maka kita hidup di sisiNya.
Mahukah kita menjadi hamba yang hidup jasad namun mati ruhiyahnya?
Nau'uzubillah! Kita impikan pengakhiran TAQWA itu dimiliki.
Indahnya Ramadhan ini menjadi pemangkin kepada sebuah pengabdian..
Pengabdian seorang hamba kepada Penciptanya.

Betapa istimewanya kita di mata Tuhan, 
Amalan puasa kita tiada tapisan bahkan DIA yang menilai secara langsung.
Namun kita masih dalam kematian akal dan iman.
Puasa namun tidak mendapat apa-apa.
Hanya mendapat lapar dan dahaga.

Semalam dan Hari ini tiada Beza! 
Andai hari ini lebih teruk dari semalam, alangkah celakanya kita.

Jika kita telah diberi nikmat bernafas 22 tahun,
atau mungkin 30 tahun atau lebih lagi,
sudah berapa kali kita bertemu Ramadhan 
dan adakah kita pasti akan ketemu lagi?
Apakah indikator kepada kualiti ibadah kita ini?
Iaitu HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.
Dan berterusan bahkan menjadi perisai pengukuhan iman.

Jadikanlah baki-baki yang ada ini untuk kita muhasabah segala amalan kita.
Sempena di ambang pembebasan dari api neraka ini.
Semoga kita berjaya bebas dari belenggu dosa.

  
" Ya Allah, 
Semoga segala amalan kami ini diterima dan menjadikan kami istiqamah,
Semoga segala urusan kami dipermudahkan olehMu,
Semoga Kau ampuni segala dosa yang kami lakukan,
Ya Rahman Ya Rahim,
Semoga kami tergolong dalam kalangan hambaMu yang bersyukur,
Amiiin Ya Rabb... "

Wednesday, August 10, 2011

AKU + DIA = KITA

" Sebesar rumah bermula dari sekecil batu "
Untuk membina sebuah rumah yang baik, perlu mempunyai beberapa elemen yang penting. Antaranya perlu direka oleh arkitek yang bagus dengan mengambil kira lokasi yang tepat dan strategik, rekaan dengan susun letak ruang yang mengikut syariaat. Begitu juga dalam urusan pembinaan di mana perlu dipimpin oleh kontraktor yang jujur dan amanah. Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan mestilah mengikut piawaian dan kualiti yang sepatutnya, supaya kualitinya terjaga bukan mengejar keuntungan semata. Begitu juga unsur-unsur yang lain.

Kita lihat pula bagaimana sebuah kereta dihasilkan? 

Untuk menghasilkan sebuah kereta, bukanlah hasil kerja seorang bahkan keterlibatan banyak pihak. Perlu ada engineer bahagian rekaan, engineer bahagian struktur bahan, dan pelbagai lagi sehingga wujudnya satu team. Team yang baik mempunyai keselarasan idea dan berpegang pada moral yang murni. Dalam penciptaan sebuah kereta, pasti disertai dengan sebuah buku panduan atau biasa kita sebut manual untuk menjadi panduan kepada pengguna.Semua berkaitan undang-undang penggunaan kereta telah dicatat dan dijelaskan dalam buku panduan. Apabila berlaku sebarang masalah, hanya perlu ikut apa yang telah digariskan.

Siapa yang menciptakan manusia?

Saya bersyukur menjadi salah seorang pelajar jurusan kejuruteraan, semoga saya boleh memanfaatkan ruang dan peluang yang ada. Engineer yang menciptakan manusia adalah the best Creator! Pastinya Allah SWT adalah engineer terbaik. Dia telah menciptakan alam ini dengan sebaiknya dan kita sendiri adalah sebaik-baik ciptaan. Allah SWT menciptakan kita juga beserta dengan sebuah buku panduan untuk kita ikuti dan patuhi. Apakah buku panduan bagi manusia, pasti tidak lain iaitu Al-Quran yang di dalamnya terkandung semua perkara aturan dalam kehidupan. Kita hanya perlu rujuk untuk segala masalah yang berlaku.

Adakah kita merujuk Al-Quran untuk segenap kehidupan?

Inilah persoalannya, dan saya ingin mengaitkan semula dengan analogi yang telah saya terangkan di awal artikel tentang pembinaan rumah dan penciptaan kereta. Semua itu dipimpin dengan tenaga kerja yang benar dan mengikut apa yang telah digariskan, maka hasilnya juga tip-top. Kita lihat apabila sebuah kereta itu rosak atau mengalami sebarang masalah, adakah wajar kita rujuk manual motosikal atau manual peti ais? Sudah pasti bertambah-tambah rosak dan timbul pelbagai masalah. Dalam membina sebuah rumah, jika kontraktor menggunakan bahan-bahan campuran dan tiruan, hasilnya kelak pasti akan timbul pelbagai masalah.

Begitulah aturan alam, aturan sebuah kehidupan. Kita melihat hari ini pelbagai perkara yang terjangkau dek akal waras adakala muncul. Dunia kini dalam keadaan amat parah sekali, semuanya kerana kita tidak kembali kepada manual yang telah Allah SWT tetapkan buat hamba-hambaNya. Apabila timbul satu masalah, kita cuba selesaikan ikut manual ciptaan Barat, menentang perintah Tuhan tanpa kita sedar. Nah! Rasakan satu demi satu balasan DIA kirimkan. Kembalilah kepada Al-Quran, mukjizat sepanjang zaman yang perlu kita rujuk serta laksankan.

Aku + Dia = Kita

Siapa yang berperanan dalam mengembalikan Syiar Islam untuk kembali pada posisinya jika bukan AKU, DIA dan KITA semua. Setiap zaman akan ada 2 pasukan yang saling berlawan demi mencapai satu matlamat. Sama ada matlamat itu untuk sebuah kebenaran atau kekayaan mengikut tujuan masing-masing. Setiap zaman juga akan ada pihak yang berkuasa memerintah menentang agama Allah dan sebelah pihak yang ditentang kerana menyampaikan risalah Tuhan. Kita boleh menghayati sirah-sirah terdahulu sehinggalah ke hari ini. Lihat contoh pada zaman Nabi Musa, Nabi Muhammad sehingga kini.

Zaman ketika Nabi Musa AS

Musuh terbesar ketika zaman ini adalah Firaun La'natullah. Ditakdirkan Allah Nabi Musa terlepas dari pandangannya sedangkan ketika itu dia membunuh bayi yang lahir kerana bimbang pada ramalan tukang tiliknya. Namun, kerana pujukan si isteri, iaitu Asiah akhirnya Nabi Allah Musa dibesarkan dalam istana Firaun. Di situlah hebatnya peranan seorang wanita. Kita lihat bagaimana pemerintahan Firaun ketika itu, suasana masyarakat pada waktu itu percaya pada ilmu dan sihir. Firaun telah mengumpulkan semua yang bijak pandai dan diberi segala harta kekayaan asalkan boleh melawan Nabi Musa.

Adakah peristiwa ini berlaku dalam suasana hari ini? 

Semua yang termaktub dalam Al-Quran adalah sebagai panduan kepada kita. Masyarakat bukan lagi jahil bahkan mencari-cari ilmu pengetahuan agama Islam. Pemerintah yang baik adalah menyediakan medium untuk mendidik rakyatnya dari segala aspek. Undang-undang ciptaan Allah SWT adalah paksi utama tanpa berbolak-balik. Agama bukan suatu tiket bahkan tanggungjawab seorang pemerintah untuk melaksanakannya. Hal ini semakin membarah dalam dunia hari ini secara amnya dan negara kita sendiri secara khususnya.

Siapa yang menjadi penentang utama agama Allah zaman ini? 
Sudah pastinya Yahudi la'natullah, begitu banyak sekali agenda demi agenda yang dijalankan sehingga hampir segenap perkara kita bergantung kepadanya, sedar atau pun tidak. AS adalah tunggangannya, kerana telah berhutang dengan Bank Dunia juga di bawah kuasa Yahudi. Kita boleh lihat dalam setiap negara akan ada wakil-wakil yang dipastikan mampu meneruskan perjuangannya. Mereka bertindak dengan sangat licik, dan untuk menghancurkan Islam, tidak dihancurkan Al-Quran. Cukuplah dia menyuntik dalam diri ummat Islam sehingga  menjadikan Al-Quran hanya sebagai bacaan bukan sebagai panduan hidup.

Dan keberjayaan yang paling besar apabila undang-undang pentadbiran sebuah negara Islam bukan berlandaskan Al-Quran tetapi undang-undang Lord Reid, iaitu undang-undang British, undang-undang ciptaan manusia. Inilah undang-undang yang sedang kita hafal dan pupuk dari turun temurun. Tidak perlu mana-mana warga Yahudi mahupun British berada di sini, namun kekuasaannya telah pun bertapak dan bermaharajalela. Kita terus-menerus menyokong mereka dan menentang Tuhan sedar ataupun tidak. Kecuali kita menjadi salah satu daripada batu-bata yang menentang keadaan ini tatkala rumah ini dibangunkan.  

Sejujurnya, selagi punya mata hati dan akal yang waras pinjamanNya, lihatlah sesuatu itu dengan bijaksana sebagai seorang khalifatullah. Setiap tindakan tindakan kita adalah dalam perkiraanNya, kita buat akan dihitung, tidak buat juga akan dikira. Sebab itu, lakukanlah tindakan sewajarnya. Sesungguhnya beruntunglah bagi siapa yang mampu membezakan antara kaca dan permata. Membezakan antara kebenaran cita-cita sebuah perjuangan Islam dan perjuangan bangsa. Semoga masih ada ruang dan peluang untuk hari esok, untuk sama-sama kita memacu perubahan mengikut syaria'at Islam. Ayuh kita menjadi ummat kebanggaan Rasulullah dalam berusaha menjadi mata rantai penyambung perjuangannya, insyaAllah.

Some SPICES of SOUL..






Nota kaki:

- Semga penyucian jiwa di bulan Ramadhan ini menjernihkan minda dan hati kita. Jangan sampai hati sudah gelap sehingga tak boleh ditembusi cahaya.
- Sedang diuji dengan nikmat kesihatan akhir-akhir ini, semga ujianNya ini menghapuskan dosa-dosaku.. Astaghfirullah..
- Ayuh kita sentiasa menjadi hambaNya yg bersyukur. Bagi yg telah berada di kg.halaman, manfaatkanlah dengan sebaiknya.


Thanks All! JazakaAllah...

Followers