" Hari ini mestilah lebih baik daripada semalam "
Alhamdulillah, kita telah menjalani 22 hari berpuasa.
Terasa terlalu singkat masa yang dilalui, Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita.
Ramadhan Kareem,
~Kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi~
Apakah kita telah memanfaatkan sebaiknya Bulan Barakah ini?
Teringat akan kata-kata Dr.Yusuf Al-Qardhawi,
" Janganlah kita menjadi hamba Ramadhan, tetapi jadilah hamba Tuhan "
Bagaimana kualiti ibadah kita dalam bulan puasa ini?
Antara tanda amalan yang diterima oleh Allah SWT itu,
Apabila kita melakukannya ia berkekalan dan istiqamah malah lebih baik dari sebelumnya.
Namun jika kita teliti semula prestasi kita sepanjang Ramadhan ini,
Adakah mampu memberi jaminan untuk berterusan bahkan menjadi trigger terbaik?
Ada juga dalam kalangan kita berpuasa, beribadah kerana apa?
Kerana ini bulan pesta ibadah, suasana mempengaruhi kita.
Habis bulan Ramadhan, habislah amalan-amalan yang telah dilakukan.
Ada beberapa persoalan dari seorang teman non-muslim.
Awak selalu kata Ramadhan ini bulan special untuk orang Islam.
And u said puasa maksudnya menahan diri dari makan minum
dan perkara yang dilarang agama.
Setahu saya wanita Islam tidak dibenarkan bersentuhan dengan lelaki,
begitu juga sebaliknya. TETAPI..
Saya lihat ramai pasangan kekasih berpegangan tangan walaupun berpuasa,
SO, what a different?
Awak kata ISLAM menyuruh menutup aurat,
Apa yang saya faham menutup rambut dan bentuk badan kalian. TETAPI..
Saya lihat ramai wanita Islam tidak bertudung, berpakaian seksi..
SO, what a different?
Dan banyak lagi soalan demi soalan yang menimbulkan keraguan,
pada benak pemikiran mereka.
Persoalan yang timbul akibat perbuatan kita sendiri selaku ummat Islam,
Langsung menjadi fitnah kepada agama!
Sesungguhnya mereka menilai melalui apa yang mereka lihat,
dan ISLAM bukanlah agama yang asing di Malaysia ini khususnya.
Saya sedih tatkala mengenangkan persoalan mereka.
Kerana memang tidak dapat dinafikan ia berlaku di mana-mana.
Apa bezanya antara kita dan orang yang telah mati?
Kita sebenarnya mati, hanya apabila kita sambut seruanNya,
Maka kita hidup di sisiNya.
Mahukah kita menjadi hamba yang hidup jasad namun mati ruhiyahnya?
Nau'uzubillah! Kita impikan pengakhiran TAQWA itu dimiliki.
Indahnya Ramadhan ini menjadi pemangkin kepada sebuah pengabdian..
Pengabdian seorang hamba kepada Penciptanya.
Betapa istimewanya kita di mata Tuhan,
Amalan puasa kita tiada tapisan bahkan DIA yang menilai secara langsung.
Namun kita masih dalam kematian akal dan iman.
Puasa namun tidak mendapat apa-apa.
Hanya mendapat lapar dan dahaga.
Semalam dan Hari ini tiada Beza!
Andai hari ini lebih teruk dari semalam, alangkah celakanya kita.
Jika kita telah diberi nikmat bernafas 22 tahun,
atau mungkin 30 tahun atau lebih lagi,
sudah berapa kali kita bertemu Ramadhan
dan adakah kita pasti akan ketemu lagi?
Apakah indikator kepada kualiti ibadah kita ini?
Iaitu HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.
Dan berterusan bahkan menjadi perisai pengukuhan iman.
Jadikanlah baki-baki yang ada ini untuk kita muhasabah segala amalan kita.
Sempena di ambang pembebasan dari api neraka ini.
Semoga kita berjaya bebas dari belenggu dosa.
" Ya Allah,
Semoga segala amalan kami ini diterima dan menjadikan kami istiqamah,
Semoga segala urusan kami dipermudahkan olehMu,
Semoga Kau ampuni segala dosa yang kami lakukan,
Ya Rahman Ya Rahim,
Semoga kami tergolong dalam kalangan hambaMu yang bersyukur,
Amiiin Ya Rabb... "
No comments:
Post a Comment