Wednesday, April 28, 2010

Tindakan terburu-buru POLIS!


Mahasiswa Kecam Tindakan Polis Bunuh Aminulrasyid


27 April: Kesalahan Bush membunuh umat Islam memang tidak dapat dimaafkan. Kejahatan Ariel Sharon menyembelih umat Islam sangat menyayat hati.

Namun apakah yang lebih kejam apabila seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh Polis Raja di Malaysia (PDRM) atas kesalahan yang belum pasti lagi?

Begitulah nasib malang yang menimpa adik Aminulrasyid yang mati ditembak pada awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.

Luluh hati seorang ibu melihat anak yang dikandung selama 9 bulan itu akhirnya menemui ajal dalam keadaan sedemikian.

Tambah memeritkan ia bukan dilakukan oleh penjenayah, ia dilakukan oleh anggota polis! Pasti hancur hati ibu tersebut.

Mahasiswa berasa sangat kesal bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku. Jika perkara sebegini boleh berlaku, masih berkreadibilitikah polis Malaysia ini?

Mahasiswa tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Mahasiswa menuntut kes ini diadili dengan telus.

“Kami menuntut supaya kes ini diadili sewajarnya. Kes ini melibatkan nyawa dan keadilan. Jika kes ini tidak diadili sewajarnya, pasti negara luar akan memandang serong terhadap keselamatan Malaysia seterusnya menjejaskan status Malaysia dipersada dunia” kata Mohd Fadzil, timbalan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).

Manakala Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), melalui pengerusinya, saudara Shazni Munir mengatakan Mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia menuntut keadilan jika kes ini tidak diadili sewajarnya.

“Kita meminta kes ini diadili dengan telus dan adil. Jika tidak, kami (mahasiswa) akan turun bersama rakyat Malaysia bagi menuntut keadilan kematian adik Aminulrasyid” tegas beliau.

Beliau juga mempersoalkan sejauh mana kuasa polis dalam undang-undang.

“Adakah polis boleh menembak sesiapa sahaja yang mereka suka? Tidakkah undang-undang dicipta untuk melindungi. Bukan untuk diguna sesuka hati oleh pihak-pihak tertentu” katanya lagi.

Mahasiswakini

Anak saya bukan seorang penjenayah - Norsiah

SHAH ALAM 27 April - Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah (gambar), 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.

Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media.

Sebagai seorang ibu, dia lebih arif tentang sikap dan tingkah laku Allahyarham yang bersopan santun serta menghormati orang lebih tua.

"Malah kami bukan daripada keluarga penjenayah. Saya akan berbincang dengan ahli keluarga lain bagi melantik peguam untuk tindakan selanjutnya agar anak saya mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya juga mahu pihak polis menjalankan siasatan telus dan tidak melindungi anggota-anggota polis peronda yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 itu, terbunuh apabila terkena tembakan polis setelah mangsa dan rakannya yang menaiki kereta Proton Iswara cuba ditahan polis kira-kira pukul 2 pagi semalam.

Norsiah berkata, dia mendapat tahu anaknya keluar rumah secara senyap menggunakan kereta kakaknya untuk menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 di sini.

Namun katanya, rakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta itu memberitahu, dalam perjalanan pulang mereka sempat membantu rakan yang kerosakan motosikal di Seksyen 2.

Katanya lagi, malangnya selepas itu, kereta mereka terlanggar pula sebuah kereta Mercedez-Benz.

"Mereka panik kerana tiada lesen memandu lalu terus memecut laju menyebabkan beberapa buah motosikal mengejar kereta anak saya hingga bergesel dengan salah sebuah motosikal tersebut.

"Tiba-tiba mereka bertembung dengan sebuah kereta polis... Disebabkan takut mereka terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian," katanya.

Tambahnya, polis yang mengejar kereta itu telah melepaskan tembakan dan mengenai salah satu tayar manakala satu das lagi menembusi cermin dan belakang kepala anaknya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan anaknya melepaskan stereng kereta dan rebah ke pangkuan rakannya di sebelah, lalu menyebabkan kereta itu terus bergerak sebelum terbabas di dalam longkang.

"Oleh itu, saya meragui dengan kenyataan polis bahawa tembakan dilepaskan kerana kereta itu mengundur dan cuba merempuh anggota polis berkenaan," ujar beliau.

Seorang ahli kariah surau Seksyen 11 yang hanya ingin dikenali sebagai Abdullah berkata, kejadian tersebut memang mengejutkan penduduk kerana arwah kerap mengunjungi surau tersebut

"Dia kawan anak saya dan bukan budak rempit. Apabila polis mengesyaki arwah penjenayah, kami mengenali arwah sangat terluka dengan kenyataan itu kerana dia budak yang sangat baik, bukan seperti didakwa," ujarnya pula.

Guru Aminulrasyid yang enggan dikenali berkata, anak muridnya itu seorang pelajar ceria, mesra dan menghormati guru-guru serta aktif dalam kegiatan kokurikulum selain mewakili daerah Petaling Jaya dalam pertandingan bola sepak.

Utusan Malaysia
SUMBER : Blog PRO-M Unimas 

Saturday, April 24, 2010

MUHASABAH CINTA


Muhasabah Cinta

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

HANYUT

Hanyut

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

repeat (*)

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

repeat (*)
rebut fatamorgana 3x

Thursday, April 22, 2010

BIDADARI ITU ADA DI MUKA BUMI INI..DIKAUKAH?

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…. 




Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar, 
Riasnya indah lagi memukau, 
Lentuknya tertib lembut gemalai, 
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar, 
Serba sempurna akhlak gemilang. 

Wahai Muslimah ku tahukah dikau… 

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu, 
Yang sangat sempurna dari yang sempurna, 
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya, 
Yang menjadi peneman paling utama, 
Yang sangat memukau melebihi segalanya. 


Wahai Muslimah ku tahukah dikau… 
Ratu bidadari pada dunia fana ini, 
Isteri solehah gelaran di beri, 
Tiada tertanding akhlak dan pekerti, 
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi, 
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami, 
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi. 



Wahai Muslimah ku tahukah dikau… 



aku mengidam bertemu dengannya, 
Hanya mengharap pada Ilahi, 
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi, 
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya, 
Agar syurga menjadi imbalannya, 
Supaya hajatku menjadi terlaksana. 

Wahai Muslimah ku tahukah dikau.. 

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku, 
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah, 
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana, 
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini …… 
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….…… 
InsyaAllah…..




sumber : iLuvislam

WAKTU BEKERJA? CUKUPKAH?

24 JAM UNTUKKU ADALAH SANGAT CUKUP...ADAKAH DIGUNAKAN SEMANFAATNYA?




Hidup dan kerja dalam usia manusia biasa 
Tidak lebih seumpama lima waktu Subuh, Zohor, Asar, Mahgrib dan Isyak. 
Menguningnya matahari dari timur 
Bermulalah hidup umpama Subuh dua rakaat. 


Pertama, ketika antara jasad dan roh, 
manusia sudah berjanji bekerja semata-mata untuk NYA. 
Kedua, manusia dilahirkan untuk menunaikan kerja demi NYA. 

Sementara menunggu Zohor 
Manusia diberi tempoh yang panjang untuk mencari kerja
Tempoh untuk manusia kerjakan akal supaya tidak jahil 
Tempoh untuk manusia kerjakan jiwa supaya tidak kaku 
Tempoh untuk manusia kerjakan raga supaya tidak lemah. 
Supaya manusia bekerja untuk bahagia di sini dan di sana. 


Seketika matahari tergelincir, bayang-bayang setinggi manusia 
Zohor berkumandang untuk empat rakaat 
Hidup manusia ketika ini, 
Umpama manusia baligh mula bekerja membahagiakan NYA 
Umpama manusia baligh mula bekerja membahagiakan warisnya 
Umpama manusia baligh mula bekerja membahagiakan keturunannya 
Umpama manusia baligh mula bekerja membahagiakan manusia lainnya. 

Sementara menunggu Asar 
Dan matahari masih di kepala 
Pasti manusia tergelincir kerana kepanasan nafsunya 
Tapi masih diberi usia, untuk batas yang pendek 
Usia untuk memulih akal, jiwa dan raga 
Jangan menunda kerja memulih di usia 
Zohor khuatir terlepas nikmat di usia Asar. 


Seketika matahari tergelincir banyak, menandakan petang 
Asar berkumandang untuk empat rakaat 
Hidup manusia ketika ini, 
Umpama manusia sudah kukuh bekerja membahagiakan NYA 
Umpama manusia sudah kukuh bekerja membahagiakan warisnya 
Umpama manusia sudah kukuh bekerja membahagiakan keturunannya 
Umpama manusia sudah kukuh bekerja membahagiakan manusia lainnya. 


Sementara menunggu Maghrib 
Dan matahari sudah redup Mungkin manusia ada tertidur di waktu petang 
Tapi masih diberi usia, untuk batas yang lebih pendek 
Usia untuk memulih dan memelihara akal, jiwa dan raga. 
Jangan ditunda lagi kerja-kerja itu dikhuatiri tidak memiliki di usia Maghrib.
 
Seketika matahari sudah diufuk barat, menandakan senja 
Maghrib berkumandang untuk tiga rakaat Hidup manusia ketika ini, 
Umpama manusia sudah mulia bekerja membahagiakan NYA 
Umpama manusia sudah mulia bekerja membahagiakan keturunannya 
Umpama manusia sudah mulia bekerja membahagiakan manusia lainnya. 
Amat mungkin, ketika manusia diusia maghrib, 

Warisnya sudah mendahului Isyaknya 
Ketika akal dan raganya kembali bayi 
Amat pasti, cuma harta mulia terkumpul 
Sejak Subuh sehingga Maghrib yang menjadi milik jiwanya. 
Terbenamnya matahari sehingga hilangnya lembayung senja. 
Isyak mengundang dengan empat rakaat. 


Ketika ini manusia ditanya sebelum izin lenanya. 
Umpama manusia ditanya kerjanya waktu Subuh, 
siapakah Tuhan kamu dan siapakah Nabi kamu? 
Umpama manusia ditanya kerjanya waktu Zohor, 
apakah agama kamu dan apakah kiblat kamu? 
Umpama manusia ditanya kerjanya waktu Asar, 
siapakah saudara kamu? 
Umpama manusia ditanya kerjanya waktu Maghrib, 
apakah pegangan iktikad kamu? 
Bagi manusia yang bekerja lancar dan tenang jawapannya 
Penghargaan atas kepenatannya sejak Subuh sehingga Maghrib tadi 
Diizin lena tidak terganggu 


Sementara Subuh kedua memanggil yang tidak tahu bilanya. 
Bagi manusia yang tidak bekerja 
Sudah pasti dikerjakan 
Kerana cukup lena dari Subuh sehingga Maghrib tadi 
Sudah tiada lena bagi manusia ini 
Sehingga Subuh kedua muncul yang tidak tahu bilanya...


BERIKAN KESEMPATAN WAKTU PADA KAMI UTK BERTAUBAT YA ALLAH..


Sumber : www.iLuvislam.com

Monday, April 19, 2010

Tanggungjawab seorang LELAKI kepada WANITA

Assalamualaikum kepada umat Islam semua...

Mengenang kembali peristiwa di Arafah, pada tanggal 9 Dzulhijjah tahun 10 Hijrah iaitu sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, salah satu wasiat baginda yang disampaikan melalui khutbah Wida' kepada sekalian umat Islam, iaitu agar kita mengawasi dan memelihara kaum wanita sebagai satu amanah. Tugas dan tanggungjawab ini, ditujukan khusus kepada kaum lelaki yang berperanan sebagai suami, bapa, abang atau adik dan umumnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Ini dijelaskan sebagaimana petikan sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah." (R. Muslim)

Asas kejadian kaum lelaki, dikurniakan oleh Allah dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yang matang dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, pemalu dan tidak agresif. Dari mereka lebih banyak dipengaruhi emosi dan sebagainya. Maka sewajarnya kaum lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada kaum wanita.

Firman Allah:

Yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa'": 34)



Sebagai ketua dalam negara, pemimpin dalam masyarakat, suami kepada isteri, bapa kepada anak-anak atau sebagainya, kaum lelaki seharusnya memahami hak-hak serta tuntutan kaum wanita dan sepatutnya menjadi kewajipan bagi kaum lelaki memperjuang serta membela nasib kaum wanita apabila mereka teraniaya.

Sirah Rasulullah s.a.w telah membuktikan bahawa baginda merupakan pembela kaum wanita yang terulung. Baginda bukan sahaja membawa risalah Islam yang sempurna, bahkan baginda telah berjaya membebaskan kaum wanita dari cengkaman adat jahiliyah serta meletakkan kedudukan mereka ke suatu taraf yang begitu mulia.

Walaupun Islam telah mengangkat serta mengiktiraf kedudukan wanita, namun masih terdapat sesetengah pihak yang memandang remeh akan hal ini dan menjadikan kaum wanita mangsa diskriminasi. Pandangan kaum wanita yang menyentuh kepentingan diri mereka sendiri kadang kala tidak begitu diambil perhatian. Ini menyebabkan hak atau kepentingan mereka terhakis. setiap keputusan, dasar, peraturan atau undang-undang yang hendak diperkenalkan lebih diasaskan kepada fahaman dan kacamata lelaki tanpa memikirkan implikasi yang bakal menimpa kaum wanita. Jika keadaan ini yang berlaku, maka sudah tentu kaum wanita terus teraniaya dan mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Samada kita sedari ataupun tidak, sejak dahulu lagi terdapat segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum Hawa dengan mengeksploitasi rupa paras mereka untuk hiburan yang melalaikan dan melayan hawa nafsu semata-mata. Di samping itu juga, ada segelintir wanita yang merelakan diri mereka dieksploitasi dan menjadi bahan iklan yang mengaibkan. Keadaan ini pula akan membuka peluang lelaki-lelaki yang buas, mencemar serta meragut kehormatan seorang wanita.

Saban hari kita mendengar berita penganiayaan dan keganasan terhadap kaum wanita. Dan jika kita perhatikan juga, penganiayaan terhadap kaum wanita ini berlaku di mana-mana. Banyak kes-kes jenayah kekeluargaan yang berlaku seperti penderaan, perceraian, pengabaian nafkah dan sebagainya. Bahkan lebih menakutkan lagi, mutakhir ini, begitu banyak kes sumbang mahram yang dilaporkan yang mana kesemua mangsa sudah tentu adalah terdiri daripada wanita. Keadaan ini terjadi adalah disebabkan kaum lelaki tidak tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Hati mereka jauh daripada mengingati Allah dan tiada kesedaran dalam memikul amanah. Jenis manusia inilah yang menjadi perosak kepada kaum wanita dan masyarakat seluruhnya.

Punca permasalahan ini berlaku adalah disebabkan oleh penganiayaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kewajipan seorang lelaki, selain memelihara dan melindungi hak-hak kaum wanita, ia juga berkewajipan membimbing kaum wanita yang lebih banyak dipengaruhi oleh emosi dan tekanan perasaan.

Sebuah hadis yang menjelaskan tentang kewajipan membimbing kaum wanita:

Maksudnya: "Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya), ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok." (R. Muslim)

Dalam mendidik wanita, kita tidak boleh mendidik mereka dengan cara yang terlalu keras, kerana ia tidak sesuai dengan fitrah semulajadinya yang lemah lembut, kerana ini tidak akan memberi apa-apa kesan pendidikan. sebaik-baiknya, mereka ini dididik dengan cara yang hikmah, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Pendidikan dengan cara yang penuh hikmah, akan berjaya membentuk wanita-wanita yang solehah. Kita yakin bahawa wanita yang terdidik dengan ilmu di atas landasan iman dan taqwa, mereka ini akan sentiasa menjaga serta menghargai kehormatan dan hak mereka selaras dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Kegagalan kita mendidik kaum wanita adalah punca sebenar mereka melakukan tindakan yang salah.

Kaum lelaki yang fitrah kejadiannya sebagai ketua atau pemimpin, seharusnya berperanan mendominasikan pembentukan peribadi wanita yang mulia dan terpuji, sentiasa memberi dorongan melakukan tindakan yang betul dan dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru tanggungjawab berat yang diamanahkan ini, kaum lelaki perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang secukupkan untuk menjadi contoh teladan kepada kaum wanita yang di bawah tanggungannya. Islam sekali-kali melarang keras kaum lelaki daripada menyalahgunakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini.

Bagi memenuhi tugas yang dipertanggungjawabkan, iaitu memelihara wanita sebagai amanah, samada isteri kita, anak-anak, adik-beradik, ibu atau wanita yang di bawah jagaan kita, marilah sama-sama kita menjadi pelindung dan pemelihara kaum wanita. Dan kita yakin bahawa hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang mampu memikul amanah ini. Iman yang sempurna akan mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Oleh itu seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawabnya dalam memelihara hak, bererti tidak sempurna iman mereka.



Begitu pun Islam menggariskan bahawa golongan wanita itu dipimpin oleh kaum lelaki, ini tidak bermaksud merendahkan status atau harga diri seorang wanita, bahkan sebenarnya ini adalah menepati 'Sunnatullah' yang kuat menjadi pelindung, dan yang lemah dilindungi. Ukuran yang menentukan tingginya martabat seseorang itu di sisi Allah ialah ukuran amal dan taqwanya sebagaimana dijelaskan firman Allah:

Maksudnya:( Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya). (Surah al-Hujarat: 13)

Waallahu'alam... Wassalam..

Sumber :www.diarimujahidah88.blogspot.com

Di manakah Lelaki SOLEH zaman ini?




BETAPA KETANDUSAN LELAKI SOLEH

Sedar atau pun tidak,
Hari ini keadaan di mana-mana sahaja begitu sedikitnya,
Malah sangat sukar untuk di cari galian-galian berharga,
Untuk menjadi penyambung rantai perjuangan Nabi,
Iaitu di kalangan insan yang bergelar LELAKI..
Mengapa hal ini terjadi?
Mungkin ada yang berkata,
Biasalah, dunia di akhir zaman, memang lelaki lebih sedikit dari wanita,
Tapi bukanlah bermakna ini harus diabaikan,
Siapalah yang bakal menjadi Salahudin Al-Ayubi abad ini?
Sultan Muhammad Al-Fateh apatah lagi? Mungkin kalau ditanya pun pasti ramai x mengenali siapalah tokoh-tokoh ni..
Di manakah muslimin-muslimin yang berkualiti ini?
Betapa kita ketandusan muslimin yang soleh.
Kalau ada program dijalankan, pasti yang akan memenuhi dewan sebilangan besar adalah dikalangan kaum HAWA..
Muslimin oh muslimin.
Hari ini kita melihat dunia dengan kejatuhan Islam secara perlahan-lahan,
Betapa gahnya BARAT menabik dada menyaksikan ramainya jiwa-jiwa yang boleh bekerja untuk Islam ini jatuh malah tersungkur di kaki BARAT tanpa kita sedari,
Hidup dalam seronok dan kegembiraan dan tidak mahu susah payah memikirkan tentang Islam dan perjuangannya..
Hal kau, hal kau, hal aku, hal aku,
Memang masalah ini bukanlah sahaja di kalangan lelaki tetapi hari ini kita melihat memang ramai di kalangan lelaki yang susah untuk mengikuti tarbiyah Islam dan bersedia utk berkorban demi Islam.
Kerana sedarlah betapa pentingnya keramaian muslimin soleh untuk menjadi pemimpin Islam atau ingin hanya melihat Islam dipijak2,
Mungkin ada yang berpendapat aku tak layak pun, sedangkan Allah tidak pernah memilih2 hambaNya, tapi kita yang sering lari dari DIA.
Jadilah pemimpin untuk diri sendri memandu ke arah yang diredhai ALLAH,
menjadi pemimpin untuk sebuah rumah tangga yang berlandaskan Islam,
dan menjadi pemimpin untuk sebuah masyarakat yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup.
Anda tercabar atau rasa dicabar atau tidak rasa apa2?
Sedarlah sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah mereka yang berada dalam kalangan yang asing.


 " Lelaki adalah pemimpin (pelindung, penjaga) bagi perempuan, karena Allah telah melebihkan yang satu (kaum lelaki) terhadap yang lain (kaum perempuan), dan karena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian harta yang mereka miliki "


( An-Nisa' : 34 )


SEDARILAH BETAPA BESARNYA TANGGUNGJAWABMU SEBAGAI SEORANG LELAKI

Siapakah YAHYA 'AYYASH?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..akhirnya dapat sya meluangkan sedikit masa utk mengupdate blog yg dah sekian lama x diupdate..iAllah saya bawakan satu biografi seorang tokoh Palestine yang mana perlu kita cntohi. Beliau adalah Yahya ‘Ayyash yang merupakan seorang mahasiswa lepasan ijazah kejuruteraan Elektrik..sama shaja bidangnya dgn saya namun betapa tingginya jihad beliau dalam membebaskan palestin dari jajahan Yahudi..Smg kita dapat mengambil iktibar dan mendapatkan roh smgt jihad beliau..



Beliau pemuda yg hatinya diilhamkan Allah dengan nur yg memberkati ini. Beliau mewaqafkan seluruh jiwannya untuk Palestine dan Islam. Bertarung untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yg telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa, bangsa Yahudi Laknatullah. Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam yg menghambakan seluruh hidupnya untuk mendapatkan syahid Allah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966.

Pada hari tersebut menyaksikan lahirnya Hero umat Islam yang bakal menggemparkan bangsa Yahudi. “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash. Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yg . Bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihatiku dan hati2 umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya.

Engineer yang Genius

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yg cemerlang dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering di Beit Zeit Univertsity. Ayyash menerima ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988 ketika umurnya 22 tahun. Ayyash pada asalnya mahu melanjutkan pelajaran ke bidang master di luar negara tetapi rejim Zionis menghalangnya dari berbuat demikian. Dia kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah yg mudah didapati di Palestine. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis.

Seorang Lelaki yang sederhana

Sesiapa yg berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Ayyash akan mengatakan bahawa belau adalah seorang biasa yg cintakan keluarganya, jiran tetangganya dan tanah air tumpah darahnya. Setiap insan yg mengenali ayyash akan mencintainya kerana beliau adalah model seorang yg sederhana dan senang menolong orang yg memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yg rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita2 besar dan murni seorang lelaki.

The Engineer – Bapa Operasi Syahid

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalm sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, belaiu telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannay ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat dating dari pihak Islam sendiri.

Disebabkan keazamannya menentang musuh2 Allah, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” (Al-Muhandis didalam Arab). Amat penting untuk dinyatakan disini bahwa pihak musuh yg memberikan beliau gelaran ini dan bukan orang2 Palestine ataupun Hamas. Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.


Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya

“Aku bernadzar kepada Allah bahwa diriku adalah untuk Allah, kemudian untuk agama Islam. Maka tidak ada pilihan bagiku kecuali kemenangan atau mati syahid, karena perang melawan Israel itu harus terus berlanjut sampai semua orang Yahudi keluar dari setiap jengkal tanah Palestina.”(Muhandis Yahya Ayyasy)

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba2 sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa Yahudi Laknatullah. Setiap makhluk bersedih dan marah, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angin berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsa Zalim dan kejam kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.

Seorang Pengganas ?

Ayyash bukanlah seorang pembunuh besar-besaran seperti yg dilakukan Sharon di Sabra dan Shatila. Dia mempunyai kemampuan untuk meletakkan 100kg TNT di dalam panggung wayang atau di mana sahaja tempat yg mempunyai ramai orang awam. Dia juga mampu meranapkan sebuah menara dengan meletupkan sebuah van yg sarat dengan TNT dibawahnya. Walaubagaimanapun, beliau tidak melakukannya kerana Islam tidak mengajar supaya pembelanya membunuh kanak2 dan wanita2. Namun apabila musuh melakukannya dahulu, adakah berdiam diri sahaja tindakan kita ?….Akibat kematian Ayyash, Briged Izzudin Al-Qassam (sayap Hamas) telah melancarkan operasi besar2an yg mana salah satunya berjaya membunuh 20 orang tentera Yahudi. Hamas menyatakan bahwa ianya hanya permulaan untuk membalas tindakan Zionist tersebut. Seorang pemberita Yahudi melaporkan “Yahudi terpaksa membayar harga yg tinggi terhadap pembunuhan seorang lelaki yg dikenali sebagai “The Engineer”, empat serangan balas dalam masa tujuh hari membunuh puluhan tentera dan mengubah scenario politik Israel.

Pemergian Ayyash yang dianggap akan melemahkan umat palestine ternyata meleset. Malah kematian Ayyash menguatkan lagi semangat jihad umat Islam Palestine. Ternyata Kekuatan umat bukanlah bergantung kepada ketua mereka atau guru mereka tetapi kepada iman dan ketaqwaan umat tersebut.Mari kita sama menilai diri kita, adakah kita mempunyai iman sekuat mereka untuk membela dan mengembalikan kegemilangan Islam. I/Allah sama-sama kita renungkan. Semoga kita bakal menggegarkan bumi ini dengan dakwah Islamiyah...terus berjihad hinggan ke titisan darah terakhir..

من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا
Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya). 
(Qs. Al Ahzab, 33: 23)


SUMBER : www.inijalandakwah.blogspot.com

Followers