Thursday, April 22, 2010

WAKTU BEKERJA? CUKUPKAH?

24 JAM UNTUKKU ADALAH SANGAT CUKUP...ADAKAH DIGUNAKAN SEMANFAATNYA?




Hidup dan kerja dalam usia manusia biasa 
Tidak lebih seumpama lima waktu Subuh, Zohor, Asar, Mahgrib dan Isyak. 
Menguningnya matahari dari timur 
Bermulalah hidup umpama Subuh dua rakaat. 


Pertama, ketika antara jasad dan roh, 
manusia sudah berjanji bekerja semata-mata untuk NYA. 
Kedua, manusia dilahirkan untuk menunaikan kerja demi NYA. 

Sementara menunggu Zohor 
Manusia diberi tempoh yang panjang untuk mencari kerja
Tempoh untuk manusia kerjakan akal supaya tidak jahil 
Tempoh untuk manusia kerjakan jiwa supaya tidak kaku 
Tempoh untuk manusia kerjakan raga supaya tidak lemah. 
Supaya manusia bekerja untuk bahagia di sini dan di sana. 


Seketika matahari tergelincir, bayang-bayang setinggi manusia 
Zohor berkumandang untuk empat rakaat 
Hidup manusia ketika ini, 
Umpama manusia baligh mula bekerja membahagiakan NYA 
Umpama manusia baligh mula bekerja membahagiakan warisnya 
Umpama manusia baligh mula bekerja membahagiakan keturunannya 
Umpama manusia baligh mula bekerja membahagiakan manusia lainnya. 

Sementara menunggu Asar 
Dan matahari masih di kepala 
Pasti manusia tergelincir kerana kepanasan nafsunya 
Tapi masih diberi usia, untuk batas yang pendek 
Usia untuk memulih akal, jiwa dan raga 
Jangan menunda kerja memulih di usia 
Zohor khuatir terlepas nikmat di usia Asar. 


Seketika matahari tergelincir banyak, menandakan petang 
Asar berkumandang untuk empat rakaat 
Hidup manusia ketika ini, 
Umpama manusia sudah kukuh bekerja membahagiakan NYA 
Umpama manusia sudah kukuh bekerja membahagiakan warisnya 
Umpama manusia sudah kukuh bekerja membahagiakan keturunannya 
Umpama manusia sudah kukuh bekerja membahagiakan manusia lainnya. 


Sementara menunggu Maghrib 
Dan matahari sudah redup Mungkin manusia ada tertidur di waktu petang 
Tapi masih diberi usia, untuk batas yang lebih pendek 
Usia untuk memulih dan memelihara akal, jiwa dan raga. 
Jangan ditunda lagi kerja-kerja itu dikhuatiri tidak memiliki di usia Maghrib.
 
Seketika matahari sudah diufuk barat, menandakan senja 
Maghrib berkumandang untuk tiga rakaat Hidup manusia ketika ini, 
Umpama manusia sudah mulia bekerja membahagiakan NYA 
Umpama manusia sudah mulia bekerja membahagiakan keturunannya 
Umpama manusia sudah mulia bekerja membahagiakan manusia lainnya. 
Amat mungkin, ketika manusia diusia maghrib, 

Warisnya sudah mendahului Isyaknya 
Ketika akal dan raganya kembali bayi 
Amat pasti, cuma harta mulia terkumpul 
Sejak Subuh sehingga Maghrib yang menjadi milik jiwanya. 
Terbenamnya matahari sehingga hilangnya lembayung senja. 
Isyak mengundang dengan empat rakaat. 


Ketika ini manusia ditanya sebelum izin lenanya. 
Umpama manusia ditanya kerjanya waktu Subuh, 
siapakah Tuhan kamu dan siapakah Nabi kamu? 
Umpama manusia ditanya kerjanya waktu Zohor, 
apakah agama kamu dan apakah kiblat kamu? 
Umpama manusia ditanya kerjanya waktu Asar, 
siapakah saudara kamu? 
Umpama manusia ditanya kerjanya waktu Maghrib, 
apakah pegangan iktikad kamu? 
Bagi manusia yang bekerja lancar dan tenang jawapannya 
Penghargaan atas kepenatannya sejak Subuh sehingga Maghrib tadi 
Diizin lena tidak terganggu 


Sementara Subuh kedua memanggil yang tidak tahu bilanya. 
Bagi manusia yang tidak bekerja 
Sudah pasti dikerjakan 
Kerana cukup lena dari Subuh sehingga Maghrib tadi 
Sudah tiada lena bagi manusia ini 
Sehingga Subuh kedua muncul yang tidak tahu bilanya...


BERIKAN KESEMPATAN WAKTU PADA KAMI UTK BERTAUBAT YA ALLAH..


Sumber : www.iLuvislam.com

No comments:

Post a Comment

Followers