Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah fizikal dan rohaniku masih sihat.. dengan izinNya juga..
Sebenarnya sedih nak berpisah dengan bulan yang penuh mengajarku erti Tarbiyah Hidup ini, bnyk sungguh pelajaran yang ku gali dalam bulan mulia RAMADHAN, iAllah akan ku manfaatkan sebaiknya.. Tatkala gema takbir dilaungkan, Allah yang tahu betapa syahdunya dirasai di mana kini saya meraikan fitrah kemenangan setelah sebulan berperang, setelah sebulan diberi pelbagai ujian. InsyaAllah ini jua doaku..
- Semoga proses selama sebulan yang saya lalui ini menjadi the powerful generator utk mnjana energy agar saya menjadi seorang SRIKANDI yang lebih dekat dengan Allah.( terkeluar plak term2 electric, tak boleh larilah as inilah bidangku, nak wat cam mna)
- Ikhlas dalam setiap pengorbanan dalam perjuangan ISLAM.
- Menjadi seorang yang sentiasa bersyukur, dan berfikiran baik sangka serta berlapang dada.
- Sentiasa kejar cinta ALLAH yang utama, dekat denganNya.. biar akhirnya ALLAH jua yang menentukan siapakah yang akan menjadi pemandu kepada diri ini ke akhirnya mncapai mardhatillah...HE knows the best for me!
Dan doaku juga agar sekalian keluargaku, umi, buya, abg iman, adik inah jua mnjadi graduasi RAMADHAN yang terbaik, mnyambut serta meraikan ftrah ini dengan jiwa yang suci, merdeka dari belenggu nafsu. InsyaAllah kelak kalianlah adik2ku ku doakan bakal mnjadi permata2 ISLAM yang berharga.. Kini sukar ditemui jiwa2 yang sudi berkorban utk agamaNya.. semoga ALLAH memakbulkan doa kakakmu ini.. Dan mnjadi kebanggaan umi dan abuya...
Serta buat seluruh sahabt2 yang dikasihi kerana ALLAH, samada yang bersama2 saya berjuang serta menghadapi segala mehnah dalam bulan mulia ini mahupun yang sewaktu dengannya dalam satu barisan tentera ALLAH, serta sahabat2 mahupun adik2ku yang dsayangi fillah samada MEKAR, KISAS, KMM mahupun UTeM dan juga bg yang mengenali diri ini, agar diri kalian di beri rahmat ALLAH dan iAllah kalianlah permata ISLAM yang berharga itu.
Segala macm dugaan telah kita hadapi, membawa ISLAM memang sakit, jerih payah kita ketahuinya....
"Ibarat memegang bara api, namun utk memastikan IA terus membara, maka kita perlu terus memegangnya"
Berkat kedatangan Syawal ini...
- Semoga PERMATA2 berharga yang ini akan terus disinari cahaya iman dan taqwa...
- Setulus ftrah suci menjadi seorang hamba merangkap abnaul harakah yang bebas jiwa dan hati dari belenggu nafsu.
- Fastaqim kama umirta! ( maka beristiqamahlah seperti yang dperintahkan )
-Bermula Syawal bererti kita perlu lebih gigih agar segala yang kita amalkan spanjang dalam Madrasah ramadhan bakal kekal consisten.. atau istilah nya wat warga UTeM.. Directly proportional.. Semakin banyak ujian yang ALLAH beri, semakin banyak amalan serta pergantungan kita padaNYA!
-Ayuh bersama-sama kita melakukan transformasi pada diri menjadi hambaNYA yang terbaik..
-Ayuh bersama-sama kita melakukan transformasi pada diri menjadi hambaNYA yang terbaik..
Untuk akhirnya, sama2 kita saling memaafkan... kerana ini sifat hamba2 yang ALLAH kasih dan sayang.. Nak jadi kekasih ALLAH?.. Mari kita saling maaf memaafi.. Oleh itu, saya mohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan zahir mahupun tersembnyi.. Akhir tulisan ini, saya tinggalkan dengan sebuah puisi karya Ustaz Pahrol, utk muhasabah diri...
TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI
Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan
Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!
Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!
Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!
Puisi ini karya : Ustaz Pahrol Mohd.Juoi
Sekian wassalam, kullu a'amin wa antum bilkhair! :-)
Sekian wassalam, kullu a'amin wa antum bilkhair! :-)
No comments:
Post a Comment