Sunday, July 24, 2011

Mahu berhijrah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM, semoga dua nikmat terbesar ini sentiasa Allah anugerahkan buat kita semua. Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Saya ingin mengajak para pembaca sekalian bersama-sama kita mengimbas semula apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika permulaan hijrah. Jika kita menelusuri sejarah bagaimana permulaan hijrah baginda dan sahabat, antara perkara pertama yang baginda caturkan adalah menguasai ekonomi madinah daripada kaum Yahudi.

Bagaimana penguasaan EKONOMI bertukar tangan?

Bersediakah menentang Yahudi?

Sepertimana kita sedia maklum, keadaan masyarakat Yahudi di Madinah adalah sedikit berbanding masyarakat Madinah yang lainnya. Mereka terdiri daripada 3 qabilah sahaja, dimana seringkali berbalah sesama qabilah. Namun begitu, dengan hanya bilangan yang sedikit itu, mereka yang menguasai ekonomi di Madinah.

Daerah `Awali (Wadi Mudzainib), Wadi Mahzur dan Wadi Buth­han yang merupakan sumber air di Madinah, berhasil dikuasai. Selain tanah, mereka juga menguasai perdagangan. Pasar Bani Qainuqa` menjadi pasar paling ramai dan lengkap, sekaligus jantung perekonomian Madinah.

Terdapat sebuah pasar di Madinah yang dinamakan pasar Qainuqa' iaitu dikuasai oleh Yahudi qabilah Qainuqa'. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah dengan meminta agar Abdul Rahman Bin Auf pergi kepada setiap ketua-ketua kabilah agar menjual hasil tanaman mereka terus kepadanya. Jika sebelum ini mereka terpaksa membeli daripada kaum Yahudi, dengan harga yang tinggi kerana tabiat kaum Yahudi yang amat gemar mengamalkan riba'.

Bagaimana akhirnya dengan kebijkasanaan Abdul Rahman Bin Auf dalam selok belok perniagaan sehingga akhirnya pasar besar yang dikuasai Banu Qainuqa' menjadi lengang dan terdirinya pasar belian kaum auz dan khazraj, sedikit demi sedikit tiada lagi sistem riba' dan penganiyaan. 

Begitu juga kebijaksaan baginda mengarahkan supaya syura di antara Abdul Rahman dan pemilik perigi agar pada satu hari diberikan kepadanya utk menyewa. Walaupun dengan harga yang tinggi, strategi mengurangkan penguasaan ekonomi kaum Yahudi berhasil kerana setelah itu seluruh kaum muslim madinah diarahkan mengambil air sebanyak yang mungkin pada hari Abdul Rahman Bin Auf menyewa perigi. Maka dengan itu, kaum Yahudi tidak mendapat keuntungan pada hari-hari lain.

Pada ketika itu, selama beratus tahun, orang Yahudi telah menguasai ekonomi di Madinah, tetapi dengan iman dan strategi yang betul, maka Saidina Abdul Rahman bin Auf dapat menggulung tikarkan ekonomi Yahudi.

Bagaimana EKONOMI dunia hari ini?

Zaman itu telah berlalu, sehingga kini kita melihat Yahudi terus berkuasa. Mereka terus menguasai dunia kerana mereka telah menguasai ekonomi dunia. Benar, duit bukanlah segala-galanya namun segala-galanya memerlukan duit. Mereka mampu menguasai kita kerana kebanyakan perkara kita bergantung kepada mereka sedar atau pun tidak. Sehinggakan telah menjadi darah daging kita, betapa bijaknya mereka menguasai kita.

Tidak perlu untuk perang secara besar-besaran, korban nyawa, tetapi peperangan yang mereka mulakan ini telah lama bersarang. Sedarlah wahai seluruh ummat Islam! Marilah kita berhijrah.

Mari hijrah bersama-sama

Hijrah nyanyian UNIC

Saya mengajak sekalian pembaca yang membaca tulisan ini agar sama-sama kita berhijrah, lakukan transformasi sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini. Bersama-sama kita menyertai dan memperkasakan ekonomi Islam yang mana telah dimulakan dengan nama HPA ini.

Jadilah kita seorang mukmin yang berfikiran jauh, apabila adanya sebuah company yang diasaskan oleh saudara seislam kita sendiri dengan jerih payah tanpa riba', dengan benar-benar pengharapan untuk sebaran produk halal hasil usaha muslim sendiri. Mengapa tidak kita sokong dan turut serta dalam perkasakan ekonomi muslim?

Secara futuristik, apabila kita bersama-sama menggunakan produk halal ini dan sebarkan kepada semua sehingga akhirnya semakin lama sedikit demi sedikit pasti akan tumbangnya penguasaan ekonomi Barat. Namun sayang kerana ramai antara kita yang berkira-kira, dahulu apabila berlakunya peristiwa pertumpahan darah Palestine yang besar, ramai marah dan ingin boikot produk-produk luar. Namun sekarang, lupa dan guna semula.

Begitulah kita  terlalu berkira dalam urusan duit ke arah pembangunan ekonomi Islam. Oleh itu, saya menyeru kepada semua marilah kita sama-sama berhijrah. Melalui gerakan ekonomi islam dengan HPA ini, iAllah kita mampu menawan semula dan juga meningkatkan taraf ekonomi kita sendiri.

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini akan diadakan beberapa program HPA.

1) Kursus ESP pada 30 Julai di Hotel SP INN Sg.Petani Kedah. ( Promosi Bulan 7 percuma, jangan lepaskan peluang )

2) Kursus ESP pada 30 Julai di Dewan Millenium Kepala batas, P.Pinang ( Promosi Bulan 7 percuma, jangan lepaskan peluang )

3) Bengkel ESP, di MITC Melaka. ( 31 Julai 2011, bayaran RM50 bagi yang tidak menghadiri kursus ESP ).

Jangan lepaskan peluang, bersamalah kita membangunkan ekonomi Islam!

Hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nur Syawana Bt. Murad,
n.syawana@gmail.com
(Email kpd saya, iALLAH kita akan berurusan untuk penerangan yang lebih terperinci)



Sunday, July 17, 2011

Tersurat dan Tersirat

TERSURAT dan TERSIRAT

Syukur alhamdulillah kerana masih dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM, semoga nikmat ini akan sentiasa bersama, semoga diriku mampu untuk senantiasa bernafas dalam jiwa seorang hamba.

Detik masa berlalu semakin pantas, kita telah pun melalui Nisfu Sya'ban dan kita berdoa agar kita diberi peluang untuk menemui dan melalui tarbiyah dalam institusi Ramadhan, insya Allah.
InsyaAllah semoga posting kali ini bakal mencambahkan nur iman dalam diri, serta memberikan manfaat buat semua. Setiap yang ditulis adalah peringatan buat diri sendiri terutamanya, sebagaimana firman Allah SWT:

" Dan tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat buat orang-orang yang beriman " ( Az-Zariyat:55 )


Google
Apabila anda melihat gambar di atas, apa yang anda fikirkan? Boleh jadi ia adalah album, mungkin juga buku. Gambaran yang kita lihat secara tersurat, sama sekali tidak menjanjikan apa yang tersirat di sebaliknya.


Kita renung dan kita perhatikan pada raut wajah di atas, wajah seorang ibu tua. Mungkin ibu ini sedang memikirkan anak-anak yang berjauhan darinya. Atau mugkin ibu ini sedang memikirkan nasib dirinya. Tiada siapa yang tahu apakah yang bersarang di kepalanya di sebalik kekeruhan yang tersurat pada wajahnya.


SURATAN KEHIDUPAN

‎'TAKDIR tuhan itu terlalu unik untuk dinilai,
disebalik apa yang tersurat, jauh dari apa yang tersirat'

Inilah uniknya sebuah kehidupan itu.
Lahir seorang anak adam ke muka bumi ini, telah dilukiskan apakah garisan kehidupannya.
Kita juga mengetahui TAKDIR itu ada yang boleh diubah dan ada juga yang tidak boleh.

Semakin usia menginjak dewasa, kita semakin kenal pelbagai ragam dan liku dalam kehidupan ini.
Jika kita meihat diri seseorang itu hanya dengan melihat apa yang ada padanya, kita akan mudah menghukum dengan sebuah analisis yang amat ringkas. Walaupun yang tersurat itu lebih dekat untuk difahami, namun itulah uniknya setiap kirimanNya, tiada apa yang mudah dalam hidup berujian ini.

Oleh itu, kita perlu sedar bahawa TAKDIR yang telah DIA tetapkan olehNya berbeza mengikut kapasiti penerimaan hambaNya. Sebagai seorang hamba yang faqir lagi hina, kita sama sekali tidak wajar mempersoalkan TAKDIR yang telah ditetapkanNya, bahkan kita perlu senantiasa bersangka baik dengan ALLAH SWT.

Allah ta’ala berfirman:

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (QS. Al-Hadid: 22-23)

Maka janganlah kita meratapi TAKDIR ketentuanNya kerana pasti ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.


MEMAHAMI TAKDIR

Dalam kita memahami TAKDIR yang mendatang, perlu kita bersikap rasional agar kita tidak menyalahkan takdir begitu juga tidak terlalu bergantung pada takdir.

Sebagaimana hari-hari yang saya lalui tatkala kini berada di rumah, sehari-hari dengan keluarga, kita semakin memahami apakah yang tersirat di sebalik tiap-tiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kami.

SubhanaAllah! Terlalu unik apa yang DIA siratkan. Kini saya semakin mengerti, apakah seribu kekusutan yang sarat ditanggung oleh mereka walau seringkali hanya senyuman dipamerkan. Betapa sesungguhnya wajah yang tersurat memancarkan kebahagiaan, terlalu jauh daripada apa yang tersirat di dalamnya.

Oleh karena itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu. Dan minta tolonglah pada Allah dan janganlah malas. Apabila kamu tertimpa sesuatu, janganlah kamu berkata: ‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’, tetapi katakanlah: ‘Qodarollahu wa maa sya’a fa’al’ (Ini telah ditakdirkan oleh Allah dan Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya) karena ucapan’seandainya’ akan membuka (pintu) setan.” (HR. Muslim)


Semoga ada sinar untuk hari esok...


TAKDIR SEORANG PEJUANG

Dahulu, kini seorang pejuang,
Harapan diutuh sehingga akhir hayat,
Mati sebagai pejuang..

Pejuang yang diharapkan,
Pejuang agama menjulang ke serata dunia,
Saat semangat berkobar mendaulatkan agama,
Takdir ketentuanNya obor p'juangan keluarga menyala.

Hari-hari yang dilalui sangat menuntut pengorbanan suci,
Kapasiti seorang hamba apa kah yang mampu dilalui?
QaddaraAllah tak siapa ketahui,
Biar perih, jerih akan tetap dilalui..

Inilah resmi sebuah TAKDIR ilahi,
Demi kesinambungan kehidupan dijalani,
Biar mungkin pada TERSURAT dilihat gagal beraksi,
Namun hanya DIA Maha Mengetahui TERSIRAT disebalik semua ini.

TAKDIR mengatasi TAKDIR,
Ku pasrah dan ku akur,
DIA pencipta akan TAKDIR,
Pasti DIA juga yang akan menemukan TAKDIR.

Semoga bisa bertahan,
Kukuh dalam barisan,
Walau tawa dalam tangisan.






~ Al-Faqir ilaAllah Nur Syawana Murad ~




Followers