Tuesday, November 29, 2011

ALLAH is Calling!

Hijrah satu kebenaran sepanjang zaman.
Hijrah satu kemenangan musafir perjuangan.


Biar nafas menjadi lelah,
Ku pasti hijrah kerana Allah.
Biar kakiku terasa lemah,
Menyusuri kekasihMu ya Allah..

Bait-bait daripada lagu Hijrah nyanyian UNIC...

HIJRAH musafir Ilahi

Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas dalam IMAN dan ISLAM. Saat mengenang awal tahun baru masihi, kita berazam pelbagai perkara untuk menjadi sekian, sekian dan sekian. Dan kini HIJRAH terpenting bagi seorang muslim, adakah kita merasakan apakah kita telah ber HIJRAH? HIJRAH adalah satu peristiwa besar dalam kamus perjalanan Islam saat baginda memimpin HIJRAH ke Madinah. 

Tidak perlu kita berazam baru jika yang lama masih banyak yang tidak terlaksana.
The most important thing, kita sedar sejauh mana kita berjaya melaksanakan azam-azam kita.
Maka ambillah berkat HIJRAH ini, untuk kembali menyedarkan diri dan melaksanakan segala yang pernah kita  azam samada untuk diri, keluarga, sahabat2 dan yang utama untuk ISLAM.


HIJRAH 2 JIWA

Syukur alhamdulillah bertambah lagi saudara seIslam kita, saya kongsikan 2 jiwa yang mengucap 2 kalimah syahadah pada HIJRAH ini.

Artis Filipina Queenie Padilla telah memeluk agama Islam. Dipetik dari berita, laman Tranungkite.

Gambar sebelum ISLAM

Setelah memeluk ISLAM
Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yg mendamaikan hidup dan batin kata nya.

"Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," tambahnya lagi. Sebagaimana yg dilaporkan  Queenie Padilla juga berkata, ayah nya antara orang yg paling sabar dan gembira dengan keputusan yg dibuat nya. Beliau juga berkata “dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”. 

Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, "Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat," kata nya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.


Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah. Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. "Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya. Alhamdulillah." 



Jo Yee peluk ISLAM




Sumber daripada Usrah Jemaah Islam Anak Muda. 






~ When Allah is Calling, We just listen to the voices ~



No comments:

Post a Comment

Followers