Thursday, November 10, 2011

Bacaan WAJIB Budak KISAS???


Sebuah Novel Inspirasi daripada kisah Nyata.


~ NEGERI 5 MENARA ~

Buku yang sarat dengan kalimat hikmah

BACAAN WAJIB BUDAK KISAS?

Suatu hari, saya pergi menziarahi seorang sahabat yang sedang menjalani praktikalnya di terendak, my lovely sis Atikah Amin. Saat berada dalam kamarnya saya melihat buku ini, NEGERI 5 MENARA di atas mejanya. Sudah beberapa kali sebelum ini, saya membelek-belek buku ini di kedai buku tapi bukan pilihan untuk dibeli. Sehingga adikku ini menyapa,

" Akak dah baca buku ni kan? Bacaan wajib budak Kisas, best sangat kan? " Atikah berkata.

" Oh, ye ke? Hm.. agaknya budak Kisas sekarang kot, yang dah Ex ni tak tahu pula.. " Saya membalas pertanyaannya. ( Sambil berfikir kenapa bacaan wajib budak Kisas ya ).

" Oh ye ke? Diorang yang bagitahu. Takpa, nanti akak baca lah, best sangat " Atikah sarankan.

Setelah saya baca depan, tengah dan belakang halaman buku ini, saya decide nak beli bila pergi kedai buku nanti. Really thanks to lovely sis Atikah Amin sebab memperkenalkan kekanda mu ini this superb book. Full of motivation..

NEGERI 5 MENARA dan KISAS?

Dari halaman pertama saya baca novel ini, sehingga habis bab by bab saya jatuh cinta dengan susunan penceritaannya. SubhanaAllah! Saya kagum dengan setiap situasi dalam novel ini, terkandung penuh hikmah dan motivasi. Apabila saya membaca novel ini, dan saya cuba kaitkan dengan Kisas, ya satu persamaan di mana adunan antara 5 elemen utamanya.

Kita mengetahui di Kisas sering di tekankan 5 perkara unik iaitu Biah solehah, Tarbiyah, UKhuwwah, Guru, dan Sahabat. Kesemua ini, disinergikan dengan sangat mantap oleh A.Fuadi dalam novel sulungnya ini, NEGERI 5 MENARA. Sungguh bertuah Indonesia, ramai penulis nya yang meletup dengan karya sulung mereka. Lihat sahaja Andrea Hirata melalui novel nya Laskar Pelangi.

Bercerita tentang NEGERI 5 MENARA, selama ini apabila disebut tentang sekolah Pondok, rata-rata antara kita masyarakat akan berfikiran hantar anak ke sekolah pondok apabila anak itu sudah tidak mampu di kawal dan di didik, seolah-olah Pondok ini adalah untuk sesiapa yang kecundang. Begitulah di awal pembukaan novel ini, bagaimana kecamuk diri seorang remaja bernama Alif Fikri yang cemerlang akademiknya mahu ke SMA, namun bertentangan dengan impian ibunda tercinta mahu dia ke sekolah agama, ke Pondok supaya menjadi seorang pejuang Islam dengan berkat kelahirannya dari asal yang sama dengan Buya Hamka.

Akhirnya, sebagai anak yang taat pada perintah ibu bapa, Alif turuti ke Sekolah Pondok Madeni sebagaimana disarankan Pak ciknya Pak Gindo. Seadanya di sana, dia bertemu dengan 5 orang sahabat dari 5 tempat berbeza, Raja, Baso, Atang, Dulmajid, dan Said. Di situlah bermula segalanya, tarbiyah, disiplin, ukhuwwah, keyakinan dipadu menjadi kekuatan yang utuh. Di bawah menara masjid, mereka menunggu solat maghrib sambil menatap awan lembayung yang berarak ke ufuk. Awan-awan itu seolah menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing.

Garapan buku ini sungguh indah dan penuh motivasi, kalimat hikmah bahasa arab menjadi sakti buat mereka warga Pondok Madeni.

" Man Jadda wajada "
" Siapa yang berusaha bersungguh-sungguh, maka akan berhasil "

Kalimat ajaib ini ringkas tetapi tegas dan inilah menjadi pesanan utama sepanjang perjalanan sorotan novel ini. Jika di Bumi Waqafan, kita sering di tekankan dengan kalimah Fastaqim Kama Umirta(beristiqamahlah sebagaimana yang diperintahkan) dan Li takhrij al-Qadah al-muttaqin wa muthaqqafin(melahirkan pemimpin yang bertaqwa dan berintelektual tinggi).

Sesungguhnya Pondok Madeni(PM) ini diolah sungguh mantap dan penuh didikan tarbiyahnya. Setiap penghuninya ditekankan disiplin yang mantap, dan dilengkapi pakej seorang pemimpin yang mampu berhujjah dengan ilmu ukhrawi dan duniawi bukan sahaja dalam bahasa Indonesia, bahkan bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sehinggakan setiap bahasa itu menjadi lunak di bibir mereka kerana menjadi bahasa pakai seharian. Bagi siapa yang menggunakan bahasa lain, akan didenda sekeras-kerasnya di hadapan mahkamah PM.

Bukan itu sahaja, elemen ilmu yang diterapkan adalah sangat luas dan hubungan antara guru dan pelajar itu sangat dekat. Bahkan para pendidik tidak mendapat imbuhan gaji, mereka mendidik bagi melahirkan pejuang-pejuang Islam dengan penuh keikhlasan. Setiap penghuni Pondok Madeni diberi peluang untuk menggarap potensi diri sehingga di catatkan dalam novel ini bagaimana Alif Fikri dan teman-temannya meminati dunia penulisan mampu menghantar karya-karya nya ke luar negara dan mendapat imbalan.

TIADA IJAZAH UNTUK KALIAN

Satu perkara yang sangat unik di dalam Pondok Madeni ini adalah setiap penghuninya tidak akan dibekalkan sebarang ijazah di akhir pengajian. 

" Kalian tidak dibekalkan ikan tetapi kami bekalkan pancing dan mata kail kerana itulah kegunaan berpanjangan "

Itulah pesanan daripada Kiai mereka supaya menjadi rahmat bagi dunia dengan bekal ilmu agama dan dunia. Sesungguhnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan, kesimpulannya milikilah buku ini, tidak akan rugi bahkan penuh motivasi dan semangat serta usaha yang tinggi.

Kini, pelajar-pelajar lepasan PM bertebaran serata dunia, penulis nya sendiri A.Fuadi adalah antara bekas wartawan yang pernah melaporkan berita secara langsung ketika serangan 11 September dari Pentagon, White House dan Capital Hill. Beliau juga berjaya sambung pengajian nya di George Washington University dan mendapat biasiswa Chavening bagi menyambung pengajian di Royal Holloway, University of London. 

Di sini saya sertakan sudut pandang mereka yang membaca:-

"Melangkaui halaman demi halaman Negeri 5 Menara membuatkan saya asyik dan terpaku dengan pengolahan bahasanya yang indah, diskriptif dan penuh inspirasi. Terasa pondok madani begitu dekat di hati. Begitu banyak frasa ilmu yang dikutip. Paling utama ialah ungkapan " Mengambil sisi positif dari setiap bencana ". Ia benar-benar berguna sebagai bekalan hidup yang penuh ranjau. Ringkasnya Negeri 5 Menara adalah karya hebat yang wajar menjadi rujukan insan yang ingin menjadikan dirinya sebati duniawi dan ukhrawi"

- Ahmad Fedtri Yahya, Personaliti -


" ... amat berharga bukan sahaja sebagai karya seni,tetapi juga tentang proses pendidikan dan seni pembudayaan bagi terciptanya sumber daya insani yang handal "

- BJ Habibie, Mantan Presiden Indonesia -
  


SELAMAT MEMBACA DAN MENGHAYATI SERTA MENGAMBIL MANFAAT!


PS : Merisik-risik sambungannya Ranah 3 Warna, insyaAllah moga ada kesempatan~



6 comments:

  1. insyaAllah..sy akn cari buku ni..
    sy suka kalimah ne
    'fastaqim kama umirta'

    ReplyDelete
  2. Kak wana,nak carik buku ni jugak.Thanks sharing...rindu akak. ;')

    ReplyDelete
  3. to Syarifah Syakina : InsyaAllah dik, sama-sama kita fahami dan hayatinya.. lepas ni, usrah kita selang seli BM and English mahu.. ^^

    to Sidratul Muntaha : My lovely sis Fatin Zuaini, since long time kita tak jumpa, miss u too.. cari lah ten buku tu, baca.. full of spirit.. Aten, add FB akk.. ^^

    ReplyDelete
  4. nak beli kat mana eh? macam menarik :)

    ReplyDelete
  5. to Piouspdosh : Boleh beli dari mana-mana kedai buku Popular, MPH iAllah ada.

    ReplyDelete

Followers