Wednesday, November 10, 2010

SAMA TAPI TAK SERUPA


SAMA TAPI TAK SERUPA

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah masih dberi nikmat bernafas di muka bumi Allah ini, semoga nikmat bernafas ini saya gunakan untuk bernafas sebagai seorang Hamba. Sejak akhir-akhir ini saya telah bermukim di kediaman, berbakti sebagai seorang bintu kpada waladnya, alhamdulillah kelas-kelas TARBIYAH Allah sering mengiringi. Agak lama laman ini sepi sebentar, saya sedang mencari frequency yang sesuai utk antenna yang ada (sahabat-sahabat electrical engine fahamlah kot). Saya temui pelbagai jenis freq namun akhirnya ini yg sesuai utk dbawakn dalam post terbaru ini.

InsyaAllah tulisan saya ini kemungkinan berbentuk sinis mahupun kritikal, semoga secebis ini memberi manfaat bersama, sama-sama kita buka hati, buka minda. Dalam musim bahang-bahang exam ini, mungkin boleh releasekan sedikit dengan membaca artikel ini atau mungkin juga boleh menambahkan tension. Terpulang kepada channel yang pembaca pilih untk menerima frequency ini, doa saya agar channel IMAN, ISLAM dan EHSAN yang sentiasa menjadi pilihan.

PENDOKONG ISLAM 


Hari ini kita melihat kelahiran generasi demi generasi yang berdaftar sebagai Abnaul Harakah di mana-mana institusi sekalipun. Alhamdulillah, syukur kepada Allah akan jiwa-jiwa yang sudi berjuang di jalanNya. Namun begitu, dalam penambahan generasi ini, tidak sunyi dari mehnah dan tribulasi yang pelbagai. Para fatayat hadir mendokong perjuangan Islam sememangnya dituntut, kehadiran para pemuda maka akan meledakkan idea-idea baru dan segar utk kemaslahatan ummah. Oleh itu, semangat berkobar-kobar para pemuda ini yang sarat dengan pelbagai idea dan keberanian perlulah didokong dengan KEFAHAMAN yang benar-benar MANTAP dan ILMU IKHLAS yang senantisa dipraktikkan dengan berlandaskan IMAN yang KUKUH.

Panduan Imam Hasan Al Banna untuk para pemuda :

 “ Wahai pemuda! Fikroh ini akan menang jika kita memiliki iman kuat, tulus dan ikhlas kepadanya, punya semangat yang berkobar-kobar, kesiapan berkorban dan beramal untuk mewujudkannya. 
Empat rukun ini : Iman, Ikhlas, semangat dan amal, merupakan ciri khas pemuda. Sesungguhnya dasar iman adalah hati yang hidup, asas ikhlas ialah hati yang suci murni, landasan semangat iaitu perasaan yang kuat dan amal adalah tekad yang selalu segar ".

Kelahiran Abnaul Harakah yang pelbagai ini dibentuk oleh sebuah organisasi Islam. Secara fitrah terhadap sebuah organisasi pastilah diterajui oleh Qiyadi dan di perkuatkan dengan Jundiyah yang serba-serbi berkemahiran. Manakala asas fundamental kepada kejayaan Gerakan Islam itu terdiri daripada 3 elemen :

i)                    Pimpinan ( Al-Qiyadah )
ii)                  Ahli ( Al-Jundiyah )
iii)                Perencanaan ( Al-Khittah )
-          Strategi
-          Kritis
-          Berani

Apabila kita melihat dan membaca kesemua elemen ini dan aspek-aspek yang ada dalam diri setiap yang bergelar ABNAUL HARAKAH, maka serasanya saya sendri MALU dengan diri sendiri, untuk bergelar Pendokong gerakan Islam amat tidak layak. Tanggungjawab seorang pendokong Gerakan Islam itu terlalu banyak sehinggakan Imam Hassan Al-Banna mengatakan:

“ Al-wajibat aktharu minal auqat ”

Yang mana bermaksud Kewajipan lebih banyak berbanding masa yang ada. Namun begitu, mungkin ya benarlah bagi yang benar-benar berjuang untuk ISLAM. Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana kita melihat dengan lambakan masalah ummah yang berlaku, namun dalam kalangan Abnaul Harakah masih LEKA dan TEPU dengan pemikiran sendiri, masih EGO untuk merendahkan diri menilai kelemahan diri. Apabila ada perselisihan faham dengan idea yang pelbagai, prinsip seorang pejuang adalah meraikan pendapat dan menerima apa yang terbaik utk perkembangan Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kasih sayang kerana Allah adalah merupakan elemen yang menjadi dasar kekuatan sesebuah gerakan Islam. Namun begitu, mawaddah wa rahmah telah berlalu pergi dengan sifat-sifat Jahiliyah yang bersemadi dalam diri.

Jahiliyah? Kasar bunyinya, sesuai untuk mengetuk manusia-manusia yang berjiwa keras. SEMOGA TIDAK TERSUNGKUR DALAM KEALPAAN BERTOPENGKAN KEISLAMAN.


RINTIHAN SEORANG SRIKANDI 


Sebagaimana saya mengatakan tentang sikap seorang pejuang Islam yang sama cirinya berjuang dengan semangat, beramal dengan ilmu, tetapi KALAH pada kehendak diri. Mungkin ADA kalangan pembaca akan menimbulkan reaksi yang pelbagai. Namun sedarlah, hidup dalam sebuah gerakan Islam bukan kehidupan nafsi-nafsi. What we do or say today, we will pay for it. Tetapi, kesannya adalah pada keseluruhan gerakan dan lebih menyakitkan adalah pada individu.

Didikan tarbiyah Allah itu amat cantik, dikirimkan seorang demi seorang FATAYAT yang hadir berkongsi rasa dan saling bermuzakarah. MasyaAllah, saya tidak boleh lupa akan kata-kat seorang sahabat ini.

“ Saya serik melihat perbalahan demi perbalahan yang berlaku dalam gerakan Islam ini, bagaikan tiada sudahnya, saya sudah tiada semangat, saya semakin tidak faham dengan apa yang berlaku. Mengapakah tiada ruang kemaafan dalam diri para pejuang Islam? Sekiranya perbalahan kerana perjuangan dan matlamat yang berbeza, saya boleh terima, tetapi perbalahan terjadi untuk matlamat dan perjuangan yang sama, iaitu menegakkan DEEN ALLAH. Fitnah, umpat dan mengata belakang menjadi senda gurau serta usikan. Astaghfirullah! Malunya saya menyertai gerakan Islam ini. . Ya Allah, jangan biarkan hati-hati hambaMU ini mati ya Allah… Tolonglah doakan agar ketenangan milik pejuang Islam dan semoga setiap Amal perbuatan ALLAH berkati ”

Tanpa sedar, saya menangis membaca rintihan sahabat ini, saya terkesan dengan apa jua kata-katanya. Apakah saya perlu membiarkan Srikandi ini gugur sebelum bertempur akibat suasana yang melemahkannya? Atau perlu mengubah dan membetulkan suasana yang menyesakkan itu? Saya kaku dan lemah dengan prinsip-prinsip pejuang Islam yang mengaku berjuang utk Islam, tetapi tidak meletakkan diri di tempat seorang Pejuang dan Pendokong ISLAM.


AKU PERLU FAHAM

Saya terus mencari punca dan pada hemat saya, amatlah penting utk setiap ahli gerakan Islam itu berjuang atas dasar kefahaman yang benar bukan sekadarnya. Apabila seorang ABNAUL HARAKAH berjuang dengan semangat yang membara tanpa dsertai KEFAHAMAN yang kukuh, maka apabila ada arus yang menghempas dan melawan kehendak, dia akan hanyut dan rebah.

Bagaimana pula utk mengukur kefahaman kita? Saya bukanlah seorang yang faqih, namun saya terangkan berdasarkan pembacaan dan muzakarah yang pernah saya hadiri. Selagi mana seorang pendokong Gerakan Islam itu mampu meletakkan kepentingan Gerakan Islam dihadapan melebihi kepentingan diri, maka dia telah melangkah ke arah kefahaman yang kukuh. Selagi mana kita meyakinkan diri dengan kehendak Islam dan menjadi sufaraul Islam, iaitu Duta Islam walau di mana sahaja kita berada, maka kita melatih kefahaman kita. Berada dalam sebuah Gerakan Islam yang memerlukan kefahaman yang kukuh, dan yang penting IKHLAS dalam setiap perkara bukanlah mudah namun besar ganjaran di sisiNya.

Oleh sebab itu, Imam Hassan Al-Banna menggariskan dalam rukun Baiah yang sepuluh, Al-Fahmu adalah pada urutan yang pertama.

Oleh sebab itu, Imam Hassan Al-Banna menggariskan dalam rukun Baiah yang sepuluh, Al-Fahmu adalah pada urutan yang pertama.

Ibnu Al-Qayyim berkata:

“ Benarnya pemahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Bahkan, hamba tidak dikurnia nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi kedua nikmat tersebut. Dua nikmat itu merupakan dua kaki dan tulang punggung Islam. Dengan keduanya, hamba terhindar dari jalan-jalan orang-orang yang dimurkai (yaitu orang-orang yang buruk tujuannya), dan dari orang-orang yang sesat (yaitu orang-orang yang buruk pemahamannya), serta akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat (yaitu orang-orang yang baik pemahaman dan tujuannya). Merekalah orang-orang yang terbimbing di jalan yang lurus, di mana kita semua diperintahkan memohon kepada Allah dalam setiap shalat agar dibimbing ke jalan mereka.

Benar pemahaman merupakan cahaya yang disemayamkan oleh Allah dalam hati hamba-Nya. Dengannya , ia dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk; yang hak dan yang batil; petunjuk dan kesesatan penyimpangan dan kelurusan..” [A'alamul Muwaqqi'in; Ibnu Al-Qayyim: 1/187]

Sedarkah kita menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah SAW, maka bermakna kita perlu turuti setiap jalan baginda serta contohi kemuliaan akhlak baginda. Ya Rasulullah, kita harapkan syafaatnya kelak. Namun, dengan setiap tindakan kita ini, janganlah sehingga menyedihkan Rasulullah sendiri. Adakah ini rupa seorang pejuang agama Allah?

Daripada Imam Ali r.a :

“ Ubatmu ada padamu dan apa yang engkau fikirkan, Dan penyakitmu daripadamu dan apa yang engkau rasakan. Dan engkau menyangka engkau adalah tubuh yang kecil tetapi padam berkumpul alam yang lebih besar. ”

Akhir penulisan ini, saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan satu persoalan. Adakah kita ingin bersama-sama menyelamatkan ummah yang memerlukan kehadiran kita dan menjadi salah seorang dari senarai nama yang akan menegakkan Daulah Islamiyah? Atau kita terus teguhkan pendirian dan yakin dengan diri tanpa memikirkan org lain dan terus mencari kesalahan serta asebab yang menggagalkan?

“ Ya Allah, berilah basirah pada hati setiap tenteraMu ini, terimalah kami sebagai pejuang AgamaMu ya Allah, janganlah engkau biarkan kami tenggelam dalam nikmat kegembiraan tanpa kami sedari ia membinasakan. Ya Rahman Ya Rahim, jangan biarkan getaran itu hilang, tatkala menyebut dan mendengar namaMu. Sesungguhnya perjuangan ini amat payah ya Allah sehingga adakalanya kami berbantah pada hakikat yang satu. Ampunilah setiap tingkah laku kami yang melampaui batas dan tutur kata kami yang jauh dari perilaku seorang Hamba yang mengikat janji sebagai pendokong agamaMu. Ya Fattah Ya A’lim, kurniakan kami kefahaman yang baik, aqidah yang sejahtera dan nikmat ibadah yang shahih. Setiap ujian yang Kau kirimkan, kami mohon kekuatan utk menghadapinya bersama semua barisan tenteraMu. Satukanlah hati-hati kami ya Allah, cambahkan benih-benih kasih saying dalam diri kami dan suburkanlah jiwa seorang Hamba dalam diri kami ”  


Rujukan : Maza Ya'ni, Syarah 20 Usul Hassal Al-Banna, Antara Qiyadi dan Jundi




~~~ Al-Faqir ilaAllah Nur Syawana Bt. Murad ~~~

3 comments:

  1. “Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama tuhanmu kerana kadangkala ia merupakan dosa terakhir yang ditaqdirkan ke atas kamu” ~ibn athoillah~

    ReplyDelete
  2. Muhasabah dan perbaiki diri. Berdoa dan merintih kepada Allah, supaya gerak kerja kita adalah daripada hhidayah-Nya, bukan atas tuntutan nafsu.. Kembali kepada sunnah sebenar perjuangan Rasulullah sollalLahu `alayhi wasallam...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, syukran pada commenter.. ya mudah-mudahan jiwa-jiwa para pejuang x kering kontang..iAllah.. Ada sebab dan ada tujuan artikel ini dikeluarkan, mudah-mudahan mnjadi manfaat bersama.. Amiiin iAllah... bersama kita perbaiki dri..

    ReplyDelete

Followers