Saturday, October 30, 2010

Memaknakan sebuah TAKDIR


TAKDIR sebuah kehidupan itu ada yang boleh kita ubah mengikut pada keadaan hamba itu, namun ada yang hakiki, tidak boleh diubah. Saya terfikir dan saya sering merenung perjalanan kehidupan saya, tidak semua yang saya impi dan inginkan akan saya perolehi. Kehidupan kita ini percaturannya adalah sangat unik, bukanlah seperti pengiraan yang mudah 2 + 2 jawapannya pasti 4 tetapi saya harus mengerti dan fahami awalnya saya rancang A tidak pasti akhirnya yang akan saya dapat A, mungkin sahaja B, smuanya adalh ketentuan Ilahi. Sebagaimana firman ALLAH SWT :

" Kita Merancang, Allah juga merancang, namun sedarlah bahawa ALLAH lah sebaik-baik perancang "

Kerana apa? Kita merancang sesuatu itu dengan cita-cita, tetapi Allah merancang sesuatu itu utk kita dengan CINTA-NYA kepada hamba2 Nya. Maka janganlah kita berburuk sangka dengan Allah. Kita ini adalah hak milik kekal ALLAH SWT, kita perlu menyedarinya bahawa kita ini adalah milik ALLAH SWT dan pemilik itu akan memelihara sebaik-baiknya apa yang dimilikinya dengan kasih sayangNya yang Maha Luas.

Ada yang bertanyakan kepada saya, apakah TAKDIR ini ditentukan begini, apabila berada di jalanNya ini? Penuh dengan liku dan duri, mehnah dan tribulasi?

Bukankah Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang? 

DIA pasti adil dalam membuat penilaian. Maka haruslah kita sedari bahawasanya kita ini adalah khalifah di muka bumi ini, lalu mengapa mahu mengelak serta lari dari tanggungjawab kita. Janganlah persoalkan mengapakah ini berlaku? 

Berada di jalan perjuangan Rasululllah SAW ini, banyak onak duri, rintangn dan liku yang perlu kita tempuhi, kerana itulah sunnahnya, tidak berjuang jika tiada rintangan yang kita lalui. Sebagai sebuah analogi yang mudah dfahami, apabila kita mendaki gunung, kita rasa sangat susah dan sangat penat utk sampai ke puncak, walaupun ada panduan, dari denai-denai yang dah tersedia. Namun bagi org pertama yang membuka jalan ke puncak gunung itu, pasti berkali-kali ganda susah dan payahnya dia kerna dia memulakan sesuatu itu, dan kesannya selepas itu, ramai yang dapat naik ke puncak. Begitulah dengan diri kita, diibaratkan org pertama yang membuka jalan itu pastilah Rasulullah SAW insan pertama yang memulakan perjuangan ini, dan kitalah org kemudian itu yang menyambung perjuangan Baginda. 

Selepas Rasulullah SAW, adakah mana2 Takdir sahabat mahupun pejuang ini melalui jalan yang mudah? Maka mengapa harus kita cepat melatah.Kerana makna sebuah TAKDIR itu perlulah kita renungi dan hayati walau sesukar mana. Sekiranya kita mengimunekan diri kita dengan berbaik sangka dengan setiap TAKDIR yang Allah aturkan utk kita, maka pastinya kita akan bersyukur, menjadi ABDAN SYAKURAN. Malahan kita akan lebih bersemangat dan menjadikan setiap ujian yang hadir sebagai penguat kepada kejayaan. Sesungguhnya perjuangan ini sangat payah, penuh rintangan dan penuh keringat dan air mata, bersabarlah, andai makna sebuah TAKDIR ini akan membahagiakn kelak, maka jalan inilah yang akan terus ku tempuh.

Teruslah dan tetaplah dengan setiap perintah Allah! Carilah galian-galian berharga Islam...

Ketika takdir Allah itu sulit dan sukar untuk difahami, maka kembalikanlah kepadaNYA, kerana memang ada lorong gelap yg sulit untuk dijangkau dngan ilmu yang sejengkal cuma, namun tidak sulit untuk direnungi dan dihayati. Maka di ruang inilah tempat ku sandarkan sgala pengharapan. Di ruang inilah energi Tawakkal diletakkan, kepasrahan dilabuhkan. Akhirnya,akan ku mengerti bahawa takdir ALLAH adalah cintaNYA kepadaku.

WIN or DIE, TRYING IT!

Saya ada mendengar lagu terbaru Sami Yusuf yang bertajuk You Make Me Strong, alhamdulillah sangat bermakna bait-bait lirik nya, iAllah saya kongsikan dsini utk kita sama2 hayati.

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
 
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
 
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
 
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
 
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me 
This waiting comes with
Trials and challenges
 
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
 
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
 
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
 
I know the road is long
Make me strong




2 comments:

  1. Dengan mengingati Allah,hati kan menjadi tenang...
    =)

    ReplyDelete
  2. ala bizikrallhimatmainnal qulub..

    Syukran my lovely fren.. (^_^)

    ReplyDelete

Followers