Thursday, October 14, 2010

FASTAQIM KAMA UMIRTA!

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga kita semua dalam keadaan sihat dalam lindungan rahmat ALLAH SWT. Alhamdulillah masih dberi nikmat bernafas di atas muka bumi ALLAH SWT ini. Semoga kita menjadi hamba-hambaNya yang bersyukur.


 InsyaAllah, hujung minggu ni akan berakhirlah taklifan saya yang dirasakan cukup getir utk dilaksanakan selama setahun ini. Iaitu sebagai Naib Yang Di-Pertua 2 BADAR UTeM selama tempoh setahun ini. MasyaAllah, sekejap rasanya tempoh itu berlalu, serasa terlalu banyak lagi hal-hal yang tdak dapat dilaksanakan dan tidak disudahkan. Apabila dimuhasabah kembali diri ini, sedih dan takut utk berhadapan dengan ALLAH SWT kelak apabila dpersoalkan tentang AMANAH dan TAKLIFAN ini. Sedang kita mengetahui, bahawa AMANAH itu adalah suatu  TAKLIFAN iaitu tanggungjawab bukan TASHRIFAN iaitu kebanggaan. Kerana itulah Imam Al-Ghazali juga turut menyatakan perkara yang paling berat adalah AMANAH. Apa yang saya harapkan agar barisan KEPIMPINAN BADAR kali ini kmbali merenung kembali dan bermuhasabah diri dengan setiap tindakan yang kita lakukan, samada sedar mahupun diluar kesedaran. Semoga perjalanan setahun yang kita lalui dalam membawa risalah dakwah di kampus ini, menjadi medan latihan tarbiyah terbaik utk memastikan kita lebih kuat dan istiqamah dalam lapangan dakwah Islam.
Firman Allah Ta’ala:

"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. an-Nahl : 125).

"Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat." (HR. Bukhari dalam Kitab Shahihnya)
Bila sebut tentang istiqamah ini, saya ingin berkongsi satu ayat Al-Quran yang mana dahulunya ketika di KISAS sering dilaungkan serta menjadi moto kepada sekolah. Tetapi ketika itu, tidaklah begitu memahami rahsia dan iktibar dari ayat tersebut, cuma sering menyebut FASTAQIM KAMA UMIRTA. Alhamdulillah tarbiyah awal dari ALLAH SWT, cantik susunan perjalanan hidup yang DIA aturkan. Kemudian baru-baru ini, saya mendengar dari seorang ustaz menyebut tntang ayat TUHAN yang hebat ini, begitu saya syahdu dan merasai zuqnya kini. Kita menjadi seorang pejuang agama ALLAH katanya, namun adakah benar-benar yakin telah istiqamah? Suka saya memetik huraian ayat ini di mana ayat yang telah membuatkan Rasulullah beruban.

Di antara perkara yang menegaskan kepentingan beristiqomah ialah Nabi s.a.w telah diperintahkan supaya beristiqomah.Allah s.w.t berfirman:

(( فاستقم كما أمرت))

Mafhumnya: “Oleh itu hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqomah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu” [huud:112]

Ibnu Abbas r.a berkata: “tidak diturunkan kepada Rasulullah s.a.w pada keseluruhan al-quran satu ayat yang lebih dahsyat dan lebih susah kepadanya drpd ayat ini..”

Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabatnya ketika mereka berkata kepadanya “sungguh cepat kamu beruban”, baginda menjawab “surah huud dan saudara2nya telah menjadikan aku beruban.”

Al-hassan berkata: “setelah ayat ini diturunkan, rasulullah s.a.w menyinsingkan lengan tangannya (serius) sehingga xpernah terlihat baginda ketawa” [dkeluarkn oleh Ibnu Abu Haatim]

Al-Qusyairiy telah menceritakan daripada sebahagian ulama’ : beliau bermimpi melihat Rasulullah s.a.w lalu berkata kepada baginda: wahai Rasulullah! Kamu telah menyatakan bahawa surah huud dan saudara2nya telah menjadikan kamu beruban, jadi ayat manakah yang telah menjadikan kamu beruban?” 
Rasulullah menjawab; iaitu firmanNya yang bermaksud : “oleh itu hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqomah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu”
Saya sangat terkesan apabila membaca akan asbab kpada ayat ini, begitu sukar sebenarnya utk istiqamah. Sebenarnya membawa risalah dakwah dan mnjadikan diri kita dan sekeliling kita baik adalah satu tanggungjawab dan amanah yang semulajadi telah kita pikul, maka taklifan RASMI yang dperolehi atas nama jawatan hanyalah satu medium. Namun, tanggungjawab utk ISTIQAMAH dengan amalan dan dakwah adalah berterusan hingga kita ke liang lahad. Ingatlah perjuangan Rasulullah SAW.

Saya tinggalkan diri saya dan sahabat-sahabat dengan ayat-ayat cinta dari TUHAN sebagai penawar buat hati dan kekuatan jiwa seterusnya membajai sifat ISTIQAMAH dalam diri kita.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
 
“Allah telah menjanjikan untuk orang-orang mukmin laki-laki dan oang-orang mukmin perempuan syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal di dalamnya dan beberapa tempat kediaman yang indah dalam Syurga 'Adn, dan keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar”.

Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) ialah orang-orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahnya)” . (AlAnam; 162-163)

Pesan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : 
  
“Aku membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang pemuda yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampau bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain yang telah dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalanNya. Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya” 

FASTAQIM KAMA UMIRTA!


No comments:

Post a Comment

Followers