Ibadah LESU, akhlak sesama manusia TERABAI, rasa berTUHAN hanya diPINGGIRAN, tetapi telah berdaftar sebagai PEJUANG ISLAM dari Rahim IBU.. Dimanakah KUALITI seorang pejuang ISLAM? Ya ALLAH, Berilah Taufiq dan Hidayah buat kami.
Firman Allah SWT :" Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? " ( Surah an-Nur : 21 )
KITA adalah Khalifah yang telah berjanji dari ALAM rahim utk membawa ISLAM, menjadi mata rantai perjuangan Baginda. Tetapi sayangnya, kita hanya bangkit dengan dipenuhi semangat juang yang tinggi. Alhamdulillah, memang bagus, tetapi sayangnya kita tidak mempelajari dan memahami bagaimana calculation nya seorang PEJUANG ini, apa erti seorang PEJUANG itu. Kerana itulah kita sering leka dan mudah melatah dengan setiap sesuatu yang berlaku.
IBADAH PEJUANG?
Seorang pejuang ISLAM itu, seharusnya banyak amalannya, banyak ilmunya, baik budi pekertinya.
Kita solat, tetapi tidak membangun insan pejuang.. maka samalah kita dengan mereka.
Kita baca Al-Quran, tetapi tidak tersentuh dengan makna dan tafsirannya.. maka samalah kita dengan mereka.
Kita berpuasa sunat, tetapi masih mengeluarkan kata-kata kesat dan lagha serta mengumpat... maka samalah kita dengan mereka.
Kita bangun qiamullail di malam hari, tetapi tidak memberikan kesan pada diri, hati KERAS, masih EGO pada diri dan teman sekeliling, maka samalah kita dengan mereka.
AKHLAK PEJUANG?
Sedar atau tidak, elemen yang manis dalam suatu sifat itu ditinggalkan malah diabaikan.
Manakah sifat TASAMUH seorang pejuang Islam itu?
Manakah sifat kasih sayang sesama Insan seorang pejuang Islam itu?
Beralaskah tutur kata dan bermanfaatkah tutur kata seorang pejuang Islam itu selama ini?
Mungkin kini kita perlu bertanya kembali... layakkah aku menjadi seorang pejuang, apakah akan ku jawab dihadapanNya kelak?
Mengapakah pejuang ini sukar memaafkan dan sukar mnyemai sifat berlapang dada? Maka adakah sama sahaja kita dengan mereka?....
APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG?
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan
Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan. ..
Semoga ALLAH sentiasa memakmurkan hati-hati ini utk terus membawa agamaNYA.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.
No comments:
Post a Comment