Thursday, October 21, 2010

BIBIR tersenyum, HATI menangis...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, dapat update blog hari ni, kebetulan cuti sempena MELAKA MAJU. Semoga kemajuan material turut seiring dengan kemajuan kerohanian dan material nilai murni diri.

Hari ni, serasa ingin berkongsi artikel berbentuk cerpen dan agak santai sebenarnya. Semoga dapat sama-sama ambil iktibar dan hayati..

Bibir Tersenyum, Hati Menangis...
 
Wardatul Syauqah  merupakan seorang gadis yang sentiasa menjaga perhiasan dirinya sebagaimana namanya MAWAR BERDURI, bermula dari alam persekolahan baik dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah, berkat pesanan dan peringatan yang sering dberikan oleh ayah dan ibunya. Hati suci yang dimilikinya tidak pernah dibiarkan sesiapa membuka pintunya kerana dia mahu menghadiahkannya kepada yang benar-benar layak. Kata-kata nasihat dari Ustazah nya sentiasa dingatinya mengenai pesanan baginda:

Seisi dunia ini adalah perhiasan, dan seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah 


Semakin meningkat dewasa, Syauqah semakin mengenali dan matang dengan dunia perjuangan ISLAM yang telah di kenalinya sejak dari rahim ibunya.

" Syauqah tahu tak, ibu rasa bangga dengan anak ibu ni, bersungguh-sungguh dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, terima kash nak. "

" Ibu, ini juga kerana hasil didikan ibu dan ayah, juga berkat doa ibu dan ayah. Doakan Syauqah istiqamah ya."

" InsyaALLAH nak, mgkin juga kerana sepanjang ibu mengandungkan Syauqah 9 bulan, selama itulah ibu sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan ta'alim, sedangkan ibu tdak kenal agama sebelum berkahwin dengan ayah. Alhamdulillah, ayah bimbing ibu dengan baik, dan berkat itu jugalah Syauqah membesar sebgai pejuang agamaNYA. Nanti cari suami yang mampu memimpin keluarga dengan bijaksana ya. Ibu serahkan pada Syauqah, anak ibu past bijak buat pilian. "

" Ibu buat Syauqah sedih... insyaAllah ibu, apa pun yang penting adalah restu dan redha ayah dan ibu. Syauqah dan berazam ibu, hanya akan benarkan hati ini dibuka pada seorang yang menggunakan kunci yang betul dan baik. "

Perbualan antara Syauqah dan Ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya. Sekarang berada di penghujung tahun pengajian di universitinya, tidak dinafikan, begitu ramai mujahid-mujahid yang dikenalinya kerana bersama-sama berjuang mnyampaikan risalah dakwah. Bersama dengan itu, begitu teguh ukhuwwah islamiyah yang dibina bersama teman-teman seperjuangan, berkongsi masalah bersama tentang madu' serta soal hati adalah mjadi peguatnya. Pernah hadir 2 org sahabatnya menceritakan masalah mereka berkenaan muslimin kerana mereka tahu, Syauqah sangat rasional dan dia tdak pernah mnyebut tentang konsep Baitul Muslim untu dirinya melainkan mendengar dan membantu sahabatnya.

Boleh dikatakan kedua-dua sahabatnya mengalami hal yang sama, di mana hadir dalam hidup mereka cinta fitrah seorang ADAM, namun sayangnya apabila mereka mula menerima kehadirannya, tenyata pada yang salah kerana ternyata, muslimin itu telah pun berpunya. Terkadang ingin dmarahi kerana kerana sayang fillah yang mendalam pada sahabatnya yang inginkan yg terbaik utk sahabatnya, tetapi apabila dirasakan sahabatnya yang juga seorang Srikandi Islam, tidak dapat membezakan bagaimana sahabat mahupun lebih dari itu. Kerana itu, Syauqah akan sentiasa berjaga-jaga, dan menasihatkan diri dan sahabat agar ikhtilat sentiasa dijaga. Syauqah sangat gemar pada frasa :

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”
Namun begitu, benarlah apa yang diucapkan dalam ayat-ayat ALLAH... bahawa setiap satu perkataan yang dikeluarkan oleh Daie' itu akan diuji pada dri. Maka, tanpa dsedari Syauqah sendri akhirnya diuji, walaupun dia sudah banyak kali berjaya melepasi ujian itu, namun kali ini, Syauqah merasakan sudah tiba masa utk dberi ruang itu. Hati suci yang sentiasa dipagari dan mahal dimiliki kini, telah mula Syauqah buka sedikit ruang untuk seorang Khalifah buat dirinya yang mana dia berjanji pada ibunya Khalifah itu akan memimpin dirinya dan keluarganya kelak dengan hikmah dan bijaksana. 

Dalam istikharah dan solat hajat  yang menemaninya setiap malam meyakinkan, namun hinggalah suatu hari. Seorang sahabatnya memberitahu Syauqah sesuatu.


" Wardah, ana dapat tahu sesuatu, tapi jangan bgtahu orang lain ya? "

" Apa dia Raudhah? InsyaAllah ana simpan rahsia enti. "

" Dan janji enti akan sabar, maaf sebab ana rasa enti agak rapat dengan seorang min ni. Ingat tak ana pernah agak yang dia ni, sesuai kalau enti terima. Tapi, maaflah sebab ana baru dapat tahu, dia rupanya dah ber Baitul Muslim. "

" MasyaAllah, mungkin ini tanda kasih sayang ALLAH, dia tidak mahu ana lalai, tapi ana sedihlah sebab sedikit sebanyak hati ini telah mula meyakini dia untuk membimbing ana, ana dah hampir berikan pada yang salah. Ya Allah ukhti, ana sedih sangat, begitu lama ana mempertahankan keperawanan hati ini, hnya untuk bakal zauj ana, astaghfirullahalazim. "

" Tidak mengapa ukhti, Tarbiyah ALLAH itu amat mahal, enti telah berintima' dengan perjuangan ISLAM dan enti juga telah menjaga diri sebaiknya. Teruskan tersenyum, ingat nasihat enti pada ana dulu? "

" Mestilah ana ingat, insyaAllah ana akan lebih berhati-hati enti "

" Tapi kan, enti tahu tak sebenarnya, min itu dalam dilema juga, dia beritahu zauj ana, dia serba salah sebab pernah beri enti harapan walaupn bukan secara langsung. "

" Ana faham ukhti, tak apalah, ana undur diri, salah ana, kerana tidak tegas dengan prinsip ana, tarbiyah ALLAH itu mahal, ini peringatan daiNYA kan? "

" Ya, enti ni, senyum dekat ana, tapi ana yakin pasti hati sedang menangis.. sabar ya enti "

" InsyaAllah ukhti, doakan yang terbaik utk ana ya. "

" InsyaAllah, cuma ana rasa belum sure lagilah, mungkin baru ta'aruf, enti yakin dengan keputusan ni? Ana maklumkan sebab ana sayangkan enti sebagai sahabat dunia akhirat, seperjuangan, supaya enti maklum awal. "

" Ana x mahu ulang sejarah, biarlah ALLAH yang tentukan, azam ana, ana nak terus intima' kan diri dengan perjuangan ISLAM, terus mencari galian-galian berharga untuk ISLAM. " 


" Ana sentiasa doakan yang terbaik untuk enti, enti sahabat yang terbaik pernah ana jumpa, dan kuat. Jangan lagi hati menangis. tapi kedua2nya ya.."



Syauqah insaf terhadap apa yang pernah dia buat. Syukur ALLAH masih menjaga hati-hati ni... Sedang memandu, disiarkan pula lagu kegemarannya.. Nyanyian kump. NICE, sesekali kita diuji.


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Syauqah teringat akan pesan sahabatnya di Darul Quran satu ketika dahulu, saat mereka bersama2 di alam persekolahan. Satu kata-kata sahabatnya yang tidak pernah dlupakan:


" Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasi sayang ALLAH. Jika engkau kehilangan yang setitis itu, tidak akan merosakkan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki "



Nak sambungan ke?... apa sambungan nak?...

4 comments:

  1. nak smbungan nyer...

    ReplyDelete
  2. thanks atas respond... tgah fkir2kan lagi sambungannya... kesudahan yang bagaimana ya nak akhirkan?... iAllah kalau ada pandangan, boleh kongsi2kan... (^_^)

    ReplyDelete
  3. saya tertarik dgn frasa yg diungkapkan dlm nukilan ini..
    "setiap satu perkataan yang dikeluarkan oleh Daie' itu akan diuji pada dri"
    dlm konteks ini,syauqah diuji dgn prinsipnya sendiri mengenai kasih sayang yg perlu diletakkan pada tempatnya..
    daie juga merupakan manusia biasa
    ade perasaan dan blh terlalai seketika..
    jika sy merupakan sahabat syauqah,sy akan berkata kepadanya,
    "kamu seharusnya bersyukur krn Allah datangkan ujian kepadaMu kerana itu adalah tanda kasihNya padamu..dan kamu seharusnya gusar jika hidupmu bahagia sentiasa tnpa dugaan"
    Masakan bisa kita menikmati pemandangan indah di dasar lautan tanpa menyelami sedalam2nya lautan itu.

    Apapun,pada mereka di luar sana yang duji sprtimana syauqah,bersabarlah kerana aku juga salah seorang daripada kalian!

    ReplyDelete
  4. SubhanaAllah! Syukran atas komentar. InsyaAllah sedang kumpul bahan2 lagi utk sambungan cerpen ini, mudah-mudahan dapat memberikan sedikit smbangan buat dakwah pena ini.

    Syukran sekali lagi atas pandanganmu ukhti Puteriku sayang.. sememangnya setiap apa yang kita perkatakan maka akan diuji...iAllah perlulah beringat.. seperti katamu, tanda kasih sayang Allah ya

    ReplyDelete

Followers