LIDAH adalah suatu senjata rahsia yang seringkali kita tidak sedar akan ketajamannya.
LIDAH ini lembut tidak bertulang, kerana itu kita mudah sahaja menggunakannya sewenang-wenangnya, jika bertulang Pastinya ada kawalan...
Selaku seorang hamba Allah di muka bumi ini, terlalu banyak nikmat kurniaanNya kepada kita. Salah satu daripadanya adalah nikmat berkata-kata dan bersuara. Saya ingin memberikan satu analogi untuk ini, apabila seorang pencipta itu menghasilkan sesuatu dan memberikan segala yang terbaik buat ciptaannya, maka apakah balasan sebaiknya yang perlu ciptaannya itu balas?
Dari aspek tasawwuf akhlak, pastilah ciptaannya perlu menjaga setiap aset nya dengan sebaik-baiknya dan bersyukur dengan pemberiannya. Tetapi sayangnya, ramai antara kita jarang mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh pencipta kita.
LIDAH itu yang meluncuskan kalimah utk berkata-kata,
seringkali tidak dijaga dan dipelihara,
Kita selalu mengikut nafsu apabila ada yang tidak berkenan di hati,
Kita sukar sekali menahan amarah daripada melepaskannya sesuka hati,
LIDAH itu yang lembut menghunus pedang dalam diam,
Sehingga menyebabkan luka-luka yang dalam,
Sehingga seringkali sukar sembuh semula,
Lalu menjadi barah yang membusuk...
Namun sebaliknya bagi LIDAH yang beralun pada kawalan yang satu,
Biar sukar di kawal rapi namun di cuba sebaiknya,
Dengan peringatan wahyu ilahi,
Acapkali sebelum lontaran kata-kata di utus,
Diuji kesan baik mahupun buruknya pada yang menerima utusan.
Pada penerimaan aqal dahulu,
Kerana sekali lontaran tidak akan berpatah balik.
Ingatilah firman Allah SWT dalam surat cintaNya,
Orang-orang beriman tentu akan berhati-hati dalam menggunakan lidahnya.
"Wahai orang-orang beriman takutlah kalian pada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang benar."
(QS Al-Ahzab:70).
Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud:
“Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini?
Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW.
Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik.
Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami?
Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
InsyaAllah, mudah-mudahan ini adalah peringatan terbaik buat diriku dan semua pembaca yang sudi membaca artikel ini. Sesungguhnya bersamalah kita menjaga LIDAH kita. Biarlah ketajamannya terhunus pada yang benar....
Al-Faqir ilaAllah....
-Nur Syawana Murad-
No comments:
Post a Comment