Tuesday, December 7, 2010

Mencipta LANGKAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama saya mengetuk-ngetuk keyboard untuk mencari ayat-ayat terbaik untuk saya tulis kan di atas hamparan blog ini agar pembaca dapat menerima maksud yang ingin dsampaikan. Sebelum terlambat syukur alhamdulillah tidak terhingga saya ucapkan kerana sehingga ke saat ini masih dberi peluang dan ruang oleh KEKASIH TERAGUNG untuk terus menikmati kehidupan ini.

Sedar tidak sedar kini telah memasuki awal Muharram, di mana jika di imbau sejarah terdahulu, berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW serta ummat Islam dari Mekah ke Madinah. Namun, kini secara lahiriah sememangnya tiada penghijrahan lagi selepas penghijrahan baginda tetapi secara kefahaman konseptual sebenarnya apa yang penting adalah bagaimana kita menghayati peristiwa hijrah tersebut seterusnya mengimplementasikan dalam kehidupan kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik


ADA APA DENGAN HIJRAH?

Tarikh 1 Muharram ini tidaklah sepopular tarikh 14 Februari yang sentiasa diingati. Beginilah keadaan ummat ISLAM dalam sebuah negara Muslim. 
Samada kita sedar atau pun tidak, ramai antara kita tidak ambil cakna atau peka dengan peristiwa2 Islam, menyebut kedatangan 1 Muharram pun pasti ramai yang tidak merasai apa-apa pun. Berbanding menyebut kedatangan tahun baru pada tarikh 1.1.2011... 

Jika iktibar dari peristiwa hijrah baginda dan ummat Islam beramai-ramai ke Madinah dapat melebar luaskan lagi dakwah Islamiyah, kini kita lihat pula apakah Hijrah kita utk kali ini dan persoalkan apakah manfaat yang bakal kita berikan untuk Islam?

Firman Allah SWT dalam surat cintaNya,
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran " ( Surah Al-Asr )
Jika dahulu KITA seorang yang sering melewatkan solat,
Maka apakah kini tidak mahu kita berhijrah utk memastikan solat KITA di awal waktu?
Jika dahulu KITA sering mengucapkan kalimah Cinta dan sayang pada yang TIDAK halal,
Maka apakah tidak mahu kita berhijrah agar dihadiahkan cinta pada yang SATU?
Pernahkah dahulu KITA melawan atau mengecilkan hati orang tua?
Maka pada ma'al Hijrah ini mengapa tidak KITA berubah menjadi anak yang soleh?
Adakah dahulu kita sering melewati sejadah di satu pertiga malam selalu?
Maka apakah tidak kita berhijrah untuk lebih kerap menghadapNya...

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Satu, terlalu banyak dosa dan kesalahan yang aku lakukan..
Pada keberkatan Awal Muharram ini, aku memohon agar setiap sesuatu yang bakal ku lalui menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya dan mudah-mudahan aku menjadi seorang SRIKANDI Islam yang tidak pernah penat dan lelah memperjuangkan agamaMu...

MALU UNTUK BERUBAH

Aku ingin berubah tetapi Aku malu... 
Nanti apa pula yang akan diorang cakap bila tengok perubahan aku ni?

Pasti ramai antara kita yang melalui konflik begini, sesungguhnya inilah yang dikatakan akhir zaman apabila ISLAM hanya pada nama. Kita sebagai Muslim sendiri malu untuk melakukan kebaikan dan melaksanakan apa yang ALLAH SWT perintahkan. Bahkan kita malahan tidak segan melakukan perkara-perkara yang berdosa secara teranga-terangan. Kerana APA?

Kerana ramai yang melakukannya...Taklah segan sangat...
Saya ingin memetik apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW,

" Islam itu akan datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dalam keadaan asing. Maka beruntunglah mereka yang berada dalam keadaan asing itu "

Jalan menuju AKHIRAT itu adalah dalam pilihan kita, tiada siapa yang akan menyelamatkan kita dari kesesatan melainkan KITA sendiri yang memastikan jalan yang KITA pilih itu adalah jalan yang lurus.
Walaupun begitu, berada di jalan yang lurus ini, bukanlah semudah perkataannya. Dalam sepanjang perjalanan itu, pasti KITA akan dihidangkan dengan pelbagai ranjau dan duri-duri yang bakal merencatkan perjalanan kita. 
Sekiranya KITA gagal melepasinya dan berputus asa, maka terputuslah RAHMAT ALLAH utk kita,  bahkan kita mula buka ruang KEGAGALAN untuk menuju ke akhirat yang mana akhirnya terjatuh ke lembah hina.

Susah, Sukar, Payah, Sakit dan banyak lagi perkataan yang boleh digambarkan untuk berada di atas jalan berliku ini...

Pernahkah kita bermuhasabah?

Sepanjang kita hidup ini, 
Apakah sumbangan KITA untuk Islam?
Islam disampaikan oleh Rasulullah SAW beserta Syari'at,
Namun terlalu sedikit mereka yang mengikut Syari'at,
Apa nak jadi Ummat di akhir zaman ini?
Apabila melihat kebaikan dilakukan,
KITA memandang sinis malahan tidak tersentuh hati untuk berubah,
Sikap sombong dan Kikir diri terus menguasai...

Maka pada hijrah kali ini, mudah-mudahan kita bertekad dan bersungguh untuk ke arah yang lebih baik..







Al-Faqir ilaAllah...

-Nur Syawana Murad-

.

No comments:

Post a Comment

Followers