Thursday, December 23, 2010

Ya, Pilihan di TANGAN Kita

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, akhirnya dapat saya update blog hari ni setelah melalui pelbagai urusan yang mendatang.
Sekali lagi marilah kita panjatkan kesyukuran atas nikmat IMAN dan ISLAM yang dkurniakanNya.

ALHAMDULILLAH!

InsyaAllah artikel yang akan saya catatkan ini adalah agak berat dan mohon untuk kita sama-sama sudi untuk berfikir dan membuka minda.



MAHASISWA PEDULI


Jika kita meneliti bilangan IPT yang bertapak di atas bumi Malaysia ini, pasti kita sedar betapa banyaknya pusat-pusat pengajian Tinggi yang tumbuh, belum masuk lagi untuk Kolej-kolej serta Politeknik-Politeknik. Setiap institusi pengajian ini pastinya menaungi ramai bilangan MAHASISWA yang belajar dan menimba pelbagai Ilmu demi mencapai masa depan yang cemerlang. Lalu apabila perkiraan lanjutan dibuat di mana saya khususkan buat MAHASISWA muslim, saban tahun pasti akan lahir sekian ramainya graduan dari setiap satu Institusi ini. 

Persoalannya kini...

Adakah setiap GRADUAN yang lahir ini berkualitikan MINDA seorang Muslim yang Mukmin yang akan memberikan IMPAK serta MANFAAT yang besar buat Agama, Bangsa dan Negara?

Adakah kita sebagai Mahasiswa ambil PEDULI akan hal-hal yang berlaku dalam negara kita terutama utk perkara-perkara yang besar seperti EKONOMI, POLITIK, dan SOSIAL?

Sejujurnya RAMAI kalangan kita tidak mahu ambil PEDULI tentang perkara-perkara penting ini, kerana kita asyik dengan KESERONOKAN dan HIBURAN yang ada di sekeliling kita. 

Saya juga seorang Mahasiswa, dan saya telah berada 3 tahun di alam kampus ini, melihat sendri RAGAM masyarakat kampus kalangan MAHASISWA Muslim sendri, terlalu jauh ciri-ciri seorang MAHASISWA MUSLIM yang ada pada diri setiap Mahasiswa Muslim kita hari ini. 

Maka agak-agaknya layakkah title MAHASISWA Muslim yang kita bawa ini?

Besar sebenarnya peranan seorang MAHASISWA MUSLIM ini, kita bukan sahaja mengejar impian untuk menggenggam segulung IJAZAH, namun apa yang lebih penting kita mendidik diri serta membentuk diri agar menjadi seorang DUTA ISLAM kerana kita akan menyampaikan MESEJ ISLAM ini pada masyarakat sekeliling kita. Memang tugas sebagai khalifah ini adalah tugas setiap hamba Allah, namun sedarlah bahawa apabila kita menimba ilmu khusus untuk kemahiran profesional, memasuki sesebuah institusi pengajian tinggi, maka kita perlu merealisasikannya lebih lagi. 

Namun sayangnya tidak ramai memahami hakikat ini. Ada sebahagian yang berpendapat:

- Saya bukan budak sekolah AGAMA pun, biasa-biasa je cukuplah.SEGAN nant org kata ALIM sangat.
- Saya tak layak lah, banyak kerja nak buat. Tak sempat nak fikir hal-hal lain.

Jika ada segolongan yang menawarkan bersama-sama perjuangan ISLAM, pasti tidak ramai yang ingin turut serta kerana tidak ramai rakan MAHASIWA lain yang turt serta. Benarlah apa yg dikatakan oleh Baginda Rasulullah SAW :

" Islam itu datang dalam keadaan ASING, dan akan kembali dalam keadaan ASING. Maka bergembiralah siapa yang dalam ASING itu. "
Lalu kini kita saksikan bagaimana keadaan MAHASISWA Muslim kita, jauh dari realiti seorang pejuang Islam. Bagaimanakah keadaan dan hala tuju negara kita ini 10 tahun akan datang? Pernah kah kita fikirkan? Adakah akan tertegaknya negara Islam yang menjalankan hukum dan undang-undang Islam? 


Maka siapa kah pemimpin akan datang jika bukan golongan terpelajar KINI?



MAHASISWA DAHULU 


Walaupun tiada satu kriteria yang jelas bagi menentukan ciri-ciri seorang mahasiswa, namun secara umumnya mahasiswa perlu mempunyai ciri idealisme, intelektualisme dan aktivisme. Ketiga-tiga ciri tersebut dapat dilihat dalam gerakan mahasiswa sejak tahun 1960-an hingga abad ke-21 ini.

Sebagai tambahan, menurut Profesor Edward Said dalam buku ‘Representations of The Intellectuals’, seorang intelektual berperanan menyampaikan pandangan secara bebas tanpa dipengaruhi atau terikat dengan pihak-pihak berkepentingan. Ini bersesuaian dengan tugas manusia sebagai khalifah yang wajib menyebarkan kebenaran tanpa ‘fear of favour’. Namun sayangnya kini, ramai MAHASISWA MUSLIM yang lesu dengan keseronokan sehingga tidak lagi mahu menyuarakan kebenaran.

Mari kita imbas " Background " tokoh-tokoh ISLAM. Di mana sepatutnya kita sebagai MAHASISWA MUSLIM sedar dan tahu serba sedikit tntang mereka. Agar roh jihad meresap dalam dri kita!

Mereka bukanlah dari golongan pelajar jurusan agama, tetapi jurusan biasa. Namun roh jihad yang dtunjukkan memberi kesan yang besar pada dunia.

1) Gulbuddin Hekmatyar, mengambil jurusan akademik. Beliau merupakan bekas PM Afghanistan memperthankan negaranya apabila ditentang oleh Soviet Union.


2) Yahya A'yyash, mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik dan telah mula menceburkan diri dengan perjuangan Islam semasa di kampusnya lagi. Beliau adalah salh seorang yang terlibat dalam mempertahankan Palestin sehingga puak Yahudi menggeruni nya. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis.


3) Fathi Yakan, Dalam bidang pengajian beliau pada awalnya seorang jurutera elektrik, iaitu belajar sehingga peringkat Sarjana Muda (B.A) dan Sarjana (M.A). Keterlibatannya dalam gerakan Islam dan dakwah menyebabkan beliau memandang jauh maslahah ummat lantas menyambung pelajaran dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab sehingga ke peringkat PhD. Dan beliau jugalah yang telah menulis risalah " APA ERTINYA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM " yang menjadi bacaan ramai hgga kini.


4) Abu A'la Al-Maududi, merupakan seorang yang mahir dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Kemudian beliau menterjemahkannya ke dalam bahasa urdu. Beliau lah yang telah menerbitkan formula pembinaan tamadun bangsa berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.



Ramai lagi yang berada di barisan ini, namun yang penting adalah bagaimana kita sebagai MAHASISWA melakukan perubahan dan ambillah roh jihad dari mereka ini.. Ayuh bangkit mahasiswa!


Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku Aziz. Katanya, 

”Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar. Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak berjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.”


Maka sekarang, saya tinggalkan persoalan ini di minda kita semua. 


PILIHAN di tangan kita, Kita yang menentukan di manakah kita akan berada.

Marilah kita menjadi seorang MAHASISWA yang menggunakan segala daya fikiran yang ada utk kemaslahatan ISLAM. 

Jangalah kita LESU dan ALPA dengan segala keseronokan, sedarilah kepentingan kita pada ISLAM.

Insafilah setiap detik yang telah beralalu pergi, moga selepas ini kita bangkit menjadi MAHASISWA MUSLIM yang beramal dengan Islam yang shohih dan berani menegakkan kebenaran dan keadilan ISLAM.


Hasan Al-Banna mengatakan; 

"Antum ruhun jadidah tasri fi jasadil ummah." Kamu adalah ruh baru yang mengalir di tubuh ummat.Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih, dan pengalaman serta ujian yang terperinci.Ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."


Sekiranya kita mahu ISLAM terus tertindas, maka teruskanlah dalam lena dan bahagia mengAGUNGkan serta berKIBLATkan intipati ajaran BARAT. Cabarlah diri kita untuk menjadi MAHASISWA ISLAM yang PEDULI dengan perkembangan ISLAM dewasa ini serta bersama memperjuangkannya. TAKBIR!


P/S : Semoga kita sentiasa diberikan HIDAYAH oleh ALLAH SWT.




Rujukan : Al-Quran Tafsir dan Terjemahan, Blog UPSI, Ini jalanku. 







~ Al-Faqir ilaAllah ~
~ NSM ~
1.51 am
Al-Ghurfatu

Tuesday, December 14, 2010

Srikandi atau wanita biasa?

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas..
Hari ini, saya banyak kali memutarkan lagu Puteriku Sayang nyanyian kumpulan Hijjaz..
 
 
Sangat tersentuh pada setiap bait-bait lagu yang dinyanyikan..
Saya paparkan liriknya di sini utk penghayatan kita bersama..

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu

Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana

Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama

Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
 
Sebenarnya telah lama saya ingin menukilkan artikel ini, namun sering tidak berkesempatan.
Alhamdulillah, diberi ruang dan peluang utk menulis tentang Srikandi dan perjuangan akhirnya...
 

Saya ingin membawa pembaca  bersama muhasabah terutamanya utk kaum HAWA...
Pada sekuntum bunga yang saya tempelkan itu, apa yang boleh kita lihat?
Pastilah kita melihat bahawa CANTIKnya rupa paras bunga itu dengan kelopak-kelopaknya yang indah..
Kemudian, pada sekuntum bunga MAWAR pastilah kita tahu keharumannya mekar mewangi sehingga sang kumbang banyak yang ingin singgah dan menyedut madunya...

Lalu kita bandingkan pula dengan diri kita sebagai seorang WANITA..
Pada hari ini, waktu ini, masa ini, adakah kita ini tergolong dalam wanita yang biasa atau luar biasa..

Saya memetik Sabda baginda dimana :
" ISLAM datang dalam keadaan asing, dan akan pergi dalam keadaan asing "
Apa yang ingin ku coretkan ini, ialah mengenai MAHAL nya seorang Srikandi...
Untuk mendpat title SRIKANDI ISLAM adalah suatu gelaran yang sangat jauh utk dgapai,
Terasa baru bertatih-tatih utk ke arah itu...
Hari ini jika kita melihat di mana-mana institusi pengajian tinggi...
Ramai muslimah yang mula membentuk diri ke arah pribadi seorang Srikandi...
Ramai juga yang menjauhi peribadi itu..
Namun bgitu, alhamdulillah masih ada yang sudi utk berjuang di jalanNya walau penuh rintangan..

Ramai kini yang ingin menjadi Wanita Luar Biasa... Mendokong perjuangan Srikandi2 Islam...
Sebagaimana jejak langkah Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah dan ramai lagi yang ingin dicontohi keperibadian dan perjuangan mereka...

Seperkara yang sering merencatkan wanita-wanita luar biasa ini utk melebarkan peranannya sebagai Srikandi Islam adalah apabila proses tingkatan hidup seterusnya tidak berkesinambungan dengan baik..
Selepas membina peribadi muslim, adalah sunnatullah utk kita sebagai manusia membentuk dan membina Keluarga Muslim..
Disitulah sering menyebabkan perjuangan Srikandi-srikandi ini tersekat pada melunaskan hak-hak dan kwajipan seorang Isteri kerana bersuamikan seorang Zauj yang tidak turut serta dalam sebuah perjuangan Islam..

Maka akhirnya jadilah wanita yang luar biasa ini seorang wanita biasa.... 


Ramai pemuda, para mujahid yang muncul pada abad ini dalam kalangan pejuang-pejuang Intelek,
Namun ukuran Srikandi yang mereka impikan buat pejuang sayap kiri seringkali melebihi kepentingan perjuangan Islam tanpa mereka sedari...
Sangat sukar ditemui seorang Mujahid yang tidak melihat pada aspek sosiofizikal,
Sangat sukar dijumpai seorang Mujahid yang sudi mengambil risiko menjadi Nakhoda nadi kepada sebuah pelayaran menuju daerah Islam,
Sangat sukar ditemui sekeping hati yang ikhlas membina Baitul Muslim utk kepetingan dakwah Islamiyah,
Ada tetapi sedikit... Ada tetapi amat jarang ditemui...
Srikandi-Srikandi ISLAM akan sentiasa muncul..
Mereka juga akan lupus akhirnya tanpa perlindungan dan bimbingan berterusan...

Namun jangan bimbang wahai Srikandi,
Selagimana keredhaan Allah yang ingin digapai,
Selagimana diri dipelihara rapi dengan seluruh penghayatan Islam,
Maka redhailah setiap yang diputuskanNya...
Kerana DIA telah merancang dengan cintaNya... 




( Saya sangat tidak layak utk menulis artikel ini, namun hanyalah sebagai satu peringatan bersama. Semoga setiap apa yang berlaku memberik hikmah dan tauladan )




Monday, December 13, 2010

~~ Maniskan WAJAH kamu ~~

Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah hari ini tulisan saya lebih berkisar sesuatu yang dekat dengan kita,

Reaksi dari raut wajah kita, kurniaanNya yang kita miliki.

Sedarilah, apa yang terzahir di wajah sedikit sebanyak memberi gambaran di sudut hati.

Maka satu Istilah yang PERLU kita hadamkan dalam diri adalah

BASHASHAH... yang mana bermaksud " Bermanis Muka "



Kadangkala kita sering terlalu mengikut emosi diri terutama apabila ada yang tidak berkenan di hati terjadi

Apabila sahabat melakukan kesalahan, maka protes tanda kemarahan dizahirkan melalui riak wajah

MASAM dan MARAH


Walhal Islam sendri menekankan agar kita perlulah bermanis muka dengan sahabat

bermanis muka dengan mereka yang berada di sekeliling kita

Oleh sebab itulah, Islam menganjurkan agar membajai Ukhuwwah itu dengan 3 tingkatan Ukhuwwah

iaitu Berlapang Dada, Kesamarataan, dan Melebihkan Sahabat.

Sangat sukar sebenarnya untuk menegur sahabat yang melakukan kesalahan dengan hikmah dan bijaksana

Kita lebih gemar menunjukkan tanda marah pada reaksi wajah ditambah dengan perubahan sikap

dingin pada sahabat, sedangkan jalan yang paling penting dilakukan adalah

MENEGUR sahabat dengan sebaik-baik bahasa...

Sukar untuk ditemui insan sebegini. Islam sangat mementingkan luasan ukhuwwah...

Apabila bersahabat, maka terimalah baik dan buruk sahabat kita itu.

Sepertimana kata-kata hukama':
“Apabila kebaikan kita tidak dibalas oleh sahabat kita, maka janganlah kita mencacinya. Hal ini kerana, kebaikan kita kepadanya, adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Manakala kebaikannya kepada kita, adalah urusan dia dengan Allah SWT. Kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita”
Memang kita bukan malaikat utk sentiasa bermanis muka walau hati marah membara,

namun berilah layanan terbaik utk menyenangkan hati sahabat,

Jadilah kita sahabat yang apabila wajah dilihat sahabat, tidak lekang dari senyuman...

Janganlah kita menjadi sahabat yang Menghukum kerana kita tidak layak untuk itu...

Sayang sahabat, maka tegurlah kesilapannya... dan yang ditegur juga terimalah dengan berlapang dada..


Dalam Al-Quran sendiri telah Allah turunkan ayat buat peringatan Rasullah SAW,

terhadap peristiwa di mana Rasulullah SAW yang telah bermasam muka apabil Ummu Maktum

seorang yang buta bertanyakan kepada baginda. Lalu Allah SWT telah memberikan peringatan melalui

penurunan surah A'basa. Bukanlah bermakna Rasulullah SAW sendiri melakukannya,

tapi utk menunjukkan bahawasanya kita manusia yang sering terlupa...

Pesanan Luqman kepada anaknya, 

"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu,

 Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu,

 Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu, 

Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu,

 Ingat kepada Allah s. w. t,

Lupakan budi baik mu pada orang lain, 

Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu, 

Ingat kepada mati

Apabila kita benar-benar ikhlas dalam berukhuwwah, iAllah kita mampu utk mengatasi rintangn ini,

 Walaupun ia tidak semudah yang disangka... namun bersama kita koreksi diri...

Adakah kita ini telah menjadi sahabat yang sentiasa bermanis muka dengan seikhlas hati, 

atau sahabat yang sering menghukum kesalahan sahabat yang lain.

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
 
>> Binalah sifat pemaaf dalam diri, saya tidak nafikan sememangnya sukar untuk memuaskan hati semua, namun cubalah sebaik mungkin.
>> Semoga dapat ambil manfaat bersama serta mulakanlah pengamalan sifat BASHASHAH dalam diri kita...
Semoga Allah memberkati.




Al-Faqir ilaAllah,

~ Nur Syawana Murad ~
03:44 am,
~ Merindui Teman-teman seperjuangan ~



Friday, December 10, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga

UKHTI MUSLIMAH….AKU WASIATKAN KEPADAMU….
RENUNGILAH KISAH DI BAWAH INI.


Temanku datang dalam keadaan yang tidak seperti biasa, hari ini dia datang dengan menggunakan hijab. Teman-teman yang lain pula mulai mendekatinya, ingin mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi dengannya, kemudian salah seorang diantara kami bertanya :

“Loh? Ini baju baru model apa yang kamu pakai…Apa sebab kamu memakainya?”
Dia menjawab dengan hati senang dan bangga , “ini adalah hijab yang Allah wajibkan kepada setiap muslimah, apakah kalian tidak mendengar Firman Allah : “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”( QS Al Ahzab :59)

Dan apakah kalian juga tidak membaca Firman Allah : “Katakanlah kepada wanita yang beriman , Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya”( QS An Nuur : 31)

Kemudian salah seorang dari kami bertanya dengan nada tidak senang …
Kenapa Islam mewajibkan wanita untuk menyembunyikan kecantikan dan keindahannya?! Padahal keduanya adalah daya tarik dan perhiasannya?”

Diapun menjawab…
"Ukhtiku yang mulia…Sesunguhnya hijab adalah perintah Allah yang Maha Pencipta dan Penyayang dan diwajibkan bagi seluruh kaum hawa .Tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya. Hijab ibarat kulit pembungkus mutiara, bukanlah untuk menutupi keindahan mutiara tetapi untuk memelihara dan menjaga agar keindahan dan kecantikannya tetap murni dan tidak ternoda.”

Ukhtiku yang baik, sesungguhnya disebalik jilbab yang syar’i itu terdapat makna kehidupan , iman dan kesopanan. Kerana kecantikan itu bukan disebabkan make up yang dipoleskan pada wajah, atau kerana pakaian-pakain yang menyesatkan, tapi sesungguhnya kecantikan yang sebenarnya berada dalam hati seorang mukminah yang kuat iman, sempurna akhlak dan cinta kepada Allah dan Rasulnya.”

Kami pun segera menghujaninya dengan pertanyaan baru…"Apakah kamu tidak khuatir justeru dengan hijabmu ini akan menghalangimu untuk mendapat jodoh?"

Dengan hati yang mantap kembali dia menjawab…"Apakah kalian belum mengetahuinya wahai saudariku muslimah "…Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ….” (QS An Nuur :26)

“Wahai saudariku muslimah…Sesunguhnya aku tidak akan pernah rela menikah kecuali dengan laki-laki yang berpegang teguh terhadap agama Allah dan inilah yang kujadikan cita-cita untuk kehidupanku di masa yang akan datang. Adapun seorang suami yang memperbolehkan isterinya untuk memperlihatkan perhiasannya di depan umum dan menghinakannya di hadapan manusia , apakah dia tidak menyedarinya bahawa sesungguhnya dia telah mengambil hak Allah, kalau begitu bagaimana laki-laki seperti itu mampu menjaga diriku dari api neraka?”

Kembali seorang dari kami bertanya :

“ Wahai ukhtiku , bagaimana dengan mereka yang akan mengejekmu dan menuduhmu sebagai orang yang ketinggalan zaman?”

Dia pun kembali menjawab : “ Kenapa kamu mempercayai kata-kata syaitan dan teman-temannya yang selalu berusaha menjauhkan kita dari jalan Allah? Sesungguhnya kebatilan itu walaupun terletak di dalam sumur yang dalam, pastilah akan tetap berusaha untuk terus menggodamu hingga kamu mengikutinya dan akhirnya menghiasimu dengan perbuatan buruk yang hanya menjadikan kamu terlihat indah di hadapan manusia. Inilah keburukan yang sebenarnya !!! Iaitu ketika kita mengikuti kata- kata syaitan hanya untuk terlihat baik di mata manusia…”

“Wahai ukhti muslimah…aku nasihatkan kepadamu sekalian…Sesungguhnya hanya ada dua pilihan bagi kalian, tinggal di neraka untuk selamanya atau tinggal di syurga untuk selamanya dan tidak ada kata lain untuk lari dari apa yang telah Allah dan RasulNya tetapkan , sabda Rasul :

Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat (pada zaman ini) satu kaum yang memegang pecut(cemeti) bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia , dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang , merayu-merayu menarik hati dan berlengang-lengang membesarkan kondenya bagaikan punggung untuk yang mereng, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal baunya sungguh bisa tercium dari jarak perjalanan lima ratus tahun. ( Hadis Riwayat Muslim)

“Ukhtiku muslimah , apa gunanya menutupi sebahagian badan tetapi membuka sebahagian yang lainnya atau memakai pakaian panjng akan tetapi ketat sehingga membuat mata laki-laki terpesona? ..Apakah kamu mahu mengikuti budaya barat yang membuat kemuliaanmu terletak dipakaian yang dipersempit. Hati-hatilah, kalian adalah murobbi umat dan dari tangan kalianlah akan lahir generasi -generasi handal . Hati-hatilah , kamu ibarat bintang kejora yang sedang bersinar yang sinarnya akan mempengaruhi segala sesuatu disekelilingnya ..”

Saat itu aku pun menyedari akan kebenaran kata-katanya , ucapannya terus merasuk ke lubuk hatiku yang paling dalam. Timbul keinginan dariku untuk kembali ke jalan Allah dengan menghidupkan iman dan keyakinan yang kuat , aku pun ingin merasakan manisnya ketaatan…Berlinanglah air mataku sebagai tanda penyesalan.

Kemudian aku pun berkata “ Ukhtiku …Semoga Allah membalas kebaikanmu..ajarilah aku bagaimana hijab yang syar’i itu? Aku ingin memperbaiki diriku dihadapan robbku dan sungguh aku menyesali segala perbuatan maksiat yang pernah aku lakukan .”

Wahai muslimah…sesunguhnya diwajibkan bagi kamu untuk menyembunyikan perhiasanmu dan hendaklah akhlakmu adalah sifat malu dan kesopanan adabmu adalah islam , hiasanmu adalah taqwa kepada Allah, qona’ah dan redha kepada Robbmu dan diwajibkan kepadamu untuk memakai baju panjang yang menutupi seluruh badan . Lebar dan tidak sempit , tidak menonjolkan anggota tubuh , tidak melenakan pandangan laki-laki , tidak juga menyerupai pakaian kaum laki-laki dan tidak menjadi buah bibir orang.

Wahai muslimah, hati-hatilah dari menyelisihi petunjuk Islam yang akhir-akhir ini sering terjadi seperti memakai minyak wangi ketika keluar rumah , memakai baju yang ketat dan terbuka atau memakai celana panjang , ataupun mewarnakan kuku yang bisa menghalangi air sampai ke tempat-tempat wajib wudhu sehingga merosak keabsahannya. Sungguh menyedihkan kerana hal ini banyak dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya berhijab.

Dan kepada para muslimah yang istiqomah hendaklah selalu berakhlak mulia dan berpegang teguh terhadap syariat Allah:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) “ (QS Al Hadid: 16)

p/s : Bukan mudah untuk menggapai keredhaan Allah, namun besar juga ganjarannya. Semoga kita mampu utk berubah dan menjadi wanita Islam yang terbaik... InsyaAllah.

Tuesday, December 7, 2010

Mencipta LANGKAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama saya mengetuk-ngetuk keyboard untuk mencari ayat-ayat terbaik untuk saya tulis kan di atas hamparan blog ini agar pembaca dapat menerima maksud yang ingin dsampaikan. Sebelum terlambat syukur alhamdulillah tidak terhingga saya ucapkan kerana sehingga ke saat ini masih dberi peluang dan ruang oleh KEKASIH TERAGUNG untuk terus menikmati kehidupan ini.

Sedar tidak sedar kini telah memasuki awal Muharram, di mana jika di imbau sejarah terdahulu, berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW serta ummat Islam dari Mekah ke Madinah. Namun, kini secara lahiriah sememangnya tiada penghijrahan lagi selepas penghijrahan baginda tetapi secara kefahaman konseptual sebenarnya apa yang penting adalah bagaimana kita menghayati peristiwa hijrah tersebut seterusnya mengimplementasikan dalam kehidupan kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik


ADA APA DENGAN HIJRAH?

Tarikh 1 Muharram ini tidaklah sepopular tarikh 14 Februari yang sentiasa diingati. Beginilah keadaan ummat ISLAM dalam sebuah negara Muslim. 
Samada kita sedar atau pun tidak, ramai antara kita tidak ambil cakna atau peka dengan peristiwa2 Islam, menyebut kedatangan 1 Muharram pun pasti ramai yang tidak merasai apa-apa pun. Berbanding menyebut kedatangan tahun baru pada tarikh 1.1.2011... 

Jika iktibar dari peristiwa hijrah baginda dan ummat Islam beramai-ramai ke Madinah dapat melebar luaskan lagi dakwah Islamiyah, kini kita lihat pula apakah Hijrah kita utk kali ini dan persoalkan apakah manfaat yang bakal kita berikan untuk Islam?

Firman Allah SWT dalam surat cintaNya,
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran " ( Surah Al-Asr )
Jika dahulu KITA seorang yang sering melewatkan solat,
Maka apakah kini tidak mahu kita berhijrah utk memastikan solat KITA di awal waktu?
Jika dahulu KITA sering mengucapkan kalimah Cinta dan sayang pada yang TIDAK halal,
Maka apakah tidak mahu kita berhijrah agar dihadiahkan cinta pada yang SATU?
Pernahkah dahulu KITA melawan atau mengecilkan hati orang tua?
Maka pada ma'al Hijrah ini mengapa tidak KITA berubah menjadi anak yang soleh?
Adakah dahulu kita sering melewati sejadah di satu pertiga malam selalu?
Maka apakah tidak kita berhijrah untuk lebih kerap menghadapNya...

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Satu, terlalu banyak dosa dan kesalahan yang aku lakukan..
Pada keberkatan Awal Muharram ini, aku memohon agar setiap sesuatu yang bakal ku lalui menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya dan mudah-mudahan aku menjadi seorang SRIKANDI Islam yang tidak pernah penat dan lelah memperjuangkan agamaMu...

MALU UNTUK BERUBAH

Aku ingin berubah tetapi Aku malu... 
Nanti apa pula yang akan diorang cakap bila tengok perubahan aku ni?

Pasti ramai antara kita yang melalui konflik begini, sesungguhnya inilah yang dikatakan akhir zaman apabila ISLAM hanya pada nama. Kita sebagai Muslim sendiri malu untuk melakukan kebaikan dan melaksanakan apa yang ALLAH SWT perintahkan. Bahkan kita malahan tidak segan melakukan perkara-perkara yang berdosa secara teranga-terangan. Kerana APA?

Kerana ramai yang melakukannya...Taklah segan sangat...
Saya ingin memetik apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW,

" Islam itu akan datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dalam keadaan asing. Maka beruntunglah mereka yang berada dalam keadaan asing itu "

Jalan menuju AKHIRAT itu adalah dalam pilihan kita, tiada siapa yang akan menyelamatkan kita dari kesesatan melainkan KITA sendiri yang memastikan jalan yang KITA pilih itu adalah jalan yang lurus.
Walaupun begitu, berada di jalan yang lurus ini, bukanlah semudah perkataannya. Dalam sepanjang perjalanan itu, pasti KITA akan dihidangkan dengan pelbagai ranjau dan duri-duri yang bakal merencatkan perjalanan kita. 
Sekiranya KITA gagal melepasinya dan berputus asa, maka terputuslah RAHMAT ALLAH utk kita,  bahkan kita mula buka ruang KEGAGALAN untuk menuju ke akhirat yang mana akhirnya terjatuh ke lembah hina.

Susah, Sukar, Payah, Sakit dan banyak lagi perkataan yang boleh digambarkan untuk berada di atas jalan berliku ini...

Pernahkah kita bermuhasabah?

Sepanjang kita hidup ini, 
Apakah sumbangan KITA untuk Islam?
Islam disampaikan oleh Rasulullah SAW beserta Syari'at,
Namun terlalu sedikit mereka yang mengikut Syari'at,
Apa nak jadi Ummat di akhir zaman ini?
Apabila melihat kebaikan dilakukan,
KITA memandang sinis malahan tidak tersentuh hati untuk berubah,
Sikap sombong dan Kikir diri terus menguasai...

Maka pada hijrah kali ini, mudah-mudahan kita bertekad dan bersungguh untuk ke arah yang lebih baik..







Al-Faqir ilaAllah...

-Nur Syawana Murad-

.

Thursday, December 2, 2010

Kelembutan LIDAH menghunus Pedang




LIDAH adalah suatu senjata rahsia yang seringkali kita tidak sedar akan ketajamannya.
LIDAH ini lembut tidak bertulang, kerana itu kita mudah sahaja menggunakannya sewenang-wenangnya, jika bertulang Pastinya ada kawalan...

Selaku seorang hamba Allah di muka bumi ini, terlalu banyak nikmat kurniaanNya kepada kita. Salah satu daripadanya adalah nikmat berkata-kata dan  bersuara. Saya ingin memberikan satu analogi untuk ini, apabila seorang pencipta itu menghasilkan sesuatu dan memberikan segala yang terbaik buat ciptaannya, maka apakah balasan sebaiknya yang perlu ciptaannya itu balas? 

Dari aspek tasawwuf akhlak, pastilah ciptaannya perlu menjaga setiap aset nya dengan sebaik-baiknya dan bersyukur dengan pemberiannya. Tetapi sayangnya, ramai antara kita jarang mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh pencipta kita. 

LIDAH itu yang meluncuskan kalimah utk berkata-kata,
seringkali tidak dijaga dan dipelihara,
Kita selalu mengikut nafsu apabila ada yang tidak berkenan di hati,
Kita sukar sekali menahan amarah daripada melepaskannya sesuka hati,

LIDAH itu yang lembut menghunus pedang dalam diam, 
Sehingga menyebabkan luka-luka yang dalam,
Sehingga seringkali sukar sembuh semula,
Lalu menjadi barah yang membusuk...

Namun sebaliknya bagi LIDAH yang beralun pada kawalan yang satu,
Biar sukar di kawal rapi namun di cuba sebaiknya,
Dengan peringatan wahyu ilahi,
Acapkali sebelum lontaran kata-kata di utus,
Diuji kesan baik mahupun buruknya pada yang menerima utusan.
Pada penerimaan aqal dahulu,
Kerana sekali lontaran tidak akan berpatah balik.

Ingatilah firman Allah SWT dalam surat cintaNya,

Orang-orang beriman tentu akan berhati-hati dalam menggunakan lidahnya. 

"Wahai orang-orang beriman takutlah kalian pada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang benar." 
(QS Al-Ahzab:70).

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud:

 “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? 
Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. 
Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. 
Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? 
Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” 
(Hadis riwayat al-Tirmizi)

InsyaAllah, mudah-mudahan ini adalah peringatan terbaik buat diriku dan semua pembaca yang sudi membaca artikel ini. Sesungguhnya bersamalah kita menjaga LIDAH kita. Biarlah ketajamannya terhunus pada yang benar....







Al-Faqir ilaAllah....

-Nur Syawana Murad-

Wednesday, November 24, 2010

HIDUP dalam KEMATIAN



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas pinjaman nafas hingga kini, saya mendoakan agar semua pembaca juga sentiasa dalam keadaan sihat dengan nikmat Iman dan Islam. 

Setelah agak lama blog ini tidak berbicara, kerana pemiliknya sedang sibuk dengan urusan PEPERANGAN di Medan IMTIHAN dunia... Alhamdulillah telah selesai menjawab EXAM, doaku semoga Allah berikan kemenangan kepada kami semua.



.::.SYUKUR.::.


Hari ini saya mendongak melihat langit yang luas terbentang, SUBHANALLAH! Maha Suci Allah yang mencipta alam dan memberikan nikmat buat hamba-hambaNya. Dari langit yang luas terbentang, maka diturunkan hujan sebagai rezeki buat makhluknya di muka bumi ini. Maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH...

Kemudian saya melihat kepada selautan manusia sekeliling yang sedang sibuk dengan pebagai urusan, dan saya melihat diri saya sebagai hamba TUHAN. Saya terfikir dan kembali merenung sebuah hakikat kejadian insan. Sebenarnya apakah tujuan kita diciptakan?

Kita semua dilahirkan di muka bumi ini adalah utk beribadah kepadaNya... memetik ayat-ayat cintaNya.

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”. 
[Adz Dzariyat [51] : 56].

Kita perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang MUSLIM.
Kita perlu bersyukur kerana masih dberi peluang untuk memohon ampun walaup sering melakukan kesalahan.
Kita perlu bersyukur kerana masih dikurniakn nikmat yg kita peroleh sekarang.

Namun, kita sering tidak mensyukurinya. Kita hidup, melihat dengan mata yang dipinjamkanNya, mendengar dengan Telinga yg dpinjamkanNya, berkata-kata dengan lidah yang dipinjamkanNya... serta byk lagi yang dpinjamkanNya... begitu juga sekeping HATI yang realitinya hidup dengan izinNya.

Apakah kita sedar bahawa kita ini hanya hidup pada zahirnya namun hakikatnya kita Mati HATI.


HATI YANG MATI


Pernahkah kalian bercinta atau mencintai seseorang? Apakah perasaan yang hadir apabila melihatnya atau teringat akan dia? Pastinya getaran rindu itu hadir, dan pastinya ingin selalu teringatkannya...

Maka apakah keadaan itu turut berlaku malah lebih lagi sepatutnya pada yang sewajarnya? Cuba sebut kalimah ALLAH SWT dengan sepenuh hati, dan sepenuh perasaan, adakah kita merasai kehadiran GETARAN rindu itu atau tidak ada apa-apa reaksi pun! 

Astaghfirullahazim! Inilah yang saya katakan, kita hidup pada jasad tetapi kita mati pada sekeping Hati...
Saya buka lembaran sejarah ummat terdahulu... SubhanaAllah! Hebat sungguh mereka menzahirkan cinta kepadaNya. 

Saidina Umar Al-Khattab apabila ingin menghadap Tuhan dalam solat, ketika ingin berwudhu' sahaja telah bercucuran air matanya. Mengapakah? Kerana dia takut seandainya wudhu' tidak sempurna untuk bertemu Tuhannya. Bandingkan dengan kita? Astaghfirullahalazim!

Lihat pula apa yang berlaku pada pejuang agama Syed Qutub, apabila diperintahkan utk menangkapnya dan dikurungkan kerana tulisannya yang menegakkan kebenaran Islam telah menggugat kerajaan ketika itu. Apa yang dikatakannya tidak lain hanyalah kerana cintaNya, tidak sekelumit pun takut pada manusia. Biar apa pun yang dilakukan, yan dikejar adalah redha dan cintaNya... Maka, tegak dan tetaplah dia pada jalannya.


HAKIKAT HIDUP 


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". 

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" 

Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. 

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 

H.R. Abu Daud  

Apakah kita fahami dari maksud hadis itu? Marilah kita bersama-sama merasai perasaan BerTUHAN dalam diri dan Hiduplah dalam erti kata yang sebenar...

Hanya padaNya yang layak disandarkan cinta,
Cintailah Dia dengan sepenuh hati,
Raihlah cintaNya dengan sebaik-baik cara....
Tiada apa lagi yang diharap melainkan RedhaNya...




~~Al-Faqir ilaAllah Nur Syawana Murad~~

Monday, November 15, 2010

HADIAH dariku UNTUKMU


HADIAH dariku UNTUKMU ADIKKU...



 
Istimewa buat adindaku yang dsayangi kerana Allah… Nur Farah Ain Bt. Abu Hanipah

Alhamdulillah, tanpa disedari telah 3 tahun kita menjalin ukhuwwah... Sesugguhnya kakak bangga dengan di mana keadaanmu kini... Pasti masih segar dalam ingatanmu, tatkala kali pertama kita bertemu sebagai housemate, dan di situlah segalanya bermula... Syukur kepada Alllah untk sebuah pertemuan ini...

Walaupun ikatan kita bukanlah sebagai saudara sepertalian darah namun kita telah mengikat ukhuwwah persaudaraan atas dasar Aqidah Islam... Indah sekali Ukhuwwah yang kita bina ini... susah senang kita bersama... 

 Seperti Firman Allah dalam surah Al-Anfal , ayat 63 :  

Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
  
Pada hari kelahiranmu yang ke - 21 ini, tiada apa yang mampu kakak berikan kecuali sebuah doa yang sering ku titipkan buat adik2ku...  ISTIMEWA buatmu sis Farah...


- Pada hari kelahiranmu ini, ku doakan agar Farah dipanjangkan usia utk terus 
beribadah kepada Allah.

- Semoga dimurahkan rezeki mu, dan dberi kejayaan yang cemerlang dalam segala aspek hidup.

- Semoga Allah sentiasa memberkati setiap langkahmu sebagai langkah seorang Srikandi... 

- Semoga adikku ini terus istiqamah dalam perjuangan ini biarpun pelbagai
jerih payah yg perlu kita tempuhi...

- Semoga Farah dikurniakan seorang Khalifah yang terbaik utk memimpin dirimu dan keluarga ke arah menggapai mardhatillah... 
( dalam gurauanmu, akk tetap mndoakan yg terbaik buatmu sis )... (^_^)

- Matangkanlah dirimu seiring dengan usiamu..

- Apabila semakin meningkat usia, maka semakin hampir kita pada kematian.. Manfaatkanlah waktu yang ada ini...dengan sebaiknya...


Pelbagai perkara telah kita hadapi bersama.. adakala terguris perasaan, adakala terlebih perbuatan... i may be not a direct person.. But one thing u should now sis... I LOVE YOU FILLAH... ( Sayang Farah kerana Allah )... Always remember all the MOMENT we got together...



Saturday, November 13, 2010

:: Jika Belum SIAP, Cintai Dia Dalam DIAM ::

Jika Belum SIAP, Cintai Dia Dalam DIAM 



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...



P/S : Saya ambil dari blog sahabat utk renungan kita bersama. Ayuh kita mnjaga kesucian hati, dan biarlah masa menentukan, ayuh persiapkan dri...

As a SRIKANDI, jadilah seorang Srikandi yang terbaik dan berharga utk masa depan kegemilangan Agama. Bgitu juga buat yang bergelar Mujahid...


Oleh itu, janganlah bermain dengan api... renungan buat semua..



HATI WANITA...



Hati wanita,

Hatinya begitu lembut,

Namun agak sukar untuk disentuh,

Bila sudah disentuh jangan sesekali melukainya.

Hati wanita,

Bila sudah ditawan dia bagai layang-layang yang memerlukan tali,

Semakin kuat tali semakin kuat kebahgiannya,

Ketenangan hatinya akan kekal selagi mana tali itu tidak dikasari oleh orang lain.

Hati wanita,

Lembutnya bagaikan kapas dan embunan salji diTurkey,

Sekali digapai dia akan tetap dalam genggaman,

Apabila dilepaskan ia akan cair dan mengalir ke tanah,

Namun dia tetap akan mengingati siapa yang menggenggamnya pada awal penurunannya.

Hati wanita,

Kelembutannya itu tersirat pada batinnya,

Luarannya terkadang seperti kerasnya batu di Bukit Fraser,

Bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarkan lah dia untuk seketika,

Kerana kelebutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.

Hati wanita,

Cemburumu membuktikan kasih sayangmu tidak terperi,

Kasih sayang terpancar dengan segala ragam kemarahanmu,

Cemburumu itu kadang-kadang tidak difahami oleh mereka yang bergelar lelaki,

Namun jauh di sudut hati mereka, sangat menyayangimu.

Hati wanita,

Ku mohon kemaafan pada hati yang telah terluka,

Bukan niatku untuk melakukannya,

Namun terkadang aku terleka dengan ujian dunia,

Menjadikan aku alpa pada PENCIPTA.

Hati wanita,

Biarpun hatimu itu telah terluka,

Kesalahanku tidak mendapat kemaafan,

Kau biarkan diri ini menanggung derita,

Hidup dalam rasa bersalah menjadikan diriku tidak keruan,

Namun percayalah tidak pernah terlintas untuk menyakitinya.

Hati wanita,

Bila disentuh ia akan bergoncang,

Berkoncang seperti mana gempa bumi di Medan,

Jangan dikotori kesuciannya,

Lupakan kisah lama,

Semailah ia dengan roh KEIMANAN,

agar segala luka dan lara dapat diubati sebaiknya.

"MAAFKKAN DIRI INI WAHAI TEMAN"




Nikmatilah hidup dengan bernafas sebagai jiwa seorang HAMBA Allah!

Ilahi ANTA Maqsudi wa redhoka Mathlubi, a'athiini mahabataka wa maghfirataka...







sumber : internet
NB. Postingan temannya Aldiansyah(Share by: Arytha Rusianty), DAN dari Blog Sakinah KMM ( kredit to her )


Followers