Wednesday, August 18, 2010

Bingkisan Hati UntukMU...

Lama juga saya berfikir dan merenung kehidupan yang sedang saya lalui kini, terasa pelbagai rencah dan rempah digaul untuk resipi sebuah kehidupan yang telah saya sandarkan dan sedaya upaya bertahan atas landasan yang sangat mencabar ini. Membentuk diri melalui sekeping hati yang suci murni amat2 payah, dalam keadaan pelbagai panah datang menghujani, terkadang membuatkan diri saya ini hampir2 tersungkur.
Maha Hebat ALLAH! Betapa besar sungguh ujian tarbiyah didikannya dalam institusi Ramadhan ini. Mampukan Hatiku untuk terus kental? Atau perlu saya memilih jalan untuk jauh dari semua ini? Sudah pasti tidak, tidak sama sekali!
Dalam keadaan masalah2 yang hadir, pada siapa lagi akan kita rujuk kalau bukan padaMU Ya ALLAH..
Tika ini, saya mula menyoal diri, selama ini saya sering mengatakan cinta dan kasih sayang ku hanya pada ALLAH perlu disandarkan, tetapi sebenarnya amat sukar untuk menghadirkan perasaan itu kerana fitrah manusia akan lebih menghargai dan mnyintai yang dilihatnya, yang buatnya tersenyum, gembira bahagia.. Kalau difikir-fikir, sepertmana org2 yang mengalami percintaan sedang dalam perasaan bercinta, pastinya akan sering teringat akan pasangannya, bila dapat jumpa, atau bertelefon, gmbira yang amat2, sayang, jaga hati dsb pasangannya...

Tetapi bagaimana pula kita lakukan untuk cinta Teragung yang sepatutnya kita letakkan?... Bila susah baru teringatkan ALLAH, bila dah terima musibah baru terasa ALLAH itu dekat sebenarnya.. Tika ini, saya bedoa agar terus dapat meletakkan cinta ini kepada ALLAH, sebagaimana perlu merasai kosongnya hidup, tidak bahagia tnpa ALLAH di sisi.. Bgaimana?.. Perlulah sentiasa saya hadirkan kekasih saya ini dlam hati, tiada dua, 3 dsb.. Apa2pun, hnya ALLAH yang utam.. Jika keyakinan dan kerinduan ini dapat saya kukuhkan, iALLAH akan lahirlah srikandi yang mersai knikmatan berada dalam cinta ALLAH...

Semoga ALLAH sudi untuk terus hadiahkan cintaNYA utk ku serta seluruh ummat ISLAM yang meraih cintaNya...

No comments:

Post a Comment

Followers