Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah kami melaksanakan Karnival Penghayatan Islam buat kali pertamanya di UTeM… Setelah penat lelah, jerih payah yang dilalui, menyaksikan setiap program dilaksanakan merupakan satu saat yang indah dan memori yang sukar dilupakan, banyak pelajaran yang saya belajar dan juga mengenali sikap2 manusia ciptaan ALLAH ini. Ada pelbagai ragam makhluk Allah yang mulia ini… Kadang-kadang terasa mudah air mata nak tumpah, tapi saya masih cuba bertahan, biarlah hanya ALLAH yang mengetahui, kerana Dia saya berdaftar di Universiti KEHIDUPAN ini dan kerana Dia juga saya memilih kos PERJUANGAN ini. Maka saya perlu redha dan tabah menerima setiap kuiz, assignment, test dan exam yang diberikannya. Teringat kata-kata dari Naqibahku di KISAS dahulu, lancar keluar dari ,mulutnya… kupasan terhadap sebuah hadis…
“ Sesungguhnya memegang ISLAM ini ibarat memegang bara api, untuk memastikannya terus membara, kita perlu terus memegangnya walaupun tangan yang memegang akan sakit dan melecur, dan pastinya keperitan yang dirasai “
Saya setelah beberapa bulan berada dalam pimpinan, serasa banyak lagi yang belum dilaksanakan dengan amal fardhi diri yang amat2 kurang x layak rasanya memikul taklifan Ilahi ini. Namun begitu, sedaya upaya akan saya cuba sudahkan ia dengan sebaik-baiknya sebelum dipersoalkan dan menemui ALLAH kelak.
Sedikit perkongsian bait lagu Ustaz Akhil Hayy
Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura pura didalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai ku bermadah pujangga
Jika ada benci dihati
Oh katakanlah padaku
Relaku terima walau kutukan
Asalkan aqidah terjaga
Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan dustur ilahi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang terluka.
Tuhan ku mohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali
Teman kita paterikan disini
Berakhir sebuah lamunan duniawi
Terima syukur taufik ilahi
Tuhan ku mohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali.
Di dalam badan ada seketul daging, jika baik maka baiklah kita… itulah HATI. Mendapatkan sekeping hati yang tulus ikhlas sangat sukar, sepertimana hukamak mengatakan KEIKHLASAN ITU IBARAT SEMUT HITAM YANG BERJALA DI ATAS BATU HITAM DI WAKTU MALAM. Siapa yang Nampak, biarlah ALLAH sahaja yang menilai. Sukar sebenarnya mebentuk hati yang ikhlas, semoga berkat kedatangan RAMADHAN ini, mensucikan hati-hati kita semua,bersama kita mengutip seberapa banyak ganjaran pahala dalam bulan yang mulia ini. Semoga ALLAH sudi memandang hambaNYA ini.
No comments:
Post a Comment