Assalamualaikum, di sini saya mengucapkan selamat menikmati ibadah di bulan mulia ini, smg kita semua mdapat keberkatan dari ALLAH SWT. InsyaAllah di sini, ada satu artikel yang ingin dikongsikan, mudah-mudahan berkat Ramadhan ini, teruskan perubahan. Sayangnya ramai dikalangan ummat islam tewas dengan rokok, sedangkan di Yahudi sendri haram merokok ni, tetapi dalam kalangan kita ramai yan tewas, nikmati rokok, bazirkan duit, dan bazirkan nyawa perlahan-perlahan.. Astaghfirullah. Mga dapat hidayah utk perubahan ini...
Salah satu strategi untuk berhenti merokok adalah dengan berpuasa. Ini adalah kerana berpuasa boleh menjadi satu usaha pembentukan siasah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu. Tabiat merokok menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis pergantungan.
Pertama pergantungan psikologi atau mental. Ini termasuklah keselesaan bersosial yang sering dijadikan alasan untuk terus merokok. Malah ada perokok yang mendakwa kononnya merokok boleh memberikan ilham atau motivasi untuk mencapai matlamat.
Kedua pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang itu mengalami ketagihan dan menyebabkan pelbagai kesan jasmani apabila ia berhenti merokok. Berpuasa merupakan satu latihan yang amat berfaedah khususnya untuk mengatasi pergantungan akibat merokok. Ini terbukti kerana semasa berpuasa ramai yang dapat menahan diri daripada merokok. Di sini letaknya soal azam, apa lagi dengan kesedaran bahawa amalan rokok itu sering berlawanan dengan kehendak agama dari segi pembaziran wang dan usia.
Persoalannya mengapa sebaik saja berbuka puasa ataupun Hari Raya tidak kurang pula yang kembali merokok. Di sini letaknya niat satu proses mental yang boleh mengatasi tabiat merokok.
Pada bulan Ramadan ini Pusat Racun Negara ada menawarkan Perkhidmatan Telekempen Antimerokok untuk membantu anda berhenti merokok. Jika anda memerlukan bantuan sila dail 1-800-88-8099 (talian bebas tol).
DARI.... http://www.kujie2.com/artikel/puasa-cara-terbaik-berhenti-merokok.html
No comments:
Post a Comment