Saturday, October 30, 2010

Memaknakan sebuah TAKDIR


TAKDIR sebuah kehidupan itu ada yang boleh kita ubah mengikut pada keadaan hamba itu, namun ada yang hakiki, tidak boleh diubah. Saya terfikir dan saya sering merenung perjalanan kehidupan saya, tidak semua yang saya impi dan inginkan akan saya perolehi. Kehidupan kita ini percaturannya adalah sangat unik, bukanlah seperti pengiraan yang mudah 2 + 2 jawapannya pasti 4 tetapi saya harus mengerti dan fahami awalnya saya rancang A tidak pasti akhirnya yang akan saya dapat A, mungkin sahaja B, smuanya adalh ketentuan Ilahi. Sebagaimana firman ALLAH SWT :

" Kita Merancang, Allah juga merancang, namun sedarlah bahawa ALLAH lah sebaik-baik perancang "

Kerana apa? Kita merancang sesuatu itu dengan cita-cita, tetapi Allah merancang sesuatu itu utk kita dengan CINTA-NYA kepada hamba2 Nya. Maka janganlah kita berburuk sangka dengan Allah. Kita ini adalah hak milik kekal ALLAH SWT, kita perlu menyedarinya bahawa kita ini adalah milik ALLAH SWT dan pemilik itu akan memelihara sebaik-baiknya apa yang dimilikinya dengan kasih sayangNya yang Maha Luas.

Ada yang bertanyakan kepada saya, apakah TAKDIR ini ditentukan begini, apabila berada di jalanNya ini? Penuh dengan liku dan duri, mehnah dan tribulasi?

Bukankah Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang? 

DIA pasti adil dalam membuat penilaian. Maka haruslah kita sedari bahawasanya kita ini adalah khalifah di muka bumi ini, lalu mengapa mahu mengelak serta lari dari tanggungjawab kita. Janganlah persoalkan mengapakah ini berlaku? 

Berada di jalan perjuangan Rasululllah SAW ini, banyak onak duri, rintangn dan liku yang perlu kita tempuhi, kerana itulah sunnahnya, tidak berjuang jika tiada rintangan yang kita lalui. Sebagai sebuah analogi yang mudah dfahami, apabila kita mendaki gunung, kita rasa sangat susah dan sangat penat utk sampai ke puncak, walaupun ada panduan, dari denai-denai yang dah tersedia. Namun bagi org pertama yang membuka jalan ke puncak gunung itu, pasti berkali-kali ganda susah dan payahnya dia kerna dia memulakan sesuatu itu, dan kesannya selepas itu, ramai yang dapat naik ke puncak. Begitulah dengan diri kita, diibaratkan org pertama yang membuka jalan itu pastilah Rasulullah SAW insan pertama yang memulakan perjuangan ini, dan kitalah org kemudian itu yang menyambung perjuangan Baginda. 

Selepas Rasulullah SAW, adakah mana2 Takdir sahabat mahupun pejuang ini melalui jalan yang mudah? Maka mengapa harus kita cepat melatah.Kerana makna sebuah TAKDIR itu perlulah kita renungi dan hayati walau sesukar mana. Sekiranya kita mengimunekan diri kita dengan berbaik sangka dengan setiap TAKDIR yang Allah aturkan utk kita, maka pastinya kita akan bersyukur, menjadi ABDAN SYAKURAN. Malahan kita akan lebih bersemangat dan menjadikan setiap ujian yang hadir sebagai penguat kepada kejayaan. Sesungguhnya perjuangan ini sangat payah, penuh rintangan dan penuh keringat dan air mata, bersabarlah, andai makna sebuah TAKDIR ini akan membahagiakn kelak, maka jalan inilah yang akan terus ku tempuh.

Teruslah dan tetaplah dengan setiap perintah Allah! Carilah galian-galian berharga Islam...

Ketika takdir Allah itu sulit dan sukar untuk difahami, maka kembalikanlah kepadaNYA, kerana memang ada lorong gelap yg sulit untuk dijangkau dngan ilmu yang sejengkal cuma, namun tidak sulit untuk direnungi dan dihayati. Maka di ruang inilah tempat ku sandarkan sgala pengharapan. Di ruang inilah energi Tawakkal diletakkan, kepasrahan dilabuhkan. Akhirnya,akan ku mengerti bahawa takdir ALLAH adalah cintaNYA kepadaku.

WIN or DIE, TRYING IT!

Saya ada mendengar lagu terbaru Sami Yusuf yang bertajuk You Make Me Strong, alhamdulillah sangat bermakna bait-bait lirik nya, iAllah saya kongsikan dsini utk kita sama2 hayati.

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
 
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
 
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
 
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
 
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me 
This waiting comes with
Trials and challenges
 
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
 
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
 
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
 
I know the road is long
Make me strong




Thursday, October 28, 2010

TAFAKUR SEDEBU SEORANG PEJUANG

Ibadah LESU, akhlak sesama manusia TERABAI, rasa berTUHAN hanya diPINGGIRAN, tetapi telah berdaftar sebagai PEJUANG ISLAM dari Rahim IBU.. Dimanakah KUALITI seorang pejuang ISLAM? Ya ALLAH, Berilah Taufiq dan Hidayah buat kami.

Firman Allah SWT :

" Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? " ( Surah an-Nur : 21 ) 


KITA adalah Khalifah yang telah berjanji dari ALAM rahim utk membawa ISLAM, menjadi mata rantai perjuangan Baginda. Tetapi sayangnya, kita hanya bangkit dengan dipenuhi semangat juang yang tinggi. Alhamdulillah, memang bagus, tetapi sayangnya kita tidak mempelajari dan memahami bagaimana calculation nya seorang PEJUANG ini, apa erti seorang PEJUANG itu. Kerana itulah kita sering leka dan mudah melatah dengan setiap sesuatu yang berlaku.


IBADAH PEJUANG?

Seorang pejuang ISLAM itu, seharusnya banyak amalannya, banyak ilmunya, baik budi pekertinya.
Kita solat, tetapi tidak membangun insan pejuang.. maka samalah kita dengan mereka.

Kita baca Al-Quran, tetapi tidak tersentuh dengan makna dan tafsirannya.. maka samalah kita dengan mereka.

Kita berpuasa sunat, tetapi masih mengeluarkan kata-kata kesat dan lagha serta mengumpat... maka samalah kita dengan mereka.

Kita bangun qiamullail di malam hari, tetapi tidak memberikan kesan pada diri, hati KERAS, masih EGO pada diri dan teman sekeliling, maka samalah kita dengan mereka.

AKHLAK PEJUANG?


Sedar atau tidak, elemen yang manis dalam suatu sifat itu ditinggalkan malah diabaikan.

Manakah sifat TASAMUH seorang pejuang Islam itu?

Manakah sifat kasih sayang sesama Insan seorang pejuang Islam itu?

Beralaskah tutur kata dan bermanfaatkah tutur kata seorang pejuang Islam itu selama ini?

Mungkin kini kita perlu bertanya kembali... layakkah aku menjadi seorang pejuang, apakah akan ku jawab dihadapanNya kelak?

Mengapakah pejuang ini sukar memaafkan dan sukar mnyemai sifat berlapang dada? Maka adakah sama sahaja kita dengan mereka?.... 


APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG?

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,

Tolak ansur engkau tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,

Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,

Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,

Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,

Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,

Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang

Engkau hendak perjuangkan. ..
 

Semoga ALLAH sentiasa memakmurkan hati-hati ini utk terus membawa agamaNYA.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Thursday, October 21, 2010

BIBIR tersenyum, HATI menangis...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, dapat update blog hari ni, kebetulan cuti sempena MELAKA MAJU. Semoga kemajuan material turut seiring dengan kemajuan kerohanian dan material nilai murni diri.

Hari ni, serasa ingin berkongsi artikel berbentuk cerpen dan agak santai sebenarnya. Semoga dapat sama-sama ambil iktibar dan hayati..

Bibir Tersenyum, Hati Menangis...
 
Wardatul Syauqah  merupakan seorang gadis yang sentiasa menjaga perhiasan dirinya sebagaimana namanya MAWAR BERDURI, bermula dari alam persekolahan baik dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah, berkat pesanan dan peringatan yang sering dberikan oleh ayah dan ibunya. Hati suci yang dimilikinya tidak pernah dibiarkan sesiapa membuka pintunya kerana dia mahu menghadiahkannya kepada yang benar-benar layak. Kata-kata nasihat dari Ustazah nya sentiasa dingatinya mengenai pesanan baginda:

Seisi dunia ini adalah perhiasan, dan seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah 


Semakin meningkat dewasa, Syauqah semakin mengenali dan matang dengan dunia perjuangan ISLAM yang telah di kenalinya sejak dari rahim ibunya.

" Syauqah tahu tak, ibu rasa bangga dengan anak ibu ni, bersungguh-sungguh dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, terima kash nak. "

" Ibu, ini juga kerana hasil didikan ibu dan ayah, juga berkat doa ibu dan ayah. Doakan Syauqah istiqamah ya."

" InsyaALLAH nak, mgkin juga kerana sepanjang ibu mengandungkan Syauqah 9 bulan, selama itulah ibu sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan ta'alim, sedangkan ibu tdak kenal agama sebelum berkahwin dengan ayah. Alhamdulillah, ayah bimbing ibu dengan baik, dan berkat itu jugalah Syauqah membesar sebgai pejuang agamaNYA. Nanti cari suami yang mampu memimpin keluarga dengan bijaksana ya. Ibu serahkan pada Syauqah, anak ibu past bijak buat pilian. "

" Ibu buat Syauqah sedih... insyaAllah ibu, apa pun yang penting adalah restu dan redha ayah dan ibu. Syauqah dan berazam ibu, hanya akan benarkan hati ini dibuka pada seorang yang menggunakan kunci yang betul dan baik. "

Perbualan antara Syauqah dan Ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya. Sekarang berada di penghujung tahun pengajian di universitinya, tidak dinafikan, begitu ramai mujahid-mujahid yang dikenalinya kerana bersama-sama berjuang mnyampaikan risalah dakwah. Bersama dengan itu, begitu teguh ukhuwwah islamiyah yang dibina bersama teman-teman seperjuangan, berkongsi masalah bersama tentang madu' serta soal hati adalah mjadi peguatnya. Pernah hadir 2 org sahabatnya menceritakan masalah mereka berkenaan muslimin kerana mereka tahu, Syauqah sangat rasional dan dia tdak pernah mnyebut tentang konsep Baitul Muslim untu dirinya melainkan mendengar dan membantu sahabatnya.

Boleh dikatakan kedua-dua sahabatnya mengalami hal yang sama, di mana hadir dalam hidup mereka cinta fitrah seorang ADAM, namun sayangnya apabila mereka mula menerima kehadirannya, tenyata pada yang salah kerana ternyata, muslimin itu telah pun berpunya. Terkadang ingin dmarahi kerana kerana sayang fillah yang mendalam pada sahabatnya yang inginkan yg terbaik utk sahabatnya, tetapi apabila dirasakan sahabatnya yang juga seorang Srikandi Islam, tidak dapat membezakan bagaimana sahabat mahupun lebih dari itu. Kerana itu, Syauqah akan sentiasa berjaga-jaga, dan menasihatkan diri dan sahabat agar ikhtilat sentiasa dijaga. Syauqah sangat gemar pada frasa :

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”
Namun begitu, benarlah apa yang diucapkan dalam ayat-ayat ALLAH... bahawa setiap satu perkataan yang dikeluarkan oleh Daie' itu akan diuji pada dri. Maka, tanpa dsedari Syauqah sendri akhirnya diuji, walaupun dia sudah banyak kali berjaya melepasi ujian itu, namun kali ini, Syauqah merasakan sudah tiba masa utk dberi ruang itu. Hati suci yang sentiasa dipagari dan mahal dimiliki kini, telah mula Syauqah buka sedikit ruang untuk seorang Khalifah buat dirinya yang mana dia berjanji pada ibunya Khalifah itu akan memimpin dirinya dan keluarganya kelak dengan hikmah dan bijaksana. 

Dalam istikharah dan solat hajat  yang menemaninya setiap malam meyakinkan, namun hinggalah suatu hari. Seorang sahabatnya memberitahu Syauqah sesuatu.


" Wardah, ana dapat tahu sesuatu, tapi jangan bgtahu orang lain ya? "

" Apa dia Raudhah? InsyaAllah ana simpan rahsia enti. "

" Dan janji enti akan sabar, maaf sebab ana rasa enti agak rapat dengan seorang min ni. Ingat tak ana pernah agak yang dia ni, sesuai kalau enti terima. Tapi, maaflah sebab ana baru dapat tahu, dia rupanya dah ber Baitul Muslim. "

" MasyaAllah, mungkin ini tanda kasih sayang ALLAH, dia tidak mahu ana lalai, tapi ana sedihlah sebab sedikit sebanyak hati ini telah mula meyakini dia untuk membimbing ana, ana dah hampir berikan pada yang salah. Ya Allah ukhti, ana sedih sangat, begitu lama ana mempertahankan keperawanan hati ini, hnya untuk bakal zauj ana, astaghfirullahalazim. "

" Tidak mengapa ukhti, Tarbiyah ALLAH itu amat mahal, enti telah berintima' dengan perjuangan ISLAM dan enti juga telah menjaga diri sebaiknya. Teruskan tersenyum, ingat nasihat enti pada ana dulu? "

" Mestilah ana ingat, insyaAllah ana akan lebih berhati-hati enti "

" Tapi kan, enti tahu tak sebenarnya, min itu dalam dilema juga, dia beritahu zauj ana, dia serba salah sebab pernah beri enti harapan walaupn bukan secara langsung. "

" Ana faham ukhti, tak apalah, ana undur diri, salah ana, kerana tidak tegas dengan prinsip ana, tarbiyah ALLAH itu mahal, ini peringatan daiNYA kan? "

" Ya, enti ni, senyum dekat ana, tapi ana yakin pasti hati sedang menangis.. sabar ya enti "

" InsyaAllah ukhti, doakan yang terbaik utk ana ya. "

" InsyaAllah, cuma ana rasa belum sure lagilah, mungkin baru ta'aruf, enti yakin dengan keputusan ni? Ana maklumkan sebab ana sayangkan enti sebagai sahabat dunia akhirat, seperjuangan, supaya enti maklum awal. "

" Ana x mahu ulang sejarah, biarlah ALLAH yang tentukan, azam ana, ana nak terus intima' kan diri dengan perjuangan ISLAM, terus mencari galian-galian berharga untuk ISLAM. " 


" Ana sentiasa doakan yang terbaik untuk enti, enti sahabat yang terbaik pernah ana jumpa, dan kuat. Jangan lagi hati menangis. tapi kedua2nya ya.."



Syauqah insaf terhadap apa yang pernah dia buat. Syukur ALLAH masih menjaga hati-hati ni... Sedang memandu, disiarkan pula lagu kegemarannya.. Nyanyian kump. NICE, sesekali kita diuji.


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Syauqah teringat akan pesan sahabatnya di Darul Quran satu ketika dahulu, saat mereka bersama2 di alam persekolahan. Satu kata-kata sahabatnya yang tidak pernah dlupakan:


" Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasi sayang ALLAH. Jika engkau kehilangan yang setitis itu, tidak akan merosakkan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki "



Nak sambungan ke?... apa sambungan nak?...

Thursday, October 14, 2010

FASTAQIM KAMA UMIRTA!

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga kita semua dalam keadaan sihat dalam lindungan rahmat ALLAH SWT. Alhamdulillah masih dberi nikmat bernafas di atas muka bumi ALLAH SWT ini. Semoga kita menjadi hamba-hambaNya yang bersyukur.


 InsyaAllah, hujung minggu ni akan berakhirlah taklifan saya yang dirasakan cukup getir utk dilaksanakan selama setahun ini. Iaitu sebagai Naib Yang Di-Pertua 2 BADAR UTeM selama tempoh setahun ini. MasyaAllah, sekejap rasanya tempoh itu berlalu, serasa terlalu banyak lagi hal-hal yang tdak dapat dilaksanakan dan tidak disudahkan. Apabila dimuhasabah kembali diri ini, sedih dan takut utk berhadapan dengan ALLAH SWT kelak apabila dpersoalkan tentang AMANAH dan TAKLIFAN ini. Sedang kita mengetahui, bahawa AMANAH itu adalah suatu  TAKLIFAN iaitu tanggungjawab bukan TASHRIFAN iaitu kebanggaan. Kerana itulah Imam Al-Ghazali juga turut menyatakan perkara yang paling berat adalah AMANAH. Apa yang saya harapkan agar barisan KEPIMPINAN BADAR kali ini kmbali merenung kembali dan bermuhasabah diri dengan setiap tindakan yang kita lakukan, samada sedar mahupun diluar kesedaran. Semoga perjalanan setahun yang kita lalui dalam membawa risalah dakwah di kampus ini, menjadi medan latihan tarbiyah terbaik utk memastikan kita lebih kuat dan istiqamah dalam lapangan dakwah Islam.
Firman Allah Ta’ala:

"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. an-Nahl : 125).

"Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat." (HR. Bukhari dalam Kitab Shahihnya)
Bila sebut tentang istiqamah ini, saya ingin berkongsi satu ayat Al-Quran yang mana dahulunya ketika di KISAS sering dilaungkan serta menjadi moto kepada sekolah. Tetapi ketika itu, tidaklah begitu memahami rahsia dan iktibar dari ayat tersebut, cuma sering menyebut FASTAQIM KAMA UMIRTA. Alhamdulillah tarbiyah awal dari ALLAH SWT, cantik susunan perjalanan hidup yang DIA aturkan. Kemudian baru-baru ini, saya mendengar dari seorang ustaz menyebut tntang ayat TUHAN yang hebat ini, begitu saya syahdu dan merasai zuqnya kini. Kita menjadi seorang pejuang agama ALLAH katanya, namun adakah benar-benar yakin telah istiqamah? Suka saya memetik huraian ayat ini di mana ayat yang telah membuatkan Rasulullah beruban.

Di antara perkara yang menegaskan kepentingan beristiqomah ialah Nabi s.a.w telah diperintahkan supaya beristiqomah.Allah s.w.t berfirman:

(( فاستقم كما أمرت))

Mafhumnya: “Oleh itu hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqomah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu” [huud:112]

Ibnu Abbas r.a berkata: “tidak diturunkan kepada Rasulullah s.a.w pada keseluruhan al-quran satu ayat yang lebih dahsyat dan lebih susah kepadanya drpd ayat ini..”

Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabatnya ketika mereka berkata kepadanya “sungguh cepat kamu beruban”, baginda menjawab “surah huud dan saudara2nya telah menjadikan aku beruban.”

Al-hassan berkata: “setelah ayat ini diturunkan, rasulullah s.a.w menyinsingkan lengan tangannya (serius) sehingga xpernah terlihat baginda ketawa” [dkeluarkn oleh Ibnu Abu Haatim]

Al-Qusyairiy telah menceritakan daripada sebahagian ulama’ : beliau bermimpi melihat Rasulullah s.a.w lalu berkata kepada baginda: wahai Rasulullah! Kamu telah menyatakan bahawa surah huud dan saudara2nya telah menjadikan kamu beruban, jadi ayat manakah yang telah menjadikan kamu beruban?” 
Rasulullah menjawab; iaitu firmanNya yang bermaksud : “oleh itu hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqomah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu”
Saya sangat terkesan apabila membaca akan asbab kpada ayat ini, begitu sukar sebenarnya utk istiqamah. Sebenarnya membawa risalah dakwah dan mnjadikan diri kita dan sekeliling kita baik adalah satu tanggungjawab dan amanah yang semulajadi telah kita pikul, maka taklifan RASMI yang dperolehi atas nama jawatan hanyalah satu medium. Namun, tanggungjawab utk ISTIQAMAH dengan amalan dan dakwah adalah berterusan hingga kita ke liang lahad. Ingatlah perjuangan Rasulullah SAW.

Saya tinggalkan diri saya dan sahabat-sahabat dengan ayat-ayat cinta dari TUHAN sebagai penawar buat hati dan kekuatan jiwa seterusnya membajai sifat ISTIQAMAH dalam diri kita.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
 
“Allah telah menjanjikan untuk orang-orang mukmin laki-laki dan oang-orang mukmin perempuan syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal di dalamnya dan beberapa tempat kediaman yang indah dalam Syurga 'Adn, dan keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar”.

Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) ialah orang-orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahnya)” . (AlAnam; 162-163)

Pesan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : 
  
“Aku membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang pemuda yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampau bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain yang telah dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalanNya. Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya” 

FASTAQIM KAMA UMIRTA!


Wednesday, October 6, 2010

Episod kedua ~ bingkisan rindu buat TEMAN Edisis KMM ~

Alhamdulillah dapat saya mengupdate blog hari ni, sejak akhir-akhir ini kebusy an yang teramat, ini pun masih busy tapi curi masa sikit, iAllah untuk perkongsian bersama. Minggu ni minggu test, quiz, assgnmt, semuanya minggu ni, tadi pun baru sahaja habis test Power Electronic, tak tahu nak bg rating brapa namun  doaku agar trbaik markah yang bakal saya peroleh.
Berbalik untuk penulisan saya hari ni, atas rasa rindu, kasih dan sayang pada sahabat2 yang pernah menyemai ukhuwwah satu ketika dahulu, saya lahirkan artikel ini sebagai pengubat rindu buat saya pada mereka juga mudah-mudahan sebaliknya. Sebelum ini saya bercerita tentang sahabt-sahabat dari sek rendah, Maahad, Kisas. InsyaAllah untuk episod ini adalah satu lembaran kenangan dengan sahabat-sahabat yang amat disayangi kerana ALLAH di sepanjang satu tahun di Kolej Matrikulasi Melaka ( KMM ). 


Sesungguhnya perancangan ALLAH itu yang terbaik, saya tak mahu masuk matrik sebenarnya pada awalnya, coz nak masuk uni terus, namun taqdir ALLAH itu memang penuh hikmah dan kebaikan. Saya masuk ke matrik setelah dipujuk oleh ummi dan abuya, alhamdulillah plan sama-sama dengan Wan Nor Fareha, adik satu dorm juga di KISAS dahulu. Kami plan sampai sama2, dan alhamdulillah saya smpai pada sebelah petang. Perjalanan proses pendaftaran semuanya berjalan lancar, alhmdulillah serta gmbira berjumpa ramai juga sahabat-sahabat KISAS semula, seperti Ummu, Khadijah, Nisah, dan ramai lagi min.

Inilah pengalaman pertama saya bertemu dengan sahaba-sahabat yang mempunyai pelbagai backgound, jika di KISAS dulu kebanykannya adalah background sek agama. Tetapi,dcni saya belajar bertemu dengan madu'2 yang sbenar. Masuk je bilik, kenal 3 orang adik2 comel dan sangat2 baik hati...yang teramat2 akk sayang... Bit, Jat, Jue..dan kemudiannya ada seorang penumpang Diyana, hehe... tapi tu nant dulu storynya..Mula-mula kenal pun dah tahu baik mereka ni..kelakar pun ada, baru hari first dah pulun ambil gmbar sama2... 

Jat2, yang paling suka ambil gambar. SubhanaAllah, sepanjang 1 tahun bersama rommate ku ini, sangat byk ku pelajari erti kehidupan, dengan pelabgai ragam, Jat yang suka dan sudi berkongsi masalah dengan akk, dari A sampai lah penjenayah ya..hehe.. Mantapnya jat, rileks je dia study, tapi scorer, dan jat juga sangat suka terima nasihat, you are so daring sis. Bila akk bg nasihat, mudah awak terima, sedih rasanya sekarang dah tak dapat nak selalu cntact... Tapi, prlahan-lahan sebenarnya kak nak beri keyakinan dalam jat utk feel free stand alone without Guy, alhamdulillah awk terima nasihat walau sukar nak lakukannya.. byk kenangan dengan jat ni.. ingat tak kita dengan Bit ( kejap lagi akk story psal awak ), pada hari first sahur di KMM, akk bangun dan kejut korang,kita org first pergi sahur dekat cafe.. Lpas tu, kita ajak pulak bdak2 Wing, masyaAllah, u all the best sis, dengar kata, sangat baik.. semoga ALLAH trus menyayangi dan memberkatimu adikku.. 

Bit, adik akk yang sangat determination orangnya, betapa kuatnya dia ni study kan Jat?.. Kita semua kagum dengan dia, tapi kalau dia dah berlepas ke Pluto, tak leh nak wat apa..hehe.. comel adik akk yg ni.. Disebabkan kecomelannya inilah, selalu je kami dapat makan free, akibat dibelanja oleh mereka2..hehe.. Bit2.. Ingat tak kita study sama2, sampai pagi sebab esk nak quiz, test.. Bit study, akk pun study kalau tertidur Bit kejutkan walaupun sukarnya nak bangun, hehe.. Kalau Bit tidur, akk kejut..
" Bit! Bit! Bangun, mendarat balik.." dan yang paling tak leh lupa bila Bit berbual di fon, sangatlah happy, kita semua gmbira sekali.. akk rindu dengan kalian..  

Dengan Jue pun, akk x dapat luupakan walau pun masa kita x lama, Jue terima tawaran BPG.. jue dan jat, sangatlah suka "hal-hal" begitu utk diusik gurau, x tahan nak gelak dduk degan korng. Jue ni lawak orangnya, dari cakp dan manja, moga2 Jue gmbira dan bhagia di sana dik, bawa balik kangaroo utk akk ya..kenangan dengan roommate tersayang memang terlalu bnyk, sangat baik, kalian tahu akk busy dengan Nadi Tarbiyah Pelajar di KMM, bila balik je dari meeting korang pasti akan sambut dan syum serta ada je cerita-cerita gmbira utk akk, hilang kepenatan itu...

Adik-adik A4 Wing A,Ummi, sangat bijak dan hormat orang, ummi nak ambil engineerng tapi parents mengharapkan medic, alhamdulillah you still can handle it. Look! So smart you sis..Rindu kat ummi, jgn segan2 kongsi masalah lagi dengan akk ya.. Anis we always talk together, akk cuba yang semampu utk memberi kekuatan buatmu dik. Alhamdulillah, betapa akk kagum dengan sifat Anis yang sangat ikhlas utk berubah, iAllah mudah-mudahan ALLAH membekatimu dik.. Nad, Bella, Jia, Aizan, Ijat, Bila, Biha, Adib,Syidah, dan yg lain2.. terlalu bnyk memori bersama kalian, akk rindu sangat dengan kalian.. dan x boleh lupa Diyana... mrangkap roomate kadang2 kan Jat, Bit?..hehe... Diyana, diyana, sangat hardworking with your work..I'm so proud of u.. Siapa sangka plan awal utk Diyana join JPP menjadi, dan dyana bjaya membawanya.. Selalu datang bilik akk, ngadu masalah, study sama2... Rindu saat itu.. Apa perkembangn terbaru dik? 

Satu perkara yang buat saya selalu merindui mereka ini,kerana sangat baik, alhamdulillah, betapa mereka sangat senang bekerjasama ketika Al-Mulk setiap malam, bertukar2 bilik, sehingga kadang2 ada yang siapkan makanan... SubhanaAllah, betapa indahnya ukhuwwah ni.. Dan bila diminta jadi pengerusi, pasti awal2 ramai yang tolak2, sebab kena baca doa, tapi bila kata akk yang baca doa, korang x kisah.. Dan bila habis Al-Mulk, kalian sangat bagus, pasti ada soalan dan apa2 pertanyaan kalian tanya, korang suka belajar.. SubhanaAllah, sampai kadang-kadang terharu dengan korang.. akk sayang sangat adik2 ni.. kalau prgi masjid setiap khamis pun, korang juga bnyk tlg ketuk2 pintu... Dan ingat akk kita selalu satu wing habiskan masa kat surau kita utk solat, imam ganti2... sempena exam... saat itu sangat kak rindui... MISS u all girls.. (^_^).. tak tahan nak nangis ni... Ijat, Bit, Ummi ada juga dtg Mlaka, kita kumpul sama2 hari tu.. sekejap tapi bermakna cuma x sempat nak solat jemaah dgn korang je, x puas hati!..hehe..

Kenangan bersama-sama adik-adik sahabat2 itu sangat bermakna biarpun mereka tdak sama2 berjuang dalam NTP namun kasih sayang mereka yang ikhls ckup utk turt menguatkan ku... satu term yang sering mereka guna pakai yang sangat saya senang dengan mereka, UKHUWWAH FILLAH.. Alhamdulillah, terasa sayang sahabat itu kerana Allah..

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan

Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya " Mengapa ? "

Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari

Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang 
 
Lirik Lagu: Akhil Hayy - Berita kepada Kawan...

Hm, ni nak cerita tntang sahabat2 adik2 NTP, x tahulah brapa banyak habis tisu ni... Allahuakbar! Ukhuwwah yang sangat2 manis kurasai, satu tahun yang sarat dengan tarbiyah dan pembinaan ukhuwwah. Di sinilah bermula segalanya, bermula proses perjuangan membawa risalah dakwah dan diperkuatkan dengan kemanisan ukhuwwah antara kami. Siapa tidak sakit, tidak pressure dengan tekanan2 yang ada... Maha Suci ALLAH yang menjadikan segalanya, dikirimkan jua penawarnya.. Di sinilah, saya mula merasai kepentingan utk kita bergerak kerja dalam dakwah Islam ini perlunya satu pasukan yang kuat, yang mempunyai kesatuan.. Apabila salah, ditegur dengan hikmah,apabila terlupa, diingatkan dengan sopan, apabila sedih, sama2 menangis dan mencari penyelesaian, apabila gmbira, sama2 merasainya.. Benarlah kata-kata ALLAH itu..
Di dalam surah As-Shaff,
" Sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang berperang di jalan ALLAH dalam satu barisan, ibarat sebuat bangunan yang tersusun kukuh " ( Ayat ke-4 )

Awal-awal perlatikan NTP, saya sudah mengenali Atikah Amin, dari halaqah yang pertama, sudah dapat dirasakan auranya.. subhanaAllah, mantap adik ini, dan sepanjang proses ukhuwwah ini berlangsung byk yang ku pelajari darimu, sifat tawadhu' dan jujur ateh sangat angah kagumi. Bilamana rasa down dan sedih, tup!tup! msej ateh sampai, mcm tahu2 je.. Kita sama2 berjuang utk Nadi Tarbiyah Pelajar KMM, alhamdulillah brapa ramai juga yang kita kenali, ateh selalu juga tnya pada angah, ingat kita selalu meetng mlm2, ateh risau nak test @ quiz esk... then, kita sama2 study lpas tu. Byk lagi knangan yang tak bisa ku rungkai dsini.. Ingat tak akk, aten, aisyah..kita pergi walimah abg ateh? Betapa ukhuwwah kita sering diuji kekuatannya apabila tiket yang kita kirim kat syakinah last week tu rpanya bukan tiket masa tu tapi tarikhnya mnggu depan.. Tak blh lupa knangan tu.. 

Aten diyana, dengan As yang selalu akk jumpa, juga dengan Su.. Aten, kita selalu habis meetng NTP, singgah cafe 1, nak beli tapi selalu juga dah tutp sebab lambat sangat.. aisyah razali, memang best lawak sangat, akk suka jmpa aisyah, awk sangat baik.. akk selalu jmpa kak raja.. tapi kenangan itu juga yang menyedihkan bila dengan raja x lama, alhamdulillah raja, awak dah bahagia di UiTM sekarang.. ingat lagi aisyah, asal akk dtg, ada je nak jamu..hehe..hm, mardhiyah adik sayang yang sangat bijak bestari, jodoh kita panjang dari maahad, akk msuk kisas awak masuk sharod..then kita bertemu lagi di KMM... seorang yang sangat rajin, susah nak ikut. Tabik Mar!... 

Seha, ingat lagi mula-mula akak rapat dengan awak, akk tahu seha ni seorang yang sangat positive, seha juga suka berpandangan jauh... Bila jmpa je, mesti usik seha, kita dating dekat bilik akk selalu kan?. tba2 dia muncul, study sama2.. lpas tu dia buatlah kerja dia usik sana - sini.. kadang-kadang seha dengan Farizan, alhamdulillah Ya ALLAH, rindunya dekat kalian... Bersama dengan seha pastinya selalu adalah Farah, selalu merendah diri sedangkan awak boleh je,.. kita selalu buat meetg berdua di pertengahan jalan antara blok farah dan akk lpas balik meetg NTP kan?... Rindu saat itu, byk perkongsian yang kita share... Apa khabrmu di UMP adikku?

Atikah Anuar, dekat je dengan atikah amin biliknya.. so happy and ceria person.. kadang2 akk x perasan tikah ada problem, pndai tikah smbunyikan.sampai sekarang pun kadang2 x dapat nak cam.. kcuali bila kita borak lama sikit.. Tikah2, ingat tak kita selalu keluar ke MT, beli baraang2...snggah mana2lah... nakal adikku ini.. Madihah, adik KISAS smpailah di KMM kita dpertemukan lagi, lebh rapat lagi kita.. BANYAK sangat pengalaman dan ilmu yang saya beljar dari mereka, samada kpimpinan mahupun mengawal diri.. Alhamdulillah, inilah hmahnya apabila kita meletakkan kasih sayang kpada sahabat2 kerana ALLAH! Ramai lagi sebenarnya sahabat2ku dsana yang x smpat nak dceritakan, erma sekuliyah dengan tikah amin, kita selalu berkongsi rsa ya ukhti, kini jauhmu di Sarawak sana, moga kita dapat berjumpa lagi ya ukhti...

Saya bnyk bercerita mengenai adik2 mat, sebenarnya kenangan dengan adik2 min pun bnyak juga cuma x daat diceritakan dsni, cuma saya sedih kadang2 apabila memikirkan adik saya, yang sedang dalam proses mningkat remaja , seorang lelaki, saya selalu berdoa moga2 ALLAH mnjadikan dia seorang pejuang agama ALLAH sebagaimana adik2 Min saya yang lain sepertimana Aman, Azizi, Hisham, Jeff, Mat, Zulfarid, Redha, Wan, Aniq dan ramai lagi yang turut sama2 brjuang utk NTP... Saya kagum dengan mereka, alhamdulillah...
Saya jua rapat dengan seorang, iaitu Duha, alhamdulillah dia kuat tarbiyahnya.. bijak orgnya, selalu juga saya ke biliknya study sama2 dan berdiskusi.. Alhamdulillah, karakter2 berbeza adik2ku, tetapi sangat indah utk dikenali dan dikenangi...

Banyk yang boleh dtulis sebenarnya, cuma biarlah separuh lagi mnjadi kenangan diiri... Semoga ikatan Ukhuwwah ini berkekalan dan mekar subuh.. iAllah saya sayang semua kerana ALLAH!

Sahabat.. Bumi kita bumi payah.. Peluh,air mata dan darah.. Bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,peganglah tanganku.. Kita beriringan sebagai pejuang... Bila aku katakan padamu.. " PERJUANGAN ITU PAHIT " Kau sahutlah kembali bahawa sesungguhnya.. " SYURGA ITU MANIS " Semoga Allah merahmatimu,sahabatku..

P/S: Next episode.... UTeM... wish best memory ever...(^_^)



Followers