Monday, December 13, 2010

~~ Maniskan WAJAH kamu ~~

Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah hari ini tulisan saya lebih berkisar sesuatu yang dekat dengan kita,

Reaksi dari raut wajah kita, kurniaanNya yang kita miliki.

Sedarilah, apa yang terzahir di wajah sedikit sebanyak memberi gambaran di sudut hati.

Maka satu Istilah yang PERLU kita hadamkan dalam diri adalah

BASHASHAH... yang mana bermaksud " Bermanis Muka "



Kadangkala kita sering terlalu mengikut emosi diri terutama apabila ada yang tidak berkenan di hati terjadi

Apabila sahabat melakukan kesalahan, maka protes tanda kemarahan dizahirkan melalui riak wajah

MASAM dan MARAH


Walhal Islam sendri menekankan agar kita perlulah bermanis muka dengan sahabat

bermanis muka dengan mereka yang berada di sekeliling kita

Oleh sebab itulah, Islam menganjurkan agar membajai Ukhuwwah itu dengan 3 tingkatan Ukhuwwah

iaitu Berlapang Dada, Kesamarataan, dan Melebihkan Sahabat.

Sangat sukar sebenarnya untuk menegur sahabat yang melakukan kesalahan dengan hikmah dan bijaksana

Kita lebih gemar menunjukkan tanda marah pada reaksi wajah ditambah dengan perubahan sikap

dingin pada sahabat, sedangkan jalan yang paling penting dilakukan adalah

MENEGUR sahabat dengan sebaik-baik bahasa...

Sukar untuk ditemui insan sebegini. Islam sangat mementingkan luasan ukhuwwah...

Apabila bersahabat, maka terimalah baik dan buruk sahabat kita itu.

Sepertimana kata-kata hukama':
“Apabila kebaikan kita tidak dibalas oleh sahabat kita, maka janganlah kita mencacinya. Hal ini kerana, kebaikan kita kepadanya, adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Manakala kebaikannya kepada kita, adalah urusan dia dengan Allah SWT. Kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita”
Memang kita bukan malaikat utk sentiasa bermanis muka walau hati marah membara,

namun berilah layanan terbaik utk menyenangkan hati sahabat,

Jadilah kita sahabat yang apabila wajah dilihat sahabat, tidak lekang dari senyuman...

Janganlah kita menjadi sahabat yang Menghukum kerana kita tidak layak untuk itu...

Sayang sahabat, maka tegurlah kesilapannya... dan yang ditegur juga terimalah dengan berlapang dada..


Dalam Al-Quran sendiri telah Allah turunkan ayat buat peringatan Rasullah SAW,

terhadap peristiwa di mana Rasulullah SAW yang telah bermasam muka apabil Ummu Maktum

seorang yang buta bertanyakan kepada baginda. Lalu Allah SWT telah memberikan peringatan melalui

penurunan surah A'basa. Bukanlah bermakna Rasulullah SAW sendiri melakukannya,

tapi utk menunjukkan bahawasanya kita manusia yang sering terlupa...

Pesanan Luqman kepada anaknya, 

"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu,

 Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu,

 Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu, 

Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu,

 Ingat kepada Allah s. w. t,

Lupakan budi baik mu pada orang lain, 

Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu, 

Ingat kepada mati

Apabila kita benar-benar ikhlas dalam berukhuwwah, iAllah kita mampu utk mengatasi rintangn ini,

 Walaupun ia tidak semudah yang disangka... namun bersama kita koreksi diri...

Adakah kita ini telah menjadi sahabat yang sentiasa bermanis muka dengan seikhlas hati, 

atau sahabat yang sering menghukum kesalahan sahabat yang lain.

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
 
>> Binalah sifat pemaaf dalam diri, saya tidak nafikan sememangnya sukar untuk memuaskan hati semua, namun cubalah sebaik mungkin.
>> Semoga dapat ambil manfaat bersama serta mulakanlah pengamalan sifat BASHASHAH dalam diri kita...
Semoga Allah memberkati.




Al-Faqir ilaAllah,

~ Nur Syawana Murad ~
03:44 am,
~ Merindui Teman-teman seperjuangan ~



3 comments:

  1. Semoga kita menjadi insan yang sering menjaga tiap-tiap perlakuan dan tutur kata kita. Semoga Allah sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete
  2. thnx wana.wana,ak rindu kau.rindu kau tegur aku bile aku buat bnda ntah ape2.hehe.
    -baie

    ReplyDelete
  3. Sama-sama Baie, iAllah kita saling tegur-menegur udan berpesan-pesan pada kebaikan dan kebenaran.. Semoga Allah merahmati kita..

    ReplyDelete

Followers