Wednesday, January 4, 2012

Apa ERTI Saya Seorang Mahasiswa?





Mahasiswa dan ISU

Saat saya menulis artikel ini, seluruh negara diaman MAHASISWA terasa bahang-bahang DEMAM Final Exam. Namun begitu, istimewanya suasana EXAM kali ini kerana disertai dengan pelbagai peristiwa yang melibatkan golongan Mahasiswa. Di penghujung tahun 2011 serta pembukaan tirai 2012 berlaku rentetan peristiwa melibatkan Mahasiswa. 

Isu saudara Adam Adli mengenai Hak Kebebasan Akademik, isu demonstrasi Mahasiswa UPSI yang menuntut hak, isu saudara Safwan Anang yang terlantar akibat dipukul teruk oleh FRU, isu 17 orang pelajar UPSI yang ditangkap ketika demo, isu pelajar cemerlang SPM 16 A1 Nor Amalina Che' Bakri yang dikhabarkan telah berubah entiti diri ke arah yang negatif setelah menjadi Mahasiswa di UK dan beberapa perkara lagi.

Satu demi satu ISU mengenai Mahasiswa berlaku dan ini membuatkan saya terfikir akan kualiti diri seorang Mahasiswa. Mereka entiti Mahasiswa yang menimbulkan ISU demi ISU ini, bagi saya seorang yang BERANI BERFIKIR dan MENTERJEMAHKAN TINDAKAN. Sekurang-kurangnya mereka telah menyatakan KEBENARAN bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kemaslahatan ramai. Berbanding diri kita?




Apa ERTI Saya seorang Mahasiswa?


Timbul beberapa persoalan,


Apa bezanya aku seorang Mahasiswa dengan mereka di luar sana?
Apakah kualiti yang ada pada diri aku sebagai seorang Mahasiswa?
Macam mana Mahasiswa sepatutnya berfikir?
Apakah yang perlu aku lakukan sebagai seorang Mahasiswa untuk masyarakat?


atau... langsung tidak terlintas semua persoalan itu di fikiran kita?


Kita hanya ingin jadi Mahasiswa yang pergi ke kampus untuk belajar, bersuka ria, dan berakhir pengajian dengan segulung ijazah? Boleh dikatakan ramainya golongan Mahasiswa yang berfikiran begini. Lebih memilih untuk menjadi self-independence berbanding mengambil tahu hal semasa negara sedangkan peneraju negara akan datang juga datang dari kelompok intelektual ini, Mahasiswa.


Golongan Atas Pagar.


Jika berbicara tentang suasana dalam negara, lambakan isu melibatkan hal-hal politik dan ini juga akan menjadikan Mahasiswa untuk memilih menjadi golongan atas pagar agar selamat dan tidak terancam. Sesungguhnya aqal yang diasah dengan ilmu Tuhan itu adalah untuk dikongsi ketajamannya agar mendapat kesan yang baik buat masyarakat sekeliling. 


Sebagaimana kata Prof.Ungku Aziz,


Belajar sambil mencabar pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar. 
- Prof. Ungku A. Aziz (1973)  


Erti Mahasiswa Muslim


Mungkin sekiranya kita bukan Mahasiswa Muslim maka, saya tidak kisah seandainya segala persoalan yang saya timbulkan itu anda tidak mahu ambil cakna. Tetapi lihat sahaja di universiti mana-mana, mereka yang non-muslim sendiri jika ditanya tentang isu negara, mempunyai pandangan dan prinsip tersendiri. Jadi, apa pula ERTI seorang Mahasiswa muslim untuk beri sumbangan pada agama?


Jangan sia-siakan masa berharga berada di universiti dengan hanya menjadi seorang pelajar tetapi bentuklah diri menjadi seorang pelajar yang berjuang demi agama. Sesungguhnya setiap manusia Allah ciptakan beserta aqal fikiran, yang membezakan adalah bagaimana kita berfikir dan menterjemahkan buah fikir itu.


Hidup adalah untuk bermanfaat pada manusia yang lain. Lihatlah dunia ini dari dimensi akhirat, dengan ini kita akan merasakan hidup itu lebih bererti. Dalam konteks kita sebagai mahasiswa, sangat perlu untuk kita membentuk fikrah Islam dalam diri. Ilmu-ilmu siasah dan kritis dalam penilaian ISU sangat perlu diadaptasikan dalam diri. Ingatlah bahawa kita adalah penentu masa depan negara, jangan hanya mendengar dan menerima tanpa berfikir tetapi analsis dan kajilah ketepatannya serta pastikan sumber rujukan utama adalah Al-Quran.




Lets we hear some Motivations from Prof Toriq Ramadan..





Find the 7 C's.........




  

1 comment:

  1. Bila mahasiswa kembali memahami kepentingannya dalam masyarakat.. Maka akan lahirlah golongan-golongan pencetus kebangkitan Ummah!

    ReplyDelete

Followers