Saturday, February 26, 2011

DUA DUNIA

DUNIA KAU DAN AKU


Hari ini aku melihat DUNIA dengan 2 pandangan yang berbeza,

 Di satu sudut aku melihat ramainya manusia yang seyum ketawa riang gembira,

Seolah-olah tiada apa yang berlaku serta tiada apa yang bakal berlaku lagaknya,

Masing-masing sibuk dengan DUNIA nya sehingga adakala lupa pada AKHIRAT utk seketika,

Kenapa kita dicipta olehNya di atas DUNIA?

Ke mana pula arah yang akan dituju selepas hidup di DUNIA?


Dalam pencarian ini lalu aku melihat di satu sudut yang berbeza,

Manusia-manusia yang tidak kenal erti penat dan lelah,

Ke sana ke sini membawa risalah DAKWAH,

Sehingga hak untuk diri bukan suatu keutamaan berbanding jiwa-jiwa yang memerlukan,

Mereka di caci dan dihina seolah-olah melakukan kesalahan,

Tatkala di tanya apakah kau tidak PENAT?

Jawapannya tidak kerana ISTIREHAT yang panjang kelak yang ku harapkan,

Di manakah maksudmu itu?

Di AKHIRAT sana dalam syurga idaman. 


Lalu aku keliru DUNIA yang didiami ini di bawah langit yang satu,

Namun  hakikat insan yang diciptakan tidak menjalankan AMANAH tuhan,

Aku takut andai aku gembira dalam KELALAIAN yang aku ciptakan,

Aku risau andai selepas ini tiada lagi nikmat IMAN dan ISLAM

Aku bimbang andai tergolong dalam golongan yang ramai,

Sepertimana Sabda Baginda,

Ummat ISLAM di akhir zaman ini ibarat BUIH di lautan,

Banyak namun tidak memberi sebarang NILAI,




Di akhir destinasi kelak aku mohon kepada tuhan agar berilah petunjuk,

Dalam menghadapi 2 DUNIA yang hakikatnya SATU pada nilaian Pencipta,

Agar kelak jalan yang aku lalui itu menuju keredhanNya,

Al Qur’an mengatakan, “Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan” (QS Ali Imran [3] ayat 185)



Pilihlah JALAN itu tanpa sebarang desakan,

Pada hadits Imam Ali as mengatakan, “Manusia itu anak-anak dunia, karena itu tidak bisa dicela seseorang yang mencintai ibunya.” 87]

Imam al-Baqir as berkata, “Sebaik-baik pertolongan dunia adalah yang mengantarkan kepada (amal) akhirat.” 92]
Imam al-Baqir as meriwayatkan bahwa Allah Ta’ala telah mewahyukan kepada Musa as : 
“…Dia (dunia) itu adalah tempat tinggal orang-orang zalim, kecuali orang-orang yang beramal baik di dalamnya, karena sesungguhnya yang demikian itu baginya sebaik-baik tempat tinggal.” 93]



Tuesday, February 15, 2011

Aku merinduimu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ini hari kelahiran kekasih YANG MAHA AGUNG... kekasih NYA... Ya Rasulullah...

Bagindalah kekasih yang perlu sentiasa dekat di hati... yg perlu sentiasa kita rindui...

Maka, sempena kelahirannya ini, satu puisi saya siapkan..khas untukmu ya Rasulullah...





Ya Rasulullah,

Titisan air jenih ini tidak mampu ku tahan tatkala merinduimu,

Dikaulah kekasih agung yang sentiasa aku rindui,

Menyintaimu adalah yang amat aku hajati,

Ummatmu ini telah memilih satu jalan yang hakiki,

Untuk menuju suatu destinasi bagi menggapai redha ilahi.


Namun kekasihku,

Adakalanya di atas jalan ini hampir menjadikan aku lemah,

Jalan yang ku lalui ini terasa amat payah,

Semakin kebenaran yang aku cari semakin kebencian yang aku perolehi,

Aku cuba gagahi diri dengan memujuk hati,

Aku hanyalah menyambung perjuanganmu bukan memulakan atau mengakhiri.


Wahai Nabiyullah,

Di atas jalan yang kau bina ini,

Telah ku temui pelbagai ragam dan karenah insani,

Sehingga aku pasrah untuk menakluki daerah hati,

Sesungguhnya bukan semua hati mampu untukku menangi,

Hebatnya didikanmu ya Rasulullah terhadap diri.


Apabila engkau dicerca dan dihina,

Akan dikau hadiahkan seukir senyuman ikhlas,

Apabila ada yang membencimu,

Akan kau kirimkan doa untuk kebahagiaan dirinya,

Apakah aku mampu untuk mengikuti kemuliaan akhlakmu ini?


Untukmu kekasihku,

Jalan ini akan aku terus tempuhi,

Hingga akhirnya aku menjumpai titik berhenti,

Semoga tika itu cinta kita terus subur bersemi,

Andai di mata mereka aku ini hina,

Aku redha dan pasrah dengan kehendak ilahi.


Perhentian yang pasti,

Hanya pengakhiran yang bakal ku temui,

Adalah menuju cinta ilahi suatu cinta yang hakiki,

Dengan syafaatmu wahai nabi akhirnya kelak dapat kasih bersemi.







Sesungguhnya tiada daya upaya selain dari izinNya...

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini




p/s : bertahanlah wahai diri. Saya manusia biasa yang tak lekang dari salah dan silap. Kenapa manusia lebih mudah menghukum berbanding mencari kebenaran itu? ( T _ T ). 
Biarlah DIA yang mnilai segala-galanya..


Thursday, February 10, 2011

SALJU KASIH ITU

Mengapa GETARAN itu semakin perlahan?



Bismillahirrahmanirrahim... Untuk kesekian kalinya saya menulis atas dasar kasih dan sayang serta belas kasihanNya. Yang masih sudi memberikan nikmat IMAN dan ISLAM.

Apabila merenung kembali hakikat kejadian diri. Satu subjek yang saya pelajari, Robotics, SubhanaAllah! Baru pelajari yang kecil-kecil.. Sudah saya rasakan kompleksnya kejadiannya. Kemudian saya berfikir, kita manusia makhluk yang paling kompleks ciptaanNya. Berapa banyak nikmat yang kita peroleh dariNya, sehingga tidak terhitung kiraannya. Kita bukanlah seorang ROBOT, kita diberi akal fikiran untuk menilai baik dan buruk. Maka sentiasalah mencari cahaya itu...

DIA sentiasa dekat dengan hamba-hambaNYA.

Kita sentiasa diberi ruang dan peluang olehNYA.

Namun, syahdu dirasakan mengapakah sukar sungguh untuk menawan hati ini.

Mengapakah GETARAN mencintaiMU semakin berkurangan?

Ya ALLAH,

Jika Saidina Umar tatkala menyebut namaMU pasti luruh air matanya kerana sangat menyintaiMU,

Tetapi aku?

Keras sungguh hati ini untuk mendahulukan ENGKAU yang pertama.

Adakah sepantasnya aku menerima cintaMU yang didambakan oleh semua hambaMU?

Aku ingin cintaku disandarkan hanya padaMU..

Tatkala bait-bait lagu ini bermain, saya merasakan sangat terkesan akan liriknya..

Semoga dapat dimanfaatkan bersama...


Q-Face - IZINKANLAH

Bila berlabuh tabir malam indah
Cakerawala pun turut melambai gundah
Pecah duka berganti
Rasa merindu kepadamu

Telah lama diriku dalam leka
Cuba menyintaimu sepenuh jiwa
Sedangkan itu satu
Kewajipanku terhadapmu

Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan
Dapatkah aku pulang
Berjiwa suci
Bagai kekasih... dinanti

Masihkah diri ini
Ada ruang beradu
Dalam mahligai
Sedangkan diri
Telah tercemar
Debu dunia

Izinkanlah diriku... izinkan aku
Dekat denganmu kasih... dekat denganmu
Izinkanlah diri... kekasih sejati
Dekat denganmu kasih... kasih...


 P/S : Saya berdoa agar saya dan semua sahabat2 dapat Istiqamah hingga ke akhirnya di atas jalan dawah. Semoga setiap kebaikan sahabt saya ingati. Semoga setiap keburukan yang sahabat lakukan saya lupakan. Semoga setiap kebaikan yang saya lakukan kepada sahabt juga saya lupakan. Kelak biarlah ALLAH yang adili. DIA lah sebaik-baik pemberi ganjran. (^_^)

Saturday, February 5, 2011

Benarkah Dia Jodohku?


Jodoh ku, benarkah dia?


Selesai kuliyah yang disampaikan oleh Ustazah Basyirah yang bertajuk " Peranan Muslimah Dalam Masa Depan Ummah " sebentar tadi, menyebabkan Hamlatul Adni mula memikirkan satu perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk masa ini. 

Selama ini, Hamlatul Adni sememangnya telah merangka perjalanan masa dalam kehidupannya. Terutamanya dalam memastikan agar dia tetap dan istiqamah dalam perjuangan dakwahnya. Hamlatul Adni mula mengenali erti sebuah perjuangan Islam adalah ketika dia ditakdirkan berpindah ke sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan. Di situ, dia mengenali erti perjuangan Islam, erti ukhuwwah yang dibina atas dasar aqidah, erti memelihara batasan pergaulan antara lelaki antara dan perempuan. Sehinggalah Hamlatul memasuki alam kampus, semuanya terjaga dan terpelihara, Hamlatul sering menjadikan apa yang dikatakan Saiyidatina Aisyah sebagai benteng dirinya.

" Wanita solehah itu, di bibirnya tiada nama lelaki, di bibir lelaki tiada namanya. Dia tidak suka dipandang, dan dia tidak suka memandang. " 

Maka Hamlatul Adni sentiasa cuba menjadikan dirinya semulia namanya, iaitu Pembawa Agama. Pernah hadir padanya cinta dari muslimin untuk menyuntingnya. Namun ditolak kerana mahu menumpukan perhatian dalam dakwahnya. Bagi Hamlatul, dia tidak mahu menjadi fitnah bagi kaum Adam, dan tidak mahu cintanya kepada Allah SWT dicalar. Lagi pula, Hamlatul Adni sangat padat masanya dengan aktiviti-aktiviti dakwah di kampus nya. Tambahan pula, dengan tugasan-tugasan akademiknya yang harus sentiasa diutamakan menjadi faktor pemangkin diri.

Namun begitu, selari dengan peningkatan usianya menyebabkan keluarga mula bertanya tentang jodohnya, imam untuknya kelak. Hamlatul Adni tidak pernah merasa terganggu dengan persoalan dari keluarganya, umur 24 tahun bukanlah tua baginya yang masih suci dari sebarang cinta manusia, malah dia sangat gembira kerana masih terpelihara. Sehinggalah akhirnya setelah mendengar kuliyah daripada Ustazah Basyirah sempena Nisa' Week yang dianjurkan oleh persatuan Islam di kampusnya, iaitu Persatuan Mahasiswa Islam.

Ustazah Basyirah menyentuh tentang Baitul Muslim, kepentingannya bagi seorang wanita dalam melestarikan dakwah dan kelangsungan tarbiyahnya. Ustazah Basyirah meyebutkan dalam kuliyahnya :

" Walaubagaimana aktif pun anak-anak ustazah di kampus dengan dakwah, namun perjuangan sebenar kamu semua adalah di luar sana. Ramainya mereka di luar sana yang memerlukan bimbingan, kita ini di atas jalan perjuangan Islam ini sangat banyak pengorbanan yang diperlukan. Mari kita sama-sama semak apa yang ditulis dalam surah Al-Imran ayat 92. Mengatakan Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.


Hakikatnya kita sebagai wanita ini besar peranannya, dan bagaimana kita nak korbankan masa, tenaga, wang ringgit kita untuk Islam ini sekiranya rumah tangga yang dibina bukan dengan seorang Mujahid yang mampu memimpin kita malah bersama-sama menegakkan agama Allah. Kita boleh kata memilih yang sama-sama berjuang untuk Islam. Namun, kita tidak tahu sama ada keluarga kita faham atau pun tidak. 

Jika sehingga habis anak-anak belajar di kampus, umur dah mencapai 24 tahun, ada yang 25 tahun. Pasti keluarga dah mula bertanya, dan kalau memang tiada, pasti keluarga dah mula mencari pasangan untuk anaknya. Oleh sebab itu, dalam perancangan anak-anak mesti diletakkan Baitul Muslim juga adalah antara yang utama. Ini sangat penting, ingat ni anak-anak ustazah, jika tidak susah kita nak bergerak kerja. Bukanlah ustazah kata ini adalah syarat untuk meneruskan gerak kerja kita, tetapi ini adalah antara medium yang terbaik dalam pembinaan dan pembentukan mujahid mujahidah  dalam kesinambungan dakwah dan tarbiyah ummah seterusnya. Jadi, fikir-fikirkan lah tentang ini, anak-anak perlu mulakan langkah jika ingin jadi Srikandi sejati. "

Hamlatul Adni mula termenung memikirkan semula kata-kata ibunya tempoh hari tentang dirinya. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan soalan daripada Ummu Hurayth.

" Assalamualaikum Ustazah, saya sangat bersetuju dengan pengisian Ustazah sebentar tadi. Tetapi timbul persoalan ustazah apabila sekarang ni, kita lihat ramainya muslimat tetapi bilangan muslimin yang agak sedikit. Jadi, boleh dikatakan siapa cepat dia dapat. Soalan saya ustazah, apa pendapat ustazah tentang muslimat melamar muslimin ataupun perigi mencari timba? " Soal Ummu Hurayth, merupakan timbalan pengarah bagi program itu, dengan lantangnya. Kebetulan seisi dewan hanyalah kaum Hawa, membuatkan dia agak berani. Soalannya itu telah menjadikan seisi dewan bising. Ada yang terkejut dan tidak kirang juga, yang agak malu dengan persoalannya.

Namun pada Hamlatul Adni, itu bukanlah jalan yang terbaik baginya, maruah perlu dijaga. Walau bagaimanapun, jawapan Ustazah Basyirah agak menyedarkannya.

" Alhamdulillah, dalam ramai-ramai ni, ada juga anak ustazah yang bertanya hal ini. Sebenarnya, mulia sungguh wanita yang sudi melamar muslimin untuk dirinya. Dia tahu atas niat kesinambungan dakwah dan tarbiyah, maka di majukan niatnya. Amatlah digalakkan, Ibunda kita Sayyidah Khadijah sendiri melakukannya. 

Sebenarnya kejadian seperti ini juga pernah terjadi di zaman Nabi Shallallâhu ‘Alaihi wa Sallam, sebagaimana hadits dari Anas Radhiyallâhu ‘Anhu, dia berkata, “Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi wa Sallam dan menawarkan diri kepadanya, dan berkata, “Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepadaku?” Lalu ketika menceritakan hadits ini, maka anak perempuan Anas Radhiyallâhu ‘Anhu mengatakan, “Sungguh sedikit malu perempuan itu dan buruk akhlaknya.” Lalu dijawab oleh Anas Radhiyallâhu ‘Anhu, “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu karena dia mencintai Nabi Shallallâhu ‘Alaihi wa Sallam dan menawar dirinya demi kebaikan.”
(HR. al-Bukhâriy)
Maka dengan ini, sangatlah Ustazah setuju dan galakkan anak-anak untuk maju ke hadapan. InsyaAllah, selagi mana niatmu betul, Allah pasti akan mudahkan urusanmu. Pinanglah ikhwan kerana dakwah "

Jawapan ustazah Basyirah itu sangat tepat dan benar-benar membuatkan seisi dewan mula berfikir. Rata-rata muslimat yang hadir, kini mula memasang niat untuk diri mereka. Hamlatul Adni sendiri berkali-kali istighfar terhadap tindakan nya dahulu yang pernah menolak lamaran seorang muslimin, sedangkan muslimin itu seorang yang aktif dalam aktiviti dakwah, namun dia yang tidak bersedia. Kini Hamlau Adni merasa sedih dan amat-amat diharap agar dirinya dipermudahkan urusan jodohnya selepas ini.

Setelah 4 minggu berturut-turut Hamlatul Adni beristikharah dan solat hajat mohon petunjuk samada tindakannya nanti benar atau pun tidak. Dia merasakan telah bersedia untuk bertemu naqibahnya, Ustazah Farah Huda. 

Hamlatul mendekati Ummu Hurayth, iaitu teman baiknya untuk menemaninya berjumpa Ustazah Farah Huda. Hamlatul juga menyatakan kerisauannya.

" Ummu, benar kah apa yang akan ana buat ni? Ummu rasa bagaimana ya? " tanya Hamlatul.

" Adni, ana sangat setuju dengan tindakan enti. Sebenarnya, ana yakin pasti enti dah sedia. Ikhlaskan niat, iAllah pasti Allah permudahkan urusan. Memang enti dah sure kan dia masih kosong? " jawab Ummu menenangkan hatinya.

" Syukran Ummu kerana sentiasa support ana, setakat yang ana risik dari Ustazah sebelum ni, memang kosong katanya. InsyaAllah ana dah bersedia, temankan ana ya. " Jawab Hamlatul Adni sambil tersenyum.

Hanya Allah yang tahu apa yang bakal terjadi, apa yang bergelora di hati Hamlatul Adni. Dia seorang yang sangat pemalu bab-bab ini ingin menyatakan isi hatinya kepada seseorang.

" Apa khabar Hamlatul, lama dah tak jumpa, rindu ustazah nak borak dengan kamu. " Usik Ustazah Anis.

" Alhamdulillah, ana sihat cuma sekarang ni sangat busy dengan assignment dan banyak program Ustazah. Tahu-tahu jelah... hehe... " Jawab Hamlatul Adni dalam gurauan.

" Yelah, orang busy, kalah YB... hehe.. jadi Hamlatul datang dengan Ummu ni nak beritahu apa-apa ke? Nampak macam penting je? " Ustazah Anis mula bertanya.

" Ya, memang pun ustazah, ana temankan je. Ni Hamlatul nak maklumkan sesuatu. " Jawab Ummu.

Hamlatul mula merasakan pipinya kemerah-merahan akibat malu diusik sahabatnya.

" Oh, ok.. kalau pasal Ummu, tunggu tarikh je lah ya..hehe... ada apa tu Hamlatul? " Sakat ustazah pada Ummu sambil memandang Hamlatul.

Ummu tersenyum sambil menggenggam tangan Hamlatul memberikannya kekuatan.
Ustazah Anis sangat mengagumi gadis di hadapannya ini kerana jarang sekali berbicara tentang lelaki. Lamaran pertama yang pernah diajukan dahulu pun Hamlatul tolak kerana dia belum bersedia dan kerana takut cinta kepadaNya akan tergugat. Alhamdulillah, nampaknya kini Hamlatul telah bersedia untuk ke arah dakwah yang lebih besar.

" Begini ustazah, sebenarnya ana telah melakukan isikharah dan solat hajat. InsyaAllah kerana cintaNya, ana ingin menyatakan hasrat ana kepada seorang muslimin ini. Allahuakbar! Ana mohon agar dijalankan dengan rahsia ya ustazah. " Hamlatul mulakan kata-katanya sambil menundukkan muka. Dia sangat malu untuk menyatakannya.

" SubhanaAllah, hebatnya kamu Hamlatul, alhamdulillah baguslah. Hm, iAllah pastilah Ustazah jalankan dengan rahsia. Kami, ustazah dan Ustaz Zamir akan berusaha ya. Tapi siapa pemuda bertuah tu Hamlatul? " Tanya Ustazah Anis.

Inilah yang sangat sukar Hamlatul ingin ucapkan. Benarkah dia jodohku?

" InsyaAllah, dia adalah mas'ul untuk Da'wah dan Islah. Akh Ubaidullah Bin Yahaya. " Hamlatul menangis selepas menyebutnya, kerana merasakan lepaslah apa yang ingin disampaikan selama ini.

" Alhamdulillah, jangan risau ya, iAllah kami akan jalankan dengan sebaik mungkin. " Jawab ustazah menenangkan Hamlatul.

Ummu Hurayth yang melihat juga terharu dengan kesungguhan sahabatnya. Dia mengusap belakang Hamlatul untuk menenangkannya. Alhamdulillah, Hamlatul merasa lebih tenang dan mereka mengundurkan diri.

Setelah 2 minggu lamaran disampaikan, akhirnya Hamlatul mendapat panggilan telefon daripada Ustazah Anis.

" Assalamualaikum Hamlatul, apa khabar? Sihat ya? " Tanya Ustazah.

" Alhamdulillah Ustazah, ana sihat. " Jawab Hamlatul sambil berdebar-debar dirasakannya.

" Begini Hamlatul, ustazah minta kamu sabar ya apa yang ustazah nak maklumkan ni. InsyaAllah pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Hm.. muslimin yang kamu tanyakan dahulu tu, sebenarnya telah berpunya dan dia telah mengikat pertunangan pun dengan muslimat bukan sekampus, namun sama di jalan kita juga. Dia memang merahsiakannya, alhamdulillah dia tidak tahu pun siapa muslimat yang bertanya. Jangan risau ya. " Terang ustazah, namun sangat berat untuk dilontarkan.

" Allahuakbar! Tidak mengapa ustazah, pasti ada yang lebih baik untuk ana. Syukran ustazah. " Jawab Hamlatul, dia ingin segera mengakhiri perbualannya, dia ingin mengadu pada kekasih agungnya.

Hamlatul bersimpuh lama di atas sejadahnya mencari kekuatan, dia berharap agar dia dapat terima hakikatnya. Namun begitu, Hamlatul tidak dapat menahan air matanya dripada menitis, dia bukan menangis kerana muslimin itu menolaknya, namun kerana dia risau akan kesinambungan dia dan dakwah islam selepas ini. Bertambah lagi apabila sebentar tadi juga, dia mendapat panggilan telefon dari ibunya yang menyatakan ada seorang lelaki, anak kawan ayahnya telah bertanyakan dirinya. Ibunya sendiri bersetuju dengan lamaran itu. Hamlatul sangat bersedih, dia risau apakah yang sepatutnya dia lakukan.

Hamlatul tidak memberikan jawapan, dia minta ibu nya memberikan masa kepadanya. Biarlah dia mencari dan berikhtiar lagi. Dengan izin Allah, Hamlatul Adni selang sebulan selepas itu, dia merasa kekuatan untuk memulakan langkahnya, dia ingin menyunting seorang muslimin yang sama-sama aktif dalam persatuan islam di kampusnya. Hamlatul menyatakan hasratnya sekali lagi kepada Ustazah Anis, alhamdulillah Hamlatul lebih yakin dalam keputusannya dan dia sangat berhati-hati dalam tutur katanya. Dalam solatnya, Hamlatul hanya bermohon andai benar Dia Jodoh untuk nya, permudahkanlah urusannya. Namun, jika tidak berilah jalan mudah untuknya agar dia tetap istiqamah di jalan dakwah sehingga ke akhir nafasnya.

Ujian Alllah sering menemaninya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya. Percubaan Hamlatul untuk yang kedua kali ini tetap tidak berjaya, Ustazah Anis berat hati menyampaikannya. Muslimin itu juga telah mengikat janji, dengan muslimat lain. Allahuakbar! Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya perasaan Hamlatul. Dia benar-benar keliru dengan petunjuk ilahi.

Tatkala usaha dicipta untuk menggapai cinta ilahi, namun kesedihan yang diberi. 

Hamlatul hanya mampu berdoa dan mohon petunjuk, sehinggalah kemudia Ummu mencadangkannya suatu perkara.

" Adni, ana nak cadangkan sesuatu boleh tak? " soal Ummu serius.

" Ya, Ummu. Tanyalah, sejak bla pula perlu minta izin ni? Serius nampak. " Jawab Hamlatul sambil bergurau.

" Ingat tak lamaran dari seorang muslimin yang ibu enti kata tu? Nama dia Fathul Bari kan? Enti ingat tak pernah bermimpi suatu malam, terdengar suara menyebut nama tu. " tanya Ummu dengan sungguh-sungguh.

" Hm, ya betul... ana rasa ana faham apa yang enti nak sampaikan. Tapi, ana x yakin lah Ummu, ana risau sebab ana tak pernah bekerja dengannya dan ana risau andai dia bukan orang yang sanggup berkorban diri, tenaga untuk mengembangkan dakwah Islam. Dia dari UK, ana risau jika dia bukan berjiwa sama seperti ana ." Jawab Hamlatul sambil termenung. 

" Tapi, kan dia pernah sampaikan pada ibu enti untuk ta'aruf dengan enti, tak salah kalau enti cuba dahulu. Dan mungkin juga mimpi itu satu petanda, lagipun ibu enti pun setujukan? Dia mesti seorang yang menjaga juga, dia tak hubungi enti pun walaupun ada nombor enti, semuanya di sampaikan pada parents enti." Pujuk Ummu. 

Hamlatul mula memikirkan apa yang Ummu katakan, dia bukan tidak mahu mencuba cuma dia risau adakah benar dia jodoh untuknya. Pernah juga timbul pelik di hatinya, bagaimana muslimin itu mengenalinya, mungkin dari ibu bapanya. 

Akhirnya, Hamlatul menyatakan persetujuannya kepada ibunya tetapi dengan satu syarat. Dia mahu muslimin itu membantu menyumbang tenaga terhadap aktviti dakawah di tempatnya, iaitu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia mohon agar muslimin itu membimbing usrah di sekolah lamanya yang kekurangan naqib di sana. 

Semuanya dicatatkan dalam sekeping kertas, dan diminta ibunya memberikan kepada muslimin itu. Semuanya kerana dakwah, bukan kerana dia ingin menguji atau apa pun. Tetapi kerana cintanya dia kepada dakwah Islamiyah. Selang seminggu, ibunya memaklumkan kepadanya bahawa semua yang diminta Hamlatul disambut baik oleh muslimin itu, Fathul Bari.

Di bulan akhir pengajiannya, Hamlatul telah merancang untuk pulang ke kampung halamannya. Dia ingin berjumpa dengan ibunya, memandangkan juga ingin berbincang perkara yang penting dalam hidupnya.

Dia akan berta'aruf dengan Fathul Bari.



Bersambung episod kedua...............



Friday, February 4, 2011

Mesir begitu, Malaysia bagaimana pula?

Jangan Hanya Pandang, Tetapi Sedarilah Apa yang Akan Berlaku

GEMPAR SELURUH DUNIA TATKALA MUSIBAH YANG MELANDA NEGARA MESIR.
ADA YANG AMBIL BERAT, TIDAK KURANG JUGA YANG TIADA PERASAAN.
NAMUN APA YANG BAKAL SAYA HIDANGKAN INI ADALAH SATU BENTUK PENELITIAN YANG SAYA KIRA CUKUP BAIK UTK KITA SAMA-SAMA HADAMKAN, AGAR KITA FAHAMI BAGAINAMANAKAH KONDISI NEGARA KITA APABILA DIBANDINGKAN DENGAN MESIR SANA.

Hari ini saya tidak menulis tetapi saya cukup tertarik dengan tulisan Ustaz Nik Abduh ini, dan saya kepilkan di bawah ini untuk manfaat kita bersama. Semoga kita semua bangkit dari lena. Kalau dah terjaga, mula atur gerak dan langkah.


DARI BLOG USTAZ NIK ABDUH.


Salam Palestin,

Saat saya menggerakkan anak-anak jari untuk memulakan penulisan ini, saya tahu saya sedang berkongsi dengan seluruh dunia untuk melihat satu hukum karma yang maha pasti itu berlaku di bumi Mesir. Hukum karma pemiliknya adalah Allah. Kerana itu setiap muslim tidak betah menyebutnya, bahkan menamakannya sebagai sunnah Allah di muka bumi. Sunnah Allah bererti ketentuan dan hukum yang tetap daripadaNya.
Antara sunnah Allah yang mudah difahami dan dilihat ialah hukum pergantian atau silih berganti di antara dua yang berlawanan. Baik berganti buruk dan sebaliknya. Zalim berganti adil dan sebaliknya. Mulia berganti hina dan sebaliknya. Pergantian ini tidak berganti sendiri atau semudahnya. Ia mesti memuncak dan klimaks. Tali apabila sudah memuncak tegangannya, ia pun putus. Maka berlakulah pergantian, kental berganti kendur. Gagah berganti lembik.
Tiada malam yang kelam kecuali kemuncaknya adalah fajar nan menyinsing. Tiada panas yang memuncakkan teriknya kecuali bumi berpusing pantas ke sebelah timur meninggalkan matahari menggelongsor ke hujung barat. Begitu Allah memudahkan kita memahami sifir-Nya itu.
Presiden Husni Mubarak sedang cuba berhelah dengan sunnah ini. Sunnah Allah adalah keruntuhan dan kehinaan ke atas setiap penzalim dan thaghut di bumi-Nya. Firaun telah terhumban lemas di Laut Merah. Bani Israel kembali ke tangan keadilan nabi Musa alaihissalam. Semalam, Husni Mubarak, ketika rakyatnya menyerunya keluar dari Mesir di awal perhimpunan, dia melawan dan berusaha untuk tidak terbang melintasi Laut Merah ke Jeddah atau Dubai. Nah, hari ini rakyatnya meminta lebih daripada itu. Husni Mubarak untuk diadili, bukan untuk dihalau lagi. Kini, patungnya telah diangkat di Medan Tahrir ke tali gantung. Maut  untuk penzalim dan thaghut!
Kata seorang penyair agung Tunisia, ‘Satu hari, apabila rakyat mahukan kehidupan (perubahan), maka pasti sekali al qadar (ketentuan tuhan) akan menjawab!’ Maka selepas puluhan tahun, al qadar menjelmakan dirinya, menyambut rakyat Tunisia yang bangkit menuntut kehidupan daripada hangus nyawa putus asa seorang anak mudanya yang dibakar kezaliman Ben Ali yang menjarah di bumi tuhan.
Fajar apabila ia bangkit, ia tidak hanya bangkit di Tunisia. Ia kini bergerak ke Mesir. Kemudian, malam yang kelam sedang menuju pula di Israel, negara haram di bumi Arab. Malam akan memuncak. Apabila fajar membunyikan locengnya, ia enggan kecuali menunggu azan yang akan berkumandang gagah di bumi al Quds.
Kata al imam al Qaradhawi,’Wahai Husni Mubarak, jika pemerintahan itu bagai ghanimah untukmu, maka 30 tahun itu sudah cukup. Jika pemerintahan itu adalah bebanan ke atasmu, maka 30 tahun itu juga sudah cukup. Turunlah kamu!’ Siapakah Husni Mubarak untuk menolak kalam karamah ini?
Kala para mustadhafin di seluruh jemari saraf bumi sedang menanti – nanti keajaiban sunnah Allah ini, kala itulah Allah membeliakkan mata seluruh para penjarah darah dan air mata di bumi-Nya mengarah ke bumi Mesir yang sedang mengumandangkan kalimah ‘La ilaha ilaLlah’ buat membakar sekutu syaitan dan Israel laknatuLlah itu.
Kezaliman memuncak. Kesabaran juga memuncak. Ia kini di medan pertembungan. Adakah anda menyangka kesabaran hujungnya adalah kehancuran? Tidak dan tidak!
Apa pun kesudahan di Mesir itu, Husni Mubarak sudah pun di gerbang neraka ciptaan rakyatnya sendiri. Oh, segala sanjungan berdekad dalam sekelip mata bertukar menjadi rentungan mendekap.
Malaysia apa khabar? Negara yang pernah bandar rayanya dilimpahi puluhan ribu rakyatnya yang berbaju kuning bertulis ‘BERSIH’ menuntut keadilan di dalam perlaksanaan pilihan raya yang dipenuhi penipuan dan penyelewengan. Dan mereka bagaikan anjing kurap sering kali dihalau dengan simbahan air asid daripada melawan kezaliman dan penipuan.
Malaysia apa khabar? Negara yang tak pernah diam dan tenang daripada pembongkaran rasuah kolar putih besar-besaran tetapi bilislah yang ditangkap secara kecil-kecilan pula. Kemudian mereka yang bersih dan mulia dituduh pula dengan rasuah dan kejahatan.
Malaysia apa khabar? Negara yang kadar jenayahnya, gejala sosialnya dan kemiskinan rakyatnya terus mewarnai kehidupan yang semakin menghimpit sedang kekayaan dari hasil mahsul buminya pula hanyalah berlegar di kayangan orang-orang kaya yang bertawaf di sekeliling serambi kuasa kezaliman pemerintahnya.
Sampaikan khabar buat Malaysia bahawa ajal sentiasa mendekat buat kezaliman dan penentang agama Allah. Sampaikanlah salam pula buat Malaysia bahawa ajal kezaliman akan berganti kehidupan penuh mulia buat rakyat dan pencinta keadilan dan keharmonian.
Malaysia bukanlah seiring Mesir yang begitu buruk politik pemerintahnya. Tetapi Husni Mubarak tidaklah perlu menunggu untuk menjadi seperti Firaun untuk segera rebah dipijak rakyatnya sendiri. Kezaliman adalah hantu kehidupan. Hantu itu bukan hanya hantu raya saja, bukan pula sundal di tengah malam saja.
Malaysia hanya ada dua pilihan; Samada pemerintahnya hari ini terus degil dengan keangkuhan menindas pembangkang dan rakyatnya yang menolak gaya hidup menindas dan menipu  atau pemerintahnya segera membaiki kelemahan dan kesalahan dengan politik baru yang lebih adil.
Jika mereka memilih yang pertama, tunggulah keruntuhan dan kekalahan. Bukan Amerika, Israel, Singapura atau Indonesia yang akan datang. Bahkan rakyat seluruhnya akan datang sendiri merombak sistem dan gaya hidup melanun pemerintahnya. Jika mereka berdegil, hukum karma Allah setia menunggu panggilan rakyat yang tertindas.
Jika mereka memilih yang kedua, mereka perlu pula memilih di antara dua; Samada mereka memilih Islam sebagai cara hidup yang diredhai Allah atau mereka hanya memilih untuk kekal menolak Islam yang syumul, tetapi memperbaiki nilai demokrasi yang dianuti. Jika mereka memilih yang pertama, maka berbahagialah rakyat Malaysia dari atas sampailah ke bawah. Jika pula mereka memilih yang kedua, maka nyawa mereka akan lebih panjang dan ketentuan Allah akan bertangguh. Allah sentiasa menunggu untuk masa dan hari-Nya yang pasti.
Mengapa? Kerana pembaikian dan islah adalah jalan ugama. Jika pemerintah menyedari kesalahan dan kesilapan, lalu mereka membaikinya dengan menyempurnakan hak kemanusiaan dan rakyatnya, maka Islam menyambutnya dengan baik dan mereka dengan mudah memikat kembali hati rakyat. Semakin pemerintah membina sistem demokrasi yang menepati kehendak keadilan dan kesaksamaan, semakinlah mereka mendekati tuntutan ugama Islam.
Oleh kerana Islam bersifat tawaran terbuka dan bukan paksaan ke atas manusia di atas premis ujian Allah ke atas anak Adam di muka bumi ini, maka Islam akan subur di bumi yang adil dan tidak mengongkong. Jadi, kedua-dua pemerintah dan rakyat akan terlorong kepada Islam secara semulajadi yang harmoni dan menghiburkan.
Tetapi hak Allah di muka bumi adalah kekal. Tanggung jawab seorang muslim terhadap agamanya adalah kekal. Setiap umat Islam wajib mengangkat agama Allah untuk menjadi hakimnya di dunia ini. Itulah kewajiban khilafah di muka bumi.
Malaysia adalah negara umat Islam. Majoriti rakyatnya yang beragama Islam secara praktikalnya telah menepati lunas sistem demokrasi bahawa yang menguasai majoriti itulah yang berhak memerintah dan menentukan cara pemerintahannya. Justeru seruan ke arah pemerintahan Islam atau membina sebuah negara Islam adalah satu tuntutan yang dibenarkan oleh sistem yang mengagungkan hak majoriti.
Islam adalah pilihan untuk umat manusia tetapi adalah tanggung jawab ke atas umatnya. Setiap muslim, samada daripada PAS, UMNO, PKR atau apa pun, kewajiban menegakkan negara Islam adalah pasti secara fardhu ain ke atas mereka.
Berusaha ke arah itu melalui jalan yang syar’ie akan menyelamatkan mereka daripada murka dan azab Allah di akhirat nanti. 
TAKBIR!!!

Followers